Rajah 1 menunjukkan graf salingan yang mewakili suatu ubahan.
a
Apakah hubungan antara pemboleh ubah $y$ dengan pemboleh ubah $x$?
1 marks
b(i)
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
2 marks
b(ii)
Seterusnya, nyatakan nilai $y$ apabila $x = 9$.
1 marks
24 marks
a
Lengkapkan jadual pada ruang jawapan bagi persamaan $y = 2 - 3x$.
| $x$ | −2 | −0.5 | 0 | 1 | 2 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 8 | | | | −4 |
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal dalam jadual.)*
1 marks
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukiskan graf bagi $y = 2 - 3x$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
3 marks
34 marks
Diberi min bagi enam nombor ialah 35.
a
Hitung hasil tambah enam nombor tersebut.
2 marks
b
Jika tiga nombor, $x$, $x + 4$ dan $2x$, ditambah dalam set data nombor tersebut, min baharunya ialah 30. Hitung nilai $x$.
2 marks
44 marks
a
Diberi $\tan \theta = -1.4826$ dan $180^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$, hitung sudut $\theta$.
2 marks
b
Tanpa menggunakan kalkulator saintifik, tentukan nilai bagi $\sin 300^\circ$.
2 marks
55 marks
Panjang bagi suatu segi empat tepat ialah $(x + 3)$ cm dan lebarnya ialah 7 cm kurang daripada panjangnya.
a
Ungkapkan luas segi empat, $L\ \text{cm}^2$, dalam bentuk $ax^2 + bx + c$.
2 marks
b
Seterusnya, lengkapkan Rajah 2 pada ruang jawapan dengan melakar graf fungsi bagi luas segi empat itu.
*(Rajah 2 di ruang jawapan hanya menunjukkan paksi-$x$ dan paksi-$f(x)$. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan nilai-nilai yang dilabel pada paksi-$x$ dan paksi-$f(x)$.)*
3 marks
65 marks
Rajah 3 menunjukkan kedudukan rumah Aileen, rumah Ravita dan hospital yang dilukis pada suatu satah Cartes.
a
Ravita menunggang motosikal dari rumahnya ke rumah Aileen yang sejauh 17 km. Jika 1 unit mewakili 1 km, nyatakan nilai $h$.
2 marks
b
Jalan yang menghubungkan rumah Aileen dan rumah Ravita adalah selari dengan jalan raya yang menghubungkan hospital dan sekolah. Cari persamaan garis lurus yang mewakili jalan antara hospital dan sekolah itu.
3 marks
73 marks
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set $P$, set $Q$ dan set $R$ dengan keadaan set semesta, $\xi = P \cup Q \cup R$. Pada rajah di ruang jawapan, lorek set
a
$P \cap Q$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
1 marks
b
$P \cup (Q \cap R)'$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
83 marks
a
Tulis songsangan bagi pernyataan berikut.
> Jika $5.3 \times 10^n$ satu bentuk piawai, maka $n$ ialah integer.
1 marks
b
Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut. Seterusnya, nyatakan sama ada hujah itu munasabah atau tidak munasabah.
Premis 1 : Jika $x$ ialah nombor ganjil, maka $4x$ ialah nombor genap.
Premis 2 : ……………………
Kesimpulan : $x$ bukan nombor ganjil.
2 marks
95 marks
Rajah 4 menunjukkan dua semi bulatan, $PQR$ dan $PUO$ berpusat masing-masing di $O$ dan $T$. $SOT$ ialah satu sektor bulatan berpusat di $O$. $PTOR$ ialah suatu garis lurus.
Diberi $OR = 18$ cm dan $\angle SOR = 155^\circ$. Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
a
panjang lengkok minor $ST$, dalam cm,
2 marks
b
luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan yang berlorek.
3 marks
103 marks
Lim merancang untuk melangsaikan pinjaman pendidikannya berjumlah RM30 400. Setiap bulan, beliau menerima gaji sebanyak RM4 300 dan menyimpan 12% daripada gajinya untuk tujuan tersebut.
Hitung tempoh masa minimum, dalam bulan, yang diperlukan oleh Lim untuk melangsaikan pinjaman pendidikannya sekiranya wang simpanan beliau ketika ini berjumlah RM11 680.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Pendapatan tahunan Encik Akbar ialah RM250 400 pada tahun 2023. Jadual 1.1 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh Encik Akbar. Beliau telah membayar zakat sebanyak RM13 000 pada tahun tersebut.
| Pelepasan Cukai | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Cukai Individu | 9 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (Had RM7 000) | 7 500 |
| Gaya hidup (Had RM3 000) | 2 500 |
| Insurans perubatan (Had RM10 000) | 3 500 |
| Perbelanjaan rawatan untuk ibu bapa | 2 000 |
Jadual 1.1
a
Hitung pendapatan bercukai bagi Encik Akbar.
2 marks
b
Seterusnya, dengan menggunakan Jadual 1.2: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2023, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Akbar pada tahun tersebut.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
| 250 001 – 400 000 | 250 000 pertama | | 46 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24.5 | 36 750 |
Jadual 1.2
4 marks
c
Sekiranya setiap bulan gajinya dipotong sebanyak RM3 100 untuk Potongan Cukai Bulanan (PCB), adakah Encik Akbar perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Berikan justifikasi anda.
3 marks
129 marks
Rajah 5 menunjukkan sisi empat $EFGH$, $EJKL$ dan $EMNP$, dilukis pada suatu satah Cartes.
a
Nyatakan sama ada sisi empat $EJKL$ dan $EMNP$ adalah serupa. Berikan justifikasi anda.
1 marks
$EMNP$ ialah imej bagi $EFGH$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{RS}$. Huraikan selengkapnya, transformasi:
b(i)
$\mathbf{S}$
2 marks
b(ii)
$\mathbf{R}$
3 marks
c
Diberi bahawa $EFGH$ mewakili kawasan dengan luas 25 $\text{unit}^2$. Hitung luas dalam $\text{unit}^2$, kawasan berlorek.
3 marks
139 marks
Pada tahun 2022, Encik Felix mempunyai sebuah kereta untuk digunakan di Sandakan. Jadual 2 menunjukkan perkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
Jadual 2
Diberi kadar bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak masing-masing ialah RM26 dan RM20.30.
Encik Felix ingin memperbaharui insurans keretanya dengan nilai muka RM90 000. Kapasiti enjin kereta ialah 2 000 cc dan nilai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pada tahun itu ialah 55%.
a(i)
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Felix pada tahun tersebut untuk polisi komprehensif.
4 marks
a(ii)
Setahun kemudian, pada 2023, Encik Felix berpindah ke Johor Bahru. Hitung premium kasar bagi kereta beliau pada tahun 2023 untuk polisi pihak ketiga.
2 marks
b
Puan Kaseh mempunyai polisi insurans perubatan utama dengan peruntukan deduktibel sebanyak RM800 dan fasal penyertaan peratusan ko-insurans 70/30 dalam polisinya. Hitung bayaran kos yang ditanggung oleh Puan Kaseh jika kos perubatan berjumlah RM30 000.
3 marks
149 marks
Jadual 3.1 menunjukkan enam lokasi tarikan pelancong di Semenanjung Malaysia. Jadual 3.2 menunjukkan jarak antara lokasi tersebut.
| Nama tempat | Bucu |
|---|---|
| Putrajaya | $P$ |
| Batu Caves | $B$ |
| Kuala Selangor | $K$ |
| Pantai Morib | $M$ |
| Shah Alam | $S$ |
| Genting Highlands | $G$ |
Jadual 3.1
| Pasangan bucu | Jarak (km) |
|---|---|
| $(P, S)$ | 42 |
| $(B, S)$ | 41 |
| $(S, G)$ | 77 |
| $(P, M)$ | 58 |
| $(G, B)$ | 48 |
| $(P, B)$ | 50 |
| $(S, K)$ | 60 |
| $(M, K)$ | 84 |
| $(S, M)$ | 51 |
| $(G, P)$ | 90 |
Jadual 3.2
a
Lengkapkan graf tak terarah dan berpemberat pada ruang jawapan.
*(Bucu $K$, $S$, $G$, $B$, $M$ dan $P$ telah diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberat pada tepi itu.)*
3 marks
Seorang pelancong dari Australia bercadang untuk melawat semua enam destinasi di atas bermula dari Kuala Selangor.
b(i)
Lukis satu pokok berpemberat maksimum dengan keadaan setiap tempat hanya dilawati sekali sahaja.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung jarak maksimum tersebut.
2 marks
c
Encik Ramli menetap di Shah Alam dan merancang untuk membawa keluarganya bercuti di Putrajaya pada musim cuti sekolah nanti. Kadar petrol adalah RM2.30 bagi setiap km perjalanan dan kadar tol sebanyak RM4.30 sehala dikenakan sekiranya ingin ke Putrajaya. Hitung kos perjalanan pergi dan balik Encik Ramli.
2 marks
159 marks
Pada bulan September, Klinik Ramal telah melancarkan kempen “Indeks Jisim Tubuh (BMI) Ideal”. Rajah 6 menunjukkan histogram longgokan yang mewakili jisim, dalam kg, bagi 40 orang peserta.
Berdasarkan Rajah 6,
a
Lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan.
| Jisim (kg) | Titik tengah | Kekerapan |
|---|---|---|
| 35 – 39 | 37 | 0 |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Jadual 4
*(Tulis jisim (selang kelas), titik tengah dan kekerapan bagi setiap baris yang kosong.)*
4 marks
b
Hitung min, jisim seorang peserta.
3 marks
c
Setelah semakan data dibuat, didapati terdapat ralat pada alat penimbang yang menyebabkan setiap data yang direkodkan melebihi 2 kg daripada jisim sebenar. Hitung min baharu, jisim seorang peserta, betul kepada empat angka bererti.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Restoran Suduku di Rompin mempunyai peruntukan RM504 setiap hari untuk membeli $x$ kg udang dan $y$ kg sotong. Jisim minimum udang ialah 7 kg. Jisim udang tidak melebihi tiga kali jisim sotong. Harga sekilogram udang dan sotong masing-masing ialah RM28 dan RM42.
Tulis tiga ketaksamaan linear selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili syarat pembelian bahan mentah makanan itu.
3 marks
Rajah 7 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Hakiem ketika memandu kereta dari Kuantan ke Mersing.
b(i)
Dalam perjalanan Hakiem ke Mersing, dia telah berhenti di Restoran Suduku di Rompin untuk makan tengah hari. Nyatakan tempoh masa, dalam minit, Hakiem berada di restoran itu.
1 marks
b(ii)
Diberi bahawa laju kereta Hakiem dari Rompin ke Mersing ialah 80 km $\text{j}^{-1}$, hitung nilai $t$.
3 marks
Jadual 5 menunjukkan bilangan mangkuk masakan udang yang disediakan oleh Restoran Suduku pada setiap hari Rabu.
| Menu masakan udang | Masak Lemak Cili Api | Kari | Tom Yam |
|---|---|---|---|
| Bilangan mangkuk | 5 | 8 | 3 |
Jadual 5
Dua mangkuk dipilih secara rawak dari menu masakan udang. Hitung kebarangkalian bahawa
c(i)
mangkuk pertama ialah masak lemak cili api dan mangkuk kedua bukan masak lemak cili api.
2 marks
c(ii)
dua mangkuk masakan yang sama dipilih dari menu masakan udang.
2 marks
d
Rajah 8 menunjukkan pelan Restoran Suduku yang dilukis menggunakan skala 1 : 300.
Hitung perimeter sebenar, dalam m, Restoran Suduku.
4 marks
1715 marks
Sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah menganjurkan satu kejohanan olahraga bagi peringkat negeri.
a
Lapan orang murid telah menyertai acara larian 400 m. Jadual 6 menunjukkan masa yang direkodkan dalam tertib menaik.
| Murid | A | B | C | D | E | F | G | H |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Masa (s) | 41 | 42 | 42 | 46 | 49 | 50 | 51 | 55 |
Jadual 6
Hitung julat antara kuartil bagi masa yang telah direkodkan.
3 marks
Azman membuat latihan larian sebagai persediaan untuk kejohanan olahraga pada setiap pagi. Rajah 9 menunjukkan graf laju-masa bagi latihan larian Azman untuk tempoh satu jam pada setiap hari.
b(i)
Nyatakan laju seragam dalam m $\text{min}^{-1}$, larian Azman itu.
1 marks
b(ii)
Hitung nilai $t$ jika jarak larian Azman dari $L$ ke $M$ ialah 2 880 m.
3 marks
c
Semasa kejohanan olahraga, sebuah gerai menjual air berkarbonat dan kerepek kentang. Seorang jurulatih larian membelanjakan RM36 untuk membeli 5 botol air berkarbonat dan 8 pek kerepek kentang. Seorang daripada peserta larian pula membelanjakan lebih RM11 berbanding jurulatih itu untuk membeli dua kali ganda bilangan botol air berkarbonat dan 6 pek kerepek kentang.
Menggunakan kaedah matriks, hitung harga bagi sebotol air berkarbonat.
4 marks
d
Sebanyak empat gulung pembalut plastik digunakan untuk membungkus 20 hamper yang akan diberikan kepada pemenang kejohanan olahraga. Panjang pembalut plastik bagi setiap hamper adalah 1.24 m. Setelah hamper tersebut dibungkus, didapati hanya $\frac{2}{5}$ daripada keseluruhan panjang pembalut plastik tersebut digunakan.
Hitung panjang segulung pembalut plastik.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open