Rajah 1 menunjukkan suatu lukisan berskala bagi segi empat tepat $PQRS$. Diberi bahawa skala lukisan $1 : 5$.
Hitung,
a
panjang sebenar $PQ$ dalam cm,
1 marks
b
panjang sebenar pepenjuru segiempat $PQRS$ dalam cm.
2 marks
25 marks
Diberi set semesta, $\xi = P \cup Q \cup R$
Set $P = \{x : x$ ialah huruf dalam perkataan "ENGLISH"$\}$
Set $Q = \{x : x$ ialah huruf dalam perkataan "MATHS"$\}$
Set $R = \{x : x$ ialah huruf dalam perkataan "SENI"$\}$
a
Nyatakan bilangan subset bagi set $R$.
1 marks
b(i)
Lukis gambar rajah Venn untuk menunjukkan hubungan antara set $P$, set $Q$ dan set $R$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan setiap set berbanding set yang lain dan unsur-unsur yang ditulis dalam setiap rantau.)*
3 marks
b(ii)
Seterusnya, senaraikan semua unsur bagi $(Q \cup R)'$.
1 marks
34 marks
Rajah 2 menunjukkan rantau berlorek yang memuaskan tiga ketaksamaan linear. Diberi $x$ dan $y$ masing-masing mewakili bilangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah kelab catur.
a
Nyatakan dua ketaksamaan linear yang mentakrifkan rantau berlorek dalam Rajah 2, selain $y < \frac{1}{2}x + 3$.
2 marks
b
Sekiranya bilangan pelajar lelaki lebih daripada dua, tentukan bilangan pelajar lelaki dan bilangan pelajar perempuan yang memuaskan sistem ketaksamaan dalam Rajah 2.
2 marks
44 marks
Rajah 3 menunjukkan dua garis lurus $PQ$ dan $RS$. Titik $T$ adalah titik tengah bagi garis lurus $RS$.
a
Tentukan koordinat $T$.
2 marks
b
Cari persamaan garis lurus $PQ$.
2 marks
54 marks
| Semua nombor ganjil ialah nombor perdana. |
|---|
a
Bentuk satu penafian bagi pernyataan di atas dengan menggunakan perkataan "tidak" atau "bukan". Kemudian tentukan nilai kebenaran penafian tersebut.
*(Tulis penafian dan nilai kebenarannya.)*
2 marks
b
Luas segi empat sama bersisi 2 cm ialah $2^2$ cm².
Luas segi empat sama bersisi 3 cm ialah $3^2$ cm².
Luas segi empat sama bersisi 4 cm ialah $4^2$ cm².
Secara induktif, tulis satu kesimpulan bagi luas sebuah segi empat sama bersisi $n$ cm.
2 marks
63 marks
Rajah 4 pada ruangan jawapan menunjukkan sebuah heksagon sekata $ABCDEF$. $W$ ialah titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya adalah sentiasa sama dari garis $BC$ dan $FE$. Manakala $V$ ialah titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 2 cm dari $D$.
a
Lukis lokus bagi titik $W$ dan lokus bagi titik $V$.
*(Huraikan setiap lokus dalam perkataan: bentuknya (garis atau bulatan), titik-titik yang dilaluinya atau pusat dan jejarinya.)*
2 marks
b
Tandakan persilangan lokus $W$ dan lokus $V$ dengan simbol $\otimes$.
*(Huraikan kedudukan titik persilangan itu dalam perkataan.)*
1 marks
74 marks
Rajah 5 di bawah menunjukkan graf jarak-masa bagi sebuah bas dan sebuah kereta yang bergerak dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Graf $AE$ dan graf $ABCD$ masing-masing mewakili pergerakan kereta dan bas.
a
Berdasarkan graf jarak-masa tersebut, hitung laju purata bas itu, dalam km j$^{-1}$.
2 marks
b
Lukis graf laju-masa bagi perjalanan kereta tersebut.
*(Ruang jawapan: paksi mencancang Laju (km j$^{-1}$), paksi mengufuk Masa (j) bertanda 0, 1, 2, 3, 4. Huraikan graf anda dalam perkataan: laju yang diplot, dari masa bila hingga bila, dan bentuk garis.)*
2 marks
84 marks
Encik Fariss menetap di Kota Bharu dan ingin memperbaharui insurans keretanya. Berikut adalah maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
| Jumlah yang ingin diinsuranskan | RM130 800 |
|---|---|
| Umur kenderaan | 6 tahun |
| Kapasiti enjin | 2 499 cc |
| NCD | 30% |
Jadual 1 menunjukkan kadar premium Tarif Motor bagi Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin (tidak melebihi cc) | Polisi komprehensif (RM) | Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 |
\*\* Kadar premium asas polisi komprehensif bagi setiap RM1 000 untuk Semenanjung Malaysia ialah RM26 dan Sabah dan Sarawak ialah RM20.30.
Jadual 1
Hitung premium kasar yang akan dibayar oleh Encik Fariss jika dia ingin membeli polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
4 marks
94 marks
Pada tahun 2023, Encik Hazeq dan isterinya mendapat gaji tahunan sebanyak RM115 000. Mereka masing-masing telah mendermakan RM650 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Kerajaan. Jumlah zakat mereka berdua pada tahun itu adalah RM200. Berikut adalah pelepasan yang hendak dituntut oleh Encik Hazeq dan isterinya.
| Perkara | Encik Hazeq | Isteri |
|---|---|---|
| Individu | RM9 000 | RM9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM2 300 | RM2 900 |
| Suami / Isteri (had RM4 000) | RM4 000 (untuk taksiran cukai bersama) | |
| Insurans Hayat (had RM7 000) | RM7 830 | RM6 000 |
| Insurans Perubatan (had RM3 000) | RM1 050 | RM1 570 |
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 000 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
Jadual: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2023
Hitung jumlah cukai pendapatan bagi Encik Hazeq dan isterinya dengan menggunakan cara taksiran cukai bersama.
4 marks
105 marks
Untuk menguruskan wang dengan berkesan, Puan Amni perlu menyediakan pelan kewangan berdasarkan maklumat pendapatan dan perbelanjaannya seperti di bawah.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | RM |
|---|---|
| **Pendapatan bersih** | |
| Gaji | 8 000 |
| Sewa diterima | 1 500 |
| Elaun | 1 400 |
| Komisen | 600 |
| **Perbelanjaan** | |
| Ansuran kereta | 1 600 |
| Petrol | 950 |
| Ansuran rumah | 2 500 |
| Utiliti rumah | 1 400 |
| Insurans | 1 000 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 1 500 |
| Kad kredit | 1 200 |
| Belanja dapur | 1 500 |
a
Lengkapkan pelan kewangan Puan Amni berdasarkan jadual di atas pada ruang jawapan yang disediakan.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | RM |
|---|---|
| **Pendapatan aktif** | |
| 1 Gaji | 8000 |
| 2 Komisen | 600 |
| 3 ………… | ………… |
| **Pendapatan pasif** | |
| 1 ………… | ………… |
| **Jumlah pendapatan bulanan** | ………… |
| **Perbelanjaan tetap** | |
| 1 Ansuran kereta | 1600 |
| 2 Ansuran rumah | 2500 |
| 3 Insurans | 1000 |
| 4 Kad kredit | 1200 |
| **Perbelanjaan tidak tetap** | |
| 1 Petrol | 950 |
| 2 Utiliti rumah | 1400 |
| 3 Pemberian kepada ibu bapa | 1500 |
| 4 Belanja dapur | 1500 |
| **Jumlah perbelanjaan bulanan** | 11 650 |
| **Pendapatan lebihan atau defisit** | ………… |
*(Tulis butiran dan nilai bagi setiap tempat kosong ………… dalam jadual.)*
3 marks
b
Nyatakan corak aliran tunai pelan kewangan Puan Amni dan seterusnya, cadangkan satu perubahan untuk menambah baik pelan kewangannya.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Jadual 3 menunjukkan empat jenis buah-buahan kegemaran beberapa orang pelajar.
| Buah-buahan | Nama pelajar |
|---|---|
| Durian | Chong, Adam, Ravi |
| Rambutan | Chong, Adam, Nathan, Omar, Kamila |
| Manggis | Yasmeen |
| Langsat | Yasmeen, Ravi, Kamila, Omar, Nathan |
Jadual 3
a(i)
Nyatakan maklumat yang sesuai untuk mewakili bucu dan tepi.
2 marks
a(ii)
Wakilkan maklumat dalam Jadual 3 dalam bentuk rangkaian graf.
*(Huraikan rangkaian anda dalam perkataan: senaraikan bucu-bucu, setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan label/pemberat pada tepi itu.)*
2 marks
Omar bercadang untuk mengambil kawan-kawannya ke Pesta Buah di bandar. Jadual 4 menunjukkan maklumat rumah mereka dan Jadual 5 menunjukkan jarak antara rumah mereka.
| Rumah | Bucu |
|---|---|
| Omar | M |
| Ravi | R |
| Yasmeen | Y |
| Kamila | K |
| Nathan | N |
| Adam | A |
| Chong | C |
Jadual 4
| Pasangan bucu | Jarak (km) |
|---|---|
| (N, K) | 3 |
| (N, Y) | 12 |
| (N, A) | 10 |
| (K, C) | 7.2 |
| (K, Y) | 5 |
| (Y, A) | 4 |
| (Y, M) | 3.9 |
| (A, R) | 15 |
| (M, A) | 4.5 |
| (M, K) | 6 |
| (N, C) | 1.5 |
| (N, R) | 2 |
Jadual 5
b(i)
Lengkapkan Rajah 6 di ruang jawapan dengan melukis satu graf tak terarah dan berpemberat bagi mewakili perjalanan Omar ke rumah rakan-rakannya.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
3 marks
b(ii)
Hitung jarak terpendek yang perlu Omar lalui dengan syarat semua rumah hanya dilalui sekali sahaja dan berakhir dengan rumah Ravi sebelum mereka ke Pesta Buah.
2 marks
129 marks
a
Tentukan sama ada bentuk yang berikut merupakan suatu teselasi atau bukan teselasi. Berikan justifikasi anda.
2 marks
Rajah 7 menunjukkan titik $P$ pada satu satah Cartes.
b(i)
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} 5 \\ -3 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu putaran $90^\circ$ lawan arah jam pada pusat $(6, 4)$.
Transformasi $\mathbf{S}$ ialah pembesaran dengan faktor skala 3 pada pusat $(2, 1)$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $P$ di bawah transformasi berikut:
$\mathbf{S}$
1 marks
b(ii)
$\mathbf{RT}$
2 marks
c(i)
Rajah 8 pada ruang jawapan menunjukkan pentagon $ABCD$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. Lukis imej bagi pentagon $ABCD$ di bawah satu pembesaran dengan faktor skala $-2$ pada pusat $M$.
*(Ambil bucu kiri bawah grid sebagai (0, 0), 1 unit setiap petak. Huraikan lukisan anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej $A'$, $B'$, $C'$ dan $D'$.)*
2 marks
c(ii)
Diberi bahawa luas $ABCD$ ialah 7.5 unit². Hitung luas bagi imej bagi $ABCD$ di bawah pembesaran dengan faktor skala 3.
2 marks
139 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat derma, daripada 80 orang awam untuk sebuah rumah anak yatim.
| Derma (RM) | Kekerapan longgokan |
|---|---|
| 6 – 10 | 6 |
| 11 – 15 | 17 |
| 16 – 20 | 31 |
| 21 – 25 | 44 |
| 26 – 30 | 55 |
| 31 – 35 | 70 |
| 36 – 40 | 77 |
| 41 – 45 | 80 |
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6,
Untuk ceraian soalan ini, guna kertas graf yang disediakan pada halaman 26.
Seterusnya, dengan menggunakan skala 2 cm kepada RM5 pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang awam pada paksi mencancang. Lukis sebuah ogif.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Berdasarkan ogif, cari
c(i)
Persentil ke-40, $P_{40}$
1 marks
c(ii)
Berapakah peratusan orang awam yang telah menderma sebanyak RM30.00 dan ke bawah?
1 marks
1410 marks
a
Diberi bahawa $2\begin{bmatrix} 9 & -5 \\ x + 5 & 7.5 \end{bmatrix} = \frac{1}{2}\begin{bmatrix} 36 & -10 \\ 12 & 10y \end{bmatrix}$.
Tentukan nilai $x$ dan nilai $y$.
2 marks
b(i)
Jadual 7 menunjukkan maklumat penggunaan petrol dan jenis minyak petrol yang dibeli oleh Encik Fuad dan isterinya bagi kereta masing-masing dalam tiga hari tertentu. Encik Fuad menggunakan minyak petrol jenis $P$ manakala isterinya menggunakan minyak petrol jenis $Q$ untuk kereta masing-masing. Harga kedua-dua jenis petrol adalah berbeza.
| Hari | Encik Fuad — Petrol P | Isteri — Petrol Q |
|---|---|---|
| Ahad | 10 liter | 12 liter |
| Rabu | 13 liter | 15 liter |
| Sabtu | 12 liter | 20 liter |
Jadual 7
Jumlah perbelanjaan petrol bagi kereta Encik Fuad dan kereta isterinya pada ketiga-tiga hari tersebut ialah RM248.50. Harga petrol jenis $P$ kurang RM1.10 berbanding petrol jenis $Q$.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga petrol jenis $P$ seliter dan jenis $Q$ seliter.
5 marks
b(ii)
Seminggu kemudian harga petrol jenis $P$ turun 10 peratus manakala harga petrol jenis $Q$ turun 20 peratus. Hitung perbelanjaan petrol sekiranya Encik Fuad mengisi minyak keretanya sebanyak 15 liter manakala isterinya sebanyak 12 liter selepas harga turun. Tunjukkan jawapan anda menggunakan pendaraban matriks sahaja.
3 marks
158 marks
Diberi fungsi trigonometri $y = 3\ \text{kos}\ 2x - 1$
a(i)
Tentukan amplitud, dan tempoh bagi fungsi tersebut.
2 marks
a(ii)
Lukiskan graf fungsi $y = 3\ \text{kos}\ 2x - 1$ bagi satu kitaran lengkap dari $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Ruang jawapan: paksi-$x$ bertanda $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$, $360^\circ$. Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai maksimum dan minimum, titik-titik penting yang dilalui dan bentuk lengkung.)*
2 marks
Rajah 9 menunjukkan sebuah segitiga sama sisi dengan panjang setiap sisi adalah 7 cm dan beberapa garis lurus yang merentasinya.
b(i)
Cari nilai bagi kos $x^\circ$.
1 marks
b(ii)
Tanpa menggunakan kalkulator, cari hasil tambah bagi kos $x^\circ$ dan sin $y^\circ$.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Sempena sambutan hari guru sekolah, Syakir bercadang untuk membuat sekeping papan dart, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10. Dia menggunakan sekeping kadbod segi empat tepat $PQRS$. Rangka $ABCNDM$ dibuat menggunakan dawai tembaga merupakan kawasan sasaran yang terbentuk daripada gabungan dua buah semi bulatan $AMD$ dan $CND$ yang berdiameter 14 cm dan segi empat sama $ABCD$.
a(i)
Hitung jumlah panjang dawai tembaga, dalam cm, yang digunakan untuk membuat rangka luar bentuk $ABCNDM$.
(Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$)
2 marks
a(ii)
Diberi harga bagi dawai tembaga ialah RM17.50 semeter, berapakah harga bagi panjang dawai yang diperolehi di (a)(i).
2 marks
Cikgu Ramli telah membuat balingan dart menggunakan papan dart tadi. Cari kebarangkalian
b(i)
Cikgu Ramli membaling dart sekali dan dart itu kena pada sasaran $ABCNDM$.
2 marks
b(ii)
Cikgu Ramli membaling dart tiga kali berturut-turut, balingan kali pertama dan kali ketiga dart tepat dalam sasaran $ABCNDM$ dan balingan kali kedua dart tersasar di luar sasaran $ABCNDM$.
2 marks
Rajah 11 menunjukkan balingan dart oleh Cikgu Usman pada satah mencancang yang dilukis pada satah Cartes.
c(i)
Balingan dart itu diwakili oleh fungsi kuadratik, $f(x) = kx^2 + x + 1.5$. Dart itu mengena tepat pada sasaran 2.5 meter dari titik balingan dan 1.75 meter dari lantai. Jarak titik balingan dari lantai ialah 1.5 meter. Hitung nilai $k$.
2 marks
c(ii)
Nyatakan persamaan fungsi kuadratik yang dibentuk apabila graf dipantulkan pada paksi-$x$. Berikan jawapan anda dalam bentuk $f(x) = ax^2 + bx + c$.
1 marks
d
Rajah 12 menunjukkan pandangan sisi dart yang digunakan dalam pertandingan itu. Pandangan sisi dart ini adalah gabungan beberapa bentuk geometri. $A$ adalah gabungan dua buah segi empat selari yang kongruen. $B$ dan $C$ adalah segi empat tepat dengan keadaan $B$ adalah imej bagi $C$ dengan faktor skala $\frac{3}{2}$. $D$ pula adalah sebuah segi tiga kaki sama. Hitung jumlah luas pandangan sisi dart itu dalam m² dan beri jawapan dalam bentuk piawai.
4 marks
1715 marks
a
Pada tahun 2023, En. Azmi melabur dalam Amanah Saham Cerdik (ASC). Jadual 8 menunjukkan maklumat pelaburannya:
| Jumlah saham (unit) | 6 000 |
|---|---|
| Harga seunit (RM) | 2.00 |
Jadual 8
Pada tahun tersebut, Amanah Saham Cerdik membayar dividen sebanyak 20 sen seunit kepada semua pemegang saham. Pada 1 Januari tahun berikutnya, Encik Azmi telah menjual semua saham yang dimilikinya dengan harga RM2.50 seunit. Hitung nilai pulangan pelaburan bagi Encik Azmi.
3 marks
b
Encik Azmi telah membina sebuah rumah di kampung halamannya setelah bersara. Sepanjang pembinaan rumahnya, dia mendapati masa yang diperlukan, $T$ hari untuk menyiapkan rumah tersebut, berubah secara langsung dengan luas rumah, $L$ kaki persegi dan secara songsang dengan bilangan pekerja yang terlibat, $P$ orang. Diberi bahawa 5 orang pekerja mengambil masa selama 28 hari untuk menyiapkan ruang tamu yang berkeluasan 200 kaki persegi. Hitung keluasan rumah, $L$ kaki persegi yang dapat disiapkan jika bilangan pekerja seramai 8 orang bekerja selama 140 hari.
4 marks
c
Rajah 13 menunjukkan dua kawasan di halaman rumah Encik Azmi yang berbentuk segi empat sama, $ABCD$ dan $PQRS$. Kawasan berwarna $PQRS$ merupakan kawasan yang dilitupi mozek. Diberi bahawa luas segiempat sama $PQRS$ ialah 289 m² dan $AP = BQ = CR = DS = y$ m.
Jika $AP > PB$, hitung dalam cm nilai $y$.
4 marks
d
Rajah 14 menunjukkan tangki air yang dibina di rumah Encik Azmi yang dihasilkan daripada sebuah gabungan bentuk hemisfera, silinder dan kon. Diberi diameter bagi hemisfera, silinder dan kon adalah sama iaitu 0.8 m dan tinggi kon adalah 0.6 m. Jika tinggi silinder adalah dua kali tinggi kon, hitung luas permukaan bagi tangki air tersebut.
(Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$)
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open