Dalam Rajah 1, $TSU$ ialah tangen kepada bulatan pada titik $S$. $TPQ$ ialah garis lurus.
Hitung nilai $x + y$.
3 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan dua keping jubin berbentuk segi empat tepat. Jubin P dan jubin Q mempunyai luas yang sama.
Hitung beza perimeter di antara jubin P dan jubin Q.
5 marks
33 marks
Puan Fatimah seorang peniaga jualan langsung. Beliau selalu pergi ke pejabat pos untuk membuat kiriman barangan. Setiap pagi dia menghantar anaknya ke sekolah dan ke pasar untuk membeli barangan dapur. Rajah 1 menunjukkan kedudukan rumah Fatimah di antara pejabat pos, pasar dan sekolah. Jarak di antara rumahnya dengan tempat – tempat tersebut ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Tempat | Jarak dari rumah Fatimah (km) |
|---|---|
| Pejabat Pos | 10 |
| Pasar | 15 |
| Sekolah | 26 |
Jadual 1
Hitung perbezaan jarak, dalam cm, di antara rumah Fatimah ke sekolah dan pasar ke sekolah. Nyatakan jawapan dalam bentuk piawai betul kepada tiga angka bererti.
3 marks
43 marks
Encik Arun menetap di Johor. Dia ingin membeli satu polisi insurans untuk keretanya. Jadual 2 menunjukkan maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Umur kenderaan | 4 tahun |
| NCD | 25% |
Jadual 2
Hitung premium kasar bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian sekiranya premium asasnya ialah RM1 307.32.
3 marks
55 marks
Pada Rajah 4 di ruang jawapan, lakarkan graf bagi $y = 3 \sin 2x - 1$ untuk $0 \leq x \leq 360^\circ$. Seterusnya tentukan amplitud dan tempoh bagi graf fungsi trigonometri tersebut.
*(Rajah 4 ialah paksi $x$ dan paksi $y$ kosong. Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: skala pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, nilai maksimum dan minimum serta di mana ia berlaku, titik-titik penting yang dilalui dan bentuk lengkung. Kemudian tulis amplitud dan tempoh.)*
5 marks
65 marks
Rajah 5 menunjukkan tujuh keping kad berhuruf vokal dan konsonan di dalam kotak P.
> Kotak P: **M** **A** **T** **R** **I** **K** **S**
Rajah 5
Dua keping kad dikeluarkan secara rawak dari kotak itu, satu demi satu, tanpa pengembalian.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
1 marks
b
Tentukan sama ada peristiwa berikut ialah peristiwa bersandar atau peristiwa tidak bersandar.
1 marks
c
Hitung kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya satu huruf vokal dipilih.
3 marks
75 marks
Rajah 6 menunjukkan graf laju-masa bagi suatu zarah dalam masa 20 saat.
a
Nyatakan tempoh masa, dalam saat, ketika zarah itu bergerak dengan laju seragam.
1 marks
b
Hitung kadar perubahan laju, dalam ms$^{-2}$, zarah itu untuk tempoh 4 saat terakhir.
2 marks
c
Hitung nilai $p$ jika jumlah jarak yang dilalui bagi zarah itu untuk tempoh 7 saat pertama ialah 91 m.
2 marks
84 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan bilangan pekerja dan jumlah masa yang diperlukan bagi memasang sebuah model mainan di sebuah kilang.
| Bilangan pekerja | Masa (minit) |
|---|---|
| 3 | 12 |
| 4 | $p$ |
Jadual 3
Diberi bahawa tempoh masa, $t$, berubah secara songsang dengan kuasa dua bilangan pekerja, $n$. Tulis hubungan antara tempoh masa, $t$ dan bilangan pekerja, $n$ dan seterusnya hitung nilai $p$.
4 marks
93 marks
Rajah 7 di ruang jawapan menunjukkan segi tiga sama sisi, $PQR$. Titik $X$ dan titik $Y$ ialah dua titik yang bergerak dalam rajah.
Pada rajah, lukiskan
a
lokus bagi $X$ dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari garis $PQ$ dan $QR$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: jenis garis (padu/putus-putus), titik-titik yang dilaluinya dan arahnya.)*
1 marks
b
lokus bagi $Y$ dengan keadaan $RY = YQ$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: jenis garis (padu/putus-putus), titik-titik yang dilaluinya dan arahnya.)*
1 marks
c
tandakan dengan simbol ⊗ titik persilangan bagi lokus $X$ dan lokus $Y$.
*(Huraikan kedudukan titik persilangan itu dalam perkataan.)*
1 marks
104 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah lelayang $ABCD$ dilukis pada suatu satah Cartes. $O$ adalah titik asalan. Nisbah jarak bagi $AO$ dan $OC$ ialah $1 : 4$ dan $BD = \frac{1}{2}OC$.
Cari,
a
koordinat bagi $C$.
1 marks
b
persamaan garis lurus $BC$.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
117 marks
a(i)
Tentukan sama ada ayat berikut ialah pernyataan atau bukan pernyataan.
> $3x(x + y) = 3x^2 + 3xy$
1 marks
a(ii)
Gabungkan pernyataan $p$ dan $q$ berikut dengan menggunakan perkataan 'dan', seterusnya tentukan sama ada pernyataan majmuk itu benar atau palsu.
> Pernyataan $p$: $x + x + y = 2xy$
>
> Pernyataan $q$: $1^0 + 10^0 = 2$
Tulis satu implikasi berdasarkan antejadian dan akibat yang diberikan di atas.
1 marks
b(ii)
Seterusnya, tulis songsangan bagi implikasi itu.
1 marks
c
Buat satu kesimpulan umum secara induktif bagi urutan nombor $-2, 7, 22, 43, \ldots$ yang mengikut pola berikut:
> $-2 = (3 \times 1) - 5$
>
> $7 = (3 \times 4) - 5$
>
> $22 = (3 \times 9) - 5$
>
> $43 = (3 \times 16) - 5$
>
> $\ldots = \ldots\ldots$
2 marks
129 marks
Encik Teoh merupakan seorang kerani. Pendapatan tahunannya pada tahun 2020 ialah RM45 400. Dia telah menderma sebanyak RM500 kepada sebuah rumah anak yatim yang diluluskan oleh kerajaan. Jumlah pelepasan yang dituntut olehnya pada tahun tersebut ialah RM12 630. Jadual 4 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk tahun taksiran 2020.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 5 001 – 20 000 | 5 000 pertama | | 0 |
| | 15 000 berikutnya | 1 | 150 |
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
Jadual 4
a(i)
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Teoh.
4 marks
a(ii)
Jika Encik Teoh membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebanyak RM80 daripada gajinya setiap bulan, tentukan sama ada Encik Teoh perlu menambah bayaran cukai pendapatannya atau tidak. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
b
Encik Teoh memiliki sebuah rumah di Jerantut. Dia telah menerima bil cukai pintu daripada Majlis Daerah Jerantut. Diberi nilai tahunannya ialah RM4 280 dan kadar cukai pintu ialah 4.5%.
Hitung cukai pintu yang perlu dibayar oleh Encik Teoh untuk tempoh setengah tahun pertama.
Berdasarkan data dalam Jadual 5.1, lengkapkan Jadual 5.2 di ruang jawapan.
| Perbelanjaan harian (RM) | Kekerapan | Kekerapan longgokan | Sempadan atas |
|---|---|---|---|
| 26 – 30 | 0 | 0 | |
| 31 – 35 | 2 | | |
| 36 – 40 | 5 | | |
| 41 – 45 | 9 | | |
| 46 – 50 | 10 | | |
| 51 – 55 | 12 | | |
| 56 – 60 | 8 | | |
| 61 – 65 | 4 | | |
Jadual 5.2
*(Tulis kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap kelas.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 22.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada RM5 pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang pelajar kolej pada paksi mencancang, lukiskan satu ogif.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: skala dan label paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c
Berdasarkan Jadual 5.1, hitung sisihan piawai bagi perbelanjaan harian bagi kumpulan kolej itu.
4 marks
1410 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua buah segi tiga bersudut tegak. Segi tiga $TRS$ ialah imej bagi segi tiga $PQR$ di bawah suatu pembesaran. Diberi bahawa $3PR = 6TS$.
a(i)
Hitung,
faktor skala bagi pembesaran itu,
2 marks
a(ii)
luas, dalam cm$^2$, seluruh rajah itu.
3 marks
Rajah 9.2 menunjukkan tiga sisi empat $JLMN$, $JQRS$ dan $EFGH$ yang dilukis di atas suatu satah Cartes. $JLMN$ ialah imej bagi sisi empat $EFGH$ di bawah transformasi $\mathbf{WV}$.
b(i)
Huraikan selengkapnya transformasi,
$\mathbf{V}$
2 marks
b(ii)
$\mathbf{W}$
3 marks
159 marks
Anda **tidak** dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Rajah 10 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dengan tapak segi empat tepat $ABCD$. Permukaan $ABKJFE$ ialah keratan rentas seragamnya. Segi empat tepat $EFGH$ dan $JKLM$ berada pada satah mengufuk. Segi empat tepat $FJMG$ ialah satah condong. Tepi $EA$ dan $KB$ adalah tegak. Manakala sebuah pepejal berbentuk kuboid dicantumkan kepada pepejal itu pada satah tegak $ARJFE$. Diberi bahawa panjang $EA = HD = 6$ cm dan $AB = SP = 8$ cm.
Lukis dengan skala penuh,
a
pelan pepejal itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, panjang setiap sisi dan jenis setiap garis (padu atau putus-putus).)*
4 marks
b
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $PQ$ sebagaimana dilihat dari $\mathbf{Y}$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, panjang setiap sisi dan jenis setiap garis (padu atau putus-putus).)*
5 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Rajah 11 menunjukkan jaringan perjalanan Encik Felix sepanjang tahun 2023. Encik Felix mempunyai cawangan perniagaan perabot di Asia Tenggara. Dia sering ke luar negara bagi memenuhi tuntutan kerja sebagai pemilik sebuah kilang perabot antik yang sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan di sekitar negara-negara Asia.
a(i)
Berdasarkan Jadual 6.1, lukis graf berpemberat dan terarah di ruang jawapan.
| Perjalanan | Jarak (km) |
|---|---|
| (KL, S) | 323 |
| (KL, J) | 1 168 |
| (KL, B) | 1 189 |
| (KL, F) | 3 046 |
| (KL, Br) | 2 055 |
| (S, J) | 904 |
| (B, F) | 12 397 |
| (F, Br) | 1 913 |
| (Br, J) | 2 126 |
Jadual 6.1
*(Ruang jawapan menunjukkan enam bucu KL, B, F, Br, S dan J. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap tepi yang dilukis, arah anak panahnya dan pemberatnya.)*
3 marks
a(ii)
Jika masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura ialah 1 jam 20 minit, Kuala Lumpur ke Bangkok ialah 2 jam 15 minit dan Kuala Lumpur ke Brunei ialah 2 jam 25 minit. Tuliskan nisbah masa penerbangan bagi ketiga-tiga destinasi dalam unit minit.
2 marks
Selepas 10 hari Encik Felix berada di Brunei, beliau bercadang untuk membawa isteri dan dua anaknya bercuti ke Jakarta. Isteri dan anaknya akan mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur. Mereka akan bercuti selama 7 hari.
Jadual 6.2 menunjukkan harga premium bagi insuran perjalanan yang ditawarkan oleh Syarikat Mega Insurans.
| Bilangan hari | Pemegang polisi: Asia (RM) | Pemegang polisi: Eropah (RM) | Pemegang polisi dan pasangan: Asia (RM) | Pemegang polisi dan pasangan: Eropah (RM) | Keluarga: Asia (RM) | Keluarga: Eropah (RM) |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 – 5 | 39 | 53 | 69 | 98 | 87 | 133 |
| 6 – 10 | 58 | 79 | 107 | 150 | 136 | 184 |
| 11 – 18 | 79 | 127 | 152 | 246 | 218 | 304 |
| Premium tahunan (berumur 18 – 69 tahun) | 230 | 280 | - | - | - | - |
Jadual 6.2
b(i)
Berapakah harga premium untuk insurans perjalanan Encik Felix dan keluarganya.
2 marks
b(ii)
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga premium insurans perjalanan?
3 marks
c(i)
Isteri Encik Felix telah membeli sebuah jam tangan sebagai kenangan melancong ke Jakarta dengan harga 50 juta Rupiah.
Berapakah harga jam tangan itu dalam Ringgit Malaysia jika nilai tukaran wang asing Malaysia dan Indonesia ialah MYM 1.00 = IDR 3 222.87.
2 marks
c(ii)
Jika jam yang sama dijual di Malaysia dengan harga RM20 000, berapa peratus keuntungan yang diperolehi isteri Encik Felix apabila membeli jam itu di Indonesia? Adakah isteri Encik Felix seorang yang bijak berbelanja?
3 marks
1715 marks
a
Puan Laura merupakan seorang peniaga dalam talian. Beliau menjual pelbagai jenis kek lapis Sarawak antaranya ialah kek Lapis Pandan dan kek Lapis Kurma. Jadual 7 menunjukkan hasil jualan Puan Laura dalam tempoh dua hari.
| | Kek Lapis Pandan | Kek Lapis Kurma |
|---|---|---|
| Hari Pertama | 5 | 8 |
| Hari Kedua | 9 | 7 |
Jadual 7
Diberi bahawa hasil jualan Puan Laura pada hari pertama dan hari kedua masing-masing ialah RM275 dan RM310. Dengan menggunakan kaedah **penghapusan atau penggantian**, hitung harga, dalam RM, bagi sebiji kek Lapis Pandan dan sebiji kek Lapis Kurma.
4 marks
b
Rajah 12 menunjukkan sebiji kek Lapis Pandan yang dipotong kepada beberapa bahagian yang sama saiz. Diberi panjang, lebar dan tinggi keseluruhan kek tersebut masing-masing ialah $52_8$ cm, $103_5$ cm dan 7 cm.
Hitung isipadu, dalam cm$^3$, bagi sepotong kecil kek itu. Seterusnya, nyatakan nilai dalam asas 6.
4 marks
Rajah 13 menunjukkan graf plot kotak taburan umur pelanggan Puan Laura, dalam tahun, yang membeli kek lapisnya di gedung atas talian Shokie.
c(i)
Nyatakan nilai bagi
julat,
1 marks
c(ii)
julat antara kuartil.
2 marks
d
Hasil daripada keuntungan jualannya, Puan Laura telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM60 000 dan telah menyimpan di dalam akaun simpanan tetap dengan kadar faedah 5% setahun dengan pengkompaunan setiap 6 bulan. Selepas 2 tahun menyimpan, Puan Laura merancang untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM350 000 dengan membayar wang pendahuluan sebanyak 20%.
Hitung jumlah wang yang perlu ditambah oleh Puan Laura jika beliau berhasrat untuk menggunakan ke semua wang dalam akaun simpanan tetapnya untuk menjelaskan wang pendahuluan itu.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open