Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas berbentuk silinder yang dipenuhi dengan air.
Diberi tinggi silinder itu adalah dua kali jejari silinder.
a
Tentukan tinggi, dalam cm, air di dalam silinder itu.
1 marks
b
Hitung isipadu, dalam $\text{cm}^3$, air di dalam silinder itu.
2 marks
25 marks
a
Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan pernyataan atau bukan pernyataan.
> 1 ialah nombor perdana
1 marks
b
Tulis songsangan bagi implikasi berikut dan tentukan nilai kebenarannya.
> Jika $x = 3$, maka $x + 5 = 8$
2 marks
c
Tentukan sama ada hujah berikut adalah sah atau tidak sah serta munasabah atau tidak munasabah.
Premis 1: Jika $p < 5$, maka $p < 15$
Premis 2: $p < 15$
Kesimpulan: $p < 5$
2 marks
34 marks
Rajah 3 menunjukkan lakaran bagi graf fungsi kuadratik $f(x) = x^2 + 4x + p$. Diberi bahawa titik minimum bagi graf fungsi tersebut ialah $(-2, -8)$.
a
Hitung nilai $p$.
2 marks
b
Graf fungsi kuadratik itu kemudiannya dipantulkan pada paksi-$x$. Nyatakan fungsi kuadratik yang diwakili graf yang terhasil dalam bentuk $f(x) = ax^2 + bx + c$. Seterusnya, cari persamaan paksi simetri bagi graf tersebut.
2 marks
44 marks
Husna berhasrat membeli sebuah televisyen yang berharga RM2 300 secara ansuran dari sebuah kedai elektrik. Terdapat dua pakej pembayaran yang ditawarkan oleh kedai tersebut seperti dalam Rajah 4.
| PAKEJ A | PAKEJ B |
|---|---|
| RM230 wang pendahuluan | Tiada wang pendahuluan |
| Pelan ansuran: Faedah mudah 3.2% setahun selama 24 bulan. | Pelan ansuran: Faedah mudah 3.6% setahun selama 24 bulan. |
Rajah 4
Tentukan pakej mana yang lebih menguntungkan Husna dari aspek jumlah pembayaran setelah tamat pelan ansuran 24 bulan tersebut.
4 marks
53 marks
Rajah 5 menunjukkan permainan animasi "Jump in rewards" yang melibatkan watak Bubu.
Dalam permainan ini, watak animasi Bubu akan melompat dari satu petak ke satu petak yang lain secara rawak. Petak berwarna hitam mewakili kawasan lompatannya. Diberi jumlah keseluruhan perimeter setiap petak berbentuk segi empat sama yang dilalui oleh Bubu ialah 240 cm.
Hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, bagi satu petak berbentuk segi empat sama berwarna hitam tersebut.
3 marks
64 marks
Badrol memiliki sebuah kereta kegunaan persendirian dengan kapasiti enjin 1768 cc di Alor Setar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
Rajah 6: gambar sebuah kereta dengan kotak **Kapasiti enjin: 1768 cc**
| Kapasiti enjin | Kadar cukai jalan: kadar asas | Kadar cukai jalan: kadar progresif |
|---|---|---|
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | - |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | + RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
Jadual 6
Beliau ingin menjelaskan cukai jalan bagi kenderaan tersebut di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah. Berdasarkan Jadual 6, hitung baki wang yang diterima oleh Badrol jika dia membayar dengan menggunakan wang RM300.
4 marks
75 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah segi tiga $PQS$ dan suatu garis lurus $ST$, dilukis pada suatu satah Cartes. Garis lurus $PQ$ adalah selari dengan garis lurus $ST$ dan garis lurus $QRS$ adalah selari dengan paksi-$y$. Diberi nisbah jarak bagi $OP$ dan $QS$ ialah $4 : 7$.
Cari,
a
koordinat bagi titik $Q$.
2 marks
b
persamaan garis lurus $ST$.
3 marks
84 marks
Rajah 8 di ruang jawapan menunjukkan sebahagian daripada gambar rajah Venn yang tidak lengkap dengan keadaan $\xi = P \cup Q \cup R$. Diberi set $P = \{x : x \text{ ialah nombor perdana}, x \leq 10\}$, set $Q = \{x : x \text{ ialah nombor genap}, x \leq 10\}$ dan set $R = \{\text{huruf vokal}\}$.
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruang jawapan dengan set $Q$ dan set $R$, seterusnya lorek kawasan bagi $(P \cap Q') \cup R$.
*(Rajah 8 di ruang jawapan hanya menunjukkan satu bulatan berlabel $P$. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan bulatan $Q$ dan $R$ berbanding $P$ (bertindih, di dalam atau terpisah) dan rantau yang anda lorek.)*
4 marks
93 marks
Rajah 9 menunjukkan rantau berlorek yang memuaskan tiga ketaksamaan linear yang menunjukkan bilangan peserta lelaki, $x$ dan bilangan peserta perempuan, $y$ yang telah menyertai sebuah Seminar Pelaburan.
Nyatakan tiga ketaksamaan yang mentakrifkan kawasan berlorek selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
3 marks
105 marks
Encik Ashraf baru menceburi bidang perniagaan. Sebagai langkah pertama, beliau bercadang untuk berniaga burger di hadapan rumahnya. Pada peringkat permulaan, beliau memulakan jualan dengan 300 biji burger sehari. Rajah 10 menunjukkan iklan harga burger yang dijualnya.
| HARGA | |
|---|---|
| BURGER AYAM | RM $x$ |
| BURGER DAGING | RM $y$ |
Rajah 10
Sejumlah 150 biji burger ayam dan 150 biji burger daging dijual pada hari pertama dan beliau memperoleh sebanyak RM890, setelah menolak ambilan RM10 untuk membeli plastik pembungkus. Pada hari kedua pula, sejumlah 250 biji burger ayam dan 50 biji burger daging telah dijual dan beliau memperoleh sebanyak RM860.
Menggunakan kaedah matriks, cari harga jualan, dalam RM, bagi sebiji burger ayam dan sebiji burger daging.
5 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan jarak di antara tiga lokasi di sekitar Alor Setar.
Pada pukul 8.15 pagi, Azani mula menunggang basikal secara individu dari *Alor Setar Mall* menuju ke Menara Alor Setar dan seterusnya ke Muzium Padi Kedah. Beliau tiba di Muzium Padi Kedah pada pukul 9.00 pagi. Hitung purata laju keseluruhan perjalanannya, dalam $\text{kmj}^{-1}$.
2 marks
Rajah 11.2 menunjukkan graf jarak-masa bagi gerakan sebuah basikal dan sebuah kereta. Graf $OABC$ mewakili gerakan basikal dari Jitra ke Sungai Petani manakala graf garis lurus $PBQ$ mewakili gerakan kereta dari Sungai Petani ke Jitra.
b(i)
Tentukan tempoh masa, dalam minit, basikal itu berada dalam keadaan pegun.
1 marks
b(ii)
Dengan andaian basikal dan kereta tersebut bertolak pada waktu yang sama iaitu pada pukul 11.10 pagi dan melalui jalan yang sama, tentukan waktu ketika kedua-dua kenderaan tersebut berselisih.
1 marks
b(iii)
Diberi bahawa kadar perubahan jarak terhadap masa basikal tersebut dalam 50 km terakhir adalah $40\ \text{kmj}^{-1}$, hitung nilai $m$, dalam minit.
2 marks
b(iv)
Hitung nilai $t$.
3 marks
129 marks
Rajah 12.1 menunjukkan titik $M$ pada suatu satah Cartes.
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -5 \\ -3 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu putaran $180^\circ$ pada pusat $(0, -2)$.
Transformasi $\mathbf{P}$ ialah satu pantulan pada garis $x + y = 2$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $M$ di bawah transformasi berikut.
a(i)
$\mathbf{TP}$
2 marks
a(ii)
$\mathbf{RT}$
2 marks
Rajah 12.2 menunjukkan dua sisi empat yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Sisi empat $L''$ ialah imej bagi $L$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{TU}$.
Diberi transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} 4 \\ -3 \end{pmatrix}$ dan transformasi $\mathbf{U}$ ialah suatu putaran $90^\circ$.
b(i)
Pada ruang jawapan, lukis imej $L'$.
*(Ruang jawapan menunjukkan salinan Rajah 12.2. Huraikan lukisan anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej $L'$ dan nyatakan cara bucu-bucu itu disambung.)*
3 marks
b(ii)
Seterusnya, nyatakan arah putaran dan pusat putaran bagi transformasi $\mathbf{U}$.
2 marks
138 marks
Rajah 13 menunjukkan hubungan antara set $P$ dan set $Q$. Berdasarkan Rajah 13,
a(i)
nyatakan jenis hubungan antara set $P$ dan set $Q$.
1 marks
a(ii)
tentukan nilai $m$ dan $n$.
2 marks
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Jadual 13 di bawah menunjukkan nilai-nilai $x$ dan $y$ yang memuaskan persamaan $y = x^3 + 4x - 5$.
| $x$ | −3 | −2 | −1 | 0 | 1 | 2 | 3 | 3.5 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −44 | −21 | −10 | −5 | 0 | 11 | 34 | 51.9 |
Jadual 13
b(i)
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$y$, lukiskan graf $y = x^3 + 4x - 5$ untuk $-3 \leq x \leq 4$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
b(ii)
Dari graf anda, cari nilai $y$ apabila $x = 2.5$.
1 marks
1410 marks
Jadual 14 di ruang jawapan menunjukkan kekerapan longgokan bagi markah Matematik yang diperolehi oleh 50 orang murid dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2023.
| Markah | Sempadan atas | Kekerapan | Kekerapan longgokan |
|---|---|---|---|
| 40 – 44 | 44.5 | 0 | |
| 45 – 49 | 49.5 | 2 | |
| 50 – 54 | 54.5 | 4 | |
| 55 – 59 | 59.5 | 7 | |
| 60 – 64 | 64.5 | 12 | |
| 65 – 69 | 69.5 | 18 | |
| 70 – 74 | 74.5 | 6 | |
| 75 – 79 | 79.5 | 1 | |
Jadual 14
a
Lengkapkan Jadual 14 di ruang jawapan.
*(Tulis kekerapan longgokan bagi setiap baris Jadual 14.)*
1 marks
b
Diberi bahawa markah min ialah 63.2. Hitung sisihan piawai bagi data itu.
3 marks
c
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang telah disediakan.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
d
Murid yang mendapat persentil ke-60 dan ke atas akan dipanggil untuk pemilihan bagi menyertai sebuah kem akademik. Tentukan skor minimum yang perlu diperoleh seorang murid untuk layak menerima panggilan pemilihan tersebut.
2 marks
159 marks
Puan Nurul merupakan seorang guru sekolah yang berusia 31 tahun. Beliau seorang yang sihat dan tidak merokok. Beliau membeli satu polisi insurans bernilai RM200 000 daripada Hebat Insurans Sdn. Bhd. Jadual 15 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans hayat boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Hebat Insurans Sdn. Bhd.
| Umur | Lelaki, bukan perokok (RM) | Lelaki, perokok (RM) | Perempuan, bukan perokok (RM) | Perempuan, perokok (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 30 | 1.82 | 2.40 | 1.14 | 1.41 |
| 31 | 1.89 | 2.46 | 1.21 | 1.48 |
| 32 | 1.95 | 2.52 | 1.27 | 1.55 |
Jadual 15
a(i)
Hitung premium tahunan Puan Nurul.
2 marks
a(ii)
Puan Nurul berminat untuk menambah polisi penyakit kritikal. Hebat Insurans Sdn. Bhd. menawarkan polisi penyakit kritikal dengan memberikan perlindungan sebanyak 25% nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM1 000 ialah RM1.50 mengikut umur dan status kesihatan Puan Nurul.
Hitung jumlah premium tahunan yang perlu dibayar oleh Puan Nurul, termasuk premium tambahan untuk penyakit kritikal.
4 marks
b
Encik Ahmad merupakan suami Puan Nurul. Beliau ialah seorang usahawan yang berusia 32 tahun dan merupakan seorang perokok. Beliau membeli satu polisi insurans yang sama nilainya dengan Puan Nurul.
Hitung premium tahunan bagi Encik Ahmad dan nyatakan faktor kepada perbezaan premium tahunan antara mereka berdua.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Safirul merupakan seorang pengurus bagi pasukan bola sepak SMK Syeikh Husin. Beliau bersama kumpulan dalam merangka latihan bagi menghadapi Kejohanan Liga Bola Sepak KPM yang akan berlangsung secara liga kumpulan. Pasukan Safirul berada di dalam kumpulan $A$ yang terdiri daripada empat pasukan lain iaitu SMK Tun Baiduri, SMK Mustika, SMK Zabidin, dan SMK Tempuling. Jadual 16.1 menunjukkan pengiraan bagi jumlah perlawanan kumpulan $A$.
| Bilangan pasukan | $n$ |
|---|---|
| Jumlah perlawanan | $\frac{n(n-1)}{2}$ |
| Jumlah perlawanan setiap pasukan | $n - 1$ |
Jadual 16.1
a(i)
Nyatakan bilangan pasukan yang berada dalam kumpulan $A$.
1 marks
a(ii)
Tentukan jumlah perlawanan bagi kumpulan $A$, seterusnya berikan jawapan anda dalam asas 3.
2 marks
b
Jurulatih pasukannya melakukan latihan sepakan penalti dengan membahagikan pemain kepada dua kumpulan. Semasa sesi latihan, setiap pemain diberi peluang melakukan beberapa kali sepakan. Plot batang-dan-daun di bawah menunjukkan jaringan bagi kedua-dua kumpulan dalam tempoh seminggu.
| Kumpulan Biru (daun) | Batang | Kumpulan Merah (daun) |
|---|---|---|
| 9 9 8 5 0 | 1 | 2 4 6 |
| 7 6 4 2 0 | 2 | 0 0 1 2 2 5 8 |
Kekunci: 0 | 1 | 2 bermaksud 10 jaringan untuk kumpulan Biru dan 12 jaringan untuk kumpulan Merah.
Diberi bahawa min jaringan bagi kedua-dua kumpulan ialah 20 jaringan. Dengan menggunakan maklumat daripada plot batang-dan-daun, tentukan kumpulan yang lebih baik. Berikan justifikasi anda.
4 marks
c
Dalam perlawanan pertama menentang pasukan SMK Tun Baiduri, pasukan Safirul telah mendapat sepakan percuma. Rajah 16.1 menunjukkan sepakan percuma yang dilakukan oleh seorang pemain dari pasukan Safirul. Ketinggian bola itu, $h$ meter dari permukaan tanah selepas $x$ saat ialah $h = -2t^2 + 6t$.
Berdasarkan situasi di atas, buktikan bola itu jatuh semula ke permukaan tanah tepat pada 3 saat selepas bola itu disepak.
3 marks
Jadual 16.2 menunjukkan jarak antara beberapa pilihan laluan yang boleh dilalui oleh pasukan Safirul ketika pulang dari SMK Tun Baiduri ke SMK Syeikh Husin setelah tamat perlawanan tersebut.
| Laluan | Jarak (km) |
|---|---|
| SMK Tun Baiduri ($B$) – Lestari ($L$) | 12 |
| Lestari ($L$) – Taman Cemerlang ($C$) | 5 |
| Taman Cemerlang ($C$) – Damai Setia ($D$) | 3 |
| Lestari ($L$) – Damai Setia ($D$) | 6 |
| Damai Setia ($D$) – SMK Syeikh Husin ($H$) | 18 |
| SMK Tun Baiduri ($B$) – Aman Park ($A$) | 16 |
| Aman Park ($A$) – SMK Syeikh Husin ($H$) | 21 |
Jadual 16.2
d(i)
Lengkapkan Rajah 16.2 di ruang jawapan bagi membentuk satu graf terarah dan berpemberat berdasarkan maklumat di Jadual 16.2.
*(Rajah 16.2 di ruang jawapan hanya menunjukkan bucu $B$, $L$, $C$, $D$, $H$ dan $A$ tanpa tepi. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dari bucu mana ke bucu mana, mengikut arah anak panah) dan pemberatnya.)*
3 marks
d(ii)
Berdasarkan graf yang dilukis di 16(d)(i), tentukan jarak laluan sehala yang terpendek dari SMK Tun Baiduri ($B$) ke SMK Syeikh Husin ($H$).
2 marks
1715 marks
Syarikat Megah mengusahakan pelbagai perkhidmatan dalam percetakan. Syarikat ini telah menerima tempahan untuk mencetak dua kain rentang sempena kejohanan sukan di sebuah sekolah. Rajah 17.1 menunjukkan saiz kain rentang tersebut.
Kos kain rentang ialah RM20 bagi setiap meter persegi. Hitung,
a(i)
luas kain rentang.
1 marks
a(ii)
kos yang akan dibayar oleh pihak sekolah.
2 marks
Jadual 17.1 menunjukkan peratusan pendapatan yang diperoleh dari perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Megah.
| Jenis cetakan | Peratusan |
|---|---|
| Buku | 45 |
| Jersi | 10 |
| Sijil | $x$ |
| Lain-lain | 25 |
Jadual 17.1
b(i)
Nyatakan nilai bagi $x$.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Jadual 17.1, lengkapkan carta pai yang diberi di ruang jawapan untuk mewakili data tersebut.
*(Carta pai di ruang jawapan sudah menunjukkan sektor Lain-lain dan Buku; bahagian selebihnya belum dibahagi dan belum dilabel. Huraikan carta pai anda dalam perkataan: sudut setiap sektor yang anda lukis dan labelnya.)*
2 marks
Azman merupakan seorang pekerja di Syarikat Megah. Gaji tahunan bagi Azman untuk tahun 2022 ialah RM60 000. Jadual 17.2 menunjukkan pelepasan cukai bagi Azman.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu (had RM9 000) | RM9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM2 400 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM2 550 |
| Insurans nyawa dan KWSP (had RM7 000) | RM8 500 |
Jadual 17.2
c(i)
Hitung jumlah pelepasan cukai Azman.
2 marks
c(ii)
Azman menderma sebanyak 5% daripada gaji tahunannya kepada pusat kebajikan kesihatan yang diluluskan oleh kerajaan. Hitung pendapatan bercukai bagi Azman.
2 marks
Rajah 17.2 menunjukkan logo yang akan dicetak oleh Syarikat Megah pada sebuah buku yang ditempah oleh sebuah kelab catur. $O$ ialah pusat bulatan bagi logo itu.
Diberi bahawa segi tiga $PSR$ ialah segi tiga sama kaki dan $PQR$ ialah tangen kepada bulatan bagi logo itu. Hitung,
d(i)
panjang $SR$ jika panjang $PR$ ialah 16 cm dan luas $PSQ$ ialah 40 $\text{cm}^2$.
3 marks
d(ii)
$\angle OSP$
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open