Rajah 1 menunjukkan sebuah gambar rajah Venn. Diberi $\xi = P \cup Q \cup R$.
Rajah 1
Nyatakan
a
bilangan unsur set $P$,
1 marks
b
unsur pelengkap bagi set $Q$,
1 marks
c
unsur bagi set $P \cup R$.
2 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah replika layang-layang $KLMN$. Garis $KM$ dan $LN$ ialah dua bilah buluh yang berserenjang. Bucu-bucu $K$, $L$, $M$ dan $N$ diikat dengan seutas dawai bagi membentuk layang-layang itu.
Rajah 2
Cari panjang, dalam cm, dawai itu.
4 marks
33 marks
a
Tentukan sama ada ayat berikut ialah pernyataan atau bukan pernyataan.
> $(x - y)^2 = x^2 - 2xy + y^2$
Puan Aliya bekerja sebagai seorang pereka hiasan dalaman di sebuah syarikat dengan gaji bersih RM8 500. Dia juga menerima RM1 200 setiap bulan hasil sewa rumahnya. Perbelanjaan tetap bulanan dan perbelanjaan tidak tetap bulanannya masing-masing ialah RM4 350 dan RM3 610.
Jika Puan Aliya menetapkan 12% daripada gajinya sebagai simpanan tetap bulanan, hitung aliran tunai bulanannya.
4 marks
54 marks
Encik Lim berumur 25 tahun dan merupakan seorang perokok. Beliau memiliki polisi insurans perubatan dengan peruntukan deduktibel sebanyak RM300 dan fasal penyertaan peratusan ko-insurans 80/20 dalam polisinya. Beliau ingin menambah polisi penyakit kritikal sebanyak RM250 000 nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM1000 ialah RM1.77 berdasarkan status kesihatan beliau.
a
Hitung premium tahunan penyakit kritikal bagi Encik Lim.
2 marks
b
Hitung bayaran kos yang perlu ditanggung oleh Encik Lim jika kos perubatan yang dilindungi polisinya berjumlah RM30 300.
2 marks
63 marks
Rajah 3 menunjukkan plot titik bagi taburan skor yang diperolehi oleh Syifa dalam satu pertandingan kuiz Matematik yang diadakan di sekolahnya.
Rajah 3
a
Tentukan mod bagi taburan skor itu.
1 marks
b
Cari min data tersebut.
2 marks
75 marks
Rajah 4 menunjukkan kedudukan rumah Hana, rumah Nuha dan sekolah yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Rajah 4
a
Nyatakan persamaan garis lurus yang menghubungkan rumah Hana dan sekolah.
1 marks
b
Nuha menaiki kereta dari rumahnya ke sekolah yang sejauh 15 km. Jika 1 unit mewakili 1 km cari nilai $k$.
1 marks
c
Jalan yang menghubungkan rumah Hana dengan rumah Nuha adalah selari dengan jalan raya yang menghubungkan sekolah dan masjid. Cari persamaan garis lurus yang mewakili jalan antara sekolah dan masjid itu.
3 marks
84 marks
Rajah 5 menunjukkan graf fungsi kuadratik $f(x) = (4 - x)(x + 2)$.
Rajah 5
Tentukan
a
nilai $p$ dan $q$,
2 marks
b
titik maksimum fungsi kuadratik itu.
2 marks
95 marks
Rajah 6 menunjukkan blaus lengan pendek dan lengan panjang yang perlu dijahit oleh Pn Fatimah.
Rajah 6
Pn Fatimah telah mendapat tempahan 60 helai blaus lengan pendek dan lengan panjang. Blaus lengan pendek memerlukan 5 biji butang dan blaus lengan panjang memerlukan 7 biji butang. Dia menggunakan 13 kotak butang yang mempunyai 28 biji dalam setiap kotak untuk menyiapkan semua blaus itu.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan blaus lengan pendek dan lengan panjang yang perlu disiapkan oleh Pn Fatimah.
5 marks
104 marks
Rajah 7 menunjukkan aras air yang direkodkan di sebuah limbungan kapal. Diberi $y$ mewakili aras air, dalam meter dan $x$ mewakili masa, dalam jam.
Rajah 7
Nyatakan
a
amplitud aras air
1 marks
b
tempoh aras air
1 marks
c
fungsi trigonometri bagi graf tersebut dalam bentuk $y = a \sin bx + c$.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
Sebuah pusat latihan komputer bersubsidi menawarkan dua kursus komputer jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pendaftaran $x$ peserta kursus jangka masa pendek dan $y$ peserta kursus jangka masa panjang adalah berdasarkan kekangan yang berikut:
> I. Jumlah bilangan peserta selebih-lebihnya 60 orang.
>
> II. Bilangan peserta kursus jangka masa panjang ialah sekurang-kurangnya dua kali bilangan peserta kursus jangka pendek.
>
> III. Bilangan peserta kursus jangka masa panjang ialah sekurang-kurangnya 20 orang.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, bagi kekangan yang diberikan.
3 marks
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang peserta pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memuaskan semua kekangan diberi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala kedua-dua paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
5 marks
c
Seramai 35 orang peserta ingin mengikuti kursus jangka masa panjang. Adakah bilangan peserta ini memenuhi sistem ketaksamaan linear yang dibina di (b)? Berikan justifikasi anda.
2 marks
128 marks
Encik Muhammad telah menyediakan pelan kewangan seperti berikut untuk menguruskan wangnya dengan berkesan.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | RM |
|---|---|
| **Pendapatan bersih** | |
| Gaji | 3 500 |
| Sewa diterima | 700 |
| Komisen | 400 |
| **Bajet perbelanjaan** | |
| Ansuran rumah | 700 |
| Ansuran kereta | 530 |
| Utiliti rumah | 300 |
| Petrol | 280 |
| Barangan dapur | 500 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 550 |
Jadual 1
Encik Muhammad ingin menyimpan 10% daripada jumlah pendapatan bulanannya. Hitung
a(i)
pendapatan aktif
1 marks
a(ii)
perbelanjaan tetap
1 marks
b
Adakah Encik Muhammad bijak membelanjakan wangnya? Jelaskan jawapan anda melalui pengiraan.
3 marks
c
Encik Muhammad ingin menyimpan RM35 000 dalam masa 5 tahun dari sekarang sebagai wang pendahuluan membeli rumah kedua. Hitung simpanan bulanan tambahan yang diperlukan. Berikan jawapan anda kepada RM yang terhampir.
3 marks
1310 marks
Rajah 8 menunjukkan titik $S$ dan sisi empat $ABCD$, $EFGH$ dan $KLMN$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Rajah 8
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} -1 \\ 3 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{P}$ ialah satu pantulan pada garis $x = 5$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $S$ di bawah transformasi berikut:
a(i)
$\mathbf{T}^2$
2 marks
a(ii)
$\mathbf{TP}$
2 marks
Sisi empat $KLMN$ ialah imej bagi sisi empat $ABCD$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{MN}$.
b(i)
Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{N}$.
3 marks
b(ii)
Diberi bahawa sisi empat $KLMN$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 224 $\text{m}^2$. Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan yang diwakili oleh sisi empat $ABCD$.
3 marks
148 marks
Encik Amzar mempunyai jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM56 250. Beliau telah menderma RM420 kepada sebuah badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan.
Jadual 2.1 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh Encik Amzar.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 4 970 |
| Gaya hidup (had RM3 000) | 3 150 |
| Suami / isteri (pelepasan untuk suami dan isteri yang tiada pendapatan) | 4 500 |
Jadual 2.1
Kadar cukai pendapatan individu untuk tahun taksiran 2020.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
Jadual 2.2
a
Encik Amzar mengira pendapatan bercukainya dengan menolak jumlah derma daripada jumlah pendapatan tahunannya. Adakah langkah pengiraannya betul? Jelaskan.
1 marks
b
Dengan merujuk kepada Jadual Pelepasan Cukai Individu dan Kadar Cukai Pendapatan Individu Taksiran 2020 hitung pendapatan bercukai En Amzar.
2 marks
c
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh En Amzar.
2 marks
d
En Amzar membuat potongan cukai bulanan (PCB) sebanyak RM47 sebulan. Adakah En Amzar perlu menambah pembayaran cukai atau sebaliknya. Berikan justifikasi anda.
3 marks
159 marks
Jadual 3.1 menunjukkan masa, dalam minit, yang diambil oleh 40 orang murid untuk sampai ke sekolah.
| Masa (minit) | Kekerapan |
|---|---|
| 1 – 5 | 0 |
| 6 – 10 | 3 |
| 11 – 15 | 4 |
| 16 – 20 | 8 |
| 21 – 25 | 17 |
| 26 – 30 | 6 |
| 31 – 35 | 2 |
Jadual 3.1
a
Berdasarkan Jadual 3.1, lengkapkan jadual di ruang jawapan.
| Masa (minit) | Kekerapan | Sempadan Atas | Kekerapan Longgokan |
|---|---|---|---|
| 1 – 5 | 0 | | |
| 6 – 10 | 3 | | |
| 11 – 15 | 4 | | |
| 16 – 20 | 8 | | |
| 21 – 25 | 17 | | |
| 26 – 30 | 6 | | |
| 31 – 35 | 2 | | |
Jadual 3.2
*(Tulis sempadan atas dan kekerapan longgokan bagi setiap selang kelas.)*
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 minit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: label dan skala kedua-dua paksi, koordinat setiap titik yang diplot dan cara titik-titik itu disambungkan.)*
4 marks
Berdasarkan ogif di (b), cari
c(i)
persentil ke-65,
1 marks
c(ii)
bilangan murid yang mengambil masa kurang daripada 28 minit untuk sampai ke sekolah.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Puan Aqilah telah membeli sebuah kereta Perodua Axia. Rajah 9 menunjukkan satu iklan yang ditawarkan oleh Bank Islah.
| **BANK ISLAH** | **BANK ISLAH** |
|---|---|
| Pembiayaan sehingga 100% | Pembiayaan sehingga 100% |
| Kadar faedah 4.15% setahun | Kadar faedah 3.85% setahun |
| Tempoh pinjaman 5 tahun | Tempoh pinjaman 7 tahun |
Rajah 9
Puan Aqilah telah membuat pinjaman sebanyak RM23 000 dan tempoh bayaran balik pinjaman yang dipilih adalah 5 tahun. Hitung beza jumlah bayaran balik pinjaman jika dia memilih tempoh pinjaman 7 tahun.
4 marks
Puan Aqilah memandu keretanya sejauh 150 km dari Machang ke Gua Musang untuk melawat bapa saudaranya. Rajah 10 menunjukkan catatan perjalanannya.
| Masa | 7 Ogos 2024 Sabtu |
|---|---|
| 8.00 a.m. | Memulakan perjalanan |
| 9.04 a.m. | Sarapan pagi di Restoran Warisan di Kuala Krai setelah memandu untuk sejauh 70 km |
| 9.30 a.m. | Meneruskan perjalanan untuk 80 km lagi |
| 10.15 a.m. | Tiba di rumah bapa saudaranya |
Rajah 10
Rajah 10 menunjukkan graf jarak-masa.
b(i)
Nyatakan nilai $m$ dan nilai $n$.
1 marks
b(ii)
Lengkapkan graf itu untuk menggambarkan keseluruhan perjalanan Puan Aqilah.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang disambungkan dan bentuk setiap bahagian garis.)*
1 marks
b(iii)
Hitung purata laju, dalam km $\text{j}^{-1}$, bagi keseluruhan perjalanan.
2 marks
Puan Aqilah membeli buah durian Musang King dan buah durian kampung di Gua Musang. Diberi bahawa nisbah buah durian Musang King kepada jumlah semua buah durian ialah 2 : 5.
c(i)
Cari nisbah buah durian Musang King kepada buah durian kampung.
1 marks
c(ii)
Berapakah peratusan buah durian kampung tersebut.
2 marks
Dalam perjalanan pulang, Puan Aqilah telah singgah di beberapa lokasi untuk mengagihkan durian kepada adik beradiknya. Rumah Puan Aqilah ($A$), Fattah ($F$), Khadijah ($K$), dan Ulfah ($U$) terletak di bandar Kota Bharu. Jadual 4 menunjukkan jarak antara beberapa rumah adik beradiknya.
| Lokasi | Jarak |
|---|---|
| (A, F) | 10 km |
| (A, K) | 12 km |
| (A, U) | 8 km |
| (K, U) | 4 km |
Jadual 4
d(i)
Lukis satu graf berpemberat dan tak terarah untuk menunjukkan rangkaian antara lokasi rumah mereka.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu, setiap tepi (pasangan bucu yang disambungkan) dan pemberatnya.)*
2 marks
d(ii)
Puan Aqilah menuju ke rumah Fattah untuk menghantar durian. Kemudian dia perlu kembali ke rumahnya sebelum menghantar durian kepada Khadijah. Hitung jarak dalam km yang dilalui oleh Puan Aqilah apabila dia pergi ke rumah Khadijah dari lokasi rumah Fattah.
2 marks
1715 marks
Rajah menunjukkan markah yang diperolehi oleh Sofea dan kawan-kawan perempuannya dalam satu Kuiz Matematik.
| Batang | Daun |
|---|---|
| 5 | 2 3 |
| 6 | 0 0 1 3 |
| 7 | 9 |
| 8 | 4 7 |
Kekunci: 5 | 2 bermaksud 52 markah
a(i)
Cari sisihan piawai bagi taburan markah itu.
3 marks
a(ii)
Jika sisihan piawai bagi sekumpulan pelajar lelaki dalam kuiz yang sama ialah 10.75, kumpulan manakah yang mempunyai pencapaian yang lebih konsistan. Berikan justifikasi anda.
1 marks
Sofea dan kawan-kawannya akan menyediakan minuman dalam satu temasya sukan di sekolah. Terdapat 6 kotak susu cair dan 12 jag air diperlukan untuk membuat 21 liter air bandung.
b(i)
Tulis persamaan linear berdasarkan situasi yang diberikan.
1 marks
b(ii)
Diberi bahawa 11.5 liter air bandung dihasilkan menggunakan 2 kotak susu cair dan 7 jag air. Dengan menggunakan kaedah penghapusan atau penggantian, hitung isipadu, dalam liter, bagi satu kotak susu cair dan satu jag air itu.
4 marks
Sofea juga terlibat menyediakan permainan in-door kepada pengunjung. Kad-kad berbentuk segitiga dilabel dan dimasukkan ke dalam kotak $P$ dan kotak $Q$.
c(i)
Rajah 10
Seorang pengunjung mengeluarkan kad secara rawak daripada setiap kotak. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi situasi itu.
1 marks
c(ii)
Senaraikan semua kesudahan untuk mendapat huruf vokal atau nombor genap, seterusnya nyatakan kebarangkalian.
2 marks
d
Sofea merujuk data bilangan pengunjung ke temasya sukan itu, $V$ berubah secara langsung dengan kuasa tiga bilangan status whatsapp, $S$ yang dimuatnaik. Apabila 8 status dimuatnaik, didapati bilangan pengunjung bertambah daripada 1500 kepada 3200 orang.
Cari bilangan pengunjung apabila 30 status dimuat naik sepanjang tempoh temasya itu diadakan.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open