Sisi segi tiga $PQR$ adalah dalam nisbah $PQ : QR : PR = 1 : 5 : 3$.
a
Hitung panjang $QR$.
2 marks
b
Jika $PQ$ dipanjangkan sebanyak 12 cm dan panjang $QR$ tidak berubah, nyatakan nisbah baharu $PQ$ kepada $QR$.
2 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan maklumat perjalanan Mustafa dan Kamal dari Sungkai ke Kemaman.
a
Berdasarkan Rajah 2, hitung jarak perjalanan Kamal dari Sungkai ke hentian rehat.
2 marks
b
Kamal memulakan perjalanannya dari Sungkai pada jam 5.15 a.m. Jika mereka tiba di Kemaman pada waktu yang sama, nyatakan waktu Mustafa memulakan perjalanannya dari Sungkai.
2 marks
34 marks
Julia membeli sebuah vakum elektronik bernilai RM1 335 secara atas talian melalui JShop tanpa sebarang deposit.
Jadual 1 menunjukkan terma pembayaran yang ditawarkan oleh JShop.
| Pelan pembayaran | Kadar faedah | Caj bayar lewat |
|---|---|---|
| JLater | 0% | 5% daripada jumlah bil keseluruhan |
Jadual 1
Julia mengalami masalah kewangan dan lewat membuat bayaran selama dua bulan. Hitung jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Julia sebelum bil ketiga dikeluarkan.
4 marks
44 marks
Sebutan pertama bagi suatu jujukan nombor ialah $x$. Beza di antara dua sebutan berturutan tersebut ialah 2.
Selesaikan persamaan di bawah.
$$\frac{T_2}{T_1} + \frac{T_3}{T_2} = \frac{14}{3}$$
4 marks
53 marks
a
Tentukan sama ada ayat berikut ialah suatu pernyataan atau bukan pernyataan. Berikan justifikasi anda.
$$y = -3x + c$$
1 marks
b
Buat satu kesimpulan induktif bagi urutan nombor $3, 0, -7, -18, \ldots$ mengikut pola berikut:
$3 = 2(1 - 1^2) + 3(1)$
$0 = 2(1 - 2^2) + 3(2)$
$-7 = 2(1 - 3^2) + 3(3)$
$-18 = 2(1 - 4^2) + 3(4)$
$\vdots$
2 marks
64 marks
Rajah 3 menunjukkan semibulatan $BCM$ dengan pusat $A$ dan dua sukuan bulatan $BDE$ dan $EFM$ dengan pusat $E$. Diberi bahawa $M$ ialah titik tengah $BE$.
a
Nyatakan panjang jejari, dalam cm, sukuan bulatan $EFM$.
1 marks
b
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan berlorek.
3 marks
75 marks
Rajah 4 di bawah menunjukkan sebuah gabungan pepejal yang terdiri daripada kuboid, semi silinder dan prisma tegak dengan tapak segi empat sama, $ABKL$, pada satah mengufuk.
Diberi bahawa $EM = 5$ cm, $ML = 4$ cm dan $AL = 6$ cm.
a
Nyatakan satah condong bagi gabungan bentuk di atas.
1 marks
b
Lukis dengan skala penuh, dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan garis $AM$ sebagaimana dilihat dari $X$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk-bentuk yang membentuk dongakan, label setiap bucu, panjang setiap sisi dan sudut pada bucu.)*
4 marks
84 marks
a
Pada garis lurus $CD$ di ruang jawapan, bina lokus bagi titik $X$ dengan keadaan $XC = XD$.
*(Ruang jawapan menunjukkan garis lurus $CD$ yang condong, dengan $C$ di bawah sebelah kiri dan $D$ di atas sebelah kanan. Huraikan binaan anda dalam perkataan: apa yang anda lukis menggunakan jangka lukis dan pembaris, dan lokus yang terbentuk.)*
2 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi empat sama $ABCD$ dengan sisi 10 cm. $K$, $L$, $M$ dan $N$ ialah titik tengah bagi garis $AB$, $BC$, $CD$ dan $AD$ masing-masing. $X$ dan $Y$ ialah dua titik yang bergerak di dalam segi empat sama.
b(i)
Dengan menggunakan huruf di dalam Rajah 5, nyatakan lokus bagi setiap titik itu.
Titik $X$ bergerak dengan keadaan ia berada pada jarak $MC$ dari $M$.
1 marks
b(ii)
Titik $Y$ bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 5 cm dari garis $AB$.
1 marks
94 marks
Di sebuah pejabat, seramai 100 pekerja menggunakan kereta, bas atau keretapi ke tempat kerja. Pada hari Isnin, seramai 40 orang masing-masing menggunakan perkhidmatan bas dan keretapi dan selebihnya menaiki kereta.
Keesokan harinya, perkhidmatan bas telah mengalami gangguan. Separuh daripada penumpang bas pada hari Isnin telah menaiki keretapi dan separuh lagi menaiki kereta.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan untuk menunjukkan kesemua kesudahan yang mungkin.
*(Rajah pokok di ruang jawapan: Isnin → Keretapi [petak kosong], Bas ($\frac{2}{5}$, diberi), Kereta [petak kosong]. Selasa → selepas Keretapi: Keretapi [petak kosong], Kereta [petak kosong]; selepas Kereta: Keretapi [petak kosong], Kereta [petak kosong]. Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian pekerja tersebut menggunakan dua jenis pengangkutan yang berbeza untuk ke tempat bekerja pada dua hari tersebut.
2 marks
104 marks
Rajah 6 menunjukkan sebuah segi empat selari $ABCD$ yang dilukis di atas satah Cartes. Garis lurus $AB$ adalah selari dengan paksi-$x$.
a
Nyatakan persamaan garis lurus $AB$.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6, nyatakan persamaan garis lurus $BC$ dalam bentuk pintasan.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Jadual 2 di bawah menunjukkan harga premium, dalam RM, bagi insurans perjalanan yang ditawarkan oleh Syarikat OASIS.
| Bilangan hari | Domestik: Pemegang polisi (RM) | Domestik: Pemegang polisi dan pasangan (RM) | Domestik: Keluarga (RM) | Luar negara: Pemegang polisi (RM) | Luar negara: Pemegang polisi dan pasangan (RM) | Luar negara: Keluarga (RM) |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 - 5 | 43 | 80 | 109 | 46 | 85 | 116 |
| 6 - 10 | 62 | 113 | 157 | 70 | 127 | 176 |
| 11 - 15 | 83 | 153 | 213 | 94 | 172 | 239 |
| 16 - 20 | 104 | 191 | 266 | 122 | 225 | 313 |
Jadual 2
Puan Lina dan suaminya bersama dua orang rakannya ingin melancong ke Jepun selama 12 hari.
a(i)
Nyatakan tiga risiko yang boleh dilindungi oleh insurans itu.
3 marks
a(ii)
Hitung jumlah premium yang perlu dibayar oleh mereka berempat.
2 marks
b
Puan Lina memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM74 664 pada tahun 2023. Beliau telah membayar zakat berjumlah RM1 500 pada tahun tersebut. Jadual 3 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh Puan Lina.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans perubatan dan kesihatan (had RM3 000) | 3 200 |
Jadual 3
Gaji Puan Lina dipotong setiap bulan sebanyak RM104.75 untuk potongan cukai bulanan (PCB).
Berdasarkan Jadual 4, adakah beliau perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan pada tahun tersebut? Jelaskan jawapan anda.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
(Sumber: Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia)
Jadual 4
4 marks
129 marks
Sebuah pusat tuisyen mempunyai bilangan murid yang mendaftar untuk kelas Matematik, $x$, lebih daripada bilangan murid yang mendaftar untuk kelas Fizik, $y$. Jumlah murid Matematik dan Fizik dalam sebulan sekurang-kurangnya adalah 10 orang. Yuran bulanan untuk mata pelajaran Matematik dan Fizik masing-masing ialah RM150 dan RM180. Jumlah yuran yang diperoleh bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah selebih-lebihnya RM3 600.
a
Tulis semua ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili situasi tersebut.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 31. Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 murid kelas Matematik pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 murid kelas Fizik pada paksi mencancang, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 12(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
c
Berdasarkan graf di 12(b), sekiranya 5 orang murid mendaftar untuk mata pelajaran Fizik, nyatakan julat murid yang mendaftar untuk mata pelajaran Matematik di pusat tuisyen tersebut.
2 marks
139 marks
Rajah 7 menunjukkan tiga sisi empat, $EFGH$, $JKLD$ dan $ABCD$, dilukis pada suatu satah Cartes.
Sisi empat $EFGH$ ialah imej bagi sisi empat $ABCD$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{YX}$. Huraikan selengkapnya transformasi:
a(i)
$\mathbf{X}$
3 marks
a(ii)
$\mathbf{Y}$
3 marks
b
Diberi bahawa $EFGH$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas $348\ \text{m}^2$. Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan berlorek.
3 marks
148 marks
Jadual 5 menunjukkan jarak yang menghubungkan tujuh buah kedai yang berada di sekitar kawasan perumahan Aidel.
| Kedai | Jarak (m) |
|---|---|
| $P - Q$ | 310 |
| $Q - T$ | 500 |
| $T - P$ | 280 |
| $T - V$ | 680 |
| $Q - U$ | 700 |
| $U - V$ | 250 |
| $R - Q$ | 350 |
| $R - V$ | 450 |
| $S - V$ | 400 |
| $Q - S$ | 1 050 |
Jadual 5
a
Berdasarkan Jadual 5, lengkapkan graf terarah dan berpemberat pada ruang jawapan.
*(Bucu $P$, $Q$, $R$, $S$, $T$, $U$ dan $V$ telah diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi dengan arahnya (dari bucu mana ke bucu mana) dan pemberatnya.)*
3 marks
Aidel ingin membeli barang di kedai $P$ seterusnya di kedai $V$.
b(i)
Senaraikan tiga laluan yang mungkin dilalui oleh Aidel.
3 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung laluan yang mempunyai jarak terpendek.
Berdasarkan Jadual 6, lengkapkan Jadual 7 pada ruang jawapan.
| Sempadan atas | Kekerapan Longgokan |
|---|---|
| 39.5 | 0 |
| 49.5 | |
| 59.5 | |
| 69.5 | |
| 79.5 | |
| 89.5 | |
| 99.5 | |
Jadual 7
*(Tulis kekerapan longgokan bagi setiap sempadan atas.)*
1 marks
c(i)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 39. Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c(ii)
Seterusnya, pada graf yang sama bina satu plot kotak.
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang anda gunakan, dan kedudukan plot kotak pada graf.)*
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Izwan ialah seorang pengusaha kambing perap sejuk beku di Johor Bahru.
a
Izwan mempunyai dua mesin, $P$ dan $Q$ yang dapat menghasilkan 115 kepingan daging kambing dalam masa seminit. Jika mesin $P$ beroperasi selama 2 minit dan mesin $Q$ beroperasi selama 5 minit, sebanyak 380 kepingan daging kambing dapat dihasilkan. Diberi bahawa mesin $P$ dapat menghasilkan $x$ kepingan daging kambing dalam seminit manakala mesin $Q$ dapat menghasilkan $y$ kepingan daging kambing dalam seminit.
Menggunakan kaedah matriks, hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
5 marks
Izwan ingin membeli insurans kebakaran untuk kilangnya. Nilai boleh insurans kilang itu ialah RM500 000. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya itu mempunyai peruntukan ko-insurans 75% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM10 000.
b(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli bagi kilangnya itu.
2 marks
b(ii)
Kilang Izwan telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM50 000. Hitung bayaran pampasan yang akan diterima Izwan jika dia menginsuranskan kilangnya pada jumlah insurans yang harus dibelinya.
2 marks
b(iii)
Kilang Izwan telah mengalami kerugian menyeluruh. Jika dia menginsuranskan kilangnya dengan jumlah RM320 000, hitung bayaran pampasan yang diterimanya.
2 marks
Izwan berhasrat untuk meluaskan perniagaannya dengan menambah dua produk baharu iaitu daging lembu perap dan ayam perap. Satu soal selidik akan dijalankan terhadap 54 responden tentang tiga produk yang akan dipasarkan. Rajah 8 menunjukkan sebahagian hasil soal selidik dalam gambar rajah Venn. Diberi bahawa $K$ = {daging kambing perap}, $L$ = {daging lembu perap} dan $A$ = {ayam perap}.
c(i)
Diberi bilangan pelanggan memilih daging kambing perap dan ayam perap ialah 16. Bilangan yang memilih daging lembu perap adalah separuh daripada bilangan yang memilih ayam perap, hitung
nilai $h$
1 marks
c(ii)
bilangan pelanggan yang memilih satu produk sahaja
2 marks
d
Seterusnya, nyatakan nisbah bilangan $K : L : A$.
1 marks
1715 marks
Encik Faiz dan isterinya Puan Citra ingin mengubahsuai rumah mereka dalam masa 5 tahun selepas mereka berkahwin. Jumlah pendapatan bulanan mereka ialah RM7 300 dan jumlah perbelanjaan tetap dan tidak tetap adalah RM5 100. Mereka sepakat membuat simpanan dengan anggaran kos pengubahsuaian sebanyak RM84 000.
a(i)
Berapakah simpanan bulanan yang harus disimpan oleh Encik Faiz dan isterinya bagi mencapai matlamat kewangan tersebut?
2 marks
a(ii)
Adakah mereka bijak dalam menetapkan anggaran kos pengubahsuaian rumah sebanyak RM84 000 berdasarkan pelan kewangan semasa? Berikan justifikasi anda.
2 marks
a(iii)
Encik Faiz juga menyimpan wang lebihan sebanyak RM500 dalam akaun simpanan tetap di Bank Kaya selama 5 tahun dengan kadar faedah 5% setahun. Berapakah perbezaan di antara jumlah faedah yang diperoleh oleh Encik Faiz jika beliau diberikan faedah kompaun (dengan pengkompaunan 4 bulan sekali) berbanding faedah mudah?
3 marks
b
Puan Citra bercadang untuk memasang televisyen di dinding ruang tamunya. Diberi sudut dongak televisyen tersebut dari penglihatan Puan Citra ialah $10^\circ$. Manakala jarak mengufuk di antara mata Puan Citra dengan dinding ialah 1.75 m.
Hitung jarak, dalam m, di antara mata Puan Citra dengan televisyen. Nyatakan jawapan betul kepada tiga angka bererti.
3 marks
Puan Citra bercadang untuk memilih dua warna cat berbeza daripada satu katalog sebagai warna untuk bilik tidur dan satu warna lain untuk ruang tamu. Rajah 9 menunjukkan beberapa sampel warna yang dipilih daripada katalog tersebut.
Katalog
| Sampel warna | Kod warna |
|---|---|
| Merah Jambu Orkid | P |
| Biru Langit | B |
| Kelabu Gunung | G |
| Coklat Tanah | S |
Rajah 9
c(i)
Dengan menggunakan kod yang diberikan di dalam katalog, senaraikan semua kesudahan yang mungkin.
2 marks
c(ii)
Nyatakan kebarangkalian warna Biru Langit tidak terpilih sebagai warna bilik tidur Puan Citra.
1 marks
c(iii)
Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin, hitung kebarangkalian bahawa Merah Jambu Orkid dipilih sebagai warna bilik tidur atau ruang tamu.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open