Isikan tempat kosong pada ruang jawapan dengan istilah kewangan yang **betul**.
| Pelaburan | Dividen | Prinsipal |
|---|---|---|
a(i)
Pernyataan: Sejumlah wang yang diterima pada akhir tahun kewangan dan dihitung berdasarkan wang yang dilaburkan.
*(Tulis istilah kewangan yang betul.)*
1 marks
a(ii)
Pernyataan: Jumlah asal wang yang disimpan.
*(Tulis istilah kewangan yang betul.)*
1 marks
b
Mr. Zack menyimpan RM20 000 pada awal tahun dalam akaun simpanan tetap di Bank Mekar yang menawarkan kadar faedah sebanyak 5% setahun. Berapakah dividen yang diterima selepas setahun jika faedah yang dikompaunkan 4 bulan sekali?
3 marks
23 marks
Zahirah mempunyai polisi insurans perubatan dengan deduktibel sebanyak RM600 dan ko-insurans 70/30. Sekiranya kos perubatan yang ditanggung Zahirah ialah RM10 800, hitung kos perubatan keseluruhan tersebut.
3 marks
34 marks
Alya telah membeli 2 batang pen dan 4 bilah gunting dengan jumlah harga RM20. Harga sebilah gunting RM2 lebih dari harga sebatang pen. Berapakah harga sebatang pen dan sebilah gunting?
4 marks
43 marks
Sebuah pasaraya menawarkan kad keahlian dengan harga RM10 dan satu baucar yang bernilai RM5 akan diberikan secara percuma kepada setiap ahli baharu. Pasaraya tersebut ada menjual susu berperisa coklat dengan harga RM4.50 sekotak. Laila mendaftar sebagai ahli baharu dan membeli beberapa kotak susu tersebut menggunakan baucar yang diberi. Dia menetapkan maksimum perbelanjaan ialah RM30. Berapakah bilangan maksimum susu yang diperoleh oleh Laila?
3 marks
55 marks
Rajah 1 menunjukkan sebuah bongkah emas berbentuk prisma tegak $ABCDEFGH$ yang terletak di atas permukaan mengufuk.
a
Diberi bahawa panjang $BC = 14$ cm, $HG = 8$ cm dan $AB = 12$ cm. Isipadu bagi bongkah emas tersebut ialah 1029 $\text{cm}^3$. Hitung, dalam cm, nilai $h$.
3 marks
b
Bongkah emas tersebut dileburkan untuk membentuk beberapa buah kubus yang sama saiz dengan panjang sisi 7 cm. Hitung bilangan kubus yang boleh dihasilkan.
2 marks
65 marks
Rajah 2 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan dua zarah, $M$ dan $N$ dalam tempoh 24 saat dan $t$ saat masing-masing. Graf $ABC$ menunjukkan pergerakan zarah $M$ dan graf $DE$ menunjukkan pergerakan zarah $N$.
a(i)
Nyatakan laju seragam, dalam $\text{ms}^{-1}$, zarah $M$.
1 marks
a(ii)
Hitung kadar perubahan laju, dalam $\text{ms}^{-2}$, zarah $M$ bagi 12 saat terakhir.
2 marks
b
Diberi bahawa jarak yang dilalui oleh zarah $N$ adalah sama dengan jarak yang dilalui oleh zarah $M$. Hitung nilai $t$.
2 marks
75 marks
Suraya bekerja secara sambilan sebagai seorang tutor dan pembantu gerai. Kadar bayaran yang diterima sebagai tutor ialah RM20 sejam dan sebagai pembantu gerai ialah RM12 sejam. Dia memperuntukkan 36 jam seminggu untuk kerja sambilannya dan jumlah bayaran yang diterima ialah RM560. Dia bekerja selama $x$ jam sebagai tutor dan $y$ jam sebagai pembantu gerai seminggu. Dengan menggunakan kaedah matriks, cari nilai bagi $x$ dan nilai bagi $y$.
5 marks
83 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian bingkai gambar yang terdiri daripada gabungan beberapa bentuk segi tiga sama sisi dan segi empat sama secara berselang-seli.
a
Sebuah gambar dengan sisi $n$ diletakkan di tengah bingkai tersebut. Berapa bilangan sisi gambar itu sekiranya ia adalah sebuah poligon sekata?
2 marks
b
Nyatakan nisbah bilangan segi tiga sama sisi kepada bilangan segi empat sama yang diperlukan untuk membentuk bingkai gambar tersebut.
1 marks
93 marks
Rajah di ruang jawapan menunjukkan segi empat sama, $PRTV$.
$X$ dan $Y$ ialah dua titik yang bergerak di dalam segi empat tersebut. Pada rajah tersebut, bina
a
lokus bagi titik $X$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari garis $PV$ dan garis $PR$.
*(Huraikan lokus yang anda bina dalam perkataan: jenis lokus (garis lurus atau lengkok) dan titik-titik yang dilaluinya atau pusat dan jejarinya.)*
1 marks
b
lokus bagi titik $Y$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 5 cm dari $T$.
*(Huraikan lokus yang anda bina dalam perkataan: jenis lokus (garis lurus atau lengkok) dan titik-titik yang dilaluinya atau pusat dan jejarinya.)*
1 marks
c
Tandakan kedudukan bagi titik persilangan lokus $X$ dan lokus $Y$ dengan simbol $\otimes$.
*(Huraikan kedudukan titik yang anda tandakan dalam perkataan.)*
1 marks
104 marks
Rajah 5 menunjukkan suatu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid. Apabila mentol dinyalakan, bayang-bayang tangan terhasil pada skrin dengan faktor skala, $k$.
Diberi bahawa jarak mengufuk antara mentol dengan tangan dan jarak mengufuk tangan dengan bayang-bayang ialah 50 cm dan 75 cm masing-masing.
a
Nyatakan nilai $k$.
1 marks
b
Eksperimen ini diulangi dengan menggerakkan tangan 25 cm menghampiri sumber cahaya. Diberi luas tapak tangan ialah 78 $\text{cm}^2$. Hitung beza luas, dalam $\text{cm}^2$, antara bayang-bayang yang terhasil sebelum dan selepas pergerakan tersebut.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Jujukan berikut menunjukkan empat nombor berturutan dalam asas tujuh.
$354_7,\ 355_7,\ 356_7,\ T$
Nyatakan nilai $T$.
1 marks
b
Cari hasil tambah bagi dua nombor di bawah dalam asas lima.
| $312_4$ | $144_5$ |
|---|---|
4 marks
c
Diberi $p$ dan $q$ ialah nilai dalam asas sepuluh bagi digit 4 dalam nombor $432_8$ dan $432_5$ masing-masing. Hitung nilai bagi $p - q$. Seterusnya, ungkapkan $p - q$ sebagai nombor dalam asas enam.
4 marks
129 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi cukai pendapatan Puan Julia bagi tahun 2022.
| |
|---|
| Gaji bulanan Puan Julia adalah RM4 800. |
| 10% daripada gaji bulanan digunakan untuk rawatan perubatan ibu bapa |
| Pendapatan pasif bulanan Puan Julia adalah RM1 200. |
| 20% daripada pendapatan pasif bulanan digunakan untuk insurans. |
| Puan Julia mendermakan sejumlah RM1 300 kepada sebuah perpustakaan negeri. |
| Puan Julia membayar zakat berjumlah RM550 bagi tahun tersebut. |
Jadual 1
Jadual 2 menunjukkan sebahagian daripada kadar cukai pendapatan individu bagi tahun 2022.
| Pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2800 |
Jadual 2
a
Berikan satu contoh rebat cukai.
1 marks
b
Berapakah jumlah pelepasan cukai Puan Julia?
3 marks
c
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Puan Julia.
5 marks
139 marks
Puan Ain menjual $x$ biji kek kukus $A$ dan $y$ biji kek kukus $B$. Berikut ialah maklumat berkaitan kek kukus yang dijual.
- Jumlah kek kukus yang dijual tidak lebih daripada 80 biji.
- Bilangan kek kukus $A$ adalah sekurang-kurangnya dua kali ganda bilangan kek kukus $B$.
- Bilangan kek kukus $B$ melebihi 10 biji.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi di atas.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 27.
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 kek pada kedua-dua paksi, lukis dan lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 13(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
c
Puan Ain memperoleh keuntungan sebanyak RM10 dan RM12 bagi kek kukus $A$ dan kek kukus $B$ masing-masing. Berdasarkan rantau sepunya di 13(b), hitung keuntungan maksimum jika dia menjual 60 biji kek kukus $A$.
2 marks
149 marks
Jamil membina sebuah sangkar ayam. Rajah 6 menunjukkan bentangan bagi sangkar ayam tersebut. $ABC$ dan $EFD$ berbentuk segi tiga sama kaki manakala $IJEB$, $BEDC$ dan $CDGH$ berbentuk segi empat tepat.
Diberi bahawa jumlah luas permukaan bagi seluruh bentangan sangkar ayam tersebut ialah 26 040 $\text{cm}^2$ dan $BC = 90$ cm.
a
Hitung ketinggian, dalam cm, sangkar ayam tersebut.
2 marks
b
Cari perimeter, dalam cm, permukaan berlorek.
4 marks
c
Jamil bercadang untuk membuat pengubahsuaian terhadap sangkar ayamnya. Nyatakan ukuran, dalam cm, bagi tapak sangkar ayam, $BEDC$ berbentuk segi empat tepat dengan luas yang sama tetapi mempunyai perimeter yang terkecil. Cari perimeter, dalam cm, segi empat tepat itu.
3 marks
159 marks
a
Jadual 3 menunjukkan hasil tinjauan terhadap bilangan buku yang dibaca oleh pelajar kelas 5 Delima.
| Bilangan buku yang dibaca | Kekerapan |
|---|---|
| 10 – 14 | 3 |
| 15 – 19 | 2 |
| 20 – 24 | $x - 5$ |
| 25 – 29 | 4 |
| 30 – 34 | 10 |
| 35 – 39 | 7 |
Jadual 3
Jika min bagi data tersebut ialah 27, cari nilai $x$.
3 marks
Tinjauan yang sama juga telah dilaksanakan terhadap kelas 5 Berlian dan keputusannya ditunjukkan dalam Jadual 4.
| Bilangan buku yang dibaca | Kekerapan |
|---|---|
| 10 – 14 | 1 |
| 15 – 19 | 5 |
| 20 – 24 | 10 |
| 25 – 29 | 12 |
| 30 – 34 | 4 |
| 35 – 39 | 8 |
Jadual 4
b(i)
Berdasarkan Jadual 4, lengkapkan Jadual 5 di ruang jawapan.
| Bilangan buku yang dibaca | Kekerapan | Kekerapan longgokan | Sempadan atas |
|---|---|---|---|
| 10 – 14 | 1 | | |
| 15 – 19 | 5 | | |
| 20 – 24 | 10 | | |
| 25 – 29 | 12 | | |
| 30 – 34 | 4 | | |
| 35 – 39 | 8 | | |
Jadual 5
*(Tulis kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap selang kelas.)*
2 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 33.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 buah buku pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang pelajar pada paksi mencancang, lukis satu histogram longgokan berdasarkan data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, kedudukan dan tinggi setiap palang.)*
4 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Adam telah menyertai ujibakat satu pertandingan nyanyian yang telah diadakan di sebuah auditorium di Kuala Lumpur. Rajah 7 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Adam dari rumahnya menuju ke auditorium.
Adam bertolak dari rumahnya di Parit Buntar pada jam 0800 dan berhenti rehat di RNR Tapah.
a(i)
Nyatakan tempoh masa Adam berhenti di RNR Tapah.
1 marks
a(ii)
Sekiranya jarak dari rumah Adam ke RNR Tapah adalah sama dengan jarak dari RNR Tapah ke auditorium, hitung laju purata, dalam $\text{km j}^{-1}$, perjalanannya.
2 marks
Dalam pertandingan tersebut, Adam dikehendaki menyanyikan dua buah lagu iaitu satu lagu wajib dan satu lagu pilihan.
| Tempoh masa lagu wajib – 3 minit |
|---|
| Tempoh masa lagu pilihan – 5 minit |
Dia diberi masa selama 53 minit untuk membuat persediaan sebelum dinilai oleh juri $P$ dan juri $Q$. Jumlah bilangan latihan bagi lagu wajib dan lagu pilihan ialah 15.
b(i)
Bentukkan dua persamaan linear serentak bagi situasi di atas.
2 marks
b(ii)
Hitung bilangan latihan, Adam menyanyi lagu wajib dan menyanyi lagu pilihan.
4 marks
Seramai 140 orang peserta telah hadir ke uji bakat pertandingan nyanyian tersebut. Juri $P$ telah memilih seramai 40 orang peserta dan separuh daripada peserta pilihan juri $P$ turut dipilih oleh juri $Q$. Sekiranya seorang peserta itu menjadi pilihan juri $P$ dan juri $Q$, maka peserta itu layak ke peringkat seterusnya.
c(i)
Sekiranya bilangan peserta yang tidak dipilih oleh juri $P$ dan juri $Q$ adalah seramai 65 orang, hitung bilangan peserta yang dipilih oleh juri $Q$ sahaja.
2 marks
c(ii)
Lukis gambar rajah Venn untuk menunjukkan hubungan antara bilangan peserta yang dipilih oleh juri $P$ dan juri $Q$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set-set yang dilukis dan labelnya, bagaimana set-set itu bertindih, dan bilangan peserta dalam setiap rantau.)*
3 marks
c(iii)
Sekiranya Adam layak ke peringkat seterusnya, hitung kebarangkalian Adam akan terpilih.
1 marks
1715 marks
Kamariah menguruskan kafe $R$ dan kafe $S$. Beliau menganalisis jumlah minuman yang dijual di kedua-dua kafe tersebut. Jadual batang-dan-daun di bawah menunjukkan kuantiti minuman yang dijual di kafe $R$ selama 10 hari.
| Batang | Daun |
|---|---|
| 5 | 2 4 5 |
| 6 | 0 3 5 8 |
| 7 | 1 4 7 |
Petunjuk: 5 | 2 rujuk kepada 52 minuman telah dijual
Jadual 6
a(i)
Kira sisihan piawai bagi minuman yang dijual di kafe $R$.
4 marks
a(ii)
Jika min dan sisihan piawai minuman yang dijual di kafe $S$ ialah 68.9 dan 11.21 masing-masing, kafe manakah yang mempunyai jualan yang lebih memberangsangkan? Berikan justifikasi anda.
2 marks
Satu tinjauan telah dijalankan ke atas 200 orang pelanggan di kafe $S$ untuk mengetahui minuman pilihan mereka daripada tiga pilihan yang popular di kafe tersebut iaitu *Latte* ($L$), *Black* ($B$) dan *Mocha* ($M$). Hasil tinjauan tersebut didapati:
- 110 menyukai *Latte*,
- 40 menyukai *Black*,
- 75 menyukai *Mocha*,
- 20 menyukai *Latte* dan *Black*,
- 15 menyukai *Black* dan *Mocha*,
- 30 menyukai *Latte* dan *Mocha*,
- 10 menyukai ketiga-tiga minuman.
b(i)
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruangan jawapan untuk menunjukkan hubungan di antara set $L$, $B$ dan $M$.
*(Ruang jawapan menunjukkan set semesta $\xi$ dengan tiga bulatan bertindih $L$, $B$ dan $M$. Tulis bilangan pelanggan dalam setiap rantau dalam perkataan, cth. "L sahaja: …".)*
3 marks
b(ii)
Cari $n(B \cap M \cup L)'$.
2 marks
Kamariah membuat promosi bagi meningkatkan jualan di kafenya. Bagi setiap pembelian mana-mana daripada tiga minuman *Latte*, *Black* atau *Mocha*, setiap pelanggan layak mendapat satu pastri percuma sama ada *Croissant* ($C$), *Tart* ($T$) atau *Scone* ($S$).
c(i)
Senaraikan ruang sampel untuk gabungan minuman dan pastri yang mungkin dipilih oleh pelanggan.
2 marks
c(ii)
Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin, cari kebarangkalian bahawa *Mocha* atau *Scone* **tidak** dipilih.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open