Diberi fungsi kuadratik $f(x) = \frac{1}{2}x^2 + 3x - 8$.
a
Tentukan pintasan-$x$ bagi graf fungsi kuadratik itu.
2 marks
b
Lakar graf fungsi kuadratik itu pada paksi yang disediakan di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan menunjukkan paksi $f(x)$ dan paksi-$x$ dengan asalan 0. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik persilangan graf dengan paksi dan titik pusingannya.)*
3 marks
23 marks
Rajah 1 pada ruang jawapan menunjukkan sebuah segi empat sama $KLMN$. $X$ dan $Y$ adalah dua titik bergerak di dalam segi empat sama tersebut.
*(Rajah 1: segi empat sama $KLMN$ dengan $K$ di bucu kiri atas, $L$ di bucu kanan atas, $M$ di bucu kanan bawah dan $N$ di bucu kiri bawah.)*
Dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis sahaja, lukis pada Rajah 1.
a
lokus bagi titik $X$ dengan keadaan $XK = KL$.
*(Huraikan lokus yang anda lukis dalam perkataan: bentuknya, kedudukannya dan titik-titik hujungnya di dalam segi empat sama.)*
1 marks
b
lokus bagi titik $Y$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya adalah sentiasa sama dari titik $K$ dan titik $N$.
*(Huraikan lokus yang anda lukis dalam perkataan: bentuknya dan kedudukannya di dalam segi empat sama.)*
1 marks
c
Seterusnya, tandakan dengan $\otimes$ kedudukan bagi persilangan lokus $X$ dan lokus $Y$ itu.
*(Huraikan kedudukan titik persilangan itu dalam perkataan.)*
Adlina membeli pen di kedai buku. Dia membeli sebanyak $(2x - 5)$ batang pen dengan harga RM$(1 - x)$ setiap satu. Jika dia membayar dengan wang RM$20(x + 3)$, cari baki wang yang diterima oleh Adlina dalam ungkapan algebra.
2 marks
44 marks
Encik Safwan dan isterinya ingin membeli sebuah rumah dalam masa enam tahun selepas mereka berkahwin. Jumlah pendapatan mereka berdua ialah RM6 000 dan jumlah perbelanjaan tetap dan tidak tetap adalah RM4 500. Mereka bercadang membeli sebuah rumah teres yang berharga RM432 000 dengan wang pendahuluan sebanyak RM43 200.
a
Berapakah simpanan bulanan yang harus disimpan oleh Encik Safwan dan isterinya bagi mencapai matlamat untuk membayar wang pendahuluan tersebut?
2 marks
b
Dapatkah Encik Safwan dan isterinya mencapai matlamat mereka? Jelaskan.
2 marks
54 marks
Selepas perlawanan bola sepak, Luqman telah mengalami kecederaan di lutut. Dia telah dilindungi oleh polisi insurans perubatan dengan deduktibel sebanyak RM600 dan fasal penyertaan peratusan ko-insurans 80/20.
a
Jika kos perubatan ialah RM45 000, hitung kos yang perlu ditanggung oleh Luqman.
2 marks
b
Selepas tiga bulan, Luqman menerima rawatan susulan dengan kos sebanyak RM550. Nyatakan kos rawatan, dalam RM, yang akan ditanggung oleh syarikat insurans. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
64 marks
Rajah 2.1 menunjukkan sebuah plot titik yang mengandungi data ketinggian pokok bunga matahari dalam cm, di Taman Sains sebuah sekolah.
a
Cari mod dan min ketinggian pokok bunga matahari.
3 marks
b
Berdasarkan data di Rajah 2.1, lengkapkan Rajah 2.2 di ruang jawapan.
| Batang | Daun |
|---|---|
| 10 | |
| 12 | |
| 14 | |
| 15 | |
| 16 | |
| 18 | |
Rajah 2.2
*(Tulis daun bagi setiap batang.)*
1 marks
75 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah graf jarak-masa yang menunjukkan gerakan bagi suatu zarah dalam tempoh masa $x$ saat.
Hitung
a
tempoh masa, dalam saat, zarah itu berhenti,
1 marks
b
laju zarah tersebut pada 4 saat pertama.
2 marks
c
nilai $x$ jika laju purata zarah tersebut dalam $x$ saat ialah $5\ \text{ms}^{-1}$.
2 marks
84 marks
a
Susan menyimpan sebanyak RM7 000 di sebuah bank dengan kadar faedah 4% setahun bagi tempoh 3 tahun. Hitung jumlah faedah yang akan diperoleh Susan bagi tempoh 3 tahun tersebut.
2 marks
b
Hafidz menyimpan RM50 000 ke dalam akaun simpanan tetap di Bank Jauhar selama 3 tahun dengan kadar faedah 4% setahun. Faedah dikompaun 4 bulan sekali. Hitung jumlah wang dalam akaun simpanan tetap beliau pada akhir tahun ketiga.
2 marks
94 marks
Rajah 4 menunjukkan satu garis lurus, $JKL$ dengan panjang 18 cm.
Diberi kos $y^\circ = -0.3746$ dan nisbah $JK : KL = 1 : 2$. Hitung
a
panjang $KM$
3 marks
b
$\tan x^\circ$
1 marks
103 marks
Luas sekeping papan yang berbentuk sisi empat sama ialah $16(x^2 - 6x + 9)$ meter persegi. Papan tersebut digunakan untuk membuat beberapa buah meja berbentuk sisi empat sama yang berkeluasan $(x - 3)^2$ meter persegi. Kira bilangan meja yang dapat dibuat daripada papan tersebut.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Deeni membeli 3 buah kerusi dan 2 buah meja dengan harga RM450. Manakala Ahmad membeli 8 buah kerusi dan 3 buah meja dengan harga RM850. Menggunakan kaedah matriks, hitung beza harga di antara sebuah meja dengan sebuah kerusi yang dibeli oleh mereka berdua.
5 marks
b
Diberi $g\begin{pmatrix} 6 & -1 \\ h & 7 \end{pmatrix}\begin{pmatrix} 7 & 1 \\ -4 & 6 \end{pmatrix} = \begin{pmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{pmatrix}$. Cari nilai bagi $g$ dan $h$.
2 marks
c
Diberi $N\begin{pmatrix} 9 & 3 \\ p & 5 \end{pmatrix}$. Cari nilai bagi $p$ jika $N$ tiada matriks songsang.
2 marks
129 marks
Rajah 5 menunjukkan trapezium $PQRS$ dan $URST$ yang dilukis pada satah Cartes.
a
$URST$ ialah imej bagi $PQRS$ di bawah gabungan transformasi $GH$. Huraikan selengkapnya transformasi tersebut.
5 marks
Dalam ruang jawapan, lukis imej bagi
b(i)
trapezium $PQRS$ di bawah pantulan pada garis $RS$.
*(Ruang jawapan menunjukkan grid yang sama seperti Rajah 5. Huraikan imej anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej.)*
2 marks
b(ii)
trapezium $URTS$ di bawah pantulan pada garis $x = 6$.
*(Huraikan imej anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej.)*
2 marks
138 marks
a(i)
Tulis **dua** implikasi berdasarkan penyataan majmuk berikut:
> Suatu nombor ialah nombor perdana jika dan hanya jika nombor itu hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri.
2 marks
a(ii)
Tulis kontrapositif bagi penyataan berikut dan seterusnya tentukan nilai kebenarannya.
> Jika $y^3 = 125$, maka $y = 5$.
2 marks
b(i)
| Premis 1 | 3 ialah faktor bagi 12. |
|---|---|
| Premis 2 | 6 ialah faktor bagi 12. |
| Premis 3 | 12 ialah faktor bagi 12. |
| Kesimpulan | Semua faktor bagi 12 boleh dibahagi tepat dengan 3. |
Tentukan sama ada hujah di atas ialah kuat atau lemah serta meyakinkan atau tidak meyakinkan. Justifikasi jawapan anda.
2 marks
b(ii)
Bentuk satu kesimpulan secara induktif kepada pola nombor berikut.
$1 = (2 \times 1) - 1$
$6 = (2 \times 4) - 2$
$15 = (2 \times 9) - 3$
$28 = (2 \times 16) - 4$
$\vdots$
2 marks
149 marks
Hanis ingin membeli sebilangan pokok bunga ros dan sebilangan pokok bunga orkid. Harga bagi sepokok bunga ros dan sepokok bunga orkid masing-masing ialah RM10 dan RM15. Dia mempunyai RM600 untuk berbelanja. Bilangan pokok bunga yang dibeli mesti sekurang-kurangnya 40 pokok dan bilangan pokok bunga ros adalah selebih-lebihnya sama dengan bilangan pokok bunga orkid.
a
Tuliskan **tiga** ketaksamaan linear untuk mewakili pembelian Hanis.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di ruang jawapan. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 pokok pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 pokok pada paksi-$y$, lukis dan lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala setiap paksi, setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek (bucu-bucunya).)*
4 marks
c
Cari bilangan minimum dan maksimum bagi pokok bunga ros yang dibeli sekiranya Hanis telah membeli 24 pokok bunga orkid.
2 marks
1510 marks
Jadual 1 berikut menunjukkan tabuan kekerapan jisim, dalam kg, bagi 100 bungkusan yang dihantar oleh seorang posmen.
| Jisim (kg) | 0 – 2 | 3 – 5 | 6 – 8 | 9 – 11 | 12 – 14 | 15 – 17 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kekerapan | 12 | 18 | 34 | 20 | 10 | 6 |
Jadual 1
a
Dengan menggunakan skala yang sesuai, lukis sebuah ogif untuk mewakili data di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala setiap paksi, koordinat titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
b
Tentukan kuartil pertama, median dan kuartil ketiga daripada ogif tersebut. Seterusnya, wakilkan data tersebut dalam satu plot kotak.
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai-nilai yang ditandakan pada plot kotak.)*
4 marks
c
Huraikan bentuk taburan data tersebut.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
SMK Perwira telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Terbuka pada bulan Julai yang lalu. Kejohanan kali ini dibuat secara terbuka dengan menjemput pasukan-pasukan dari sekolah sekitar daerah untuk menyertainya.
a
Terdapat $m$ pasukan yang menyertai kejohanan ini dengan 10 orang peserta setiap pasukan dan 3 pasukan pula dengan $n$ peserta setiap pasukan. 30 daripada jumlah peserta ialah lelaki, selebihnya ialah perempuan. Tulis satu rumus $P$ bagi menunjukkan bilangan peserta perempuan dalam sebutan $m$ dan $n$.
3 marks
Rajah 6 menunjukkan padang yang digunakan untuk kejohanan tersebut.
*(Rajah 6: sebuah segi empat tepat dengan panjang 9 500 cm dan lebar 6 400 cm.)*
Dengan memberikan jawapan dalam bentuk piawai, hitung
b(i)
perimeter, dalam m, padang tersebut.
2 marks
b(ii)
luas padang, dalam m², tersebut.
1 marks
c
Jadual 2.1 adalah maklumat peserta sebahagian acara yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.
| Acara | Bilangan peserta |
|---|---|
| Lompat jauh ($J$) | 10 |
| Lontar peluru ($P$) | 14 |
| Rejam lembing ($R$) | 10 |
| Lompat jauh dan rejam lembing | 5 |
| Lompat jauh dan lontar peluru | 4 |
| Lontar peluru dan rejam lembing | 6 |
| Ketiga-tiga acara | 2 |
Jadual 2.1
Lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan bagi menunjukkan bilangan peserta yang menyertai acara-acara itu.
*(Tulis bilangan peserta bagi setiap rantau yang masih kosong dalam gambar rajah Venn.)*
3 marks
Nufail dan Saeif merupakan antara dua atlet terbaik yang berjaya mendapat catatan masa terbaik dalam kejohanan tersebut. Mereka telah terpilih untuk mewakili negeri dalam kejohanan peringkat kebangsaan. Untuk mewakili negeri, mereka dikehendaki menjalani latihan pusat untuk acara lari 200m. Jadual 2.2 menunjukkan catatan masa, dalam saat, bagi lima percubaan semasa latihan pusat tersebut.
| Atlet | Percubaan pertama | Percubaan kedua | Percubaan ketiga | Percubaan keempat | Percubaan kelima |
|---|---|---|---|---|---|
| Nufail | 25.2 | 29.3 | 30.1 | 29.4 | 31.8 |
| Saeif | 29.1 | 28.5 | 28.8 | 30.5 | 31.2 |
Jadual 2.2
d(i)
Diberi min bagi catatan masa larian Nufail ialah 29.16 manakala min bagi catatan masa larian Saeif pula ialah 29.62. Hitung sisihan piawai bagi larian Nufail dan Saeif.
4 marks
d(ii)
Seterusnya, tentukan peserta yang lebih layak dipilih untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan bagi acara lari pecut 200 m tersebut. Beri justifikasi anda.
2 marks
1715 marks
Adam telah membuka sebuah Restoran Adam yang menjual makanan dan minuman.
a
Restoran Adam menjual nasi ayam dan pelbagai jenis minuman. Abu membeli 5 bungkus nasi ayam dan 8 bungkus air sirap dengan harga RM49. Manakala Badrul membeli 9 bungkus nasi ayam dan 6 bungkus air sirap dengan harga RM67. Tuliskan **dua** persamaan linear bagi situasi ini.
2 marks
Adam ingin membeli satu bekas air minuman yang berbentuk kubus.
b(i)
Kirakan isi padu air yang boleh muat jika bekas itu berukuran panjang $h$ cm. Berikan jawapan anda dalam bentuk nombor indeks.
1 marks
b(ii)
Jika jumlah isi padu bekas itu ialah 27 000 cm³. Kira panjang sisi, dalam cm, bekas itu.
2 marks
Restoran Adam ($A$) menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman kepada para pelanggan. Badrul ($B$), Chua ($C$) dan Dennis ($D$) merupakan pelanggan tetap Restoran Adam yang sering memesan Nasi Ayam dan minuman secara penghantaran. Jadual 3.1 menunjukkan jarak antara beberapa rumah pelanggan dan Restoran Adam.
| Lokasi | Jarak |
|---|---|
| $(A, B)$ | 10 km |
| $(A, C)$ | 12 km |
| $(A, D)$ | 8 km |
| $(C, D)$ | 4 km |
Jadual 3.1
c(i)
Lukis satu graf berpemberat dan tak terarah untuk menunjukkan rangkaian antara lokasi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan bucu-bucu dan setiap tepi (dua bucu yang disambung) beserta pemberatnya.)*
3 marks
c(ii)
Seorang penghantar makanan sedang menuju ke lokasi Badrul untuk membuat penghantaran Nasi Ayam. Ketika itu dia menerima pesanan Nasi Ayam daripada Chua. Dia perlu kembali ke restoran untuk mengambil Nasi Ayam sebelum membuat penghantaran kepada Chua. Hitung jarak, dalam km, yang dilalui oleh penghantar makanan tersebut apabila dia pergi ke lokasi Chua dari lokasi Badrul.
2 marks
d
Jadual 3.2 di bawah menunjukkan jumlah pendapatan tahunan, jumlah pengecualian cukai dan jumlah pelepasan cukai bagi tiga orang ketua pekerja di Restoran Adam.
| Pekerja | Jumlah pendapatan tahunan (RM) | Jumlah pengecualian cukai (RM) | Jumlah pelepasan cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| Azli | 56 240 | 1 400 | 20 650 |
| Sean Poh | 59 010 | 780 | 21 470 |
| Ravi | 57 805 | 1 050 | 24 100 |
Jadual 3.2
Siapakah yang layak mendapat rebat cukai sebanyak RM400? Justifikasikan jawapan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open