Rajah 1 menunjukkan pintu utama *Stemec Studio* $PQRS$ berperimeter 560 cm yang dicat putih dan bercorak.
Cari luas, dalam cm², kawasan bercat putih.
3 marks
23 marks
Rajah 2 di ruang jawapan menunjukkan enam aras pertama untuk Segi Tiga Pascal.
a
Nyatakan nilai $x$.
1 marks
b
Lengkapkan Segi Tiga Pascal di ruang jawapan bagi baris keenam.
*(Tulis nombor bagi empat petak kosong di baris keenam, dari kiri ke kanan.)*
2 marks
33 marks
Encik David bekerja sebagai seorang kerani yang berpendapatan bulanan RM4 500. Jadual 1 menunjukkan pelan kewangan Encik David.
| Pendapatan dan perbelanjaan | RM | RM |
|---|---|---|
| Pendapatan aktif | 4 500 | |
| Pendapatan pasif | $T$ | |
| Jumlah pendapatan bulanan | | $S$ |
| **Tolak perbelanjaan tetap** | | |
| Ansuran pinjaman rumah | 1 200 | |
| Ansuran kereta | 550 | |
| Insurans | 700 | |
| Jumlah perbelanjaan tetap | | 2 450 |
| **Tolak perbelanjaan tidak tetap** | | |
| Makanan dan minuman | 1 000 | |
| Belanja petrol | 450 | |
| Bil telefon | 300 | |
| Jumlah perbelanjaan tidak tetap | | 1 750 |
| Pendapatan lebihan/Kurangan | | 500 |
Jadual 1
Hitung nilai $S$ dan $T$.
3 marks
43 marks
Pada 1 Januari 2020, Puan Azian telah melabur di Bursa Malaysia dengan membeli saham HBR Corp sebanyak 5 000 unit yang bernilai RM1.80 seunit. Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2020, HBR Corp membayar dividen sebanyak 7%. Pada 1 Januari 2021 Puan Azian menjual semua saham yang dimilikinya dengan harga RM2.00 seunit. Hitung nilai pulangan pelaburan bagi Puan Azian.
3 marks
56 marks
Kedai HH menjual bola sepak dan bola ragbi seperti di Rajah 3. Pemilik kedai HH memperoleh untung sebanyak RM440 pada hari Isnin dengan menjual 16 biji bola sepak dan 8 biji bola ragbi. Pada hari Rabu keuntungannya adalah separuh daripada keuntungan pada hari Isnin setelah dia menjual 5 biji bola sepak dan 8 biji bola ragbi.
a
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung keuntungan, dalam RM, bagi setiap bola yang dijual.
5 marks
b
Hitung harga kos, dalam RM, bagi setiap bola ragbi.
1 marks
65 marks
Rajah 4 menunjukkan dua batang kayu lurus yang disandar pada dinding $PR$. Kedua-dua kayu itu adalah selari antara satu sama lain.
Diberi persamaan garis bagi $NQ$ ialah $3y = -2x + 18$ dan nisbah jarak $PN : NM$ ialah $3 : 2$.
Cari,
a
persamaan garis bagi kayu $RM$,
3 marks
b
jarak $PM$.
2 marks
74 marks
Jadual 2 menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 | 196.20 | 67.50 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
Jadual 2
Jadual 3 menunjukkan rumus mengira premium asas polisi komprehensif.
| Kawasan | Rumus premium asas polisi komprehensif |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 |
| Sabah dan Sarawak | Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM20.30 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 |
Jadual 3
Puan Aleesya tinggal di Kota Bharu dan dia ingin memperbaharui insurans kereta dengan nilai muka RM80 000. Kapasiti enjin kereta ialah 2 000 cc dan nilai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pada tahun itu ialah 30%.
Hitung premium kasar yang akan dibayar oleh Puan Aleesya jika dia ingin membeli polisi insurans komprehensif.
4 marks
84 marks
a
Tentukan antejadian dan akibat daripada implikasi di bawah.
> Jika $(m + 7)(m - 7) \neq 0$ maka $m^2 \neq 49$.
2 marks
Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut:
> Premis 1: Jika $r$ ialah faktor bagi 6, maka 6 boleh dibahagi tepat dengan $r$.
>
> Premis 2: ……………………
>
> Kesimpulan: 2 bukan faktor bagi 6.
b(i)
Premis 2:
1 marks
b(ii)
Tentukan sama ada hujah di atas adalah sah dan munasabah.
1 marks
94 marks
Kelab Alam Sekitar SMK Bakong akan mengadakan rombongan ke Kota Bharu. Kebarangkalian Putera dan Nur menyertai rombongan tersebut ialah $\frac{4}{7}$ dan $\frac{9}{14}$ masing-masing.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan dengan mengisi tempat kosong yang disediakan.
*(Tulis nilai atau kesudahan bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
2 marks
b
Seterusnya, hitung kebarangkalian bahawa hanya seorang daripada mereka yang menyertai rombongan tersebut.
2 marks
105 marks
Sempena bulan kemerdekaan, Kelab Rukun Negara sekolah telah menggantung bendera merentangi antara dua blok bangunan sekolah. Bendera tersebut diikat pada titik $C$ di tingkat dua bangunan ke titik $E$ di tingkat tiga bangunan. Rajah 5 menunjukkan keadaan tersebut.
Diberi jarak antara blok bangunan ialah 20 meter dan tinggi setiap tingkat ialah 5 meter. Berdasarkan makluman tersebut,
Cari,
a
Panjang tali bendera dari titik $C$ ke titik $E$.
2 marks
b
Namakan sudut dongak titik $E$ dari titik $A$. Seterusnya hitung nilai sudut itu.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 6 di ruang jawapan menunjukkan sebuah sisi empat $M$, yang dilukis pada suatu satah Cartes.
a(i)
Pada ruang jawapan, lukis imej bagi sisi empat $M$ di bawah transformasi pembesaran dengan faktor skala $-2$ pada pusat (7, 5).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej.)*
2 marks
a(ii)
Jika luas $M$ ialah 8 unit², cari luas imej $M$.
2 marks
Rajah 7 menunjukkan tiga sisi empat $ABCD$, $EFGH$ dan $PQRS$, yang dilukis pada suatu satah Cartes.
$EFGH$ ialah imej bagi $ABCD$ di bawah transformasi $\mathbf{V}$.
$PQRS$ ialah imej bagi $EFGH$ di bawah transformasi $\mathbf{W}$.
Huraikan selengkapnya transformasi:
b(i)
$\mathbf{V}$
3 marks
b(ii)
$\mathbf{W}$
2 marks
129 marks
Encik Aiman mempunyai kad kredit daripada Bank HR. Bank HR akan mengenakan cukai RM25 setahun atas kad kredit. Bank HR membayar cukai tersebut kepada pihak berkuasa.
Nyatakan:
a(i)
jenis cukai yang dikutip
1 marks
a(ii)
pihak yang mengutip cukai tersebut.
1 marks
Pada tahun 2021, Encik Thantikorn mempunyai jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM56 250. Beliau telah menderma RM420 kepada sebuah badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan. Jadual 4 menunjukkan perlepasan cukai yang dituntut oleh Encik Thantikorn.
| Perlepasan Cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 4 970 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | 3 150 |
| Yuran pengajian sendiri | 4 500 |
Jadual 4
Beliau juga telah membuat potongan cukai bulanan (PCB) pada setiap bulan sebanyak RM77.85.
b(i)
Hitung pendapatan bercukai Encik Thantikorn bagi tahun 2021.
2 marks
b(ii)
Seterusnya dengan menggunakan Jadual 5: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2021, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Thantikorn bagi tahun tersebut dengan mengambil kira rebat cukai sekiranya layak.
Jadual 5: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2021
| Banjaran pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 – 5 000 | 5 000 pertama | 0 | 0 |
| 5 001 – 20 000 | 5 000 pertama | | 0 |
| | 15 000 berikutnya | 1 | 150 |
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
3 marks
b(iii)
Berdasarkan jawapan anda di 12(b), adakah Encik Thantikorn perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan. Berikan justifikasi anda.
2 marks
139 marks
Diberi set semesta, $\xi = \{x : 22 < x < 32, x$ ialah integer$\}$
Set $P = \{x : x$ ialah gandaan 6$\}$
Set $Q = \{x : x$ ialah nombor yang mempunyai dua faktor sahaja$\}$
Set $R = \{x : x$ ialah nombor genap$\}$
a(i)
Senaraikan semua unsur bagi set $P$, $Q$ dan $R$ dengan menggunakan tatatanda set.
3 marks
a(ii)
Pada Rajah 8 di ruang jawapan, lukis dan lengkapkan set semesta $\xi$, set $P$, set $Q$ dan set $R$.
*(Rajah 8 di ruang jawapan ialah sebuah segi empat tepat kosong berlabel $\xi$. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan setiap set (di dalam set lain, bersilang atau berasingan) dan unsur-unsur dalam setiap rantau.)*
3 marks
SMK Seri Jerneh telah mengadakan bulan STEM. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aktiviti membina jambatan, pertandingan kapal terbang kertas dan Kuiz STEM. Semua murid Tingkatan 5 terlibat dengan sekurang-kurangnya satu daripada aktiviti tersebut. Jadual 6 menunjukkan bilangan murid yang terlibat.
| Aktiviti | Bilangan murid |
|---|---|
| Menyertai ketiga-tiga aktiviti | 53 |
| Membina jambatan dan pertandingan kapal terbang kertas | 22 |
| Membina jambatan dan Kuiz STEM | 85 |
| Pertandingan kapal terbang kertas dan Kuiz STEM | 94 |
| Pertandingan kapal terbang kertas | 136 |
| Membina jambatan | 146 |
| Menyertai Kuiz STEM sahaja | 7 |
Jadual 6
b(i)
Rajah 9 di ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn yang tidak lengkap.
Set $J$ = {murid yang menyertai aktiviti membina jambatan}
Set $K$ = {murid yang menyertai aktiviti menerbangkan kapal terbang kertas}
Set $S$ = {murid yang menyertai Kuiz STEM}
Lengkapkan gambar rajah Venn berdasarkan maklumat di Jadual 6.
*(Tulis bilangan murid bagi setiap rantau kosong dan nyatakan rantau yang mana.)*
2 marks
b(ii)
Hitung jumlah murid Tingkatan 5 di SMK Seri Jerneh.
1 marks
149 marks
Keluarga Pak Hamid ingin mengadakan Hari Keluarga. Mereka bercadang untuk menempah $x$ helai t-shirt dewasa dan $y$ helai t-shirt kanak-kanak untuk hari tersebut. Jumlah tempahan kedua-dua jenis t-shirt adalah tidak lebih daripada 100 helai dan jumlah bilangan tempahan t-shirt kanak-kanak adalah lebih dua kali ganda daripada bilangan t-shirt dewasa.
a
Tulis dua ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi di atas.
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 helai t-shirt untuk kedua-dua paksi, $x$ dan $y$, lukis dan lorek rantau yang memuaskan ketaksamaan linear di (a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, setiap garis yang dilukis (titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
Daripada graf yang dilukis itu,
c(i)
tentukan bilangan maksimum t-shirt dewasa jika t-shirt kanak-kanak yang dibeli ialah 75.
1 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan di c(i), hitung jumlah, dalam RM, yang perlu dibayar oleh keluarga Pak Hamid sekiranya harga sehelai t-shirt dewasa dan sehelai t-shirt kanak-kanak ialah RM30 dan RM15 masing-masing.
2 marks
159 marks
Rajah 10 menunjukkan ogif yang mewakili jisim bagi 40 orang murid Tingkatan 5 Aktif.
a
Berdasarkan Rajah 10, lengkapkan Jadual 7 di ruang jawapan.
| Jisim (kg) | Kekerapan longgokan | Kekerapan |
|---|---|---|
| 40 – 49 | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Jadual 7
*(Tulis setiap baris jadual anda: selang kelas, kekerapan longgokan dan kekerapan.)*
4 marks
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 kg pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 2 orang murid pada paksi mencancang, lukis histogram bagi maklumat tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: paksi dan skala, sempadan kelas dan ketinggian setiap bar.)*
4 marks
c
Berdasarkan histogram yang dilukis di (b), nyatakan bilangan murid yang mempunyai jisim kurang daripada 70 kg.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Anda tidak dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Rajah 11 menunjukkan sebuah piala yang diletakkan di atas meja mengufuk. Heksagon $ADEKLF$ adalah keratan rentas seragam bagi piala itu. $EFGH$ ialah segi empat sama. Titik tengah bagi $EF$ berada 4 cm tegak di atas titik tengah $LK$.
Lukis dengan skala penuh, pelan bagi piala tersebut.
*(Huraikan pelan anda dalam perkataan: bentuk keseluruhan, panjang setiap sisi, garis-garis di dalam pelan (penuh atau putus-putus) dan label bucu.)*
3 marks
Akashah ditugaskan untuk menghantar borang markah bagi setiap acara sukan kepada guru bertugas di setiap lokasi pertandingan. Rajah 12 menunjukkan graf tak terarah dan berpemberat bagi kedudukan enam lokasi pertandingan. Setiap pemberat menunjukkan masa, dalam minit, antara dua lokasi.
b(i)
Nyatakan bilangan darjah bagi Rajah 12 di atas.
1 marks
b(ii)
Lukiskan graf terarah yang mewakili laluan terpendek yang dilalui oleh Akashah untuk menghantar semua borang markah ke setiap lokasi pertandingan.
*(Huraikan graf terarah anda dalam perkataan: susunan bucu mengikut arah anak panah, pemberat setiap tepi dan jumlah masa.)*
3 marks
Laju, $S$ dalam m s⁻¹ larian Basyar bagi acara 100 m berubah secara songsang dengan masa, $t$ dalam saat. Dalam kejohanan olahraga sekolahnya pada tahun lepas, Basyar telah mendapat tempat kedua dengan catatan masa 12.5 saat. Dengan mengambil kira jarak larian sebagai pemalar:
c(i)
hitung laju, $S$, dalam m s⁻¹, larian Basyar.
2 marks
c(ii)
Basyar ingin memperbaiki catatan masa lariannya dalam kejohanan olahraga pada tahun ini dengan meningkatkan kelajuannya. Hitung masa $t$, dalam saat, yang mampu dicatatkan oleh Basyar jika kelajuannya ditingkatkan kepada 8.46 m s⁻¹.
2 marks
Rajah 13 ialah graf jarak-masa yang menunjukkan masa yang diambil oleh dua orang peserta terbaik dalam acara 100 m semasa kejohanan olahraga di SMK Ayer Manis. Graf $OE$ mewakili larian Nabil dan graf $OABC$ mewakili larian Basyar. $AB$ ialah masa yang diambil oleh Basyar sebelum meneruskan lariannya kerana terjatuh.
d(i)
Hitung kerugian masa, dalam saat, yang dialami oleh Basyar dalam pertandingan.
1 marks
d(ii)
Adakah Basyar berpeluang untuk menjadi johan dalam acara 100 m jika dia tidak jatuh dan mengekalkan kelajuannya sepanjang larian? Berikan justifikasi anda.
3 marks
1715 marks
Encik Haziq merupakan seorang kakitangan kerajaan. Beliau tinggal di Taman Batu Layang bersama-sama isteri dan tiga orang anaknya. Pada cuti persekolahan nanti, beliau bercadang membawa keluarganya melancong ke Turkiye.
a
Encik Haziq telah melayari internet untuk mengetahui harga pakej percutian tersebut. Rajah 14 menunjukkan harga untuk dua pakej percutian yang sama ke Turkiye yang ditawarkan oleh dua agensi pelancongan iaitu Rehlah Tours dan Istanbul Travel.
Tentukan agensi pelancongan manakah yang harus dipilih oleh En. Haziq. Justifikasikan jawapan anda.
3 marks
Encik Haziq ingin memasang lampu di tengah-tengah laman belakang rumahnya sebelum melancong ke Turkiye. Rajah 15(i) menunjukkan pelan laman belakang rumah Encik Haziq. Rajah 15(ii) menunjukkan lampu yang akan dipasang oleh Encik Haziq. Lampu ini terletak di atas tiang yang boleh dilaraskan ketinggiannya. Ketinggian asal tiang lampu tersebut ialah 4 m dan akan menghasilkan cahaya berbentuk bulatan dengan jejari 2 m. Jejari bulatan cahaya berubah pada kadar yang sama dengan pertambahan tinggi tiang lampu.
b(i)
Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, kira luas bulatan cahaya lampu jika tinggi tiang lampu ialah 7 m.
2 marks
b(ii)
Pada pendapat anda, mampukah lampu ini menerangi keseluruhan halaman belakang rumah Encik Haziq jika tinggi tiang lampu dikekalkan kepada 7 m. Justifikasi jawapan anda.
2 marks
c
Semasa berada di Turkiye, Encik Haziq dan anaknya Arisya mencuba permainan memanah yang disediakan oleh pihak resort. Setiap orang diberi peluang untuk memanah sebanyak lima kali. Mata yang diperoleh adalah berdasarkan bidikan anak panah yang tepat mengenai sasaran seperti Rajah 16.
Jumlah mata yang diperoleh oleh Encik Haziq dan Arisya dicatat dalam Jadual 8.
| | Cubaan 1 | Cubaan 2 | Cubaan 3 | Cubaan 4 | Cubaan 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| En Haziq | 1 | 2 | 0 | 1 | 5 |
| Arisya | 2 | 3 | 1 | 2 | 1 |
Jadual 8
Berdasarkan data di Jadual 8, bidikan siapakah yang lebih konsisten? Justifikasikan jawapan anda.
5 marks
d
Pada waktu petang Encik Haziq membawa anak lelakinya, Ammar, ke tapak permainan kanak-kanak. Ammar memilih untuk membuat balingan bola ke dalam jaring yang berjarak 5 meter dari tempat balingan seperti dalam Rajah 17. Balingan bola yang dibuat oleh Ammar adalah berbentuk parabola yang mematuhi persamaan $h = -2t^2 + 3t + 2$ dengan $h$ ialah ketinggian, dalam meter, bola dari tanah dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas balingan dibuat. Balingan bola adalah bermula pada ketinggian 2 meter dari tanah dan tinggi permukaan jaring adalah 3 meter dari tanah.
Bilakah masa, dalam saat, bola itu masuk ke dalam jaring?
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open