Dalam Rajah 1, $ABC$ dan $PQR$ ialah dua garis lurus yang selari. Diberi sudut konjugat bagi $r$ ialah $294^\circ$.
a
Nyatakan sudut penggenap yang terdapat dalam Rajah 1.
1 marks
b
Hitung nilai bagi $r^\circ$.
2 marks
23 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan dengan pusat $O$ dan jejari 21 cm.
a
Namakan garis $OM$ dan justifikasikan jawapan anda.
1 marks
b
Hitung luas dalam $\text{cm}^2$, bagi sektor major yang terdapat dalam Rajah 2.
(Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
2 marks
33 marks
Dalam Rajah 3, garis lurus $AB$ adalah selari dengan garis lurus $CD$.
Diberi persamaan garis lurus $AB$ ialah $2y = -3x + 12$. Cari persamaan bagi garis lurus $CD$.
3 marks
44 marks
a
Tentukan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
> 4 ialah faktor bagi 50.
1 marks
b
Bentuk satu penafian bagi pernyataan berikut dengan menggunakan perkataan 'tidak' atau 'bukan'.
> 169 ialah nombor kuasa dua sempurna.
1 marks
c
Lengkapkan hujah berikut untuk membentuk hujah deduktif yang sah dan munasabah.
> Premis 1: Jika $x = 7$, maka $2x + 8 = 22$.
>
> Premis 2: ……………
>
> Kesimpulan: $2x + 8 = 22$.
*(Tulis Premis 2.)*
1 marks
d
Tulis akas bagi implikasi yang berikut.
> Jika 9 ialah punca bagi $(x + 9)(x - 9) = 0$, maka 9 ialah punca bagi $x^2 - 81 = 0$.
1 marks
55 marks
Satu tinjauan telah dilakukan terhadap 50 orang murid tentang sukan kegemaran mereka. Terdapat tiga sukan yang disenaraikan iaitu badminton ($B$), bola sepak ($S$) dan hoki ($H$). Jadual 5 menunjukkan keputusan tinjauan tersebut.
| Sukan kegemaran | Bilangan murid |
|---|---|
| Badminton | 21 |
| Bola sepak | 21 |
| Hoki | 27 |
| Badminton dan bola sepak | 6 |
| Bola sepak dan hoki | 9 |
| Bola sepak sahaja | 8 |
| Badminton sahaja | 9 |
| Badminton, bola sepak dan hoki | 2 |
Jadual 5
a
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruang jawapan berdasarkan maklumat yang diberikan.
*(Ruang jawapan menunjukkan set semesta $\xi$ dengan tiga bulatan bersilang. Tulis bilangan murid dalam setiap rantau: setiap sukan sahaja, setiap persilangan dua sukan sahaja, persilangan ketiga-tiga sukan dan di luar ketiga-tiga set.)*
3 marks
Nyatakan
b(i)
bilangan murid yang menyukai hoki sahaja,
1 marks
b(ii)
bilangan murid yang menyukai badminton dan hoki.
1 marks
64 marks
Rajah 6 menunjukkan graf jarak-masa bagi Encik Samad melakukan aktiviti berjogging. Maklumat berkenaan lariannya adalah merujuk kepada graf di bawah.
a
Hitung tempoh masa, dalam minit, Encik Samad berehat.
1 marks
b
Hitung laju, dalam $\text{kmj}^{-1}$, dalam tempoh 30 minit terakhir. Seterusnya huraikan pergerakan tersebut.
3 marks
75 marks
a
Encik Hassan telah membeli sebuah kereta. Dia memandu kereta itu pada hari hujan. Keretanya hilang kawalan dan melanggar sebuah motorsikal.
Nyatakan jenis polisi insurans motor yang boleh mendapat tuntutan kerosakan bagi kedua-dua kenderaan.
1 marks
b
Encik Hassan menetap di Semenanjung Malaysia. Dia ingin membeli satu polisi insurans motor dan berikut ialah maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
| Premium asas komprehensif | RM2 556.60 |
|---|---|
| Kapasiti enjin | 2492 cc |
| NCD | 30% |
Jadual 7
Hitung premium kasar bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian berdasarkan Jadual 7 di atas.
4 marks
84 marks
a
Berikan satu contoh perbelanjaan tetap.
1 marks
b
Encik Habib ialah seorang eksekutif di sebuah syarikat. Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM4 500 sebulan. Perbelanjaan tetap Encik Habib adalah sebanyak RM1 200 dan perbelanjaan tidak tetapnya pada bulan Mac ialah sebanyak RM2 140. Pada bulan April, perbelanjaan tidak tetapnya telah berkurang sebanyak 15%.
Hitung aliran tunai Encik Habib pada bulan April.
3 marks
94 marks
Rajah 9 menunjukkan sebuah bingkai gambar berbentuk segi empat sama yang digantung pada dinding. Dua urat benang, $AM$ dan $MB$ diikat pada bingkai itu.
Jika $M$ ialah titik tengah $AD$,
a
hitung panjang $BM$.
2 marks
b
Seterusnya, cari nilai kos $y^\circ$.
2 marks
105 marks
Sekolah Menengah Seri Jaya akan mengadakan Karnival Bahasa. Semua murid diminta untuk mendapatkan sumbangan bagi tujuan tersebut. Tingkatan yang berjaya mendapatkan sumbangan wang melebihi had minimum yang ditetapkan oleh pihak sekolah akan dipilih untuk menerima hadiah. Diberi kebarangkalian tingkatan 4 dan tingkatan 5 dipilih untuk menerima hadiah masing-masing ialah $\frac{3}{10}$ dan $\frac{5}{8}$.
Hitung kebarangkalian bahawa,
a
tingkatan 4 atau tingkatan 5 dipilih,
3 marks
b
tingkatan 5 sahaja dipilih.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a(i)
Tentukan peringkat bagi matriks berikut.
$\begin{bmatrix} 12 & 9 & 1 \\ 5 & 10 & 7 \end{bmatrix}$
1 marks
a(ii)
Jika $\begin{pmatrix} -2 & 2 \\ 5 & y \end{pmatrix}\begin{pmatrix} 5 & 3 \\ x & 4 \end{pmatrix} = \begin{pmatrix} -6 & 2 \\ 27 & 19 \end{pmatrix}$, cari nilai $x$ dan $y$.
3 marks
b
Rajah 11 menunjukkan pen dan pensel yang dijual di sebuah kedai alat tulis.
Diberi bahawa jumlah harga bagi 2 batang pen dan 3 batang pensel ialah RM7.50. Beza harga bagi sebatang pen dan sebatang pensel ialah RM2.50 dan harga pen adalah lebih mahal berbanding harga pensel tersebut. Hitung harga, dalam RM, bagi sebatang pen dan sebatang pensel.
5 marks
1210 marks
a
Rajah 12 mewakili dua ketaksamaan linear serentak pada garis nombor.
Nyatakan ketaksamaan linear yang mewakili penyelesaian bagi kedua-dua ketaksamaan itu.
1 marks
b
Diberi persamaan linear $y = 4x - 5$. Tanpa melukis graf garis lurus, tentukan sama ada titik koordinat (3, 9) memuaskan $y = 4x - 5$, $y > 4x - 5$ atau $y < 4x - 5$.
2 marks
Rahman ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya. Dia bercadang untuk menempah $x$ helai t-shirt dewasa dan $y$ helai t-shirt kanak-kanak untuk dipakai oleh ahli keluarganya pada majlis tersebut. Jumlah tempahan kedua-dua jenis t-shirt adalah tidak lebih daripada 80 helai dan jumlah bilangan tempahan t-shirt kanak-kanak adalah lebih dua kali ganda daripada bilangan t-shirt dewasa.
c(i)
Tulis dua ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi di atas.
2 marks
c(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 helai t-shirt untuk kedua-dua paksi, $x$ dan $y$, lukis dan lorek rantau yang memuaskan ketaksamaan linear di c(i).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat paksi, garis-garis yang dilukis (titik yang dilalui, garis padu atau putus-putus) dan rantau yang dilorek — garis mana yang membatasinya dan di sebelah mana.)*
4 marks
c(iii)
Daripada graf yang dilukis itu, tentukan bilangan maksimum t-shirt dewasa jika t-shirt kanak-kanak yang dibeli ialah 40 helai.
1 marks
138 marks
Pada tahun 2023, Encik Asymal dan isterinya mendapat gaji tahunan sebanyak RM89 450 dan RM56 540. Beliau dan isterinya masing-masing telah mendermakan sebanyak RM645 dan RM450 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan. Jadual 13(a) menunjukkan pengecualian cukai dan pelepasan cukai yang hendak dituntut oleh Encik Asymal dan isterinya manakala Jadual 13(b) menunjukkan Banjaran Pendapatan Bercukai.
| Perkara | Encik Asymal | Isteri |
|---|---|---|
| **Pengecualian cukai** | $x$ | $y$ |
| **Pelepasan cukai** | | |
| Individu | RM9 000 | RM9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM3 150 | RM2 800 |
| Insurans hayat (had RM7 000) | RM8 688 | RM6 969 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM4 550 | RM2 955 |
| Bayaran zakat pendapatan | RM800 | RM100 |
Jadual 13(a)
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
Jadual 13(b)
a
Tentukan nilai $x$ dan nilai $y$.
2 marks
b
Hitung pendapatan bercukai bagi taksiran bersama Encik Asymal dan isterinya.
2 marks
c
Hitung cukai pendapatan bagi taksiran bersama Encik Asymal dan isterinya.
3 marks
d
Bagi taksiran cukai pendapatan bersama ini, Encik Asymal telah membuat potongan cukai bulanan (PCB) yang berjumlah sebanyak RM285 sebulan. Adakah Encik Asymal dan isterinya masih perlu membayar cukai pendapatan? Tunjukkan langkah pengiraan anda.
1 marks
149 marks
Jadual 14(a) menunjukkan jadual kekerapan longgokan bagi jisim dalam kg, murid-murid di Kelas 5 Bestari.
| Jisim (kg) | 40 – 44 | 45 – 49 | 50 – 54 | 55 – 59 | 60 – 64 | 65 – 69 | 70 – 74 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kekerapan longgokan | 3 | 8 | 14 | 24 | 29 | 33 | 35 |
Jadual 14(a)
a
Lengkapkan kekerapan dalam jadual yang disediakan.
*(Jadual di ruang jawapan mempunyai lajur Jisim (kg): 40 – 44, 45 – 49, 50 – 54, 55 – 59, 60 – 64, 65 – 69, 70 – 74 dan lajur Kekerapan yang kosong. Tulis kekerapan bagi setiap kelas.)*
2 marks
b
Nyatakan kelas mod bagi data tersebut.
2 marks
c(i)
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 kg pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 orang murid pada paksi mencancang, lukis histogram daripada data yang diberi.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, sempadan setiap palang pada paksi mengufuk dan tinggi setiap palang.)*
4 marks
c(ii)
Berdasarkan graf yang dilukis dalam c(i), nyatakan bentuk taburan histogram.
1 marks
159 marks
a
Rajah 15(a) menunjukkan sisi empat $ABCD$ ialah imej bagi sisi empat $AEFG$ di bawah suatu pembesaran pada pusat $A$. Luas sisi empat $AEFG$ ialah 156 $\text{cm}^2$. Hitung, faktor skala bagi pembesaran itu.
2 marks
Rajah 15(b) menunjukkan tiga segi tiga bersudut tegak $ABC$, $DEF$, dan $JEK$ dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)(a)
$JEK$ ialah imej bagi $ABC$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{UV}$. Huraikan selengkapnya, transformasi:
$\mathbf{U}$,
3 marks
b(i)(b)
$\mathbf{V}$.
2 marks
b(ii)
Diberi luas yang diwakili oleh segi tiga $JEK$ ialah 72 $\text{cm}^2$. Hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan berlorek.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Encik Amir telah membuka satu pusat untuk latihan renang di kawasan Bandaraya Melaka. Pusat ini telah menyediakan beberapa buah kolam renang yang berbentuk segi empat tepat. Rajah 16(a) menunjukkan ukuran bagi salah satu kolam renang tersebut.
Diberi bahawa luas kolam renang tersebut ialah 1250 $\text{m}^2$. Hitung nilai $x$.
3 marks
b
Pada hujung minggu, En Amir memberi peluang kepada orang ramai untuk menggunakan kolam renang tersebut dengan mengenakan bayaran tiket untuk orang dewasa dan kanak-kanak. En Chong dan En Siva membawa keluarga masing-masing untuk mandi di kolam tersebut.
En Chong membeli 2 keping tiket kanak-kanak dan 1 keping tiket dewasa dengan bayaran RM32. Manakala En Siva pula membeli 5 keping tiket kanak-kanak dan 3 keping tiket dewasa dengan bayaran RM88.
Hitung harga, dalam RM, bagi sekeping tiket kanak-kanak dengan menggunakan kaedah penyelesaian persamaan serentak.
3 marks
Pusat latihan renang tersebut telah mengadakan kejohanan renang terbuka. Aiman dan Luqman telah menyertai kejohanan tersebut. Jadual 16(c) menunjukkan kebarangkalian bahawa Aiman dan Luqman akan memenangi acara 200 m gaya bebas lelaki dan 50 m kuak lentang lelaki.
| Peserta | 200 m gaya bebas | 50 m kuak lentang |
|---|---|---|
| Aiman | $\frac{1}{2}$ | $\frac{2}{5}$ |
| Luqman | $\frac{7}{9}$ | $\frac{3}{8}$ |
Jadual 1
Hitung kebarangkalian bahawa,
c(i)
Aiman dan Luqman akan memenangi acara 50 m kuak lentang.
2 marks
c(ii)
Luqman akan memenangi salah satu daripada dua acara renang tersebut.
2 marks
Jadual 16(d) menunjukkan masa yang dicatat dalam saat (s) yang diambil oleh sekumpulan perenang dalam suatu acara renang yang diadakan oleh pusat renang tersebut.
| | | | | |
|---|---|---|---|---|
| 62 | 68 | 83 | 78 | 94 |
| 68 | 82 | 86 | 90 | 72 |
Jadual 16(d)
d(i)
Berdasarkan Jadual 16(d), bina satu plot kotak pada rajah yang disediakan di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan ialah kertas grid. Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: skala garis nombor, nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang ditanda, serta kotak dan misai yang dilukis.)*
3 marks
d(ii)
Daripada plot kotak yang dibina di 16(d)(i), hitung julat antara kuartil bagi data tersebut.
2 marks
1715 marks
Rajah 17 menunjukkan bentuk semburan air bagi tanaman di Kebun En. Ahmad dengan graf fungsi kuadratiknya $f(x) = nx^2 + 2x + m$. Titik $B(4, 20)$ ialah titik maksimum bagi pancutan air.
a(i)
Diberi $n$ ialah integer dengan keadaan $-2 < n < 2$. Nyatakan nilai $n$.
1 marks
a(ii)
Dengan menggunakan nilai $n$ daripada 17(a), hitung nilai $m$.
2 marks
b
En. Ahmad telah menjual 3 biji labu dan 4 batang lobak dengan harga RM26 daripada taman sayur-sayurannya. Diberi bahawa harga sebiji labu ialah RM4 lebih mahal daripada harga sebatang lobak. Hitung harga, dalam RM, bagi sebatang lobak yang dijual oleh Encik Ahmad.
3 marks
En. Ahmad ($A$) menyediakan perkhidmatan penghantaran sayur-sayurannya kepada para pelanggannya. Kedai Samsul ($S$), Restoran Chua ($C$), dan Muthu ($M$) merupakan pelanggan tetap En. Ahmad yang sering memesan sayur-sayuran dari kebunnya. Jadual 17(c) menunjukkan jarak antara beberapa kedai pelanggannya dengan kebun En. Ahmad.
| Lokasi | Jarak |
|---|---|
| $(A, S)$ | 10 km |
| $(A, C)$ | 12 km |
| $(A, M)$ | 8 km |
| $(C, M)$ | 4 km |
Jadual 17(c)
c(i)
Bina satu graf terarah dan berpemberat untuk menunjukkan rangkaian antara lokasi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan bucu, setiap tepi (dua bucu yang disambung dan arah anak panah) serta pemberat pada setiap tepi.)*
2 marks
c(ii)
Tentukan sama ada graf yang dilukis di 17(c)(i) merupakan suatu graf pokok atau bukan. Berikan justifikasi anda.
2 marks
d
Jadual 17(d) menunjukkan suatu kajian yang dijalankan berkaitan dengan kesan dua jenis baja ke atas tanaman sayur-sayuran Encik Ahmad.
| Baja P | Baja Q |
|---|---|
| 12, 18, 25, 30, 36, 40, 50, 54 | 25, 28, 30, 32, 38, 40, 42, 45 |
Jadual 17(d)
Berdasarkan data tersebut, baja manakah yang lebih sesuai digunakan? Justifikasi jawapan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open