Negeri Sembilan Trial 2023 Mathematics Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Negeri Sembilan Trial 2023 Mathematics Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2023
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
13 marks
Dalam Rajah 1 di bawah, $PQR$ ialah garis lurus. Diberi bahawa $PQ : QR = 2 : 5$.
Cari kos $y$.
3 marks
24 marks
Syarikat $ABC$ menyediakan khidmat membekalkan cenderamata berbentuk jambangan coklat dan bunga. Semasa hari guru tahun ini, syarikat menerima tempahan daripada Sekolah $A$ dan Sekolah $B$. Jadual 1 menunjukkan bilangan set tempahan bagi kedua-dua sekolah tersebut.
| Sekolah | Jambangan Bunga | Jambangan Coklat |
|---|---|---|
| $A$ | 70 | 45 |
| $B$ | 50 | 60 |
Jadual 1
Kos penyediaan jambangan bunga dan coklat ini adalah masing-masing RM20 dan RM25 bagi setiap unit tempahan. Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung jumlah kos yang perlu ditanggung oleh Syarikat $ABC$ bagi menyediakan tempahan kedua-dua sekolah tersebut.
4 marks
35 marks
Nia menyertai satu ekspedisi berkayak Tasik Kenyir. Selepas ekspedisi itu dia mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Dia telah dilindungi oleh polisi insurans perubatan dengan deduktibel sebanyak RM1 100 dan peratusan ko-insurans adalah 80/20.
a
Jika kos perubatan ialah RM45 560, hitung kos yang perlu ditanggung oleh Nia.
3 marks
b
Selepas dua bulan, Nia perlu menerima rawatan susulan dengan kos sebanyak RM550. Nyatakan kos rawatan, dalam RM, yang akan ditanggung oleh syarikat insurans. Berikan justifikasi anda.
2 marks
43 marks
Safwan ingin membeli kereta untuk kegunaan isterinya di Jelebu. Beliau telah membeli sebuah kereta dengan harga RM118 000 dengan kapasiti enjinnya 1799 cc. Jadual 2 menunjukkan kadar cukai jalan kereta milik persendirian.
| Kapasiti Enjin | Semenanjung Malaysia: Kadar Asas | Semenanjung Malaysia: Kadar Progresif | Sabah & Sarawak: Kadar Asas | Sabah & Sarawak: Kadar Progresif |
|---|---|---|---|---|
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM 250.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 600 cc | RM170.00 | + RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM 280.00 | + RM0.60 setiap cc melebihi 1 800 cc | RM 234.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
Jadual 2
Hitung cukai jalan, dalam RM, bagi kereta itu.
3 marks
56 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah segitiga bersudut tegak $PQR$.
a
Bentuk satu persamaan kuadratik dalam sebutan $x$.
2 marks
b
Hitung nilai $x$ dan seterusnya cari perimeter segi tiga $PQR$ tersebut.
4 marks
64 marks
Rajah 3 menunjukkan dua sektor bulatan $OPQ$ dan $ORST$ yang sama-sama berpusat $O$. $OUT$ ialah semibulatan dengan $OT$ sebagai diameter dan $OT = 2PO$. $POT$ dan $OQR$ ialah garis lurus.
$PO = 21$ cm dan $\angle POQ = 42^\circ$.
Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitungkan luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan yang berlorek.
4 marks
74 marks
Rajah 4 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Zahin dari sebuah taman rekreasi ke rumahnya dengan basikal.
a
Hitung laju purata, dalam m/minit, perjalanan Zahin bagi tempoh 60 minit.
2 marks
b
Diberi purata laju bagi keseluruhan perjalanan ialah 56 m/minit, cari nilai $y$.
2 marks
84 marks
Jadual 3 menunjukkan kebarangkalian bahawa Hilman dan Syahmi mampu menjawab satu soalan matriks dan satu soalan ubahan dalam suatu kuiz Matematik.
| Pelajar | Soalan: Matriks | Soalan: Ubahan |
|---|---|---|
| Hilman | $\frac{1}{2}$ | $\frac{2}{5}$ |
| Syahmi | $\frac{7}{9}$ | $\frac{3}{8}$ |
Jadual 3
Hitung kebarangkalian bahawa
a
Hilman dan Syahmi mampu menjawab soalan ubahan.
2 marks
b
Syahmi mampu menjawab salah satu daripada dua soalan itu.
2 marks
94 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah silinder tegak, $J$ dengan isipadu 12 320 $\text{cm}^3$.
Sebuah silinder tegak $K$ dikeluarkan daripada silinder $J$. Diberi tinggi silinder $J$ ialah 20 cm. Jika jejari dan tinggi silinder yang dikeluarkan itu adalah separuh daripada jejari dan tinggi silinder $J$, hitung peratus isi padu, dalam $\text{cm}^3$, baki pepejal itu.
[Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
4 marks
103 marks
a
Nyatakan akas bagi pernyataan berikut. Seterusnya, tentukan sama ada akas itu benar atau palsu.
> Jika $n > 10$, maka $n > 7$
Rajah 6.1 menunjukkan dua garis lurus $XY$ dan $YZ$ yang dilukis pada satah Cartes.
a(i)
Diberi $YZ = 2XO$. Cari
nilai $a$,
1 marks
a(ii)
kecerunan garis lurus $XY$.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan sebuah segi empat selari $QRST$, yang dilukis pada satah Cartes. $PQT$ ialah garis lurus. Titik $P$ terletak pada paksi-$y$. Titik $Q$ dan titik $R$ terletak pada paksi-$x$.
b(i)
Diberi kecerunan $RS$ ialah $\frac{9}{2}$. Cari
nilai $j$,
1 marks
b(ii)
persamaan bagi garis lurus $PT$,
3 marks
b(iii)
koordinat bagi titik $Q$.
3 marks
129 marks
Rajah 7 menunjukkan sisiempat $ABCD$, $EFGH$ dan $PQRS$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Penjelmaan $\mathbf{J}$ ialah satu putaran $90^\circ$ lawan arah jam pada pusat $(3, 7)$.
Penjelmaan $\mathbf{K}$ ialah pantulan pada garis lurus $x = 1$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $R$ di bawah setiap penjelmaan berikut:
a(i)
$\mathbf{J}$
1 marks
a(ii)
$\mathbf{JK}$
2 marks
b
$PQRS$ ialah imej bagi $ABCD$ di bawah gabungan penjelmaan $\mathbf{MN}$. Huraikan selengkapnya penjelmaan $\mathbf{N}$.
3 marks
c
Diberi bahawa $PQRS$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 39.6 $\text{cm}^2$, hitungkan luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan yang diwakili oleh $EFGH$.
3 marks
138 marks
Diberi bahawa set semesta, $\xi = \{x : x \text{ ialah integer}, 1 \leq x \leq 20\}$.
Set $P = \{x : x \text{ ialah nombor kuasa dua sempurna}\}$
Set $Q = \{x : x \text{ ialah nombor yang boleh dibahagi tepat dengan } 5\}$
Set $R = \{x : x \text{ ialah faktor bagi } 15\}$
a
Senaraikan unsur bagi $P$, $Q$ dan $R$ dengan menggunakan tatatanda set.
3 marks
b(i)
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruang jawapan untuk menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga set $P$, set $Q$ dan set $R$.
*(Ruang jawapan ialah segi empat tepat $\xi$ yang kosong. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set mana yang bersilang dan set mana yang tidak bersilang, dan unsur yang ditulis dalam setiap rantau, termasuk di luar ketiga-tiga set.)*
3 marks
b(ii)
Seterusnya, cari set $(P \cup Q) \cap R'$ dan $n(P \cup Q) \cap R'$.
2 marks
149 marks
Data dalam Rajah 8 menunjukkan jisim, dalam kg, bagi dua kumpulan peserta yang mendaftar untuk program 'Jom Sihat'.
| Kumpulan A | | | | Kumpulan B | | | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 42 | 60 | 79 | 85 | 45 | 65 | 54 | 90 |
| 49 | 70 | 55 | 92 | 54 | 63 | 59 | 77 |
| 50 | 43 | 65 | 78 | 49 | 75 | 80 | 78 |
| 43 | 48 | 67 | 69 | 52 | 73 | 83 | 55 |
| 65 | 52 | 90 | 73 | 48 | 49 | 49 | 53 |
Rajah 8
a
Berdasarkan data itu, lengkapkan plot batang-dan-daun di ruang jawapan.
| Jisim Peserta Kumpulan A | | Jisim Peserta kumpulan B |
|---|---|---|
| 8 3 3 2 | 4 | 5 8 9 9 9 |
| | 5 | |
| | 6 | |
| | 7 | |
| | 8 | |
| | 9 | |
Kekunci: 2 | 4 | 5 bermaksud 42 kg jisim peserta kumpulan A dan 45 kg jisim peserta kumpulan B
*(Tulis plot anda baris demi baris: bagi setiap batang, daun kumpulan A dan daun kumpulan B.)*
3 marks
b
Hitung julat bagi setiap kumpulan yang menyertai program itu.
4 marks
c
Set data manakah yang menunjukkan serakan yang lebih besar? Beri justifikasi anda.
2 marks
1510 marks
a
Lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan pada halaman 26 bagi persamaan $y = -2x^2 + 6x + 9$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = -1$ dan $x = 3$.
| $x$ | −3 | −2 | −1 | 0 | 1.5 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −27 | −11 | | 9 | | 9 | 1 | −11 |
Jadual 4
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 27. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukis graf $y = -2x^2 + 6x + 9$ untuk $-3 \leq x \leq 5$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
Dari graf di 15(b), cari
c(i)
nilai $y$ apabila $x = 0.6$
1 marks
c(ii)
nilai $x$ apabila $-2x^2 + 6x + 9 = 0$
2 marks
c(iii)
persamaan paksi simetri.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Pada cuti sekolah, Fakhrul bercadang untuk membina sebuah layang-layang seperti Rajah 9.1 bersama rakan-rakannya. Layang-layang tersebut mempunyai ukuran pepenjuru 60 cm dan pepenjuru 50 cm. Garis $AC$ membahagi garis $BD$ dengan nisbah 1 : 2.
Fakhrul ingin mewarna layang-layang tersebut, maka dia perlu mengira luas layang-layang itu. Dia juga perlukan ukuran perimeter layang-layang ini untuk melukis garis luar dengan tepat.
Hitung
a(i)
luas
2 marks
a(ii)
perimeter
bagi layang-layang tersebut.
3 marks
b
Fakhrul dan rakannya Suresh, menerbangkan layang-layang mereka pada kawasan lapang yang sama tinggi. Mereka ingin mengenal pasti layang-layang kepunyaan siapa yang lagi tinggi. Dengan mengukur tali layang-layang dan sudut seperti Rajah 9.2, hitung dan tentukan layang-layang siapa yang lagi tinggi.
5 marks
Setelah penat bermain, Fakhrul bercadang untuk menghilangkan dahaga dengan pergi ke kedai minuman kegemaran mereka dengan berbasikal ke sana. Mereka berbincang seketika sebelum menentukan laluan yang terbaik untuk ke kedai tersebut. Dengan mengambil keadaan bentuk muka bumi taman di mana mereka berada, anggaran masa yang diambil bagi laluan tersebut adalah seperti Rajah 9.3 dan Jadual 5.
c(i)
| Laluan | Masa (minit) |
|---|---|
| $AB$ | 5 |
| $AF$ | 8 |
| $BC$ | 6 |
| $BE$ | 10 |
| $CD$ | 4 |
| $ED$ | 5 |
| $FE$ | 3 |
Jadual 5
Lukis satu graf terarah yang lengkap mewakili kesemua laluan bagi Fakhrul dan Suresh.
*(Bucu A, B, C, D, E dan F diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dari bucu mana ke bucu mana, arahnya) dan pemberat pada tepi itu.)*
3 marks
c(ii)
Nyatakan laluan yang paling pantas serta masa, dalam minit, yang diambil.
2 marks
1715 marks
Manaf merupakan seorang pesara dan bercadang untuk menanam pokok durian dan rambutan di dusunnya. Jadual 6.1 di bawah menunjukkan harga bagi sebatang anak pokok durian dan rambutan yang akan dibelinya.
| Pokok | Harga sebatang pokok (RM) |
|---|---|
| Durian | RM15 |
| Rambutan | RM12 |
Jadual 6.1
Diandaikan bilangan anak pokok durian sebagai $x$ dan bilangan anak pokok rambutan sebagai $y$, nyatakan tiga ketaksamaan yang boleh dibentuk berdasarkan situasi berikut:
a(i)
Jumlah bilangan anak pokok rambutan dan anak pokok durian mestilah sekurang-kurangnya 12 batang.
1 marks
a(ii)
Jumlah kos penanaman hendaklah tidak melebihi RM600.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan keluasan dusunnya, bilangan anak pokok durian mestilah tidak melebihi bilangan anak pokok rambutan.
1 marks
b
Lukis dan lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 17(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi-$x$ dan paksi-$y$, setiap garis yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
Daripada graf,
c(i)
Tentukan julat bilangan pokok rambutan yang boleh ditanam jika Manaf menanam 15 batang pokok durian.
1 marks
c(ii)
Berapakah kos penanaman maksimum yang perlu dibelanjakan oleh Manaf?
2 marks
d
Kebarangkalian untuk pokok durian berbuah adalah 0.4 dan kebarangkalian untuk pokok rambutan berbuah adalah 0.7. Selepas 7 tahun, terdapat 35 batang pokok durian dan 30 batang pokok rambutan yang berjaya membesar dengan suburnya. Hitungkan bilangan pokok-pokok ini akan berbuah selepas 7 tahun ditanam.
2 marks
Selepas tujuh tahun, pokok durian yang berbuah ini terdiri daripada 3 jenis iaitu durian Kampung (D888), durian Musang King (D197) dan durian Sultan (D24). Jadual 6.2 di bawah adalah berat bagi setiap jenis durian daripada pokok yang berbuah.
| Jenis Durian | "Kampung (D888)" | "Musang King (D197)" | "Sultan (D24)" |
|---|---|---|---|
| Berat (kg) | 33 | 47 | 52 |
| Harga per kg (RM) | 10 | 50 | 25 |
Jadual 6.2
Berdasarkan maklumat di atas,
e(i)
Nyatakan julat, dalam kg, bagi berat durian itu.
1 marks
e(ii)
Hitung min harga, RM per kg, bagi ketiga-tiga jenis durian itu.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open