persamaan paksi simetri dan seterusnya, koordinat titik pegun.
2 marks
22 marks
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada segi tiga Pascal.
Lengkapkan segi tiga Pascal dan nyatakan pola yang terdapat dalam segi tiga Pascal tersebut.
*(Tulis nombor bagi petak-petak kosong dalam segi tiga Pascal, kemudian nyatakan satu pola.)*
2 marks
33 marks
Dalam Rajah 3, $O$ ialah pusat sebuah bulatan. $HKL$ ialah tangen kepada bulatan di $K$. $MNL$ ialah garis lurus.
Cari nilai-nilai $p$ dan $q$.
3 marks
45 marks
Encik Noah mula berkhidmat sebagai seorang guru kerajaan, dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3 200. Beliau ingin membeli sebuah kereta untuk berulang-alik dari rumahnya di Sungai Petani ke tempat kerjanya yang terletak di Alor Setar. Bank X telah menawarkan kepada beliau pinjaman sebanyak RM75 000 dengan kadar faedah sama rata 3.5% untuk tempoh pembayaran balik selama 9 tahun.
a
Berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Encik Noah sekiranya beliau memilih untuk meneruskan pinjaman dengan Bank X ini?
2 marks
b
Jadual 1 menunjukkan pelan kewangan bulanan Encik Noah.
| Pendapatan | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Gaji | 3 200 |
| Tuisyen | 850 |
| **Perbelanjaan bulanan** | **Jumlah (RM)** |
| Belanja petrol dan tol | 800 |
| Pinjaman perumahan | 1 000 |
| Perbelanjaan tidak tetap | 700 |
Jadual 1
Encik Noah menyimpan RM500 sebulan sebagai persiapan untuk menyambung pelajaran pada tahun hadapan.
Dengan mengambil kira bayaran ansuran kereta, tentukan aliran tunai Encik Noah dan nyatakan jenis aliran tunai tersebut.
3 marks
53 marks
Rajah 4 menunjukkan kawasan laut yang berbentuk segi tiga $ABC$ yang dilukis pada skala 1 : 1000. Titik $X$ dan titik $Y$ ialah dua lokus yang menghuraikan kedudukan sebuah pelantar minyak yang akan didirikan.
Pada Rajah 4,
a
lukis lokus bagi titik $X$ dengan keadaan jaraknya sentiasa 4 cm dari titik $A$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus, pusat atau garis rujukannya dan jaraknya.)*
1 marks
b
lukis lokus bagi titik $Y$ dengan keadaan jaraknya sentiasa 2 cm dari garis $AB$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus, garis rujukannya dan jaraknya.)*
1 marks
c
Seterusnya tandakan dengan simbol ⊗ bagi kedudukan yang mungkin bagi pelantar minyak itu.
*(Huraikan dalam perkataan di mana anda menandakan simbol ⊗.)*
1 marks
65 marks
a
Diberi matriks $G = \begin{bmatrix} 2 & 1 \\ 3 & p \end{bmatrix}$, hitung nilai $p$ jika matriks $G$ tiada penentu.
2 marks
b
Syafiq Kyle telah mengambil dua mata pelajaran pada semester kedua pengajiannya di sebuah universiti. Markah keseluruhan setiap mata pelajaran dikira berdasarkan markah bahagian latihan dan peperiksaan mengikut peratusan setiap bahagian. Jadual 2(a) menunjukkan markah yang diperoleh Syafiq Kyle bagi setiap bahagian pada semester kedua. Jadual 2(b) menunjukkan peratusan bahagian dalam pengiraan markah keseluruhan.
| Mata pelajaran | Latihan | Peperiksaan |
|---|---|---|
| Matematik | 75 | 80 |
| Fizik | 78 | 85 |
Jadual 2(a)
| Semester kedua | Peratus |
|---|---|
| Latihan | 50 |
| Peperiksaan | 50 |
Jadual 2(b)
Tentukan mata pelajaran terbaik pada semester kedua dengan menggunakan kaedah matriks.
3 marks
75 marks
Jadual 3 menunjukkan sekumpulan murid yang menyertai aktiviti di sekolah.
| Aktiviti | Bilangan Murid |
|---|---|
| Menari, melukis dan membaca | 10 |
| Melukis sahaja | 16 |
| Menari sahaja | 12 |
| Menari dan melukis | 24 |
| Membaca dan menari | 32 |
| Melukis | 45 |
| Membaca | 65 |
Jadual 3
a
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruang jawapan.
*(Ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn tiga bulatan bertindih: Menari, Melukis dan Membaca. Tulis bilangan murid dalam setiap rantau, contohnya "Menari sahaja: …", "Menari dan Melukis sahaja: …".)*
3 marks
b
Seterusnya cari bilangan murid yang menyertai satu pertandingan sahaja.
2 marks
85 marks
a
Kenal pasti nilai kebenaran bagi pernyataan berikut.
> Semua faktor bagi 30 boleh dibahagi tepat dengan 3.
Rajah 6
1 marks
b
Nyatakan implikasi bagi kontrapositif berikut. Seterusnya nyatakan sama ada implikasi itu adalah benar atau palsu.
> Jika $p$ bukan nombor genap, maka $p$ tidak boleh dibahagi tepat dengan 2.
Rajah 7
2 marks
c
Tentukan kesahan hujah berikut. Seterusnya, nyatakan sama ada hujah tersebut munasabah atau tidak munasabah.
> Jika Thenesh seorang pramugara, maka Thenesh adalah lelaki. Thenesh seorang lelaki. Oleh itu, Thenesh adalah seorang pramugara.
Rajah 8
2 marks
94 marks
Plot titik dalam Rajah 9 menunjukkan suatu kajian yang dijalankan berkaitan dengan kesan baja ke atas jumlah hasil cili, dalam kg, bagi 10 batang pokok cili.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, hitung
a
min bagi hasil cili, dalam kg.
2 marks
b
sisihan piawai, bagi hasil cili.
2 marks
105 marks
Di sebuah kedai kopi, terdapat 10 jenis biji kopi yang terdiri daripada 6 jenis kopi Robusta ($R$) dan 4 jenis kopi Arabica ($A$). Dua jenis biji kopi dipilih secara rawak satu persatu daripada bekas tersebut tanpa pengembalian.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong pada gambar rajah pokok: petak bagi cabang pilihan pertama R, dan petak bagi cabang pilihan kedua R selepas A.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian kopi kedua dipilih ialah kopi Robusta.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
117 marks
Rajah 11 menunjukkan segi empat selari yang dilukis pada suatu satah Cartes yang mewakili kedudukan Kedai Runcit Siti, hospital, balai bomba dan juga sebuah tadika.
[Skala : 1 unit = 1 km]
a
Tentukan persamaan garis lurus yang menghubungkan Kedai Runcit Siti dan Hospital.
1 marks
b
Tentukan persamaan bagi garis lurus yang selari dengan garis yang menghubungkan Balai Bomba ke Hospital.
3 marks
c
Tentukan koordinat bagi Kedai Runcit Siti. Seterusnya, hitung jarak, dalam km, di antara Balai Bomba dengan Kedai Runcit Siti.
3 marks
129 marks
Encik Amin telah mencatatkan jisim buah epal yang dipetik dari kebunnya. Jadual kekerapan dan ogif yang berikut menunjukkan data yang diperolehnya.
| Jisim (g) | 400 – 499 | 500 – 599 | 600 – 699 | 700 – 799 | 800 – 899 | 900 – 999 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan epal | 6 | 12 | 16 | 24 | 14 | 8 |
Jadual 4
Rajah 12
a
Tentukan median dan julat antara kuartil bagi data tersebut.
4 marks
b
Bina satu plot kotak berdasarkan data di atas.
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: skala paksi, nilai minimum, $Q_1$, median, $Q_3$ dan nilai maksimum yang ditanda.)*
3 marks
c
Huraikan bentuk taburan data tersebut.
2 marks
136 marks
a
Rajah 13 menunjukkan segi tiga $JKL$ yang dilukis pada satu satah Cartes. Lukiskan imej bagi segi tiga $JKL$ dalam Rajah 13(a) di bawah pembesaran dengan faktor skala $-2$ pada pusat (6, 3).
Rajah 13(a)
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej bagi $J$, $K$ dan $L$.)*
1 marks
b
Seterusnya, diberi segi tiga $J'K'L'$ ialah imej bagi segi tiga $JKL$ di bawah suatu transformasi. Perihalkan transformasi tersebut.
3 marks
c
Kenal pasti sama ada Rajah 13(b) merupakan suatu teselasi. Nyatakan alasan.
2 marks
1412 marks
Guna kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Zainal mempunyai peruntukan sebanyak RM225 bagi membeli $x$ kg durian dan $y$ kg manggis. Jumlah jisim kedua-dua buah itu tidak kurang daripada 15 kg. Jisim durian adalah selebih-lebihnya tiga kali jisim manggis. Harga 1 kg durian ialah RM9 dan harga 1 kg manggis ialah RM5.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua syarat di atas.
3 marks
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 kg pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi sistem ketaksamaan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan, titik-titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
c
Jika Zainal membeli 10 kg manggis, berapakah baki maksimum peruntukannya itu?
3 marks
d
Encik Zainal bercadang untuk membeli 20 kg durian dan 14 kg manggis. Adakah pembelian itu memuaskan sistem ketaksamaan linear yang telah dibentuk? Justifikasikan.
2 marks
1511 marks
a
Encik Rashid mempunyai sebuah rumah yang ditaksirkan bernilai RM380 000. Syarikat Insurans Amal menawarkan perlindungan insurans kebakaran dan kecurian dengan kadar ko-insurans 80/20 dan deduktibel 2% daripada nilai ditanggung oleh syarikat insurans. Rumah Encik Rashid telah mengalami kebakaran dengan jumlah kerugian sebanyak RM120 000 dan Encik Rashid hanya mendapat pampasan sebanyak RM104 446.32 daripada pihak insurans. Adakah Encik Rashid telah membeli nilai insurans yang ditetapkan? Jika tidak, kira penalti yang dikenakan.
4 marks
b(i)
Encik Rashid bekerja di sebuah syarikat di Georgetown, Pulau Pinang. Setiap hari dia akan memarkir keretanya di pelabuhan untuk menaiki feri. Kawasan tersebut mempunyai risiko kebakaran dan kecurian. Jika Encik Rashid ingin memperbaharui insurans keretanya, nyatakan polisi insurans yang wajar diambil dan justifikasikan.
1 marks
b(ii)
Insurans kereta Encik Rashid akan tamat tempoh dalam masa sebulan. Beliau bercadang ingin mengambil polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Kirakan premium kasar yang perlu dibayar jika
| Premium Asas Polisi Komprehensif |
|---|
| RM3 596.60 |
| NCD : 30% |
Rajah 14
3 marks
c
Encik Rashid mempunyai sebuah motosikal berkapasiti enjin 165 cc dan sebuah kereta berkapasiti enjin 1 985 cc. Hitung jumlah cukai jalan bagi motosikal dan keretanya dengan merujuk kepada Jadual 5(a) dan Jadual 5(b).
Kadar cukai jalan bagi motosikal
| Kapasiti Enjin | Kadar asas: Semenanjung Malaysia | Kadar asas: Sabah dan Sarawak |
|---|---|---|
| 150 cc ke bawah | Percuma | Percuma |
| 151 cc – 200 cc | RM30.00 | RM9.00 |
Jadual 5(a)
Kadar cukai jalan bagi motokar
| Kapasiti enjin | Kadar Cukai Jalan (Semenanjung Malaysia): Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan (Semenanjung Malaysia): Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
| 2 001 cc – 2 500 cc | RM380.00 | + RM1.00 setiap cc melebihi 2 000 cc |
Jadual 5(b)
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Rajah 15 menunjukkan pandangan sisi sebuah pondok yang dibina oleh Encik Charles di sebelah rumahnya yang terdiri daripada bumbung berbentuk segi tiga dan dinding kayu berbentuk segi empat tepat.
Rajah 15
Panjang pondok ialah 5 kali lebih panjang daripada tinggi tegak bumbung. Tinggi dinding kayu ialah 4 m lebih tinggi daripada 3 kali tinggi tegak bumbung. Luas bumbung adalah sama dengan luas dinding kayu.
Hitung tinggi tegak, dalam m, bumbung itu.
4 marks
b
**Penyelesaian menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan.**
Encik Charles memasang dua bingkai gambar yang berbentuk segi empat tepat di dalam pondok tersebut seperti yang ditunjukkan Rajah 16.
Rajah 16
Diberi bahawa jumlah luas bagi dua buah segi empat itu ialah 73 cm$^2$ dan jumlah perimeter bagi dua buah segi empat itu ialah 45 cm. Hitungkan nilai $y$ menggunakan kaedah penghapusan atau penggantian.
4 marks
c
Encik Charles bercadang untuk menjual rumahnya di Rawang, Selangor pada harga RM600 000 setelah genap memiliki rumah tersebut selama 15 tahun. Beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM300 000 dan menjelaskan 10% wang pendahuluan sebanyak RM30 000. Beliau mengharapkan pulangan sebanyak 30% dalam tempoh 15 tahun. Jumlah pinjaman yang telah dilunaskan kepada pihak bank berjumlah RM475 000. Dalam tempoh tersebut beliau berjaya memperoleh sewa sebanyak RM70 000. Perbelanjaan-perbelanjaan lain yang terlibat adalah seperti berikut :
| Duti setem (semasa urusan jual beli) | RM3 000 |
|---|---|
| Komisen ejen | RM2 500 |
| Kos guaman semasa urusan jual beli | RM2 000 |
Jadual 6
Apakah nilai pulangan pelaburan bagi Encik Charles selama 15 tahun? Adakah beliau mencapai hasratnya untuk mendapatkan pulangan sebanyak 30%?
4 marks
d
Encik Charles perlu berulang-alik ke Pejabat Peguam di Kajang dari Rawang untuk urusan jual beli rumahnya. Rajah 17 menunjukkan graf terarah dan berpemberat bagi bayaran petrol dan masa laluan perjalanan pilihan Encik Charles.
Rajah 17
Jika Encik Charles perlu ke Kajang dari Rawang dengan kos yang optimum, nyatakan laluan yang anda cadangkan kepada Encik Charles. Justifikasikan jawapan anda dari segi masa dan kos.
3 marks
1715 marks
Encik Rahim dan isterinya merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Rajah 18 menunjukkan graf laju-masa, $OABC$, yang menggambarkan perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
a(i)
Rajah 18
Berdasarkan Rajah 18,
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, untuk laju seragam.
2 marks
a(ii)
Hitung jumlah jarak, dalam km, perjalanan Encik Rahim dan isterinya.
3 marks
Encik Rahim dan isterinya ingin membuat pembayaran cukai pendapatan mereka bagi taksiran tahun 2021. Mereka ingin membuat perbandingan di antara cukai taksiran bersama dan cukai taksiran berasingan. Jadual 7(a) menunjukkan jadual perbandingan cukai taksiran bersama dan cukai taksiran berasingan.
| Item | Cukai taksiran bersama: Suami dan isteri | Cukai taksiran berasingan: Encik Rahim | Cukai taksiran berasingan: Isteri |
|---|---|---|---|
| Pendapatan Tahunan | RM115 000 | RM74 400 | RM60 600 |
| Individu | RM$x$ | RM9 000 | RM9 000 |
| Suami Isteri (Had RM4 000) | RM4 000 | - | - |
| Gaya Hidup (Had RM2 500) | RM2 500 | RM2 500 | RM2 500 |
| Insurans Hayat (Had RM7 000) | RM7 000 | RM3 250 | RM3 750 |
| Insurans Perubatan (Had hingga RM3 000) | RM3 200 | RM1 700 | RM1 500 |
| Pendapatan Bercukai | RM89 500 | RM$y$ | RM43 850 |
Jadual 7(a)
Diberi bahawa Encik Rahim dan isterinya membayar zakat setiap tahun sebanyak RM500 masing-masing. Berdasarkan Jadual 7(a),
b(i)
Hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
2 marks
b(ii)
Antara cukai taksiran bersama dan cukai taksiran berasingan, manakah lebih sesuai untuk digunakan oleh Encik Rahim dan isterinya? Berikan justifikasi anda.
| Pendapatan bercukai | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
Jadual 7(b)
4 marks
Syarikat Encik Rahim bekerja ingin menggunakan perkhidmatan pembersihan untuk membersihkan ruang pejabat. Mereka telah memberi tender kepada syarikat pembersihan A selama 2 tahun. Jadual 8 menunjukkan hubungan antara bilangan pekerja dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan kerja pembersihan.
| Bilangan pekerja | Tempoh masa (jam) | Bayaran (RM/jam) |
|---|---|---|
| 4 | 12 | 3.00 |
| 5 | $q$ | 3.13 |
Jadual 8
Diberi tempoh masa, $t$ berubah secara langsung dengan kadar bayaran, $r$ dan secara songsang dengan kuasa dua bilangan pekerja, $n$.
c(i)
Tulis hubungan dalam bentuk ubahan antara tempoh masa, $t$ dengan kadar bayaran, $r$ dan bilangan pekerja, $n$.
1 marks
c(ii)
Hitung nilai $q$.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open