Rajah 1 menunjukkan sebuah poligon $PQRSTU$. Diberi $TUV$ ialah suatu garis lurus.
a
Namakan jenis sudut bagi $y^\circ$.
1 marks
b
Cari nilai bagi $x + y$.
2 marks
23 marks
Rajah 2 di ruang jawapan menunjukkan segi empat sama $ABCD$ yang dilukis pada grid segi empat sama dengan sisi 1 unit. $M$, $N$, $R$ dan $S$ ialah titik tengah bagi $AB$, $BC$, $CD$ dan $AD$ masing-masing dan $O$ ialah persilangan $MR$ dan $SN$. $X$ dan $Y$ ialah dua titik yang bergerak dalam rajah itu.
Pada rajah di ruang jawapan, lukis
a(i)
lokus bagi titik $X$ yang bergerak dengan keadaan titik itu sentiasa berjarak 2 unit dari titik $O$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus, pusat atau kedudukannya, dan saiznya.)*
1 marks
a(ii)
lokus bagi titik $Y$ yang bergerak dengan keadaan titik itu sentiasa berjarak 3 unit dari garis $CD$.
*(Huraikan lokus anda dalam perkataan: bentuk lokus dan titik-titik berlabel yang dilaluinya.)*
1 marks
b
Seterusnya, tandakan dengan simbol $\otimes$ kedudukan bagi persilangan lokus $X$ dan lokus $Y$ itu.
*(Nyatakan kedudukan setiap titik persilangan dalam perkataan, berdasarkan titik-titik berlabel dan bilangan unit.)*
1 marks
34 marks
Emylia merupakan seorang pemilik kedai menjahit pakaian. Antara perkhidmatan yang ditawarkan dikedai beliau ialah menjahit kemeja. Diberi bahawa bilangan kemeja, $N$ yang dijahit berubah secara langsung dengan bilangan pekerja, $P$ dan berubah secara songsang dengan tempoh masa, $T$.
Jika dua orang pekerja dapat menjahit enam helai kemeja dalam tempoh masa tiga jam,
a
ungkapkan $N$ dalam sebutan $P$ dan $T$.
2 marks
b
berapakah bilangan pekerja yang diperlukan untuk menjahit 27 helai kemeja dalam tempoh masa 4 jam?
2 marks
45 marks
a
Adam memiliki sebuah rumah kediaman di Jitra. Diberi bahawa nilai tahunan rumahnya itu ialah RM7 250 dan kadar cukai pintu ialah 4%. Hitung cukai pintu yang perlu dibayar oleh Adam setiap tahun.
2 marks
Adam telah menggunakan 694 kWj elektrik pada bulan Februari. Diberi bahawa penggunaan melebihi 600 kWj dalam sebulan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Jadual 4 menunjukkan bil elektrik rumah kediaman Adam pada bulan Februari.
| Blok tarif (kWj) | Blok prorata (kWj) | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|---|
| 200 | 200 | 0.218 | 43.60 |
| 100 | 100 | 0.334 | 33.40 |
| 300 | 300 | 0.516 | 154.80 |
| 300 | 94 | 0.546 | $m$ |
Jadual 4
Hitung,
b(i)
nilai $m$.
1 marks
b(ii)
jumlah bil yang perlu dibayar oleh Adam pada bulan Februari.
2 marks
53 marks
Rajah 5 menunjukkan sistem hos gelung yang terdapat di sebuah sekolah. Aizat ditugaskan untuk menjalankan latihan kebakaran semasa minggu pertama sesi persekolahan.
Diberi
a
panjang gulungan hos gelung itu ialah 30 kaki. Berapakah jarak maksimum, dalam cm, kedudukan Aizat semasa melakukan demontrasi kebakaran.
[1 kaki = 30.48 cm]
1 marks
b
ukur lilit drum pemegang hos gelung ialah 220 cm. Cari jejari, dalam cm, drum pemegang tersebut.
2 marks
64 marks
Rajah 6 menunjukkan bentangan sebuah kuboid.
a
Ungkapkan bagi isipadu, $V\ \text{cm}^3$, kuboid tersebut dalam sebutan $x$.
1 marks
b
Jika isipadu kuboid itu ialah 440 $\text{cm}^3$, hitung nilai $x$.
3 marks
74 marks
Rafi terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam suatu kejohanan olahraga bagi acara 100m dan lompat jauh. Kebarangkalian Rafi untuk memenangi acara 100m dan lompat jauh masing-masing ialah 0.37 dan 0.56. Hitung kebarangkalian,
a
Rafi tidak memenangi dalam acara 100m
1 marks
b
Rafi hanya memenangi satu acara
3 marks
85 marks
a
Tentukan nilai kebenaran bagi pernyataan majmuk yang berikut :
> 9 ialah faktor bagi 18 dan nombor kuasa dua sempurna
1 marks
b
Tulis dua implikasi daripada ayat berikut:
> $PQRS$ ialah poligon sekata jika dan hanya jika $PQ = QR = RS = PS$
2 marks
Rajah 8 menunjukkan suatu hujah deduktif yang separa lengkap yang sah.
> Premis 1 : Jika $x$ ialah gandaan 4, maka $x$ ialah gandaan 8.
>
> Premis 2 : 36 ialah gandaan 4.
>
> Kesimpulan : ……………………
Rajah 8
c(i)
Lengkapkan hujah ini dengan menulis kesimpulan yang sesuai.
1 marks
c(ii)
Tentukan sama ada hujah ini munasabah atau tidak munasabah. Berikan justifikasi anda.
1 marks
94 marks
Rajah 9(a) menunjukkan gabungan dua pepejal antara sebuah kuboid dan sebuah prisma tegak. Diberi bahawa satah $PQRS$ merupakan keratan rentas bagi prisma tegak tersebut dan tapak $MNUVWT$ adalah terletak pada satah mengufuk.
Sisi $PQ$ adalah selari dengan sisi $SR$, $\angle QPS = \angle PSR = 90^\circ$ dan $L$ ialah titik tengah bagi $PT$.
Berdasarkan Rajah 9(a),
a
namakan bentuk sisi empat $PQRS$ yang merupakan keratan rentas bagi prisma tegak tersebut.
1 marks
b
lengkapkan Rajah 9(b) di ruang jawapan dengan melukis dongakan gabungan pepejal tersebut pada satah mencancang yang selari dengan $VW$ sebagaimana dilihat dari arah $Y$, dengan skala penuh.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk dan ukuran garis luar, kedudukan setiap bucu berlabel, dan garis yang dilukis penuh atau putus-putus.)*
3 marks
105 marks
Rajah 10 menunjukkan mesin kiraan duit syiling di sebuah bank.
Encik Fathi membawa sebuah kotak yang berisi duit syiling lima sen dan sepuluh sen ke bank tersebut untuk ditukarkan. Setelah diproses, didapati bilangan duit syiling di dalam kotak tersebut adalah sebanyak 1 352 keping, termasuk 8 keping duit syiling sepuluh sen yang rosak dan perlu diasingkan. Hasilnya, sejumlah RM107.70 yang boleh ditukar oleh Encik Fathi.
Dengan menggunakan kaedah matriks, cari bilangan duit syiling lima sen dan bilangan duit syiling sepuluh sen yang terdapat di dalam kotak dibawa oleh Encik Fathi pada awalnya.
5 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Rajah 11 menunjukkan sebuah segi tiga $PQR$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Cari
a(i)
persamaan bagi garis lurus $QR$.
3 marks
a(ii)
pintasan-$x$ bagi garis lurus $QR$.
2 marks
b
Diberi jarak bagi garis lurus $PQ$ ialah 10 unit. Cari nilai bagi $h$.
3 marks
1210 marks
Rajah 12 menunjukkan ogif yang mewakili tinggi, dalam cm, bagi 30 orang murid tingkatan 5 Kristal.
Hitung sisihan piawai bagi tinggi, dalam cm, murid tingkatan 5 Kristal dengan diberi nilai min ketinggian murid tersebut adalah 155.5 cm.
3 marks
c
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 cm pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada seorang murid pada paksi mencancang, lukis histogram bagi maklumat tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, serta kedudukan dan tinggi setiap bar.)*
4 marks
139 marks
Rajah 13.1 menunjukan tiga segi tiga $ABC$, $ADC$, dan $EFG$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Pembesaran ialah suatu transformasi dengan semua titik objek bergerak dari satu titik tetap dengan satu nisbah malar. Nyatakan maksud bagi yang berikut;
a(i)
titik tetap.
1 marks
a(ii)
nisbah malar.
1 marks
b
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu putaran $90^\circ$ ikut arah jam pada asalan.
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} 2 \\ 4 \end{pmatrix}$.
Titik $G$ merupakan imej bagi suatu transformasi. Nyatakan koordinat objek bagi imej $G$ dibawah gabungan transformasi $\mathbf{TR}$.
2 marks
c(i)
Segi tiga $ADC$ ialah imej bagi segitiga $ABC$ di bawah transformasi $\mathbf{M}$. Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{M}$.
2 marks
c(ii)
Diberi bahawa segi tiga $ABC$ mewakili suatu kawasan dengan luas 21 $\text{m}^2$. Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan berlorek
3 marks
149 marks
Rajah 14 pada ruang jawapan menunjukkan graf $JK$ yang mewakili perjalanan kereta yang dipandu Aufa dari bandar $B$ ke bandar $A$. Pada waktu yang sama, Huda menaiki bas dari bandar $A$ ke bandar $B$. Bas itu bergerak selama 30 minit, sebelum berhenti di suatu hentian bas yang jaraknya 28 km dari bandar $A$. Kemudian, selepas 35 minit, bas itu meneruskan perjalanannya sejauh 120 km dengan kelajuan 100 $\text{kmj}^{-1}$ dan sampai di bandar $B$ pada minit ke-$n$.
a
Lengkapkan Rajah 14 di ruang jawapan dengan melukis graf jarak-masa bagi perjalanan bas yang dinaiki oleh Huda.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik (masa, jarak) yang disambung dan jenis setiap bahagian garis.)*
2 marks
Berdasarkan graf di ruang jawapan 14(a)
b(i)
Nyatakan nilai $m$.
1 marks
b(ii)
Hitung nilai $n$.
3 marks
c
Hitung beza laju purata, dalam $\text{km j}^{-1}$, antara kereta yang dipandu Aufa dan bas yang dinaiki Huda bagi keseluruhan perjalanan mereka.
3 marks
159 marks
a
Hussain bekerja di sebuah syarikat di Semenanjung Malaysia dan mempunyai sebuah kereta seperti Rajah 15 yang dibeli oleh beliau 5 tahun yang lalu.
Dia ingin memperbaharui insurans keretanya yang mempunyai nilai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pada tahun itu ialah 35%. Diberi premium asas bagi polisi insurans komprehensif kereta tersebut ialah RM2 200.40. Hitung premium kasar yang akan dibayar oleh Hussain jika dia ingin membeli polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
3 marks
Hussain juga mempunyai insurans kebakaran untuk rumahnya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumah tersebut ialah RM780 000. Polisi insurans kebakaran yang dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 90% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM8 500.
b(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Hussain bagi rumahnya itu.
2 marks
b(ii)
Dalam suatu kejadian, rumah Hussain telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM398 000. Hitung jumlah pampasan yang diterima oleh Hussain jika dia hanya menginsuranskan rumahnya sebanyak RM580 000.
3 marks
b(iii)
Adakah Hussain dikenakan penalti ko-insurans? Justifikasikan jawapan anda.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Ashraf merupakan seorang usahawan burger yang berjaya sejak tahun 2023.
a
Encik Ashraf telah melancarkan dua menu baharu yang istimewa iaitu "*Garden Burger*" dan "*Double Lamb Burger*" seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16.1
Beliau ingin memberi hadiah kepada beberapa pelanggan terbaik yang berjaya meneka harga bagi kedua-dua burger itu dalam asas 10.
2 marks
Encik Ashraf berhasrat untuk memberi burger keluaran terbaharunya sebagai sumbangan di majlis meraikan warga emas Kampong Dingin. Jumlah kedua-dua jenis burger yang hendak disumbang adalah selebih-lebihnya 80 biji. Bilangan warga emas yang memakan "*Garden Burger*" adalah sekurang-kurangnya dua kali ganda bilangan warga emas yang memakan "*Double Lamb Burger*".
b(i)
Pemboleh ubah $y$ pewakili "*Garden Burger*" dan pemboleh ubah $x$ mewakili "*Double Lamb Burger*". Tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili syarat-syarat sumbangan burger tersebut.
2 marks
b(ii)
Pada Rajah 16.2 di ruang jawapan, lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear tersebut.
*(Rajah 16.2 di ruang jawapan sudah menunjukkan dua garis lurus. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: garis dan paksi yang membatasinya, dan di sebelah mana setiap garis.)*
1 marks
b(iii)
Seterusnya, tentukan bilangan maksimum "*Garden Burger*" yang disumbang jika bilangan "*Double Lamb Burger*" ialah 20 biji.
1 marks
c
Encik Ashraf merekodkan jumlah jualan bagi dua jenis burger baharunya selama seminggu. Jadual 16.1 menunjukkan jumlah jualan harian bagi kedua-dua jenis burger dalam tempoh tersebut.
| Hari | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| *Garden Burger* | 47 | 25 | 38 | 27 | 33 | 35 | 40 |
| *Double Lamb Burger* | 37 | 37 | 30 | 35 | 32 | 34 | 40 |
Jadual 16.1
Dengan menggunakan sukatan serakan yang sesuai, tentukan jualan burger manakah yang lebih konsisten di pasaran. Berikan justifikasi anda?
5 marks
d
Encik Ashraf telah membeli sebuah premis bangunan untuk tujuan operasi pengurusan perniagaanya pada 1 Januari 2005 dengan harga RM300 000 dan menjelaskan 10% wang pendahuluan. Beliau mengharapkan pulangan sebanyak 30% dalam tempoh 20 tahun. Setelah 20 tahun memiliki bangunan tersebut, beliau telah menjualnya pada harga RM600 000. Jumlah pinjaman yang telah dilunaskan kepada pihak bank adalah berjumlah RM475 000. Perbelanjaan-perbelanjaan lain yang terlibat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 16.2
| | |
|---|---|
| Duti setem (semasa urusan jual beli) | RM5 000 |
| Komisten ejen | RM4 000 |
| Kos guaman (semasa urusan jual beli) | RM8 000 |
Jadual 16.2
Hitung nilai pulangan pelaburan bagi Encik Ashraf selama 20 tahun. Adalah beliau mencapai hasratnya untuk mendapat pulangan sebanyak 30%?
4 marks
1715 marks
Aidil merupakan seorang atlet berbasikal amatur yang sedang giat berlatih untuk menyertai suatu kejohanan peringkat negeri.
a
Aidil bercadang ingin membeli sebuah basikal baharu dengan harga RM6 600. Dia menyimpan sebanyak RM550 sebulan selama 12 bulan daripada pendapatannya yang berjumlah RM5 500. Pada Jadual 17.1 di ruang jawapan, lengkapkan konsep SMART yang digunakan oleh Aidil.
| | |
|---|---|
| **S** | Membeli sebuah basikal |
| **M** | |
| **A** | |
| **R** | Simpanan 10% daripada pendapatannya adalah realistik |
| **T** | |
Jadual 17.1
*(Tulis pernyataan bagi M, A dan T.)*
3 marks
b
Setelah memiliki basikal baharu tersebut, Aidil membeli 2 buah botol air yang berbentuk silinder untuk kegunaannya semasa dia mengayuh basikal. Rajah 17.1 menunjukkan botol yang telah dibeli oleh Aidil
Semasa mengayuh basikal, Aidil membawa kedua-dua botol air tersebut dengan isian penuh dalam setiap botol. Setelah beberapa ketika, dia minum sebanyak $\frac{1}{3}$ daripada botol air yang pertama. Kemudian, ketika berhenti rehat, Aidil telah minum sebanyak $\frac{1}{4}$ daripada botol air yang kedua.
Diberi diameter botol air itu ialah 7 cm dan tinggi setiap botol air itu ialah 20 cm. Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung jumlah isipadu air yang tinggal di dalam kedua-dua botol tersebut.
4 marks
c
Pada minggu berikutnya, Aidil menyertai suatu pertandingan lumba basikal sejauh 15 km. Catatan masa dan bilangan peserta telah direkodkan dalam Jadual 17.2.
| Masa (minit) | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan peserta | 4 | 6 | 3 | 4 | 3 |
Jadual 17.2
Hitung sisihan piawai bagi taburan ini.
4 marks
Pada bulan berikutnya, Aidil akan menyertai suatu pertandingan yang melalui 6 lokasi berbeza. Rajah 17.2 menunjukkan graf tak terarah dan berpemberat yang menghubungkan 6 lokasi tersebut.
d(i)
Lukis satu pokok berpemberat minimum dengan keadaan setiap lokasi hanya dilalui sekali sahaja.
*(Bucu P, Q, R, S, T dan U diberi di ruang jawapan. Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
d(ii)
Hitung jarak maksimum yang dilalui dari lokasi $P$ ke lokasi $U$ dengan keadaan semua lokasi hanya dilalui sekali sahaja.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open