Aqila, Puteri dan Rushda membeli 300 buah buku untuk didermakan kepada perpustakaan desa dalam nisbah 6 : 5 : 9.
Cari beza antara bilangan buku yang didermakan oleh Aqila dan Rushda.
Pahang Trial 2024 Mathematics Kertas 2 · Modul Pintas
- Pahang Trial Modul Pintas · 2024
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
Rajah 1 di ruang jawapan menunjukkan sebuah segi tiga sama kaki $PQR$ yang dilukis pada grid segi empat sama bersisi 1 unit. $X$ dan $Y$ ialah dua titik yang sentiasa bergerak di dalam rajah itu.
Pada rajah di ruang jawapan, lukis
a
1 marks
lokus bagi titik $X$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 5 unit dari titik $P$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus, kedudukannya dan di mana ia bermula dan berakhir dalam rajah.)*
b
1 marks
lokus bagi titik $Y$ dengan keadaan $YQ = YR$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus dan titik-titik yang dilaluinya dalam rajah.)*
c
1 marks
Seterusnya, tandakan dengan simbol ⊗ persilangan bagi lokus $X$ dan lokus $Y$.
*(Huraikan kedudukan titik persilangan itu dalam perkataan, cth. kedudukannya berbanding titik $P$.)*
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan berpusat di $O$. Diberi $QSP$ = 16 cm, $OS$ = 15 cm dan $\angle OQS = 28^\circ$.
(Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
Hitungkan luas sektor $ROQ$. Berikan jawapan betul kepada dua tempat perpuluhan.
Encik Samy mempunyai satu polisi insurans perubatan. Jadual 1 menunjukkan maklumat polisi insurans perubatannya.
| Deduktibel | RM1 500 |
|---|---|
| Penyertaan peratusan ko-insurans | 80 / 20 |
Jadual 1
a
3 marks
Pada bulan Mac tahun 2023, Encik Samy telah menjalani pembedahan dan dikenakan kos rawatan sebanyak RM9 300.
Hitung kos rawatan yang ditanggung oleh Encik Samy?
b
1 marks
Tiga minggu kemudian, Encik Samy menerima rawatan susulan dan dikenakan kos sebanyak RM1 200.
Nyatakan kos rawatan yang akan ditanggung oleh syarikat insurans. Justifikasikan jawapan anda.
a
1 marks
Tentukan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
> 6 ialah faktor bagi 28 dan 42.
b
1 marks
Tulis kontrapositif bagi implikasi berikut.
> Jika $4 \times 6 = 24$, maka $3 + 4 \times 6 = 42$.
c
3 marks
Buat satu kesimpulan induktif bagi urutan nombor 8, 17, 32, 53, … yang mengikut pola berikut. Seterusnya, nyatakan sebutan ke berapakah dalam pola nombor itu bernilai 437?
$8 = (3 \times 1) + 5$
$17 = (3 \times 4) + 5$
$32 = (3 \times 9) + 5$
$53 = (3 \times 16) + 5$
⋮
Rajah 3 menunjukkan garis lurus $PV$ dan $PW$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. $PW$ adalah selari dengan paksi-$y$.
a
1 marks
Nyatakan persamaan garis lurus $PW$.
Seterusnya, carikan
b(i)
2 marks
persamaan garis lurus $PV$.
b(ii)
2 marks
pintasan-$x$ bagi garis lurus $PV$.
Encik Lee membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Kuantan yang bernilai RM300 000 dan membayar 10% wang pendahuluan. Setelah memiliki rumah itu selama 20 tahun, Encik Lee menjual rumah itu pada harga RM570 000. Jumlah pinjaman yang telah dilunaskan kepada pihak bank ialah RM485 000. Dalam tempoh pemilikan rumah itu, beliau berjaya memperoleh sewa sebanyak RM50 000. Jadual 2 menunjukkan senarai perbelanjaan yang terlibat dalam urusan jual beli itu.
| Duti setem | RM3 000 |
|---|---|
| Komisen ejen | RM2 500 |
| Kos guaman | RM5 000 |
Jadual 2
Hitung nilai pulangan pelaburan bagi Encik Lee.
Rajah 4 menunjukkan sebuah graf fungsi kuadratik.
Berdasarkan graf, nyatakan
a
3 marks
persamaan kuadratik dalam bentuk $f(x) = ax^2 + bx + c$.
b
2 marks
persamaan paksi simetri.
Rajah 5 menunjukkan saluran paip gas yang menghubungkan tujuh buah bandar J, K, L, M, N, P dan Q dengan sumber bekalan gas asli dari bandar S.
a
3 marks
Lukis satu pokok yang menghubungkan semua bandar dengan jumlah pemberat minimum.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (pasangan bandar) yang anda pilih beserta pemberatnya.)*
b
1 marks
Berapakah panjang minimum saluran paip gas yang diperlukan untuk membekalkan gas ke semua bandar?
Rajah 6 menunjukkan sebatang tiang bendera $PQR$. $PM$ dan $QN$ ialah dua kabel yang menahan tiang itu supaya kekal dalam posisi tegak. $Q$ ialah titik tengah $PR$. Diberi bahawa $PM$ = 15 m dan $RN$ = 4 m.
a
2 marks
Tulis satu fungsi trigonometri yang mengungkapkan jarak, $k$, dalam sebutan $x$.
b
3 marks
Diberi bahawa $x = 36.87^\circ$. Hitungkan nilai $y$.
Bahagian B
Answer all 5
Rajah 7 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan dua buah motosikal $M$ dan $N$ dari Ipoh ke Teluk Intan dalam tempoh 1 jam 15 minit. Graf $OPQRS$ mewakili gerakan motosikal $M$, manakala graf $OQS$ mewakili gerakan motosikal $N$.
a
2 marks
Nyatakan tempoh masa, dalam jam, laju seragam motosikal $M$.
b
2 marks
Jika jarak yang dilalui oleh motosikal $M$ pada laju seragam ialah 28 km, hitung nilai $v$, dalam km j$^{-1}$.
c
3 marks
Hitung beza jarak yang dilalui oleh motosikal $M$ dan motosikal $N$, dalam km, bagi keseluruhan perjalanan itu.
Anda **tidak** dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Rajah 8 menunjukkan gabungan dua prisma tegak yang terletak di atas satah mengufuk. Permukaan $JMPQ$ dan $VWY$ ialah keratan rentas seragam bagi dua prisma itu. Tepi $JM$, $KL$, $RT$, $PQ$ dan $WY$ adalah tegak. Segi empat $VWQT$ dan $LMPS$ ialah satah condong. Diberi $PQ = WQ$ dan $KL = RT$.
Lukis dengan skala penuh,
a
3 marks
pelan pepejal itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk dan label bucu-bucunya, panjang setiap sisi dalam cm, garis-garis di dalamnya, dan sama ada setiap garis padu atau putus-putus.)*
b
5 marks
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $JK$ sebagaimana dilihat dari arah X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk dan label bucu-bucunya, panjang setiap sisi dalam cm, garis-garis di dalamnya, dan sama ada setiap garis padu atau putus-putus.)*
Rajah 9 menunjukkan tiga buah pentagon, $JKLMN$, $JMPQR$ dan $JSTVW$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
a
1 marks
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -3 \\ 2 \end{pmatrix}$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $K$ di bawah transformasi $\mathbf{T}$.
Pentagon $JSTVW$ ialah imej bagi pentagon $JKLMN$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{FG}$.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
b(i)
3 marks
$\mathbf{G}$
b(ii)
3 marks
$\mathbf{F}$
c
3 marks
Diberi bahawa pentagon $JSTVW$ mewakili kawasan yang mempunyai luas 150 m². Hitung luas, dalam m², kawasan berlorek.
Pada tahun 2022, Encik Amir menerima pendapatan tahunan sebanyak RM93 800. Beliau telah menuntut pelepasan cukai bagi individu sebanyak RM9 000, insurans hayat dan KWSP sebanyak RM6 000, gaya hidup sebanyak RM1 700, perbelanjaan rawatan bagi ibu bapa sebanyak RM2 655 dan insurans perubatan sebanyak RM2 200. Encik Amir juga mempunyai seorang anak berumur bawah 18 tahun yang belum berkahwin dan menuntut pelepasan sebanyak RM2 000. Pada tahun tersebut, beliau telah menderma sebanyak RM350 dan membuat bayaran zakat sebanyak RM875.
a
3 marks
Hitung pendapatan bercukai bagi Encik Amir.
b
4 marks
Seterusnya, dengan menggunakan Jadual 3: Kadar Cukai Pendapatan untuk Tahun Taksiran 2022, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Amir pada tahun itu.
| Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 13 | 2600 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 400 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
Jadual 3
c
3 marks
Potongan cukai bulanan (PCB) Encik Amir adalah sebanyak RM275. Tentukan sama ada beliau perlu membuat bayaran baki cukai pendapatannya atau tidak. Jelaskan jawapan anda.
Jadual 4 menunjukkan taburan markah bagi 40 orang murid kelas 5 Emerald dalam suatu peperiksaan bagi mata pelajaran Matematik.
| Markah | Kekerapan |
|---|---|
| 1 – 15 | 2 |
| 16 – 30 | 4 |
| 31 – 45 | 7 |
| 46 – 60 | 12 |
| 61 – 75 | 10 |
| 76 – 90 | 5 |
Jadual 4
a
2 marks
Berdasarkan data dalam Jadual 4, lengkapkan Jadual 4.1 di ruang jawapan.
| Markah | Kekerapan | Kekerapan longgokan | Sempadan atas |
|---|---|---|---|
| 1 – 15 | 2 | | |
| 16 – 30 | 4 | | |
| 31 – 45 | 7 | | |
| 46 – 60 | 12 | | |
| 61 – 75 | 10 | | |
| 76 – 90 | 5 | | |
Jadual 4.1
*(Tulis kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap kelas.)*
b
3 marks
Hitung sisihan piawai bagi markah murid kelas 5 Emerald.
c
4 marks
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 28. Menggunakan skala 2 cm kepada 15 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala pada kedua-dua paksi, titik-titik yang diplot (koordinat) dan bentuk lengkung.)*
d
1 marks
Berdasarkan ogif yang dilukis di (c), cari $P_{35}$.
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
Encik Malek ialah seorang pekerja kilang. Dia juga bekerja sebagai penghantar makanan pada setiap hujung minggu untuk menampung perbelanjaan bulanannya.
Demi menjaga kesihatan, Encik Malek tidak akan bekerja melebihi 40 jam dalam seminggu. Jumlah jam bekerja di kilang sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada jumlah jam bekerja sebagai penghantar makanan.
a(i)
2 marks
Menggunakan $x$ untuk mewakili jumlah jam bekerja di kilang dan $y$ untuk mewakili jumlah jam bekerja sebagai penghantar makanan, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ bagi mewakili syarat yang diberi.
a(ii)
2 marks
Berdasarkan jawapan anda di 16(a)(i), lengkapkan graf di ruang jawapan untuk mewakili ketaksamaan linear tersebut. Seterusnya, lorek rantau yang memuaskan semua sistem ketaksamaan linear itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis lurus yang anda lukis (persamaan, titik-titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
b
5 marks
Pada hari biasa, Encik Malek diberi upah RM30 sejam. Pada hari cuti umum, Encik Malek diberi upah lebih RM60 sejam berbanding hari biasa. Dalam satu minggu tertentu, Encik Malek telah bekerja 6 jam sehari selama 6 hari. Dia telah diberi upah sebanyak RM1 800.
Menggunakan kaedah **matriks**, hitung bilangan Encik Malek bekerja pada hari biasa dan pada hari cuti umum pada minggu itu.
c
3 marks
Encik Malek ingin membuat penghantaran makanan ke tiga buah rumah di suatu kawasan taman perumahan. Rajah 10 menunjukkan kedudukan tiga buah rumah iaitu rumah $P$, rumah $Q$ dan rumah $R$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. Garis $PQ$ adalah selari dengan paksi-$x$. Jarak antara rumah $P$ dan rumah $Q$ ialah 480 m. Kedudukan ketiga-tiga buah rumah membentuk segi tiga sama kaki dengan jarak $PR = QR$ = 400 m. Diberi 1 unit = 40 m.
Nyatakan koordinat rumah $R$.
d
3 marks
Jadual 5 menunjukkan pelan kewangan bulanan Encik Malek.
| **Pendapatan** | **Amaun (RM)** |
|---|---|
| Pendapatan aktif | 3 600 |
| Pendapatan pasif | 480 |
| Tolak simpanan tetap bulanan (10% daripada jumlah pendapatan bulanan) | 408 |
| Tolak simpanan untuk dana kecemasan | 100 |
| **Perbelanjaan tetap bulanan** | **Amaun (RM)** |
| Sewa rumah | 600 |
| Ansuran pinjaman kereta | 450 |
| Insurans | 100 |
| **Perbelanjaan tidak tetap bulanan** | **Amaun (RM)** |
| Bil utiliti | 280 |
| Makanan dan minuman | 550 |
| Barangan dapur | 700 |
| Belanja petrol | 250 |
| Bil telefon | 90 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 300 |
Jadual 5
Encik Malek ingin membeli sebuah rumah yang berharga RM350 000 dalam tempoh 4 tahun. Dia telah membuat simpanan untuk bayaran wang pendahuluan rumah itu. Selepas 4 tahun, jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan tidak tetap Encik Malek masing-masing telah bertambah 30% dan 15%. Simpanan untuk dana kecemasan dan perbelanjaan tetapnya tidak berubah. Jika ansuran pinjaman rumah itu ialah RM1 100 sebulan, adakah Encik Malek seorang yang bijak dalam menguruskan kewangannya? Berikan justifikasi anda.
Megah Travel merupakan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej lawatan ke beberapa buah negara di Asia Tenggara.
a
2 marks
Pada bulan Jun, syarikat itu membawa satu rombongan untuk melancong ke Vietnam. Jadual 6 menunjukkan maklumat tentang bilangan peserta dan harga pakej bagi dewasa dan kanak-kanak.
| | Bilangan peserta | Harga pakej setiap peserta (RM) |
|---|---|---|
| Dewasa | 20 | 2 280 |
| Kanak-kanak | 8 | 2 052 |
Jadual 6
Jika kadar tukaran mata wang ialah RM1 = 4 994.70 Viet Nam Dong (VND), hitung jumlah bayaran yang diterima oleh Megah Travel, dalam mata wang Vietnam. Berikan jawapan dalam bentuk piawai, betul kepada dua tempat perpuluhan.
Para pelancong dibawa ke sebuah kedai cenderamata. Rajah 11(i) menunjukkan sebuah tabung yang terdiri daripada gabungan prisma tegak dan kuboid yang dijual di kedai tersebut. Tapak prisma dan tapak kuboid adalah berbentuk segi empat sama.
b(i)
3 marks
Diberi panjang tapak prisma tegak ialah $\frac{1}{4}$ lebih dari panjang tapak kuboid. Jika isi padu tabung tersebut ialah 2 203.13 cm³, hitung nilai $h$.
b(ii)
1 marks
Tabung tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah kotak seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 11(ii). Cari nilai minimum $y$ jika tabung tersebut dapat dimuatkan ke dalam kotak itu.
c
6 marks
Selepas itu, mereka dibawa ke Taman Tema VinWonders. Jumlah bayaran tiket masuk untuk 20 orang dewasa dan 8 orang kanak-kanak ialah RM4 568. Diberi bahawa beza harga tiket di antara dewasa dan kanak-kanak ialah RM45.
Menggunakan kaedah **penghapusan** atau **penggantian**, hitung harga tiket masuk ke taman tema, dalam RM, bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.
d
3 marks
Dua buah keluarga masing-masing terdiri daripada 5 orang ahli, yang mengikuti rombongan tersebut. Jadual 7 menunjukkan maklumat tentang min dan sisihan piawai, bagi mewakili perbelanjaan bagi kedua-dua buah keluarga tersebut.
| Keluarga | Min | Sisihan piawai |
|---|---|---|
| Nobi | 194 | 44.5 |
| Suzi | 194 | $x$ |
Jadual 7
Diberi bahawa perbelanjaan, dalam RM, bagi anggota keluarga Suzi adalah seperti berikut:
| 270 | 240 | 200 | 140 | 120 |
|---|---|---|---|---|
Hitung nilai $x$.

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

