Rajah 2.1 menunjukkan sebuah tangki air berbentuk silinder yang berjejari 45 cm dan tingginya 105 cm yang diisi penuh dengan air. Air dikeluarkan dengan menggunakan bekas berbentuk kon seperti di Rajah 2.2 yang diisi penuh sebanyak 2 kali.
Hitung isi padu air yang tinggal.
3 marks
34 marks
Rajah 3 menunjukkan dua garis lurus $PQ$ dan $RS$ yang dilukis pada satah Cartes. $PQ$ dan $RS$ bersilang pada titik $A$. $O$ ialah asalan.
Cari,
a
nilai $k$.
1 marks
b
persamaan garis lurus $PQ$.
3 marks
44 marks
a
Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan pernyataan atau bukan pernyataan.
> $2x + 7 = -5$
1 marks
b
Tentukan sama ada pernyataan yang berikut adalah benar atau palsu.
> 64 ialah gandaan 4 atau nombor kuasa dua sempurna.
1 marks
c(i)
Tulis premis 1 untuk melengkapkan hujah deduktif berikut:
Premis 1: ……………………
Premis 2: Segi tiga $PQR$ bukan segi tiga sama sisi.
Kesimpulan: Segi tiga $PQR$ bukan poligon sekata.
1 marks
c(ii)
Tentukan sama ada hujah deduktif di 4(c)(i) sah dan munasabah?
1 marks
54 marks
Dalam suatu Program Kitar Semula, murid diminta untuk mengumpulkan surat khabar lama ($S$), botol plastik ($B$) dan tin ($T$).
a
Dengan menggunakan tatatanda set, senaraikan bahan kitar semula yang dikumpulkan.
1 marks
b
| Jenis | Bilangan |
|---|---|
| Botol Plastik | 72 |
| Surat Khabar Lama | 36 |
| Tin | 25 |
| Surat Khabar Lama dan Botol Plastik | 20 |
| Surat Khabar Lama dan Tin | 8 |
| Botol Plastik dan Tin | 18 |
| Surat Khabar Lama dan Botol Plastik dan Tin | 7 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn dengan tiga bulatan bertindih $S$, $B$ dan $T$. Tulis bilangan dalam setiap rantau: $S$ sahaja, $B$ sahaja, $T$ sahaja, $S$ dan $B$ sahaja, $S$ dan $T$ sahaja, $B$ dan $T$ sahaja, serta ketiga-tiga $S$, $B$ dan $T$.)*
2 marks
c
Hitung jumlah murid yang terlibat dalam program ini.
1 marks
65 marks
Rajah 4 menunjukkan graf jarak-masa bagi sebuah van dan bas persiaran.
$OA$ menunjukkan gerakan sebuah bas manakala $OBCD$ menunjukkan gerakan bagi sebuah van.
a(i)
Hitung nilai $t$, dalam minit.
2 marks
a(ii)
Tentukan tempoh masa, dalam minit, van berhenti rehat.
1 marks
b
Hitung laju purata van, dalam km $j^{-1}$, untuk tempoh masa 180 minit.
2 marks
75 marks
Encik Rahul ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumah tersebut ialah RM400 000. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 75% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM5 000.
a
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Rahul bagi rumahnya itu.
2 marks
b
Rumah Encik Rahul telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM150 000.
Hitung jumlah insurans yang telah dibeli oleh Encik Rahul jika dia telah menerima bayaran pampasan sebanyak RM120 000.
3 marks
85 marks
Jadual 2 menunjukkan tinggi kedudukan Ryan dari tanah mengufuk semasa dia menaiki roda Ferris.
| Masa (minit) | 0 | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tinggi (m) | 20 | 30 | 20 | 10 | 20 | 30 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lakar graf fungsi trigonometri jika $y$ ialah ketinggian, dalam m, kedudukan Ryan dari tanah mengufuk dan $x$ ialah masa dalam minit.
*(Ruang jawapan: paksi mencancang Tinggi (m) bertanda 10, 20, 30; paksi mengufuk Masa (min) bertanda 2, 4, 6, 8, 10. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang dilalui oleh lengkung dan bentuk lengkung.)*
2 marks
b(i)
Nyatakan jenis fungsi trigonometri itu.
1 marks
b(ii)
Seterusnya, tulis persamaan bagi graf tersebut.
2 marks
94 marks
Nukman mempunyai 33 keping wang kertas RM20 dan RM50. Jumlah wangnya ialah RM1 200.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan wang kertas RM50 yang dimiliki Nukman.
4 marks
104 marks
Kelab Guru SMK Sri Indah akan menganjurkan hari keluarga di Pulau Langkawi. Kebarangkalian Cikgu Sarimah dan Cikgu Manaf menghadiri program itu ialah $\frac{5}{8}$ dan $\frac{3}{7}$ masing-masing.
Berdasarkan situasi di atas, hitung,
a
kedua-dua mereka menyertai hari keluarga.
2 marks
b
kebarangkalian hanya seorang sahaja daripada mereka yang menyertai hari keluarga itu.
Lukis satu graf tak terarah berpemberat mewakili laluan yang menghubungkan beberapa buah tempat seperti dalam Rajah 5.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap bucu dan setiap tepi (dua bucu yang disambung) beserta pemberatnya.)*
3 marks
a(ii)
Adakah graf yang anda lukis merupakan pokok? Berikan justifikasi anda.
1 marks
Berdasarkan graf yang dilukis pada 11(a)(i),
b(i)
tentukan bilangan tepi dan darjah.
2 marks
b(ii)
lukis dua subgraf.
*(Huraikan setiap subgraf anda dalam perkataan: senaraikan bucu dan tepi (dengan pemberat) bagi setiap subgraf.)*
2 marks
128 marks
Rajah 6 di ruang jawapan menunjukkan ogif yang mewakili jisim, dalam g, bagi 100 biji mangga Harumanis.
a
Berdasarkan Rajah 6, tentukan nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum.
4 marks
b
Menggunakan kertas graf yang sama, bina satu plot kotak berdasarkan ogif yang diberikan.
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai jisim bagi setiap garis unjuran dan titik yang dilukis, serta bentuk plot kotak.)*
3 marks
c
Seterusnya, berdasarkan plot kotak yang dilukis di (b), nyatakan bentuk taburan data tersebut.
1 marks
139 marks
Kelab Koperasi SMK Ikhlas merancang untuk membuat lawatan ke Ipoh dengan menaiki sebuah bas dan sebuah van. Program lawatan tersebut terbuka untuk disertai oleh mana-mana murid tetapi tertakluk kepada beberapa syarat berikut:
- Jumlah maksimum peserta ialah 50 orang.
- Bilangan peserta perempuan dalam program ini adalah sekurang-kurangnya 10 orang melebihi bilangan peserta lelaki.
a
Diberi $x$ ialah bilangan peserta lelaki dan $y$ ialah bilangan peserta perempuan yang terlibat dalam program tersebut, tulis dua ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili situasi tersebut.
2 marks
b
Menggunakan skala 2 unit kepada 10 orang peserta pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear tersebut pada Rajah 7 yang disediakan di ruang jawapan.
*(Rajah 7 di ruang jawapan ialah grid kosong 12 × 12 petak. Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
c
Daripada graf, tentukan bilangan maksimum peserta lelaki yang dibenarkan untuk menyertai program tersebut.
1 marks
d
Daripada graf di (b), adakah 40 orang peserta perempuan dan 15 orang peserta lelaki dibenarkan menyertai program ini. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
1410 marks
Rajah 8 menunjukkan pelan bagi satu tapak perkhemahan. Kawasan berlorek merupakan kawasan untuk khemah murid-murid yang terlibat. Kawasan heksagon $R$ dan $S$ merupakan tapak khemah guru. Pelan ini dilukis menggunakan konsep transformasi dengan keadaan $S$ ialah imej bagi $R$ di bawah satu pantulan dan heksagon $JKLMNP$ ialah imej $ABCDEF$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{TU}$.
a(i)
Tentukan paksi pantulan itu.
1 marks
a(ii)
Perihalkan transformasi $\mathbf{T}$.
3 marks
a(iii)
Diberi bahawa luas tapak perkhemahan $R$ ialah 90 $\text{m}^2$. Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan berlorek.
3 marks
b
Rajah 9 menunjukkan satu bentuk teselasi yang terdiri daripada segi tiga sama kaki yang dihasilkan dengan transformasi isometri.
Huraikan transformasi $\mathbf{N}$ yang menghasilkan segi tiga $OEF$ daripada segi tiga $OCD$.
3 marks
1510 marks
Pendapatan tahunan 2022 Encik Hazim ialah RM96 000. Dia telah menderma kepada Persatuan Badminton Negeri Perlis sebanyak RM1 000.
Jadual 3.1 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh En. Hazim pada tahun itu.
| Perkara | En. Hazim |
|---|---|
| Individu | RM9 000 |
| Gaya Hidup (terhad RM2 500) | RM2 500 |
| Insurans Hayat (terhad RM7 000) | RM5 580 |
| Insurans Perubatan (terhad RM3 000) | RM3 060 |
| Yuran Pengajian Sendiri (terhad RM7 000) | RM5 200 |
Jadual 3.1
Berdasarkan maklumat yang diberi, hitung
a(i)
jumlah pelepasan cukai.
1 marks
a(ii)
pendapatan bercukai Encik Hazim bagi tahun 2022.
2 marks
b
Jadual 3.2: Kadar cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2021
| Banjaran pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
Jadual 3.2
Hazim telah membayar zakat sebanyak RM3 450. Dengan menggunakan Jadual 3.2: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk tahun taksiran 2022, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Hazim bagi tahun tersebut.
4 marks
c
Gaji Encik Hazim dipotong sebanyak RM300 untuk potongan cukai bulanan (PCB). Adakah Encik Hazim perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Berikan justifikasi anda.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
SMK Teluk Angsana akan mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang bagi tahun 2024. Setiap rumah sukan diwajibkan memasang bendera rumah sukan seperti dalam Rajah 10. Seutas tali dengan panjang 300 cm telah diikat pada puncak sebatang tiang bendera. Hujung tali itu diikat pada tanah mengufuk 180 cm dari kaki tiang bendera itu.
Hitung tinggi, dalam m, tiang bendera itu.
3 marks
b
Farhan diminta untuk menyediakan bendera rumah sukan Cengal. Saiz bendera, $A\ \text{m}^2$ berubah secara langsung dengan isi padu cat, $P$ liter yang akan digunakan dan secara songsang dengan kos, RM$C$. Diberi bahawa RM64 dan 4 liter cat digunakan untuk menyediakan bendera bersaiz 2 $\text{m}^2$. Berapakah kos, dalam RM, yang akan digunakan untuk menyediakan bendera bersaiz 3.75 $\text{m}^2$ jika cat yang digunakan sebanyak 6 liter?
4 marks
Farhan juga telah menyertai acara merejam lembing pada hari sukan sekolah. Rejaman lembing yang dibuat oleh Farhan berbentuk parabola seperti Rajah 11 di bawah. Tinggi mata lembing dari permukaan tanah setelah dilepaskan ialah $h(t) = -t^2 + 2t + 24$, di mana $h$ ialah tinggi dalam meter, dan $t$ ialah masa dalam saat.
c(i)
Nyatakan koordinat tinggi maksimum mata lembing itu.
2 marks
c(ii)
Mata lembing itu akan jatuh ke tanah pada $t$ saat. Cari nilai $t$.
2 marks
d
Farhan dan Danish bersaing untuk mewakili sekolah dalam acara 400 meter. Min catatan masa bagi Farhan ialah 52.62 saat dan sisihan piawainya ialah 0.194. Jadual 4 menunjukkan catatan masa Danish, dalam saat, bagi lima kali percubaan.
| Atlet | Percubaan 1 | Percubaan 2 | Percubaan 3 | Percubaan 4 | Percubaan 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| Danish | 52.4 | 52.5 | 52.7 | 52.7 | 52.8 |
Jadual 4
Tentukan siapakah yang lebih konsisten dalam acara tersebut. Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
1715 marks
Kumpulan Hazrul telah terpilih menyertai pertandingan robotik sempena Karnival Inovasi yang diadakan di Pusat Sains Negara. Anggaran perbelanjaan bagi seorang peserta adalah sebanyak RM750. Bapa Hazrul yang berpendapatan RM3 000 sebulan dengan perbelanjaan tetap dan tidak tetap bulanan sebanyak RM800 dan RM1 850 masing-masing perlu menyediakan perbelanjaan bagi penyertaan Hazrul dalam tempoh 5 bulan.
a(i)
Hitung aliran tunai bapa Hazrul.
2 marks
a(ii)
Adakah matlamat kewangan bapa Hazrul berjaya dicapai? Berikan justifikasi anda.
1 marks
b
Kumpulan Hazrul perlu memilih satu jenama peralatan robotik yang mempunyai prestasi yang konsisten untuk dipertandingkan di Karnival Inovasi tersebut. Jadual 5 menunjukkan skor yang diperolehi untuk lima percubaan bagi dua jenama peralatan robotik tersebut.
| Cubaan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| Jenama A | 12.78 | 12.97 | 12.56 | 12.34 | 13 |
| Jenama B | 12.01 | 13.03 | 12.98 | 12.84 | 12.79 |
Jadual 5
Diberi min bagi kedua-dua jenama ialah 12.73 manakala sisihan piawai bagi jenama A ialah 0.251.
Hitung sisihan piawai bagi jenama B dan seterusnya, nyatakan jenama yang menjadi pilihan kumpulan Hazrul. Berikan justifikasi anda.
4 marks
c
Hazrul dan pasukannya menyertai pertandingan robotik bagi kategori sumo. Rajah 12 menunjukkan sebuah gelanggang yang digunakan bagi pertandingan tersebut.
Diberi diameter gelanggang tersebut ialah 770 mm, hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan X.
4 marks
d
Pihak penganjur Karnival Inovasi turut mengadakan pertandingan robotik kategori robot bola sepak. Rajah 13 menunjukkan sebuah gelanggang yang digunakan untuk pertandingan tersebut.
Diberi luas gelanggang tersebut ialah 35 $\text{m}^2$. Pihak penganjur ingin membina pagar di sekeliling gelanggang tersebut dengan tali nilon yang berharga RM7 per meter. Pihak penganjur mempunyai bajet sebanyak RM200, tentukan sama ada pihak penganjur mempunyai bajet yang mencukupi untuk membina pagar tersebut. Jelaskan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open