Rajah 1 menunjukkan gabungan sebuah pepejal yang terdiri daripada prisma tegak dan kuboid. $JKBCDAPSRQ$ adalah keratan rentas seragam menegak. $BCELMJKB$ adalah satah mengufuk. $RUVQ$ dan $ADFG$ adalah satah condong.
Lukis dengan skala penuh dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $JKBC$ sebagaimana dilihat dari $X$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk dongakan, label setiap bucu, panjang setiap sisi dan saiz sudut, serta sama ada setiap garis padu atau putus-putus.)*
4 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan graf fungsi kuadratik $f(x) = 2(x^2 - x - 2)$.
Titik $B$ ialah titik minimum graf itu.
Cari
a
persamaan paksi simetri,
2 marks
b
koordinat titik $B$.
2 marks
34 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah rombus $ABCD$. $O$ adalah asalan. Diberi bahawa kecerunan bagi garis lurus $CD$ adalah $-2$.
Cari
a
persamaan bagi garis lurus $AB$,
2 marks
b
kecerunan garis lurus $AD$.
2 marks
44 marks
Seramai 20 murid SMK Ayer Puteh telah menyertai pertandingan kuiz Sains dan Matematik sempena Minggu STEM peringkat sekolah.
Rajah 4 menunjukkan dua set plot titik bagi skor yang diperoleh oleh murid-murid ini.
a
Data manakah yang menunjukkan serakan yang lebih besar?
1 marks
b
Hitung beza min skor bagi kedua-dua kuiz tersebut.
Tentukan antejadian dan akibat daripada implikasi di bawah.
> Jika $(m + 7)(m - 7) \neq 0$ maka $m^2 \neq 49$
2 marks
64 marks
Rajah 5 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Arman dari rumahnya di Chukai ke pejabatnya di Paka.
a
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, ketika kereta Arman berada dalam keadaan pegun.
1 marks
b
Hitung nilai $t$, diberi laju kereta untuk perjalanan balik ialah 84 km j⁻¹. Seterusnya tentukan bahawa Arman sempat balik sebelum pukul 6.00 petang jika dia bertolak pada pukul 5.00 petang. Justifikasikan jawapan anda dengan pengiraan berangka.
3 marks
75 marks
Puan Lia mempunyai sebuah kereta model Proton X70. Maklumat kereta itu adalah seperti di bawah.
> Jumlah yang diinsuranskan: RM92 000
> NCD: 30%
> Kapasiti Enjin: 1796 cc
> Lokasi: Johor
a
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi Komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi Komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 | 196.20 | 67.50 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
Jadual Tarif Motor 2015
Berdasarkan Jadual Tarif Motor di atas, hitung premium kasar insurans kereta bagi polisi pihak ketiga.
3 marks
b
Jadual di bawah menunjukkan kadar cukai jalan kereta persendirian di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti Enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | - |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | + RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
| 2 001 cc – 2 500 cc | RM380.00 | + RM1.00 setiap cc melebihi 2 000 cc |
Hitung cukai jalan bagi kereta itu.
2 marks
84 marks
Kedai Kopi Kita menjual 2 jenis minuman kopi, kopi susu dan kopi nisang. Pada hari Khamis, kedai ini menjual $x$ gelas kopi susu dan $y$ gelas kopi nisang. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang jualannya.
| | Syarat | Ketaksamaan linear |
|---|---|---|
| (i) | Bilangan gelas minuman kopi susu dijual adalah lebih daripada 20 gelas. | $x > 20$ |
| (ii) | Jumlah bilangan gelas bagi dua minuman itu selebih-lebihnya 80 gelas. | $x + y \leq 80$ |
| (iii) | Bilangan gelas kopi susu yang dijual adalah tidak lebih daripada dua kali bilangan gelas kopi nisang. | |
a
Tulis satu ketaksamaan linear yang mewakili syarat (iii).
1 marks
b
Seterusnya pada rajah di ruang jawapan, lengkapkan graf untuk mewakili ketaksamaan linear yang berkait dengan jualan minuman di Kedai Kopi Kita. Lorekkan rantau yang memuaskan semua ketaksamaan linear itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan, titik-titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
3 marks
95 marks
Pada minggu lepas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri telah menganjurkan Hari Keusahawanan. Sebanyak 360 kupon telah habis dijual. Harga kupon masing-masing RM30 dan RM50. Jumlah wang yang diperolehi ialah RM14 000. Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan kupon RM30 dan kupon RM50 yang telah dijual.
5 marks
103 marks
Encik Nabil ingin membeli sebuah komputer riba untuk pembelajaran anak bongsunya dalam masa enam bulan. Harga komputer riba adalah RM3 600. Encik Nabil perlu menyimpan RM600 sebulan daripada pendapatan bulanannya RM5 800 untuk mencapai matlamat kewangannya. Tulis matlamat kewangan bagi Encik Nabil menggunakan pendekatan SMART di ruangan jawapan yang disediakan.
| | |
|---|---|
| S | Membeli sebuah komputer riba |
| M | |
| A | |
| R | |
| T | 6 bulan |
*(Tulis jawapan anda bagi M, A dan R.)*
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Puan Zaharah mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM52 720 pada tahun 2023. Jumlah pelepasan cukai yang dituntut olehnya sebanyak RM19 900. Dia telah menderma kepada badan kebajikan sebanyak RM250 dan membayar zakat RM360 pada tahun tersebut.
a
Hitung pendapatan bercukai Puan Zaharah. Adakah dia layak mendapat rebat cukai RM400? Berikan justifikasi anda.
4 marks
b
Encik Halim adalah suami kepada Puan Zaharah. Pendapatan tahunan Encik Halim pada tahun yang sama sebanyak RM65 234. Dia telah membayar zakat RM450 pada tahun tersebut. Berikut ialah pelepasan cukai yang hendak dituntut oleh mereka.
| Perkara | Encik Halim | Puan Zaharah |
|---|---|---|
| Individu | RM9 000 | RM9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM2 000 | RM2 800 |
| Suami / Isteri (had RM4 000) | RM4 000 (untuk taksiran cukai bersama) | |
| Insurans hayat (had RM7 000) | RM4 500 | RM6 000 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM3 500 | RM2 400 |
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Halim dan isterinya menggunakan taksiran cukai bersama.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
5 marks
129 marks
Jadual 1 menunjukkan pencapaian dua orang murid dalam enam ujian Fizik. Min markah bagi kedua-dua murid itu ialah 70.5.
| Markah (%) | Sarah | Haziq |
|---|---|---|
| 51 - 60 | 1 | 2 |
| 61 - 70 | 2 | 1 |
| 71 - 80 | 2 | 1 |
| 81 - 90 | 1 | 2 |
Jadual 1
a
Lengkapkan jadual di ruang jawapan.
| Markah (%) | Titik Tengah, $x$ | $x^2$ | Sarah: $f$ | Sarah: $fx^2$ | Haziq: $f$ | Haziq: $fx^2$ |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 51 - 60 | | | 1 | | 2 | |
| 61 - 70 | | | 2 | | 1 | |
| 71 - 80 | | | 2 | | 1 | |
| 81 - 90 | | | 1 | | 2 | |
| Jumlah | | | 6 | | 6 | |
*(Tulis nilai bagi setiap petak kosong: titik tengah, $x^2$, $fx^2$ Sarah, $fx^2$ Haziq dan jumlahnya.)*
2 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, Cikgu Izzati perlu memilih seorang murid untuk menyertai satu pertandingan kuiz Fizik manakala seorang murid lagi untuk menyertai Kem Fizik SPM. Murid yang mempunyai pencapaian konsisten akan dipilih menyertai kuiz Fizik. Tentukan siapakah yang layak dipilih untuk menyertai dua program yang berbeza itu. Justifikasikan jawapan anda.
7 marks
139 marks
Rajah 6 menunjukkan suatu graf tak terarah dan berpemberat bagi perjalanan seorang penghantar bungkusan. Nilai pemberat mewakili jarak dalam m.
a
Cari beza antara jarak terpanjang dan jarak terpendek dari titik $A$ ke $F$ bagi perjalanan yang dilaluinya.
3 marks
b
Diberi laju purata jarak terpendek dari $A$ ke $F$ ialah 70 m/min. Seterusnya hitung masa yang diambil dalam saat.
3 marks
c
Lukis satu pokok berpemberat yang mewakili jarak minimum bagi perjalanannya jika dia perlu menghantar bungkusan ke semua tempat bermula dari $A$ ke $F$.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (bucu-bucu yang dihubungkan) dan pemberatnya.)*
3 marks
149 marks
a
Nyatakan amplitud dan tempoh untuk fungsi trigonometri $y = 3 \operatorname{kos} 3x + 2$.
2 marks
b
Rajah 7 menunjukkan graf $y = a \operatorname{kos} bx + 3$.
Tentukan nilai $a$, $b$ dan nilai maksimum daripada graf itu.
3 marks
c
Lengkapkan jadual di ruang jawapan dan lakar graf $y = 3 \sin 2x + 2$ untuk $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$.
| $x$ | 0° | 45° | 90° | 135° | 180° |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | | | | | |
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap petak dalam jadual. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: nilai yang dilabel pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, serta bentuk graf.)*
4 marks
159 marks
Rajah 8 menunjukkan dua heksagon, $PQRSTU$ dan $ABCDEF$ yang dilukis pada satu satah Cartes.
a
$ABCDEF$ ialah imej bagi $PQRSTU$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{MN}$. Perihalkan
(i) $\mathbf{N}$,
(ii) $\mathbf{M}$.
5 marks
b
Diberi bahawa luas heksagon $ABCDEF$ ialah 20 unit², hitung luas, dalam unit², bagi heksagon $PQRSTU$.
2 marks
c
Tentukan sama ada bentuk pada Rajah 9 merupakan suatu teselasi. Justifikasikan.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Danish dan bapa saudaranya, Akimi, masing-masing berumur 18 dan 35 tahun, akan mengikuti Kembara Musim Luruh Tokyo, Jepun dari 29 Oktober hingga 7 November 2024.
Kos penginapan, $P$, dan kos pengangkutan, $T$, bergantung kepada bilangan hari percutian, $h$, dan bilangan pelancong, $n$. Kos penginapan adalah berkadar langsung dengan bilangan hari percutian dan bilangan pelancong manakala kos pengangkutan adalah berkadar songsang dengan bilangan pelancong dan berkadar langsung dengan bilangan hari percutian. Diberi bahawa kos penginapan dan kos pengangkutan bagi 4 pelancong selama 5 hari masing-masing adalah RM400 dan RM25.
a(i)
Ungkapkan kos pengangkutan dalam sebutan $h$ dan $n$.
2 marks
a(ii)
Tentukan kos pengangkutan, dalam RM, bagi Danish dan Akimi sepanjang Kembara Musim Luruh Tokyo.
2 marks
Jadual 2 menunjukkan anggaran perbelanjaan harian Danish dan Akimi sepanjang mereka berada di Tokyo.
| Kategori | Perbelanjaan Harian (RM) |
|---|---|
| Penginapan | 400 |
| Makanan | 300 |
| Pengangkutan | 200 |
| Tiket Masuk | 100 |
| Cenderahati | 140 |
Jadual 2
Agensi pelancongan yang dipilih oleh mereka menawarkan diskaun 30% untuk kos penginapan bermula pada hari ke-tujuh dan seterusnya.
b(i)
Hitung bayaran, dalam RM, kos penginapan mereka.
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung jumlah kos perbelanjaan, dalam Yen, yang perlu disediakan oleh mereka berdua untuk menampung keseluruhan perbelanjaan sepanjang berada di Tokyo dengan kadar tukaran RM1 = ¥33.
3 marks
c
Sebuah syarikat penerbangan tambang murah telah mengadakan promosi sepanjang bulan Oktober dan November 2024. Jumlah harga bagi satu tiket kapal terbang kelas ekonomi dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 2 tiket kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo ialah RM716. Beza harga tiket kapal terbang ke Tokyo antara harga tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur ialah RM271. Hitung harga, dalam RM, tiket kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
4 marks
d
Sebuah syarikat insurans menawarkan insurans perjalanan ke Jepun dengan pelbagai pilihan premium berdasarkan faktor-faktor seperti umur, tempoh perjalanan, dan tahap perlindungan. Jadual 3 merupakan butiran premium yang ditawarkan.
| Umur (Tahun) | Tempoh perjalanan (hari) | Perlindungan Asas (RM) | Perlindungan Komprehensif (RM) |
|---|---|---|---|
| 18 – 30 | 1 – 7 | 50 | 100 |
| 18 – 30 | 8 – 14 | 90 | 180 |
| 31 – 50 | 1 – 7 | 60 | 120 |
| 31 – 50 | 8 – 14 | 100 | 200 |
| 51 – 70 | 1 – 7 | 80 | 160 |
| 51 – 70 | 8 – 14 | 130 | 260 |
Jadual 3
Jika syarikat insurans menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk premium perlindungan komprehensif bagi pelancong yang berumur antara 31 hingga 50 tahun, berapakah jumlah premium akhir, dalam RM, yang perlu dibayar oleh Danish dan Akimi jika mereka berdua memilih perlindungan komprehensif?
2 marks
1715 marks
Seramai 70 murid dari Kelab STEM SMK Sultan Sulaiman mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Murid-murid dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B yang mempunyai bilangan ahli yang sama. Aktiviti yang disertai oleh mereka ialah pertandingan Kuiz Matematik dan Sains.
a
Jadual 4(a) menunjukkan darjah bagi setiap bucu $X$, $Y$ dan $Z$ yang mewakili kedudukan tempat yang dilawati oleh Kumpulan A.
| Bucu | Darjah |
|---|---|
| $X$ | 3 |
| $Y$ | 3 |
| $Z$ | 4 |
Jadual 4(a)
Pada ruangan jawapan, lukis graf berbilang tepi dan mempunyai gelung berdasarkan maklumat diberi.
*(Ruang jawapan menunjukkan bucu $Z$, $Y$ dan $X$. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (bucu-bucu yang dihubungkan), termasuk gelung dan tepi berbilang.)*
3 marks
Jadual 4(b) menunjukkan kekerapan markah yang diperoleh ahli Kumpulan B dalam pertandingan kuiz yang disertai mereka.
| Markah | Kekerapan |
|---|---|
| 30 – 34 | 4 |
| 35 – 39 | 5 |
| 40 – 44 | $x$ |
| 45 – 49 | 8 |
| 50 – 54 | 7 |
Jadual 4(b)
b(i)
Hitung nilai $x$.
1 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 35.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 2 murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan label setiap paksi, serta sempadan kelas dan kekerapan (tinggi) setiap bar.)*
4 marks
Jadual 4(c) menunjukkan bilangan soalan yang berjaya dijawab oleh ahli Kumpulan $A$ dan ahli Kumpulan $B$ dalam pertandingan kuiz.
| Kumpulan | Soalan Matematik | Soalan Sains |
|---|---|---|
| $A$ | 12 | 14 |
| $B$ | 10 | 18 |
Jadual 4(c)
c(i)
**Penyelesaian menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan untuk soalan ini.**
Dalam pertandingan kuiz itu, jumlah bilangan bagi soalan Matematik dan soalan Sains masing-masing ialah 15 dan 20. Bagi setiap satu soalan Matematik yang dijawab betul akan mendapat $x$ markah manakala bagi setiap satu soalan Sains yang betul akan mendapat $y$ markah. Jumlah markah bagi satu soalan Matematik dan dua soalan Sains ialah 7 markah. Jumlah markah keseluruhan pertandingan kuiz ini ialah 85. Hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
5 marks
c(ii)
Salah seorang murid dalam kumpulan $B$ menyatakan bahawa mereka akan memenangi pertandingan kuiz itu. Dengan menggunakan jawapan di 17(c)(i), adakah anda bersetuju dengan pernyataan itu? Justifikasi jawapan anda
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open