Bagi menjana pendapatan, bilangan lagu baru, $N$, seorang penyanyi untuk dirakamkan setiap tahun berubah secara songsang dengan bilangan tahun, $T$, penyanyi tersebut merakamkan lagu. Selepas 3 tahun rakaman, seorang penyanyi perlu merakamkan 20 lagu baru untuk mendapat keuntungan. Selepas 10 tahun, berapakah lagu baru yang perlu dirakamkan oleh seorang penyanyi supaya mendapat keuntungan?
Melaka Trial 2023 Mathematics Kertas 2 · UD3
- Melaka Trial UD3 · 2023
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
Encik Khairul berumur 63 tahun, manakala umur anaknya ialah nombor tiga digit yang terbesar dalam asas 3. Hitung beza umur mereka dalam asas 2.
Jadual 1 menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1 650 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 266.50 | 93.60 |
| 4 100 | 290.40 | 101.70 |
\*Bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM1 000 pertama daripada jumlah yang diinsuranskan.
Sumber: Jadual Tarif Motor 2015
Jadual 1
Esther yang menetap di Sabah ingin membeli satu polisi insurans motor. Berikut ialah maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
| | |
|---|---|
| Jumlah yang ingin diinsuranskan | RM85 000 |
| Umur kenderaan | 6 tahun |
| Kapasiti enjin | 2495 cc |
| NCD | 55% |
Hitung premium kasar bagi kereta Esther untuk polisi komprehensif.
Pada hujung minggu ini, Aini dan Valarmathi akan menghadiri majlis hari jadi sahabatnya. Diberi bahawa kebarangkalian Aini dan Valarmathi akan memakai pakaian berwarna merah ialah $\frac{5}{8}$ dan $\frac{1}{3}$ masing-masing. Hitung kebarangkalian
a
2 marks
kedua-dua mereka memakai pakaian berwarna merah,
b
2 marks
kedua-dua mereka tidak memakai pakaian berwarna merah.
a
1 marks
Tentukan sama ada pernyataan yang berikut adalah benar atau palsu.
> $\{2, 3, 11\} \cup \{$nombor ganjil$\} = \{2, 3, 11\}$
b
1 marks
Tentukan "akibat" bagi implikasi berikut.
> Jika garis lurus $AB$ ialah tangen kepada bulatan $P$, maka garis lurus $AB$ hanya menyentuh bulatan $P$ pada satu titik sahaja.
c
2 marks
Jumlah penduduk di Taman Indah mengikut formula $p(t) = 215(t^2 + t + 100)$, dengan keadaan $t$ ialah bilangan tahun.
Buat kesimpulan secara deduktif mengenai jumlah penduduk Taman Indah dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2020.
Encik Nabil memiliki sebuah unit pangsapuri di Bandar $J$ yang disewakan dengan kadar sebanyak RM1 300 sebulan. Pada bulan Februari, dia menerima bil cukai pintu pada kadar 5.7%.
a
1 marks
Nyatakan pihak yang mengutip cukai pintu?
b
3 marks
Hitung cukai pintu yang perlu dibayar oleh Encik Nabil untuk setahun.
Nasrullah memandu kereta dengan kelajuan $40p$ kmj$^{-1}$ selama $(2p - 3)$ jam. Kemudian, dia menukar kelajuannya kepada $(60p - 10)$ kmj$^{-1}$ selama $(p - 1)$ jam. Cari nilai $p$ jika jumlah jarak yang dilalui olehnya ialah 190 km.
Rajah 1 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan sebuah motosikal.
a
1 marks
Nyatakan tempoh masa, dalam s, apabila motosikal bergerak dengan laju seragam.
Bagi 32 saat yang pertama,
b(i)
2 marks
hitung kadar perubahan laju, dalam ms$^{-2}$.
b(ii)
2 marks
huraikan gerakan motosikal tersebut.
Rajah 2 menunjukan dua garis selari, $POQ$ dan $RMS$ yang dilukis di atas satah Cartes.
Cari
a
1 marks
kecerunan $PQ$.
b
2 marks
persamaan garis lurus $RMS$.
c
2 marks
pintasan-$x$ bagi garis lurus $MN$.
Rajah 3 menunjukkan sukuan bulatan $POA$ dengan pusat $O$ dan segi tiga bersudut tegak $COA$.
Diberi $\angle AOB = 60^\circ$. Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
a
2 marks
panjang, dalam cm, lengkok $AB$,
b
3 marks
luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek.
Bahagian B
Answer all 5
Jadual 2 di ruang jawapan menunjukkan markah yang diperolehi oleh 45 orang murid terbaik dalam Kuiz Kemahiran Digital peringkat Negeri Melaka.
| Markah | Bilangan murid | Titik tengah | Sempadan atas |
|---|---|---|---|
| 60 – 64 | 3 | | 64.5 |
| 65 – 69 | 4 | | |
| 70 – 74 | 7 | | |
| 75 – 79 | 6 | | |
| 80 – 84 | 10 | | |
| 85 – 89 | 8 | | |
| 90 – 94 | 7 | | |
Jadual 2
a
2 marks
Lengkapkan Jadual 2 di ruang jawapan.
*(Tulis titik tengah dan sempadan atas bagi setiap selang kelas.)*
b
3 marks
Berdasarkan Jadual 2, hitung min anggaran markah bagi seorang murid.
c
4 marks
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, dan bagi setiap palang nyatakan selang kelas (titik tengah atau sempadan) dan tingginya.)*
a(i)
2 marks
Hitung $\begin{pmatrix} 3 & 1 \\ 5 & 2 \end{pmatrix}\begin{pmatrix} 1 \\ 4 \end{pmatrix}$.
a(ii)
2 marks
Diberi bahawa matriks $H = \begin{pmatrix} 3 & 1 \\ 5 & 2 \end{pmatrix}$ dan matriks $I$ ialah matriks identiti berperingkat $2 \times 2$. Hitung $HI$.
b
5 marks
Syarikat Jebat menjual tiga jenis jus minuman iaitu epal, oren dan anggur. Pada bulan Julai, sebanyak 45 karton jus epal dan 148 karton jus anggur telah dijual. Manakala, bilangan jus oren yang dijual adalah tiga kali bilangan jus epal. Diberi bahawa harga sebotol jus oren dan sebotol jus epal adalah sama. Manakala jumlah harga dua botol jus oren dan sebotol jus epal adalah RM3 lebih berbanding dengan harga sebotol jus anggur. Jumlah jualan pada bulan tersebut adalah sebanyak RM34 272.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga sebotol jus epal dan sebotol jus anggur. [1 karton = 24 botol].
Diberi set semesta, $\xi = \{x : 4 \leq x \leq 12, x$ ialah integer$\}$, set $K = \{x : x$ ialah nombor ganjil$\}$ dan set $L = \{x : x$ ialah faktor bagi $40\}$.
a(i)
2 marks
Senaraikan semua unsur bagi set $K$ dan set $L$,
a(ii)
3 marks
Seterusnya, lukis gambar rajah Venn bagi menunjukkan hubungan antara set $\xi$, set $K$ dan set $L$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set yang dilukis dan dilabel, bagaimana set-set itu bertindih, dan unsur dalam setiap rantau.)*
Suatu soal selidik tentang permainan yang disukai oleh sekumpulan murid lelaki telah dilakukan oleh Cikgu Yeoh. Jadual 3 menunjukkan hasil soal selidiknya.
| Jenis permainan | Bilangan murid |
|---|---|
| Bola sepak | 60 |
| Sepak takraw | 40 |
| Badminton | 30 |
| Bola sepak dan sepak takraw | 15 |
| Sepak takraw dan badminton | 10 |
| Bola sepak dan badminton | 5 |
| Bola sepak, sepak takraw dan badminton | 1 |
Jadual 3
b(i)
2 marks
Rajah 4 pada ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn yang tidak lengkap. Diberi bahawa set $F = \{$murid yang menyukai permainan bola sepak$\}$, set $T = \{$murid yang menyukai permainan sepak takraw$\}$ dan set $B = \{$murid yang menyukai permainan badminton$\}$. Menggunakan maklumat dalam Jadual 3, lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan.
*(Rajah 4 menunjukkan tiga bulatan bertindih F, T dan B tanpa nombor. Tulis bilangan murid dalam setiap rantau.)*
b(ii)
1 marks
Hitung jumlah murid yang menyukai sekurang-kurangnya dua jenis permainan.
b(iii)
1 marks
Seterusnya, hitung bilangan murid yang tidak menyukai permainan bola sepak.
Rajah 5.1 menunjukkan titik $K$ pada suatu satah Cartes.
a(i)
1 marks
Penjelmaan $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -2 \\ 4 \end{pmatrix}$.
Penjelmaan $\mathbf{P}$ ialah pantulan pada garis $y = 4$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $K$ di bawah transformasi berikut:
$\mathbf{T}$
a(ii)
2 marks
$\mathbf{TP}$
Rajah 5.2 menunjukkan tiga sisi empat $JKLM$, $QPSR$ dan $UTWV$ dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)(a)
2 marks
$UTWV$ ialah imej bagi $JKLM$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{HG}$. Huraikan selengkapnya transformasi:
$\mathbf{G}$,
b(i)(b)
3 marks
$\mathbf{H}$.
b(ii)
2 marks
Diberi luas kawasan berlorek ialah 224 m$^2$. Hitung luas $UTWV$, dalam m$^2$.
Jadual 4.1 menunjukkan saiz kasut yang dipakai oleh 16 orang murid kelas 5 Opal.
| Saiz kasut | | | |
|---|---|---|---|
| 9.0 | 7.5 | 6.5 | 10.5 |
| 7.5 | 7.0 | 7.0 | 6.0 |
| 9.0 | 11.0 | 10.5 | 7.0 |
| 8.0 | 8.5 | 8.0 | 6.5 |
Jadual 4.1
a(i)
2 marks
Lengkapkan plot titik di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan ialah garis nombor "Saiz kasut" berlabel 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 dengan satu titik sudah diplot di atas 6 dan satu titik di atas 11. Huraikan plot titik anda dalam perkataan: nyatakan bilangan titik di atas setiap saiz kasut.)*
a(ii)
1 marks
Nyatakan beza saiz kasut murid-murid dalam kelas 5 Opal.
Jadual 4.2 menunjukkan masa yang diambil oleh sekumpulan murid dalam suatu acara larian.
| | | | | |
|---|---|---|---|---|
| 12 | 28 | 43 | 38 | 54 |
| 28 | 12 | 16 | 50 | 32 |
| 32 | 42 | 30 | 50 | 35 |
Jadual 4.2
b(i)
3 marks
Berdasarkan Jadual 4.2, bina satu plot kotak pada rajah yang disediakan di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan ialah garis nombor "Masa" berlabel 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70. Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nyatakan nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang anda tanda.)*
b(ii)
2 marks
Daripada plot kotak yang dibina di 15(b)(i), hitung julat dan julat antara kuartil bagi data tersebut.
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
a
4 marks
Unit Kokurikulum sekolah akan mengadakan perkhemahan tahunan di Pusat Perkhemahan Madani. Cikgu Murugan dan Cikgu Syafiq ditugaskan untuk menyediakan pengangkutan dan mereka telah memilih untuk menyewa dua buah bas. Bas M akan dinaiki oleh Cikgu Murugan bersama-sama 36 orang murid dan 3 orang guru lain, manakala bas N akan dinaiki oleh Cikgu Syafiq bersama-sama 34 orang murid dan seorang staf sekolah. Jumlah tambang bagi bas M dan bas N masing-masing ialah RM2 150 dan RM1 875.
Menggunakan kaedah penggantian atau penghapusan, hitung tambang untuk seorang dewasa dan seorang murid.
b
3 marks
Terdapat dua pertandingan yang akan diadakan semasa perkhemahan iaitu pertandingan kraf dan masakan. Bilangan peserta pertandingan kraf, $x$ orang dan bilangan peserta pertandingan masakan, $y$ orang adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
- I: Bilangan peserta pertandingan kraf sekurang-kurangnya dua kali bilangan peserta pertandingan memasak.
- II: Bilangan peserta pertandingan memasak sekurang-kurangnya $\frac{1}{7}$ bilangan peserta pertandingan kraf.
- III: Jumlah peserta pertandingan tidak melebihi 60 orang.
Pada ruang jawapan, lukis garis dan lorekkan rantau yang memuaskan semua syarat.
*(Ruang jawapan sudah mempunyai dua garis lurus. Huraikan dalam perkataan: garis yang anda lukis (persamaan, titik yang dilalui, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang anda lorek — garis-garis yang menyempadaninya dan di sebelah mana.)*
c
4 marks
Selain itu, aktiviti "Explore Race" secara berkumpulan juga akan dilaksanakan. Rajah 6 menunjukkan jarak antara stesen-stesen yang perlu dilalui. Setiap kumpulan akan bermula dari tapak perkhemahan dan perlu mengumpulkan kata laluan yang ada pada setiap pusat $P$, $Q$, $R$, $S$, $T$, $U$ dan $V$ seterusnya kembali ke tapak perkhemahan.
Tuliskan laluan terpendek yang boleh dilalui sekiranya tidak dibenarkan melalui pusat sama secara berulang. Nyatakan jumlah jarak bagi laluan terpendek tersebut.
Jadual 5 menunjukkan Pelan Kewangan Cikgu Murugan untuk tempoh masa sebulan.
| | RM | RM |
|---|---|---|
| **Pendapatan** | | |
| Pendapatan bersih | 5 450 | |
| Pendapatan pasif | 750 | |
| **Jumlah pendapatan bulan** | 6 200 | |
| Simpanan tetap bulanan | 620 | |
| Simpanan dana kecemasan | 200 | |
| Baki pendapatan | | 5 380 |
| **Tolak perbelanjaan tetap** | | |
| Ansuran rumah | 1 240 | |
| Ansuran kereta | 760 | |
| Premium insurans | 250 | |
| Jumlah perbelanjaan tetap | | 2 250 |
| **Tolak perbelanjaan tidak tetap** | | |
| Belanja dapur | 1 500 | |
| Petrol | 500 | |
| Bil-bil utiliti | 400 | |
| Perbelanjaan ibu bapa | 500 | |
| Jumlah perbelanjaan tidak tetap | | 2 900 |
Jadual 5
d(i)
2 marks
Hitung aliran tunai Cikgu Murugan.
d(ii)
2 marks
Cikgu Murugan ingin menyertai program perkhemahan peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Paris. Beliau perlu membuat bayaran ansuran yuran penyertaan sebanyak RM450 sebulan bagi tempoh 4 bulan. Berapakah nilai lebihan atau kurangan dalam aliran tunai terbaharunya? Cadangkan satu cara kepada beliau sekiranya dia ingin mengekalkan aliran tunai positif.
a
3 marks
Encik Marzuki adalah seorang pemilik sebuah tempat peranginan di Mersing. Pada bulan Mac, dia telah menerima tempahan untuk mengadakan majlis perkahwinan di tempat peranginannya. Encik Marzuki dikehendaki menyediakan $x$ kek jenis $P$ dan $y$ kek jenis $Q$ untuk majlis tersebut. Penghasilan kek ini melibatkan dua proses iaitu membakar dan menghias. Jadual 6 menunjukkan masa yang diperlukan untuk membuat kedua-dua jenis kek ini.
| Jenis kek | Masa yang diperlukan (minit): Membakar | Masa yang diperlukan (minit): Menghias |
|---|---|---|
| $P$ | 30 | 20 |
| $Q$ | 30 | 20 |
Jadual 6
Penghasilan dua jenis kek itu adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
- I: Jumlah masa membakar untuk kedua-dua jenis kek tidak lebih daripada 360 minit.
- II: Jumlah masa menghias kedua-dua jenis kek ialah sekurang-kurangnya 240 minit.
- III: Nisbah bilangan kek jenis $P$ kepada bilangan kek jenis $Q$ yang dihasilkan tidak kurang daripada 2 : 1.
Tulis tiga ketaksamaan linear yang mewakili syarat-syarat di atas.
b
4 marks
Encik Marzuki membeli sebuah van bernilai RM135 000 bagi kemudahan di tempat peranginannya. Beliau membuat bayaran pendahuluan sebanyak 12% dan bakinya dibiayai dengan pinjaman dari Bank $Y$ untuk tempoh 9 tahun dengan kadar faedah mudah 2.75% setahun.
Hitung bayaran ansuran bulanan, dalam RM, yang perlu dibayar olehnya.
Rajah 7 menunjukkan sebuah kolam renang berbentuk segi empat tepat $PQTV$ yang terdapat di tempat peranginan Encik Marzuki. Kawasan yang berbentuk segi tiga $PQR$ dan segi empat tepat $STUW$ dikhaskan untuk kanak-kanak, manakala kawasan $PRSWUV$ dikhaskan untuk orang dewasa.
c(i)
2 marks
Hitung
perimeter, dalam m, bagi kawasan kolam renang untuk kanak-kanak.
c(ii)
2 marks
luas, in m$^2$, bagi kawasan kolam renang dewasa.
Rajah 8 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Encik Marzuki sejauh 60 km dalam masa $3t$ minit dengan memandu kereta dari tempat peranginannya ke bandar $S$. Diberi kadar perubahan jarak terhadap masa sebelum dan selepas tempoh masa rehat adalah sama.
d(i)
2 marks
Hitung nilai $t$.
d(ii)
2 marks
Hitung laju purata keseluruhan perjalanan Encik Marzuki dalam kmj$^{-1}$.

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

