Rajah 1 menunjukkan harga bagi tiga pasang kasut dalam asas nombor yang berbeza di sebuah kedai.
| A | B | C |
|---|---|---|
| RM$111011_2$ | RM$2033_4$ | RM$302_5$ |
Rajah 1
Hitung purata harga bagi sepasang kasut.
3 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan gabungan dua pepejal yang terdiri daripada kuboid dengan tapak segi empat tepat $BLKC$ dicantumkan pada piramid pada satah mencancang $BCFM$. Puncak $E$ berada tegak di atas $C$. Segi tiga $BCE$ dan segi tiga $DCE$ adalah satah mencancang. Segi tiga $ABE$ dan segi tiga $ADE$ adalah satah condong. Tapak $ABLKCD$ terletak di atas satah mengufuk.
Lukis dengan skala penuh, dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $ABL$ sebagaimana dilihat dari $X$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk-bentuk yang dilukis dan label bucunya, panjang setiap sisi, sudut-sudut tegak dan jenis garis (padu/putus-putus).)*
4 marks
34 marks
a
Nyatakan **satu** faktor yang boleh mempengaruhi pelan kewangan jangka masa panjang.
1 marks
b
Jadual 1 menunjukkan pelan kewangan Cik Elsa.
| Pendapatan bersih | Amaun (RM) |
|---|---|
| Gaji | 4 100 |
| Elaun | 400 |
| **Bajet perbelanjaan** | |
| Ansuran rumah | 900 |
| Ansuran kereta | 600 |
| Bil utiliti | 400 |
| Bayaran tol | 150 |
| Barangan dapur | 1 000 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 500 |
| Simpanan | 600 |
Jadual 1
Hitung aliran tunai Cik Elsa. Jelaskan jawapan anda.
3 marks
44 marks
Rajah 3 menunjukkan titik $P$, titik $Q$, dan titik $S$ pada suatu satah Cartes. Garis lurus $PQ$ selari dengan paksi-$x$. Diberi bahawa $PQ = 2OS$.
a
Cari nilai $k$.
1 marks
b
Cari persamaan bagi garis lurus $PS$.
3 marks
54 marks
a
Gabungkan dua pernyataan berikut untuk membentuk satu pernyataan **BENAR**.
> Pernyataan 1: $2^4 = 8$
>
> Pernyataan 2: $\sqrt{49} = 7$
1 marks
b
Lengkapkan hujah yang berikut:
> Premis 1: Semua set dengan $n$ elemen mempunyai $2^n$ subset.
>
> Premis 2: ……………………
>
> Kesimpulan: Set $A$ mempunyai 8 subset.
1 marks
c
Buat satu kesimpulan secara aruhan bagi urutan 9, 18, 35, … yang mengikut pola berikut.
> $9 = 4(2) + 1$
>
> $18 = 4(4) + 2$
>
> $35 = 4(8) + 3$
>
> $\ldots = \ldots\ldots$
2 marks
64 marks
Hawa ingin membuat tuntutan kos perubatan berjumlah RM11 500 daripada polisi insurans perubatan yang dibelinya. Polisi insurans itu memperuntukkan deduktibel sebanyak RM350 dan penyertaan peratusan ko-insurans 70/30. Hitung bayaran yang perlu ditanggung oleh Hawa dan syarikat insurans.
4 marks
73 marks
Rajah 4 menunjukkan kubus $ABCDEFGH$ dengan sisinya 10 cm. Sebuah kon dengan jejari 5 cm dan tinggi 10 cm dikeluarkan daripada kubus tersebut.
Hitung isi padu, dalam cm³, bagi bahagian yang tertinggal (Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
3 marks
85 marks
Jadual 2 menunjukkan kadar cukai jalan bagi kenderaan persendirian di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 000 cc dan ke bawah | RM20.00 | – |
| 1 001 cc – 1 200 cc | RM55.00 | – |
| 1 201 cc – 1 400 cc | RM70.00 | – |
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | – |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | +RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | +RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
Jadual 2
a
Puan Aminah ingin membayar cukai jalan bagi 2 buah kereta dengan kapasiti enjin 859 cc dan 1977 cc. Hitung cukai jalan untuk kedua-dua kereta tersebut.
4 marks
b
Puan Aminah mempunyai peruntukan sebanyak RM150 bagi cukai jalan. Berdasarkan dua buah kereta milik Puan Aminah tersebut, berikan cadangan terbaik kereta yang boleh digunakan oleh Puan Aminah.
1 marks
94 marks
Kelab Guru SMK Taman Murni akan menganjurkan program hari keluarga di Pulau Langkawi. Kebarangkalian Cikgu Zahar dan Cikgu Rozita menyertai program hari keluarga ini masing-masing ialah $\frac{3}{8}$ dan $\frac{4}{15}$.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian hanya seorang sahaja daripada Cikgu Zahar atau Cikgu Rozita yang menyertai program hari keluarga ini.
2 marks
105 marks
Jadual 3 menunjukkan mata pelajaran kegemaran bagi beberapa orang murid.
| Mata pelajaran | Nama murid |
|---|---|
| Sains | Marlia, Ani |
| Matematik | Benny, Shazieka |
| Geografi | Ani, Benny |
| Sejarah | Ani, Leo |
| Bahasa Melayu | Marlia, Leo |
| Bahasa Inggeris | Leo, Khairil |
Jadual 3
a
Berdasarkan maklumat yang diberi, lukis satu graf yang mewakilkan rangkaian itu di ruang jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu, setiap tepi — dua bucu yang dihubungkan — dan label/pemberat pada setiap tepi.)*
3 marks
b
Adakah graf yang anda lukis merupakan pokok? Berikan justifikasi anda.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Maryam menjual baju kebaya dan baju kurung riau secara dalam talian. Untuk memastikan pulangan modal diperolehi dalam masa sebulan, bilangan baju kebaya perlu dijual sekurang-kurangnya dua kali bilangan baju kurung riau. Bilangan maksimum stok baju kebaya dan baju kurung riau yang dibeli oleh Maryam ialah 250 pasang.
a
Berdasarkan maklumat yang diberi, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
2 marks
b
Pada graf di ruang jawapan, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 11(a).
*(Graf di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ masing-masing dari 0 hingga 250, berlabel setiap 50 unit. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
3 marks
c
Berdasarkan graf di 11(b), tentukan bilangan minimum dan maksimum baju kebaya yang perlu dijual jika baju kurung riau terjual sebanyak 50 pasang.
2 marks
d
Harga sepasang baju kebaya ialah RM60 dan harga sepasang baju kurung riau ialah RM75. Berdasarkan rantau sepunya, hitung pendapatan minimum yang dapat dijana oleh Maryam jika beliau berjaya menjual baju kurung riau sebanyak 50 pasang.
2 marks
129 marks
a
Diberi bahawa matriks $P = \begin{pmatrix} 3 & 2h \\ -1 & -2 \end{pmatrix}$. Matriks $P$ tidak mempunyai matriks songsang. Tentukan nilai $h$.
2 marks
Farah membelanjakan RM90 seminggu untuk menghadiri kelas yoga dan kelas tarian di sebuah pusat kesihatan. Kelas yoga dan kelas tarian masing-masing dikenakan bayaran RM12 dan RM9 setiap jam. Farah menggunakan 8 jam seminggu untuk kedua-dua aktiviti ini.
b(i)
Menggunakan kaedah matriks, hitung tempoh, dalam jam, Farah menghadiri kelas yoga dan kelas tarian di pusat kesihatan dalam seminggu.
5 marks
b(ii)
Jika Farah ingin menambah satu jam untuk kelas yoga dan mengurangkan satu jam untuk kelas tarian, adakah Farah masih akan membelanjakan RM90? Justifikasikan jawapan anda dengan menggunakan pendaraban matriks.
2 marks
138 marks
Rajah 5 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan sebuah kereta. Diberi jarak yang dilalui bagi 18 minit pertama ialah 6 km.
a
Huraikan gerakan kereta itu bagi tempoh 18 minit hingga 45 minit.
1 marks
b
Hitung nilai $m$.
2 marks
c
Hitung kadar perubahan laju, dalam km j$^{-2}$ bagi tempoh 9 minit terakhir.
2 marks
d
Hitung jumlah jarak, dalam km, yang dilalui oleh kereta itu bagi tempoh 54 minit.
3 marks
149 marks
Rajah 6(i) menunjukkan satu titik $S$, pada satah Cartes.
a(i)
Transformasi $T$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -3 \\ 2 \end{pmatrix}$.
Transformasi $U$ ialah pantulan pada garis lurus $x = 1$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $S$ di bawah transformasi berikut:
$T$
1 marks
a(ii)
$TU$
2 marks
Rajah 6(ii) menunjukkan tiga segi tiga bersudut tegak, $PRS$, $EFG$ dan $FHI$ dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
Segi tiga $FHI$ ialah imej bagi segi tiga $PRS$ di bawah gabungan transformasi $MN$. Huraikan selengkapnya transformasi:
$M$
3 marks
b(ii)
$N$
3 marks
1510 marks
Jadual 4 di ruang jawapan menunjukkan bilangan buku yang dibaca, bagi 100 pelajar di Sekolah Adaman pada penggal kedua.
a
Lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan.
| Bilangan Buku | Kekerapan | Kekerapan longgokan | Sempadan atas |
|---|---|---|---|
| 3 – 7 | 13 | | |
| 8 – 12 | 19 | | |
| 13 – 17 | 31 | | |
| 18 – 22 | 27 | | |
| 23 – 27 | 7 | | |
| 28 – 32 | 3 | | |
Jadual 4
*(Tulis kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap kelas.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 25.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 buah buku pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang. Lukis ogif daripada data yang diberi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat kedua-dua paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Berdasarkan graf 15(b), pihak sekolah ingin membuat perbandingan antara prestasi pelajar pada penggal pertama dengan penggal kedua bagi tahun tersebut. Diberi bahawa nilai sisihan piawai pada penggal pertama ialah 7.40,
c(i)
Hitung min dan sisihan piawai bagi data untuk penggal kedua.
3 marks
c(ii)
Seterusnya, buat satu kesimpulan tentang prestasi pembacaan pelajar pada penggal pertama dan penggal kedua.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Siti ingin membeli insurans untuk melindungi rumahnya. Nilai boleh insurans rumah itu ialah RM600 000. Polisi insurans rumah yang ingin dibelinya itu mempunyai ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM10 000.
a(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Siti bagi rumahnya.
2 marks
a(ii)
Rumah Siti telah mengalami kerosakan dan jumlah kerugian adalah sebanyak RM100 000. Hitung bayaran pampasan yang akan diterima Siti jika dia menginsuranskan rumahnya dengan jumlah RM400 000.
2 marks
b
Rajah 7 menunjukkan lukisan berskala tanah rumah Siti yang dilukis dengan skala 1 : 400.
Tentukan perimeter sebenar bagi rumah Siti.
3 marks
c
Siti telah membeli rumahnya pada tahun 2015 dengan harga RM300 000 dan menjelaskan 20% iaitu sebanyak RM60 000 sebagai wang pendahuluan. Beliau bercadang ingin menjual rumah tersebut pada tahun 2025 dan mendapatkan pulangan sebanyak 30%. Jumlah pinjaman yang telah dilunaskan kepada pihak bank ialah RM225 000. Dalam tempoh tersebut beliau telah mendapat jumlah sewa sebanyak RM45 000. Selain itu, terdapat beberapa perbelanjaan lain yang terlibat seperti dalam Jadual 5.
| | |
|---|---|
| Duti setem (semasa urusan jual beli) | RM4 000 |
| Komisen ejen | RM2 000 |
| Kos guaman semasa proses jual beli | RM4 000 |
Jadual 5
Tentukan harga yang perlu dijual oleh Siti untuk mendapatkan jumlah pulangan tersebut?
4 marks
d
Hubungan antara sudut rejaman, $\theta$ dan jarak pendaratan $R$ diwakili oleh rumus trigonometri iaitu $R = \frac{u^2(\sin 2\theta)}{g}$ dengan keadaan $u$ ialah semasa rejaman dilakukan dan $g$ ialah pecutan graviti.
Seorang jurulatih ingin menunjukkan kepada pelatihnya kesan perubahan sudut terhadap jarak pendaratan lembing.
Diberi bahawa $u = 25$ m s$^{-1}$ dan $g = 10$ m s$^{-2}$. Tentukan sama ada sudut 30° atau 45° merupakan sudut rejaman terbaik bagi atlet rejam lembing tanpa menggunakan kalkulator.
4 marks
1715 marks
Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan satu pertandingan "BINGO" sepanjang Minggu Matematik. Rajah 8 di bawah menunjukkan papan susunan nombor bagi Alina, Bala dan Chan. Petak yang berlorek adalah 5 nombor pilihan mereka.
a(i)
*(Petak berlorek ditanda **[ ]** dalam jadual di bawah.)*
| Alina | | | | |
|---|---|---|---|---|
| **[1]** | 2 | 3 | 4 | 5 |
| **[6]** | 7 | 8 | 9 | 10 |
| **[11]** | 12 | 13 | 14 | 15 |
| **[16]** | 17 | 18 | 19 | 20 |
| **[21]** | 22 | 23 | 24 | 25 |
| Bala | | | | |
|---|---|---|---|---|
| 1 | 16 | 15 | 14 | 13 |
| **[2]** | **[17]** | **[24]** | **[23]** | **[12]** |
| 3 | 18 | 25 | 22 | 11 |
| 4 | 19 | 20 | 21 | 10 |
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| Chan | | | | |
|---|---|---|---|---|
| 25 | 10 | 11 | 12 | **[13]** |
| 24 | 9 | 2 | **[3]** | 14 |
| 23 | 8 | **[1]** | 4 | 15 |
| 22 | **[7]** | 6 | 5 | 16 |
| **[21]** | 20 | 19 | 18 | 17 |
Rajah 8
Lukis satu gambar rajah Venn untuk mewakili papan nombor dan nombor-nombor yang dipilih oleh Alina, Bala dan Chan.
*(Di ruang jawapan, set semesta $\xi$ dan bulatan $A$ telah dilukis. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan set $A$, $B$ dan $C$ (bertindih atau terpisah) dan nombor-nombor dalam setiap rantau, termasuk di luar ketiga-tiga set.)*