Rajah 1 di ruang jawapan menunjukkan segi empat sama $ABCD$ yang dilukis pada grid segi empat sama bersisi 1 unit. Titik $Y$ ialah satu titik yang bergerak di dalam segi empat sama $ABCD$ tersebut.
a
Pada Rajah 1, lukiskan lokus bagi titik $Y$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya adalah sentiasa 7 unit dari titik $A$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus, pusat dan jejarinya, serta titik mula dan titik akhirnya pada segi empat sama.)*
1 marks
b
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, cari panjang lokus bagi titik $Y$, dalam cm, yang dilukis di 1(a). Andaikan 1 unit = 1 cm.
2 marks
23 marks
Syarikat Internet Sunshine mempunyai 4 saluran Internet yang berlabel $P$, $Q$, $R$ dan $S$ untuk menghantar mesej. Jadual 1 menunjukkan bilangan mesej yang dapat dihantar oleh setiap saluran.
| Saluran Internet | $P$ | $Q$ | $R$ | $S$ |
|---|---|---|---|---|
| $P$ | – | 1 | 1 | 2 |
| $Q$ | 1 | 1 | 1 | 2 |
| $R$ | 1 | 1 | 1 | 1 |
| $S$ | 2 | 2 | 1 | – |
Jadual 1
Lukiskan satu graf berbilang tepi dan mempunyai gelung mengikut maklumat yang diberikan. Seterusnya, tentukan bilangan darjah.
*(Bucu $P$, $Q$, $R$ dan $S$ diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung dan bilangan tepi antara keduanya) dan setiap gelung, kemudian tulis bilangan darjah.)*
3 marks
34 marks
a
Nyatakan antejadian dan akibat bagi pernyataan berikut.
> Jika $x$ ialah nombor genap, maka $x$ boleh dibahagi tepat dengan 2.
2 marks
b
Tulis akas bagi implikasi berikut. Seterusnya, tentukan sama ada akas tersebut benar atau palsu.
> Jika $x > -5$, maka $x < -10$
2 marks
44 marks
Jadual 2 menunjukkan data yang diperoleh daripada satu tinjauan ke atas 100 orang responden terhadap jenis buku yang diminati.
| Jenis buku | Bilangan responden |
|---|---|
| Novel | 55 |
| Komik | 61 |
| Novel dan komik sahaja | 12 |
| Novel dan fiksyen sahaja | 5 |
| Novel sahaja | 25 |
| Komik sahaja | 28 |
Jadual 2
a
Lengkapkan gambar rajah Venn pada halaman 11.
*(Tulis bilangan responden dalam setiap rantau gambar rajah Venn: Novel sahaja, Komik sahaja, Fiksyen sahaja, Novel dan Komik sahaja, Novel dan Fiksyen sahaja, Komik dan Fiksyen sahaja, serta ketiga-tiga jenis.)*
2 marks
Seterusnya, hitung
b(i)
bilangan responden yang menggemari buku jenis komik atau fiksyen tetapi tidak menggemari novel,
1 marks
b(ii)
bilangan responden yang menggemari dua jenis buku sahaja.
1 marks
55 marks
Rajah 2 menunjukkan dua pentagon, $K$ dan $L$, dilukis pada suatu satah Cartes.
a
Pentagon $L$ ialah imej bagi pentagon $K$ di bawah satu transformasi $\mathbf{Q}$. Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{Q}$.
3 marks
b
Transformasi $\mathbf{T}$ mewakili translasi $\begin{pmatrix} -3 \\ -2 \end{pmatrix}$. Transformasi $\mathbf{P}$ mewakili pantulan pada garis $x = 4$. Nyatakan koordinat bagi imej titik (4, 6) di bawah gabungan transformasi $\mathbf{PT}$.
2 marks
64 marks
Diberi bahawa $r$ berubah secara langsung dengan kuasa tiga $s$ dan secara songsang dengan punca kuasa dua $t$. Diberi $r = 64$ apabila $s = 4$ dan $t = 9$.
a
Ungkapkan $r$ dalam sebutan $s$ dan $t$.
2 marks
b
Hitung nilai $s$ apabila $r = 6$ dan $t = 16$.
2 marks
74 marks
Encik Ismail merancang untuk membeli sebuah kereta yang berharga RM45 588. Dia merancang untuk membayar 10% wang pendahuluan secara tunai dan membuat pinjaman bank untuk baki selebihnya. Dia ingin menyimpan wang pendahuluan itu dalam tempoh setahun. Jadual 3 menunjukkan penyata aliran tunai bulanan Encik Ismail.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Gaji | 3 500 |
| Pendapatan pasif | 680 |
| Simpanan kecemasan | 400 |
| Bil utiliti | 180 |
| Makanan dan minuman | 600 |
| Barangan runcit | 500 |
| Pengangkutan | 300 |
| Bil telefon | 200 |
Jadual 3
a
Hitung wang simpanan bulanan yang harus disimpan oleh Encik Ismail untuk mencapai matlamatnya.
2 marks
b
Setelah membuat tinjauan pinjaman kereta daripada beberapa buah bank, Encik Ismail mendapati tawaran pinjaman daripada Bank Putra adalah terbaik. Bank Putra menawarkan ansuran bulanan sebanyak RM547 selama 7 tahun.
Adakah kedudukan kewangan semasa Encik Ismail membolehkannya mencapai matlamatnya? Jelaskan.
2 marks
84 marks
Rajah 3 menunjukkan kedudukan lima bandar $O$, $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang dilukis pada satah Cartes.
Diberi skala ialah 1 unit = 1 km. Jarak Bandar $A$ dan $B$ dari Bandar $O$ adalah sama. Diberi juga jalan yang menghubungkan Bandar $A$ dan $B$ adalah selari dengan jalan yang menghubungkan Bandar $C$ dan $D$.
Cari
a
jarak, dalam km, di antara Bandar $O$ dan Bandar $B$,
1 marks
b
persamaan garis lurus yang menghubungkan Bandar $C$ dengan Bandar $D$.
3 marks
94 marks
Encik Hariz membeli sebuah rumah yang mempunyai kawasan halaman. Dia bercadang untuk menghias kawasan halaman rumahnya dengan batu hiasan dan rumput. Rajah 4 menunjukkan kawasan halaman rumah berbentuk segi tiga sama kaki yang akan dihias. Kawasan berlorek adalah kawasan yang akan ditanam dengan rumput dan kawasan sukuan bulatan berpusat $C$ akan diletakkan batu hiasan.
Diberi bahawa panjang $BC = \frac{2}{3}AC$ dan $CE = 9$ m.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
a
panjang lengkok $BD$, dalam m, bagi sukuan bulatan tersebut,
2 marks
b
luas kawasan, dalam $\text{m}^2$, yang akan ditanam dengan rumput.
2 marks
105 marks
a
Diberi kos $\theta^\circ = -0.6947$ dan $90^\circ \leq \theta \leq 270^\circ$, hitung nilai-nilai $\theta$.
2 marks
b(i)
Pada Rajah 5 di ruang jawapan, lakarkan graf $y = 2\ \text{kos}\ 2x + 2$ untuk $0^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$.
*(Rajah 5 di ruang jawapan: paksi-$x$ bertanda $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$, $360^\circ$; paksi-$y$ dari −1 hingga 5. Huraikan graf anda dalam perkataan: koordinat titik-titik maksimum dan minimum serta bentuk lengkung.)*
2 marks
b(ii)
Berdasarkan graf yang telah dilukis, nyatakan kesan perubahan graf apabila diberi nilai tempoh adalah $90^\circ$.
1 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Rajah 6 menunjukkan bentangan bentuk tiga dimensi dengan enam permukaan yang berbeza iaitu $A$, $B$, $C$, $D$, $E$ dan $F$.
a
Namakan pepejal pada Rajah 6.
1 marks
b
Hitung jumlah luas permukaan, dalam $\text{cm}^2$, bagi pepejal tersebut.
3 marks
c(i)
Hitung isi padu, dalam $\text{cm}^3$, pepejal tersebut.
2 marks
c(ii)
Pepejal di 11(a) diisi dengan air dengan permukaan $E$ sebagai tapak bagi pepejal itu. Jika permukaan $A$ dikeluarkan, hitung isi padu, dalam $\text{cm}^3$, air yang mengalir keluar.
2 marks
1210 marks
a
Diberi bahawa $\frac{1}{m}\begin{bmatrix} 5 & -3 \\ n & 2 \end{bmatrix}\begin{bmatrix} 2 & 3 \\ 4 & 5 \end{bmatrix} = \begin{bmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{bmatrix}$. Cari nilai $m$ dan nilai $n$.
2 marks
Puan Jasmine membeli 3 kg manggis dan 6 kg durian dengan harga sebanyak RM90. Manakala Puan Chin membeli 2 kg manggis dan 5 kg durian dengan membayar menggunakan sekeping wang kertas RM100 dan mendapat baki wang sebanyak dua keping RM10 dan 8 keping RM1.
b(i)
Tulis dua persamaan linear yang mewakili maklumat di atas.
2 marks
b(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, sekilogram manggis dan sekilogram durian.
4 marks
b(iii)
Keesokan harinya, Puan Jasmine ingin membeli 5 kg manggis dan 2 kg durian dengan menggunakan sekeping wang kertas RM50. Tentukan sama ada Puan Jasmine mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli buah-buahan tersebut. Justifikasikan jawapan anda dengan menggunakan pendaraban matriks.
2 marks
139 marks
Adriana dan Fatimah telah menyertai saringan pertandingan menembak. Penembak yang lebih konsisten akan dipilih untuk menyertai satu pertandingan di peringkat negeri Selangor. Setiap peserta akan membuat 10 bidikan. Setiap skor bidikan yang diperoleh akan dicatat. Jadual 4 menunjukkan skor bidikan yang diperoleh oleh mereka berdua.
| Skor | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
|---|---|---|---|---|---|
| Adriana | 1 | 0 | 3 | 4 | 2 |
| Fatimah | 2 | 2 | 0 | 3 | 3 |
Jadual 4
Berdasarkan kepada skor bidikan yang diperoleh oleh kedua-dua orang penembak,
a(i)
nyatakan mod bagi setiap penembak,
2 marks
a(ii)
hitung min skor bidikan bagi Adriana dan Fatimah.
2 marks
b
Hitung sisihan piawai bagi kedua-dua penembak. Seterusnya, tentukan siapakah yang akan terpilih ke pertandingan peringkat negeri Selangor. Berikan justifikasi anda.
5 marks
148 marks
a
Lengkapkan Jadual 5 di ruang jawapan bagi persamaan $y = x^2 + 2x - 3$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = -2$ dan $x = 1$.
| $x$ | −4 | −3.5 | −3 | −2 | −0.5 | 0.5 | 1 | 2 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 5 | 2.25 | 0 | | −3.75 | −1.75 | | 5 |
Jadual 5
1 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 31. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada kedua-dua paksi, lukis graf $y = x^2 + 2x - 3$ untuk $-4 \leq x \leq 2$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
Berdasarkan graf di 14(b),
c(i)
selesaikan persamaan $y = x^2 + 2x - 3$.
1 marks
c(ii)
tentukan persamaan paksi simetri dan koordinat titik minimum apabila graf di 14(b) dipantulkan pada paksi-$y$.
2 marks
1510 marks
Sebuah gerai menjual dua jenis jus buah iaitu jus strawberi dan jus tembikai. Pada suatu hari tertentu, gerai itu menjual $x$ gelas jus strawberi dan $y$ gelas jus tembikai. Harga segelas jus strawberi dan segelas jus tembikai masing-masing RM8 dan RM4. Jualan jus buah dalam sehari adalah seperti berikut:
- I: Jualan minimum jus tembikai ialah 10 gelas.
- II: Jumlah bilangan gelas jus dijual tidak melebihi 80 gelas.
- III: Bilangan gelas jus strawberi dijual sekurang-kurangnya dua kali bilangan gelas jus tembikai.
a
Berdasarkan maklumat yang diberi, tulis tiga ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 34. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 gelas pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 15(a).
*(Kertas graf di halaman 34: paksi-$x$ dan paksi-$y$ masing-masing dari 0 hingga 80. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
Berdasarkan graf di 15(b), bagi 20 gelas jus tembikai:
c(i)
tentukan bilangan gelas maksimum jus strawberi,
1 marks
c(ii)
hitung jumlah jualan maksimum yang diterima oleh penjual itu.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Fauzan merupakan seorang pengusaha kafe di Medan Selera Bangi.
Encik Fauzan memerlukan pekerja bagi membantu menguruskan perniagaannya. Bilangan pekerja lelaki, $x$ yang diperlukan melebihi bilangan pekerja perempuan sebanyak 3 orang.
a(i)
Bentukkan satu ungkapan linear bagi jumlah pekerja dalam sebutan $x$.
2 marks
a(ii)
Jika Encik Fauzan memerlukan 13 orang pekerja, hitung bilangan pekerja lelaki yang akan diupah.
2 marks
Laksa merupakan antara menu utama di kafe Encik Fauzan. Dia menggunakan kombinasi ikan kembung dan ikan sardin sebagai bahan utama menu ini. Rajah 7 merupakan carta palang yang mewakili jumlah jisim ikan yang dihantar oleh pembekal bagi satu minggu.
b(i)
Pada minggu tersebut, Encik Fauzan membelanjakan RM847.00 bagi pembelian kedua-dua jenis ikan. Harga ikan kembung dan ikan sardin masing-masing ialah RM14.50 per kg dan RM12.00 per kg.
Dengan menggunakan kaedah penggantian atau penghapusan, hitung jisim, dalam kg, ikan kembung dan ikan sardin yang dibeli oleh Encik Fauzan pada minggu tersebut.
5 marks
b(ii)
Nyatakan nisbah jumlah jisim ikan kembung kepada jumlah jisim ikan sardin yang dibeli.
1 marks
Encik Fauzan bercadang untuk menjana pendapatan pasif melalui pelaburan saham. Jadual 6 menunjukkan tawaran daripada dua syarikat pelaburan saham.
| | Syarikat Mesra Jelita Sdn. Bhd. | Syarikat Teguh Setia Sdn. Bhd. |
|---|---|---|
| Tempoh pelaburan | 1 tahun | 1 tahun |
| Dividen | 8.5% | 25% |
| Harga seunit saham | RM1.00 | RM1.00 |
| Syer bonus | 1 syer baharu bagi 2 unit pegangan syer | Tiada |
Jadual 6
c(i)
Apakah tahap risiko bagi pelaburan saham?
1 marks
c(ii)
Jika Encik Fauzan ingin melaburkan RM15 000, syarikat manakah yang patut dipilih oleh Encik Fauzan? Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
1715 marks
Encik Farid memulakan perniagaan dengan menjual buah-buahan tempatan di pasar pada hujung minggu. Encik Farid membeli $x$ kg pisang dan $y$ kg jambu batu daripada seorang petani masing-masing dengan harga RM1.20 per kg dan RM1.70 per kg. Kemudian, dia menjual buah-buahan tersebut di pasar pada harga RM2.40 per kg bagi pisang dan RM2.80 per kg bagi jambu batu.
a(i)
Tuliskan satu rumus jumlah keuntungan, $P$, dalam RM, yang diperoleh Encik Farid jika buah-buahannya habis dijual.
1 marks
a(ii)
Hitung jisim pisang, dalam kg, yang telah Encik Farid beli daripada petani tersebut jika dia memperoleh keuntungan sebanyak RM73.60 dan membeli 20 kg jambu batu.
2 marks
b
Semasa cuti sekolah, anak Encik Farid, Zuliya akan membantu menjual buah-buahan secara atas talian. Setelah mendapat tempahan, Zuliya akan menyimpan buah-buahan dalam kotak yang berbentuk kuboid seperti Rajah 8. Sebelum menghantar kotak tersebut kepada pelanggan, Zuliya akan membalut kotak itu dengan menggunakan kertas pembalut. Luas permukaan sekeping kertas pembalut ialah 750 $\text{cm}^2$. Isi padu kotak itu ialah 5 980 $\text{cm}^3$. Kertas pembalut yang digunakan untuk membalut kotak itu ialah 3 keping.
Tentukan sama ada kertas pembalut tersebut mencukupi untuk membalut kotak itu. Justifikasikan jawapan anda.
8 marks
Puan Aini pergi ke gerai Encik Farid untuk membeli jambu batu. Terdapat 20 biji jambu batu di dalam sebuah kotak. 8 biji jambu batu telah rosak. Dua biji jambu batu dipilih secara rawak dari kotak satu demi satu. Sekiranya jambu batu pertama adalah rosak, maka jambu batu itu dipulangkan ke dalam kotak dan jambu batu kedua dipilih. Sekiranya jambu batu pertama tidak rosak, maka jambu batu tidak akan dipulangkan ke dalam kotak sebelum jambu batu kedua dipilih.
c(i)
Rajah 9 pada ruang jawapan menunjukkan gambar rajah pokok yang tidak lengkap. Berdasarkan maklumat di atas, lengkapkan gambar rajah pokok tersebut.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap cabang dan nyatakan setiap kesudahan dalam gambar rajah pokok.)*
2 marks
c(ii)
Seterusnya, hitung kebarangkalian bahawa hanya sebiji jambu batu yang rosak.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open