Nyatakan nilai $p$ dan nilai $q$ bagi persamaan berikut:
$$3^4 + 3^p + q = 10102_3$$
2 marks
23 marks
Encik Azmin memiliki sebuah pangsapuri servis di Ampang. Sewa pangsapuri itu dianggarkan pada RM1 400 sebulan dan kadar cukai pintu ialah 4%. Hitung cukai pintu bagi pangsapuri servis itu pada setiap setengah tahun.
3 marks
35 marks
Nyatakan sama ada setiap pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
a(i)
12.5 mempunyai tiga angka bererti dan 0.125 mempunyai empat angka bererti.
1 marks
a(ii)
23 atau 32 ialah nombor perdana.
1 marks
b
Tuliskan kesimpulan untuk melengkapkan hujah berikut:
Premis 1: Jika $m > 0$, maka $m$ ialah integer positif.
Premis 2: $100 > 0$.
Kesimpulan: ……………
1 marks
c
Buat satu kesimpulan umum secara aruhan bagi urutan nombor $-4, -1, 4, 11, \dots$ yang mengikut pola berikut.
$-4 = (1)^2 - 5$
$-1 = (2)^2 - 5$
$4 = (3)^2 - 5$
$11 = (4)^2 - 5$
$\dots = \dots\dots$
2 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan dua garis lurus selari, $AB$ dan $CDE$.
a
Cari persamaan garis lurus $CE$.
3 marks
b
Cari pintasan-$x$ bagi persamaan garis lurus $CE$.
2 marks
55 marks
Dalam Rajah 5, $OPQ$ dan $ORS$ ialah dua sektor bulatan berpusatkan $O$.
Diberi bahawa $OQ = 4$ cm, $OP : OR = 5 : 3$, $ORP$ dan $OSQ$ ialah garis lurus. Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
Diberi bahawa $T$ berubah secara langsung dengan kuasa tiga $U$ dan secara songsang dengan punca kuasa dua $W$. Hitung nilai $x$, nilai $y$ dan nilai $z$.
4 marks
74 marks
Syarikat $P$, $Q$ dan $R$ merupakan tiga buah syarikat pembekal alat tulis yang terkemuka di negeri Sabah. Jadual 7 di bawah menunjukkan senarai barangan alat tulis yang boleh dibekalkan oleh ketiga-tiga syarikat tersebut.
| Syarikat | Barangan alat tulis yang boleh dibekalkan |
|---|---|
| $P$ | Pen, Pensil, Pembaris, Pemadam, Buku Nota |
| $Q$ | Pembaris, Pemadam, Novel, Majalah |
| $R$ | Pen, Buku Nota |
Jadual 7
a
Berdasarkan Jadual 7 di atas, lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan bagi menunjukkan hubungan antara syarikat $P$, $Q$ dan $R$.
*(Ruang jawapan hanya menunjukkan satu bulatan berlabel $P$. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: di mana anda melukis set $Q$ dan set $R$ berbanding set lain (bertindih, di dalam atau terpisah).)*
2 marks
b
Lorek kawasan dan senaraikan semua barangan alat tulis di bawah operasi set $P \cap Q$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan, kemudian senaraikan barangannya.)*
2 marks
84 marks
a
> $V = \{P, Q, R, S\}$
>
> $E = \{(P,Q), (P,R), (Q,R), (Q,S)\}$
Lukis satu graf mudah berdasarkan maklumat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu dan setiap tepi (dua bucu yang disambung).)*
2 marks
b
Rajah di bawah menunjukkan satu graf $G$.
Lukis **dua** subgraf bagi graf $G$.
*(Huraikan setiap subgraf dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi ($e_1$, $e_2$, $e_3$, $e_4$) yang dipilih.)*
2 marks
93 marks
Rajah 9 di bawah menunjukkan satu set data.
> 18, 11, 25, 8, 16, 24, 22
Rajah 9
Tentukan julat dan julat antara kuartil.
3 marks
104 marks
Rajah 10 menunjukkan sebuah bekas pendinginan dengan tapak segi empat sama dan satu tin minuman berbentuk silinder dengan diameter 5 cm dan tinggi 12 cm. Allay ingin menyimpan 242 tin minuman yang sama saiz dan mengisi sejumlah air sejuk ke dalam bekas itu.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung isipadu, dalam cm³, air sejuk yang perlu diisi bagi memenuhi ruang bekas itu.
4 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Dalam satu eksperimen yang dijalankan di makmal, suatu zarah $X$ dilihat bergerak seragam secara menegak dalam bentuk bulatan. Jadual 11 di bawah menunjukkan ketinggian zarah tersebut dari permukaan tanah mengufuk semasa ianya bergerak.
| Masa (s) | 0 | 5 | 10 | 15 | 20 |
|---|---|---|---|---|---|
| Tinggi (cm) | 19 | 30 | 19 | 8 | 19 |
Jadual 11
a
Plot dan lukis graf di ruang jawapan berdasarkan jadual di atas dan tentukan jenis fungsi trigonometri yang boleh mewakili pergerakan zarah $X$. Seterusnya, nyatakan amplitud bagi graf fungsi trigonometri tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
Rajah 11 menunjukkan sebuah segi tiga.
b(i)
Hitung
panjang $AB$
2 marks
b(ii)
nilai $\sin \theta$
1 marks
b(iii)
nilai $\theta$
2 marks
129 marks
a
Puan Fatimah telah membeli $x$ biji kek coklat dan $y$ biji kek strawberi untuk 40 orang muridnya. Harga bagi sebiji kek coklat ialah RM3 dan harga bagi sebiji kek strawberi ialah RM2. Jumlah harga bagi kek itu ialah RM105.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan kek coklat dan kek strawberi yang dibeli oleh Puan Fatimah.
5 marks
b
Encik Azam dan Encik Lee adalah dua orang pelabur yang melabur dengan cara yang berbeza dalam saham. Encik Azam melabur dalam saham mengikut bulan-bulan tertentu dengan amaun yang sama. Encik Lee pula melabur secara sekali gus dengan membeli saham yang berharga RM2.00 seunit. Berikut merupakan pembelian saham oleh Encik Azam mengikut bulan-bulan tertentu.
| Bulan | Januari | Mac | Mei | Ogos | Disember |
|---|---|---|---|---|---|
| Harga saham seunit (RM) | RM2.00 | RM1.80 | RM1.60 | RM2.10 | RM2.00 |
Sekiranya mereka berdua melabur sebanyak RM20 000, tentukan siapakah pelabur yang bijak? Berikan justifikasi anda dengan menunjukkan setiap langkah kerja.
4 marks
138 marks
Jadual 13 menunjukkan beberapa ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulan yang ditugaskan untuk satu tugasan luar di beberapa tempat sempena Hari Bendera.
| | Persatuan Bulan Sabit Merah | Persatuan St John Ambulan |
|---|---|---|
| Lelaki | **A**iman | **J**ohn |
| Perempuan | **F**atin, **C**indy | **N**ancy, **M**ary |
Jadual 13
Dua ahli daripada persatuan itu diturunkan secara rawak di beberapa tempat tersebut.
a
Senaraikan semua kesudahan yang mungkin dalam ruang sampel ini. Anda juga boleh menggunakan huruf seperti **A** untuk Aiman dan seterusnya.
2 marks
**Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin**, cari kebarangkalian bahawa,
b(i)
seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan diturunkan di suatu tempat.
2 marks
b(ii)
kedua-dua ahli yang diturunkan di suatu tempat adalah daripada persatuan yang sama.
2 marks
b(iii)
Aiman dan Mary dikecualikan dengan tugasan pada hari tersebut.
2 marks
149 marks
a
Nyatakan **tiga** ketaksamaan linear yang mentakrifkan rantau berlorek dalam rajah di atas.
3 marks
Encik Fazli ialah seorang pekerja kilang. Pada hari biasa, dia diberi upah sebanyak RM20 per jam. Untuk menanggung perbelanjaan mingguan, dia perlu memperoleh sekurang-kurangnya RM500. Dia juga bekerja sebagai penghantar makanan pada hujung minggu dengan upah RM10 per jam. Demi menjaga kesihatan, dia tidak akan bekerja melebihi 40 jam dalam seminggu. Dengan menganggap Encik Fazli bekerja selama $x$ jam sebagai pekerja kilang dan $y$ jam sebagai penghantar makanan dalam seminggu,
b(i)
tulis **dua** ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi di atas.
2 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang ada di halaman seterusnya. Menggunakan skala 2 cm kepada RM5 pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau sepunya yang memuaskan ketaksamaan linear yang dibina di **8b(i)**.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat paksi, setiap garis lurus yang dilukis (di mana ia memotong paksi) dan rantau yang dilorek.)*
3 marks
b(iii)
Daripada graf **8b(ii)**, hitung pendapatan yang dapat dijanakan oleh Encik Fazli jika beliau bekerja sebagai pekerja kilang selama 10 jam.
1 marks
159 marks
Rajah 15(a) menunjukkan suatu bentuk teselasi yang terdiri daripada beberapa segi tiga sama sisi yang kongruen yang dihasilkan dengan transformasi isometri.
a(i)
Nyatakan transformasi yang terlibat untuk menghasilkan bentuk $Y$ daripada bentuk $X$.
2 marks
a(ii)
Seterusnya, nyatakan pula transformasi yang terlibat untuk menghasilkan bentuk $Z$ daripada bentuk $Y$.
3 marks
Rajah 15(b) di ruang jawapan di bawah menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$ yang dilukis pada satah Cartes. Diberi bahawa sisi empat tersebut kemudiannya melalui transformasi pembesaran pada pusat $(-1, 8)$ dengan faktor skala 2.
b(i)
Lukis imej bagi sisi empat di bawah pembesaran tersebut pada Rajah 15(b) dan labelkannya sebagai sisi empat $P'Q'R'S'$ dengan tepat.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej $P'$, $Q'$, $R'$ dan $S'$.)*
2 marks
b(ii)
Diberi bahawa luas sisi empat $PQRS$ ialah 33 cm². Hitung luas, dalam cm², yang diwakili oleh imejnya.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Puan Salmiah menetap di Semenanjung Malaysia. Dia ingin membeli satu polisi insurans motor dan Jadual 16(a) di bawah menunjukkan maklumat kenderaan yang ingin diinsurankannya.
| | |
|---|---|
| Jumlah yang ingin diinsurankan | RM60 000 |
| Umur kenderaan | 4 tahun |
| Kapasiti enjin | 1 799 cc |
| NCD | 30% |
| Kadar premium | Polisi komprehensif: RM339.10; Polisi pihak ketiga: RM151.20 |
Jadual 16(a)
Hitung premium kasar kereta Puan Salmiah bawah
a(i)
polisi komprehensif.
3 marks
a(ii)
polisi pihak ketiga.
2 marks
b
Puan Salmiah ingin membayar cukai jalan untuk keretanya berdasarkan kadar cukai jalan yang ditunjukkan dalam Jadual 16(b).
| Kapasiti Enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM 90.00 | – |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM 200.00 | + RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM 280.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
Jadual 16(b)
Hitung cukai jalan yang perlu oleh Puan Salmiah?
3 marks
Data dalam Jadual 16(c) di bawah menunjukkan catatan jarak yang dilalui oleh kereta Puan Salmiah dalam 28 hari yang pertama pada bulan April.
| Jarak (km) | Titik Tengah, $x$ | Kekerapan, $f$ | $fx$ | $fx^2$ |
|---|---|---|---|---|
| 1 – 10 | 5.5 | 3 | 16.5 | 90.75 |
| 11 – 20 | 15.5 | 8 | 124.0 | 1 922 |
| 21 – 30 | 25.5 | 12 | 306.0 | 7 803 |
| 31 – 40 | 35.5 | 3 | 106.5 | 3 780.75 |
| 41 – 50 | 45.5 | 2 | 91.0 | 4 140.5 |
Jadual 16(c)
Diberi kereta Puan Salmiah bergerak sejauh 25 km dan 42 km pada dua hari yang terakhir dalam bulan April.
c(i)
Lengkapkan jadual di ruang jawapan untuk jarak yang dilalui oleh kereta Puan Salmiah untuk 30 hari.
| Jarak (km) | Titik Tengah, $x$ | Kekerapan, $f$ | $fx$ | $fx^2$ |
|---|---|---|---|---|
| 1 – 10 | 5.5 | 3 | 16.5 | 90.75 |
| 11 – 20 | 15.5 | 8 | 124.0 | 1 922 |
| 21 – 30 | 25.5 | | | |
| 31 – 40 | 35.5 | | | |
| 41 – 50 | 45.5 | | | |
*(Tulis nilai kekerapan, $fx$ dan $fx^2$ yang tertinggal bagi setiap baris.)*
3 marks
c(ii)
Hitung min, varians dan sisihan piawai bagi jarak yang dilalui oleh kereta Puan Salmiah.
4 marks
1715 marks
Puan Yasmin merupakan seorang pemborong buah-buahan. Jadual 17(a) di bawah menunjukkan jenis buah yang terdapat di dalam tiga buah gerai miliknya.
| Gerai | Jenis buah |
|---|---|
| $A$ | Jambu, Buah Naga, Rambutan |
| $B$ | Rambutan, Betik, Tembikai, Mangga, Kelapa |
| $C$ | Betik, Tembikai |
Jadual 17(a)
a(i)
Berdasarkan Jadual 17(a), lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan bagi menunjukkan hubungan antara jenis buah-buahan dalam tiga buah gerai itu.
*(Ruang jawapan hanya menunjukkan satu bulatan berlabel A. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan set B dan set C berbanding set lain (bertindih, di dalam atau terpisah) dan buah-buahan dalam setiap rantau.)*
2 marks
a(ii)
Senaraikan jenis buah-buahan di bawah operasi set $(A \cap B)$.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan jawapan di 17(a)(i), lorek kawasan di bawah operasi set $(A \cap B) \cup C$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan.)*
1 marks
b
Rajah 17(b) menunjukkan harga kos bagi 1 kg mangga. Keuntungan daripada hasil jualan 1 kg mangga, RM$y$ diberi oleh $y = x^2 - x - 42$.
Berapakah harga kos 1 kg mangga tanpa termasuk sebarang keuntungan?
3 marks
Puan Yasmin menghantar 200 kg buah-buahan untuk dijual di Melaka. Graf jarak-masa yang tidak lengkap pada Rajah 17 (c)iii di ruang jawapan mewakili perjalanan Puan Yasmin sejauh 130 km.
c(i)
Diberi kadar perubahan jarak terhadap masa untuk 80 km yang pertama ialah 96 kmj⁻¹. Cari nilai $t$.
3 marks
c(ii)
Tentukan tempoh masa kereta berada dalam keadaan pegun.
1 marks
c(iii)
Perjalanan diteruskan untuk sampai ke destinasi dengan laju purata 75 kmj⁻¹. Lengkapkan graf jarak-masa pada Rajah 17(c)iii di ruang jawapan untuk keseluruhan perjalanan Puan Yasmin.
*(Huraikan graf yang anda lengkapkan dalam perkataan: titik-titik yang disambung dan koordinatnya.)*
2 marks
c(iv)
Jika perjalanan dari $O$ dimulakan pada 9:30 pagi, hitung waktu Puan Yasmin sampai di destinasinya.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open