Rajah 1 menunjukkan lima hemisfera yang disusun tepi ke tepi pada satu garis lurus.
Diberi isipadu setiap hemisfera ialah $261\frac{19}{21}\ \text{cm}^3$. Cari nilai $p$.
(Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
4 marks
23 marks
Jadual 1 menunjukkan jumlah kutipan sumbangan yang diperolehi oleh Ahmad dan Ranjit untuk Program Khidmat Bantu Masyarakat.
| Nama | Jumlah Kutipan |
|---|---|
| Ahmad | $10240_5$ |
| Ranjit | $650_7$ |
Jadual 1
Hitungkan perbezaan kutipan dalam asas sepuluh.
3 marks
35 marks
Dalam Rajah 2, $RS$ ialah tangen sepunya bagi bulatan-bulatan dengan pusat $P$ dan $Q$. $ST$ ialah tangen bagi bulatan dengan pusat $P$.
Diberi $PR = 7$ cm, $QS = 2$ cm dan $PQ = 12$ cm. Kira
a
panjang $ST$,
3 marks
b
panjang $QU$.
2 marks
43 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah segi empat selari $OPQR$, yang dilukis pada satah Cartes.
Cari persamaan bagi garis lurus $QR$.
3 marks
54 marks
Sebuah mesin memproses minuman mengeluarkan $62.92\ \text{m}^3$ minuman sehari daripada sebuah tangki. Tangki itu mempunyai jejari 2.2 m dan tinggi 4 m. Diberi bahawa isipadu tangki, $V$ berubah secara langsung dengan kuasa dua jejari, $j$ m dan tinggi, $t$ m.
a
Ungkapkan $V$ dalam sebutan $j$ dan $t$.
2 marks
b
Pengusaha kilang ingin meningkatkan pengeluaran minuman sehari sebanyak $82.65\ \text{m}^3$ dengan menggantikan tangki itu dengan tangki baharu yang mempunyai bentuk yang sama. Jika tinggi kedua-dua tangki adalah sama, hitung jejari, dalam m, tangki yang baharu itu.
2 marks
64 marks
Jadual 2 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans hayat boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans DHFN.
| Umur | Lelaki – Bukan perokok | Lelaki – Perokok | Perempuan – Bukan perokok | Perempuan – Perokok |
|---|---|---|---|---|
| 26 | RM2.18 | RM2.80 | RM1.50 | RM1.84 |
| 27 | RM2.26 | RM2.91 | RM1.56 | RM1.93 |
| 28 | RM2.36 | RM3.05 | RM1.63 | RM2.03 |
Jadual 2
a
Nyatakan satu faktor yang menentukan kadar premium insurans itu.
1 marks
b
Azhan berumur 27 tahun dan dia merokok. Dia memperuntukan bayaran premium bulanan berjumlah RM53.35. Hitung jumlah pelan insurans hayat boleh baharu tahunan yang dibeli oleh Azhan.
3 marks
74 marks
Rajah 4 menunjukkan graf laju-masa bagi suatu zarah dalam tempoh 30 saat.
a
Nyatakan laju seragam, dalam $\text{ms}^{-1}$ zarah itu.
1 marks
b
Hitung jarak perjalanan yang dilalui oleh zarah ini dalam masa 20 saat pertama.
3 marks
84 marks
a
Nyatakan kontrapositif bagi implikasi berikut.
> Jika $x = 3$, maka $3x - 1 = 8$
1 marks
b
Lengkapkan premis 2 bagi hujah berikut berdasarkan kesimpulan yang diberi.
Premis 1 : Jika $9k > 54$, maka $k > 5$
Premis 2 : ……………
Kesimpulan : $9k \leq 54$
1 marks
c
Buat satu kesimpulan umum secara induktif bagi nombor berpola 1, 5, 11, 19, … yang mengikut pola berikut:
$1 = (1^2 - 1) + 1$
$5 = (2^2 - 1) + 2$
$11 = (3^2 - 1) + 3$
$19 = (4^2 - 1) + 4$
…
2 marks
94 marks
Pada tahun 2023, Ziyad mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM33 580. Ziyad juga telah membayar zakat sebanyak RM130 pada tahun itu.
a
Hitung jumlah rebat cukai Ziyad.
1 marks
b
Seterusnya, dengan menggunakan Jadual 3 : Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2023, hitung cukai pendapatan Ziyad pada tahun itu.
| Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20001 – 35000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35001 – 50000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
Jadual 3
3 marks
105 marks
Kimi dan Jarjit telah membuat simpanan di dua buah bank iaitu Bank ABC dan Bank PQR pada bulan Januari 2023 seperti di dalam jadual di bawah. Pada Januari 2024, mereka telah mendapat faedah daripada kedua-dua bank tersebut iaitu Kimi sebanyak RM175 dan Jarjit sebanyak RM220.
| | Bank ABC | Bank PQR |
|---|---|---|
| Kimi | RM2 500 | RM1 500 |
| Jarjit | RM3 000 | RM2 000 |
Jadual 4
Hitung kadar faedah yang diterima daripada kedua-dua bank dengan menggunakan kaedah matriks.
5 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
Kelab Alam Sekitar Taiping akan mengadakan rombongan ke Tawau. Kebarangkalian Param dan Nazmi menyertai rombongan tersebut ialah $\frac{3}{5}$ dan $\frac{7}{13}$ masing-masing.
a(i)
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan dengan mengisi tempat kosong yang disediakan.
*(Tulis nilai bagi setiap petak kosong: kebarangkalian pada cabang $P'$, kebarangkalian pada cabang $N'$ selepas $P$, kebarangkalian pada cabang $N'$ selepas $P'$, dan dua kesudahan dalam kotak ( , ).)*
2 marks
a(ii)
Seterusnya, hitung kebarangkalian bahawa hanya seorang daripada mereka yang menyertai rombongan tersebut.
2 marks
Rajah 5 menunjukkan tiga keping kad yang dilabel dengan nombor di dalam kotak $P$ dan lima keping kad yang dilabel dengan huruf di dalam kotak $Q$. Kelvin memilih sekeping kad secara rawak daripada kotak $P$ dan kemudian memilih sekeping kad secara rawak daripada kotak $Q$. Senaraikan ruang sampel bagi semua kesudahan peristiwa yang mungkin. Seterusnya, cari kebarangkalian di mana
b(i)
sekeping kad dengan nombor ganjil dan sekeping kad dilabel dengan huruf $N$ dipilih,
*(Senaraikan juga ruang sampel dalam jawapan ini.)*
4 marks
b(ii)
sekeping kad dengan nombor gandaan 7 atau sekeping kad dilabel dengan huruf $F$ dipilih.
2 marks
129 marks
a
Rajah 6.1 menunjukkan titik $(-3, 4)$ dan garis lurus $x = 3$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Penjelmaan $\mathbf{P}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} -5 \\ -2 \end{pmatrix}$.
Penjelmaan $\mathbf{Q}$ ialah pantulan pada garis lurus $x = 3$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $(-3, 4)$ di bawah penjelmaan $\mathbf{PQ}$.
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan tiga pentagon $ABCDE$, $MNPQR$ dan $STUVR$ pada suatu satah Cartes.
b(i)
$STUVR$ ialah imej bagi $ABCDE$ di bawah gabungan penjelmaan $\mathbf{JI}$. Huraikan selengkapnya penjelmaan $\mathbf{I}$.
3 marks
b(ii)
Diberi bahawa sisiempat $ABCDE$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas $43.9\ \text{cm}^2$, hitungkan luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan yang diwakili oleh rantau berlorek.
4 marks
139 marks
Rajah 7 menunjukkan plot titik bagi skor 20 orang murid dalam suatu Kuiz Pencinta Alam.
a
Cari julat markah bagi kuiz tersebut.
1 marks
Jadual 5 menunjukkan harga bagi pakej makanan yang dijual dalam suatu Karnival Makanan Asia. Diberi bahawa min harga bagi pakej ini ialah RM$(10.40 + x)$.
| Pakej | Harga (RM) |
|---|---|
| $P$ | $x + 2$ |
| $Q$ | $x$ |
| $R$ | $2x + 5$ |
| $S$ | $x - 3$ |
| $T$ | $3x$ |
Jadual 5
b(i)
Cari nilai $x$.
2 marks
b(ii)
Seterusnya hitung sisihan piawai bagi set data tersebut.
4 marks
b(iii)
Pada minggu kedua festival ini, berlaku kenaikan harga barang sebanyak 15% bagi setiap pakej. Cari sisihan piawai yang baharu.
2 marks
148 marks
Rajah 8 ialah graf yang menunjukkan bentuk gelombang bunyi yang dihasilkan dari bunyi radio bagi tahap 1 menggunakan Osiloskop Sinar Katod (OSK).
a
Nyatakan nilai $a$ dan nilai $b$. Seterusnya, tentukan fungsi trigonometri bagi graf yang ditunjukkan oleh OSK itu.
3 marks
Apabila bunyi ditetapkan pada tahap 3, amplitud dan frekuensi gelombang bertambah. Graf gelombang itu diwakili oleh fungsi $y = 2 \sin 2x$.
b(i)
Pada ruang jawapan lakarkan graf bagi $y = 2 \sin 2x$ bagi $0^\circ \leq x \leq 270^\circ$.
*(Ruang jawapan: grid dengan paksi-$x$ bertanda $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$ (setiap petak $45^\circ$) dan paksi-$y$ dari $-4$ hingga 4. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum serta di mana ia berlaku, dan titik-titik di mana graf memotong paksi-$x$.)*
3 marks
b(ii)
Seterusnya cari nilai $x$ apabila $y = 2$.
2 marks
159 marks
Lorekkan rantau yang mewakili gabungan yang berikut
a(i)
$(P \cup Q) \cap R$
*(Ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn ini. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
a(ii)
$P' \cap (Q \cup R)$
*(Ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn ini. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
Dalam gambar rajah Venn di bawah, set $\xi$ mewakili jumlah murid kelas 5 Anggerik yang menggemari nasi lemak dan mee goreng sebagai menu utama sarapan pagi di kantin sekolah. $N$ = {murid yang suka nasi lemak} dan $M$ = {murid yang suka mee goreng}. Bilangan murid kelas 5 Anggerik adalah seramai 43 orang. Jika $n(N) = 22$, $n(M) = 18$ dan bilangan murid yang menggemari nasi lemak sahaja adalah 3 kali ganda daripada bilangan murid yang menggemari mee goreng sahaja. Cari bilangan murid yang
b(i)
menggemari nasi lemak dan mee goreng
3 marks
b(ii)
tidak menggemari nasi lemak atau mee goreng.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Daniel adalah seorang pengurus besar di sebuah hotel terkemuka di sebuah ibu kota. Dia juga seorang pelabur yang bijak dan banyak membuat pelaburan dalam beberapa buah syarikat dan bank. Pada tahun lepas Daniel telah menyertai suatu peraduan "Beli, Simpan dan Menang" dan dia telah memenangi hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM80 000. Beliau bercadang untuk menyimpan 50% daripada wang tunai itu ke dalam bank manakala, baki wang akan digunakan untuk pengubahsuaian rumah baharunya di Semenyih dan melancong dengan pembahagian wang mengikut nisbah sebanyak 3 : 2. Berapakah jumlah wang yang akan digunakan untuk pengubahsuaian rumahnya?
3 marks
b
Rajah 9.1 di bawah menunjukkan pelan lantai ruang tamu berbentuk segi empat tepat bagi rumah baharu Daniel di Semenyih. Sebelum Daniel menduduki rumah tersebut Daniel ingin menukar jubin lama ruang tamu itu kepada jubin baharu bersaiz $40 \times 40$ cm. Diberi luas ruang tamu rumah Daniel ialah $28\ \text{m}^2$.
Cari nilai $x$ dan seterusnya berapakah jumlah jubin yang diperlukan untuk menutupi keseluruhan ruang tamu rumah Daniel?
6 marks
Pekerjaan Daniel sebagai seorang pengurus besar hotel itu memerlukan dia sering ke Thailand, Kemboja dan Indonesia untuk menguruskan cawangan hotel di sana. Pada bulan Disember, Daniel akan ke Medan, Indonesia selama 14 hari untuk bekerja. Dia juga bercadang untuk membawa isteri dan tiga orang anaknya bercuti di Medan selepas 7 hari dia berada di sana. Daniel akan meminta isteri dan anak-anaknya untuk mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur. Mereka akan bercuti selama seminggu. Jadual 2 menunjukkan harga premium bagi insuran perjalanan yang ditawarkan oleh Syarikat PT Insurans.
| Bilangan Hari | Pemegang Polisi – Asia (RM) | Pemegang Polisi – Eropah (RM) | Pemegang Polisi dan pasangan – Asia (RM) | Pemegang Polisi dan pasangan – Eropah (RM) | Keluarga – Asia (RM) | Keluarga – Eropah (RM) |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 – 5 | 39 | 53 | 69 | 98 | 87 | 133 |
| 6 – 10 | 58 | 79 | 107 | 150 | 136 | 184 |
| 11 – 18 | 79 | 127 | 152 | 246 | 218 | 304 |
| Premium tahunan (berumur 18 – 69 tahun) | 230 | 280 | - | - | - | - |
Jadual 6
c(i)
Berapakah harga premium untuk insurans perjalanan Daniel dan keluarganya.
2 marks
c(ii)
Berikan satu faktor yang mempengaruhi harga premium insurans perjalanan?
1 marks
d
50% daripada wang tunai yang dimenangi oleh Daniel dalam peraduan "Beli, Simpan dan Menang" akan disimpan ke dalam akaun simpanan tetap dalam tempoh 7 tahun. Rajah di bawah menunjukkan tawaran yang diberikan oleh Bank Makmur dan Bank Mesra untuk simpanan dalam tempoh 7 tahun.
| Bank Makmur | Bank Mesra |
|---|---|
| Kadar faedah : 6% setahun | Kadar faedah : 6% setahun (pengkompaunan 3 bulan sekali) |
Rajah 9.2
Bank manakah yang akan dipilih oleh Daniel jika dia ingin keuntungan yang lebih tinggi. Tunjukkan pengiraan anda.
3 marks
1715 marks
Burhan ingin membina sebuah model rumah seperti Rajah 10.1. Beliau telah mengukur dan melakar rumah tersebut seperti lakaran pada Rajah 10.2. Beliau mendapati bentuk rumah tersebut menyerupai gabungan bentuk kubus dan prisma dengan tapak segitiga sama kaki.
a
Bagi memudahkan pembinaan model rumah tersebut. Burhan perlu dapatkan pelan bagi model tersebut. Dengan menggunakan skala 1 : 100, lukiskan pelan bagi Rajah 10.2.
*(Huraikan pelan anda dalam perkataan: bentuk dan bilangan segi empat tepat, ukuran setiap sisi dalam cm, dan jenis garis (penuh atau putus-putus) serta kedudukannya.)*
3 marks
b
Burhan ingin menggunakan kadbod bagi bumbung model rumah itu. Oleh itu, beliau perlu melukis bentangan bagi bumbung pada kadbod untuk dipotong. Lukis bentangan bagi bumbung pada ruang jawapan.
*(Huraikan bentangan anda dalam perkataan: bentuk dan bilangan setiap bahagian, ukuran sisi setiap bahagian dalam cm, jenis garis, dan bagaimana bahagian-bahagian itu bercantum.)*
3 marks
Seterusnya, Burhan ingin menggunakan beberapa model rumah itu dalam satu diorama seperti Rajah 10.3. Beliau masih belum dapat membuat keputusan untuk saiz diorama yang akan dibina itu. Bilangan model rumah diwakili dengan $x$ dan bilangan model pokok diwakili dengan $y$. Jumlah model rumah dan pokok tidak melebihi 90. Bilangan model pokok pula sekurang-kurangnya dua kali ganda bilangan model rumah. Diberi kos untuk membina model sebuah rumah ialah RM1 dan kos membina model sebatang pokok pula ialah RM0.50. Burhan meletakkan bajet untuk kos model rumah dan pokok ialah sekurang-kurangnya RM50.
c(i)
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi itu.
3 marks
c(ii)
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 20 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$y$, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di atas pada graf yang disediakan pada ruangan jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (dua titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek (bucu-bucunya).)*
4 marks
c(iii)
Burhan dapat membina model sebuah rumah itu dalam masa 45 minit manakala model sebatang pokok pula 5 minit. Kirakan bilangan model rumah dan pokok yang dapat disiapkan dengan masa yang minimum.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open