Lengkapkan setiap pernyataan berikut dengan pengkuantiti “**semua**” atau “**sebilangan**” supaya menjadi suatu pernyataan benar.
a(i)
……………… pecahan tak wajar adalah lebih besar daripada 1.
1 marks
a(ii)
……………… gandaan 5 adalah nombor genap.
1 marks
b
Tentukan kesahan dan kemunasabahan bagi hujah berikut.
| | |
|---|---|
| Premis 1 | Jika $q$ ialah nombor perdana, maka $q$ ialah nombor ganjil. |
| Premis 2 | 11 adalah nombor perdana. |
| Kesimpulan | 11 adalah nombor ganjil. |
2 marks
23 marks
Rajah 1 menunjukkan plot titik markah, bagi 10 orang murid dalam kuiz Matematik.
a
Cari julat bagi markah kuiz tersebut.
1 marks
b
Hitung min bagi markah kuiz tersebut.
2 marks
34 marks
a
Rajah 2(i) menunjukkan sebuah bulatan. $PQR$ ialah tangen kepada bulatan.
Cari nilai bagi sudut $\angle QST$.
1 marks
Dalam Rajah 2(ii), $KLM$ ialah satu segi tiga bersudut tegak dan $JKL$ ialah satu garis lurus.
b(i)
Diberi $KL$ = 30 cm dan $LM$ = 16 cm, tentukan
$\tan x$
1 marks
b(ii)
$\text{kos}\ y$
2 marks
45 marks
Kamal mempunyai sebuah kereta dengan nilai muka RM100 000 dan kapasiti enjin kereta ialah 2 000 cc. Nilai premium asas insurans polisi komprehensif ialah RM2 913.10.
a
Hitung premium kasar yang akan dibayar oleh Kamal jika dia ingin membeli polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dengan nilai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pada tahun itu ialah 45%.
3 marks
b
Jadual 1 menunjukkan kadar premium Tarif Motor bagi Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin (tidak melebihi cc) | Polisi komprehensif (RM) | Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 |
Jadual 1
Jadual 2 menunjukkan rumus mengira premium asas polisi komprehensif.
| Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak |
|---|---|
| Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000. | Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM20.30 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000. |
Jadual 2
Hitung premium kasar yang akan dibayar oleh Kamal jika dia ingin membeli polisi insurans pihak ketiga dengan nilai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pada tahun itu ialah 45% jika Kamal menetap di Semenanjung Malaysia.
2 marks
54 marks
Rajah 3 menunjukkan graf bagi suatu fungsi kuadratik dengan bentuk persamaan $f(x) = -\frac{3}{5}(x + 5)(x - 2)$.
Berdasarkan Rajah 3,
a
tentukan nilai $y$ apabila $x = 0$.
1 marks
b
tentukan pintasan-$y$.
1 marks
c
nyatakan persamaan paksi simetri.
2 marks
65 marks
a
Diberi $\frac{1}{-5}\begin{bmatrix} 2 & -3 \\ 3 & -7 \end{bmatrix}\begin{bmatrix} -7 & m \\ -3 & 2 \end{bmatrix} = \begin{bmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{bmatrix}$
Cari nilai $m$.
1 marks
b
Menggunakan kaedah matriks, selesaikan persamaan linear serentak berikut:
$3x - 2y = 8$
$y + 2x = 10$
4 marks
73 marks
Rajah 4 menunjukkan satu graf terarah.
a
Tentukan bilangan bucu.
1 marks
b
Senaraikan $E$.
2 marks
85 marks
a
Rajah 5 menunjukkan beberapa keping kad yang dilabelkan dengan nombor.
| 11 | 16 | 30 | 36 | 42 |
|---|---|---|---|---|
Rajah 5
Sharon memilih dua keping kad secara rawak dari kad-kad tersebut satu demi satu tanpa pemulangan. Wakilkan situasi di atas dengan melengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan.
*(Gambar rajah pokok di ruang jawapan mempunyai dua kotak kosong. Tulis kebarangkalian bagi setiap kotak: kotak atas — kad kedua S selepas kad pertama S; kotak bawah — kad kedua S selepas kad pertama S'.)*
2 marks
Jadual 3 menunjukkan kebarangkalian Omar dan Sarah memilih sarapan mereka di kafeteria.
| Nama | Nasi goreng | Donut | Karipap |
|---|---|---|---|
| Omar | $\frac{2}{5}$ | $\frac{1}{5}$ | $\frac{2}{5}$ |
| Sarah | $\frac{3}{4}$ | $\frac{1}{8}$ | $k$ |
Jadual 3 (kebarangkalian memilih)
b(i)
Nyatakan nilai $k$.
1 marks
b(ii)
Hitung kebarangkalian bahawa Omar dan Sarah akan memilih menu yang sama.
2 marks
94 marks
Rajah 6 menunjukkan graf jarak-masa pergerakan sebuah kereta dalam tempoh 3 jam.
a
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, $m$, kereta itu berhenti rehat.
1 marks
b
Hitung laju purata, dalam $\text{kmj}^{-1}$, bagi keseluruhan perjalanan kereta itu.
3 marks
103 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah bekas berbentuk silinder yang berisi air berjejari 14 cm dan tinggi 27 cm. Sebiji bola besi yang berbentuk sfera berjejari 7 cm dikeluarkan dari bekas itu.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung isi padu, dalam $\text{cm}^3$, air yang tinggal.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
a
Rajah 8 menunjukkan titik $A$ dan titik $B$ dilukis pada satu satah Cartes.
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} 1 \\ -3 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah putaran $90^\circ$ ikut arah jam, pada pusat $B$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $A$ di bawah satu transformasi $\mathbf{RT}$.
1 marks
b
Rajah 9 menunjukkan trapezium $R$ yang dilukis pada grid segi empat sama. Berdasarkan faktor skala $-\frac{1}{2}$, lukis imej bagi trapezium $R$ di bawah pembesaran pada pusat $P$ di ruang jawapan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan setiap bucu imej berbanding titik P — bilangan petak ke kanan/kiri dan ke atas/bawah P.)*
2 marks
Rajah 10 menunjukkan sisi empat $PQRS$ ialah imej bagi sisi empat $FGDE$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{VW}$.
c(i)(a)
Huraikan selengkapnya transformasi
$\mathbf{W}$
3 marks
c(i)(b)
$\mathbf{V}$.
2 marks
c(ii)
Diberi bahawa luas kawasan berlorek ialah 125 $\text{m}^2$. Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, sisi empat $PQRS$.
2 marks
127 marks
a
Salmah memiliki sebidang tanah berkeluasan 300 $\text{m}^2$ di Pahang. Diberi bahawa kadar cukai tanah yang dikenakan ialah RM0.35 setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Salmah setiap tahun.
2 marks
b
Ahmad memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Johor Bahru. Cukai pintu yang dikenakan ialah 5%. Diberi bahawa sewa rumah itu dianggarkan pada RM1 800 sebulan. Hitung jumlah cukai pintu yang perlu dibayar oleh Ahmad setiap tahun.
2 marks
c
Sarah membeli sebungkus nasi lemak dengan harga RM13.80 dan secawan kopi dengan harga RM9.80 termasuk cukai perkhidmatan 6% di sebuah restoran. Hitung harga asal sebungkus nasi lemak dan secawan kopi tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan.
3 marks
139 marks
Rajah 11 di bawah menunjukkan markah yang diperoleh oleh murid tingkatan tiga dalam satu kuiz Sejarah.
a
Berdasarkan rajah 11 di atas, lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan.
| Selang kelas | Kekerapan | Kekerapan longgokan | Sempadan atas |
|---|---|---|---|
| 17 – 21 | 0 | | |
| 22 – 26 | | | |
| 27 – 31 | | | |
| 32 – 36 | | | |
| 37 – 41 | | | |
| 42 – 46 | | | |
| 47 – 51 | | | |
| 52 – 56 | | | |
Jadual 4
*(Tulis kekerapan, kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap selang kelas.)*
4 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 26. Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 murid pada paksi mencancang, lukiskan satu ogif bagi data itu.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: skala dan julat paksi, titik-titik yang diplot (koordinat) dan bentuk graf yang menyambungkan titik-titik itu.)*
4 marks
c
Berdasarkan ogif yang dilukis di (b), tentukan persentil ke-60.
1 marks
149 marks
a
Rajah 12 menunjukkan graf dengan lorekan rantau yang memuaskan tiga ketaksamaan linear. Berdasarkan graf tersebut, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$, $y \geq 0$ dan $y \geq -2x + 12$, bagi mewakili rantau berlorek.
2 marks
Jawatankuasa Program STEM bercadang ingin mengadakan Karnival STEM peringkat Putrajaya. Mereka bercadang untuk menempah hadiah terdiri daripada $x$ buah piala dan $y$ buah medal untuk hari pertandingan tersebut. Jumlah tempahan kedua-dua jenis hadiah adalah tidak melebihi 70 buah dan jumlah bilangan tempahan medal sahaja adalah sekurang-kurangnya dua kali bilangan piala. Berdasarkan situasi ini,
b(i)
tulis dua ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi tersebut.
2 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 29. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 bilangan hadiah untuk kedua-dua paksi, $x$ dan $y$, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 14(b)(i).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
b(iii)
Daripada graf di 14(b)(ii), tentukan bilangan maksimum medal jika bilangan piala yang dibeli ialah 20 buah.
1 marks
1510 marks
Gambar rajah Venn di ruang jawapan, menunjukkan set $A$, $B$ dan $C$. Diberi bahawa set semesta, $\xi = A \cup B \cup C$. Pada rajah di ruang jawapan, lorekkan,
a(i)
$A \cap B'$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
1 marks
a(ii)
$(A \cup B) \cap C$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
Diberi set semesta, $\xi = \{x : x$ ialah integer, $50 \leq x \leq 60\}$,
set $P = \{x : x$ ialah gandaan 3$\}$,
set $Q = \{x : x$ ialah nombor ganjil$\}$, dan
set $R = \{x : x$ ialah nombor perdana$\}$.
b(i)
Senaraikan semua unsur bagi set $R$.
1 marks
b(ii)
Lukis gambar rajah Venn yang mewakili set $\xi$, set $P$, set $Q$ dan set $R$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: hubungan antara set P, Q dan R (bersilang, subset atau tidak bersilang) dan unsur-unsur dalam setiap rantau.)*
3 marks
b(iii)
Senaraikan semua unsur bagi set yang berikut $(P \cup Q) \cap R'$.
2 marks
b(iv)
Nyatakan bilangan unsur bagi set $(P \cup Q) \cap R'$.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Rahim merupakan guru Bahasa Melayu di SMK Kuala Besar. Suatu hari, beliau mengunjungi kedai alat tulis di Bandar A. Beliau mendapati bahawa bilangan pen yang dijual, $N$ berubah secara langsung dengan bilangan hadiah yang diberi, $Q$ dan secara songsang dengan bilangan kotak bungkusan, $R$. Diberi bahawa bilangan pen yang dijual ialah 50, bilangan hadiah yang diberi adalah separuh daripada bilangan pen yang dijual dan bilangan kotak bungkusan ialah 10.
a(i)
Ungkapkan $N$ dalam sebutan $Q$ dan $R$.
2 marks
a(ii)
Cari bilangan hadiah kecil yang Rahim dapat jika dia membeli 400 batang pen dan memperoleh 20 bilangan kotak bungkusan.
2 marks
Rahim ingin menjalankan satu soal selidik mengenai bilangan patah perkataan yang dapat ditulis oleh 70 orang murid dalam tempoh 30 minit. Jadual 5 menunjukkan hasil soal selidik tersebut.
| Bilangan patah perkataan | Kekerapan |
|---|---|
| 121 – 125 | 6 |
| 126 – 130 | 9 |
| 131 – 135 | 13 |
| 136 – 140 | 18 |
| 141 – 145 | 14 |
| 146 – 150 | 10 |
Jadual 5
b(i)
Berdasarkan Jadual 5, hitung anggaran min bagi bilangan patah perkataan yang ditulis oleh 70 orang murid dalam tempoh 30 minit.
2 marks
b(ii)
Seterusnya, cari varians dan sisihan piawai bagi data itu.
3 marks
c
Rahim memesan tiga buah buku iaitu Buku Tatabahasa, Buku Komsas dan Buku Karangan daripada syarikat pembekal buku. Bilangan Buku Tatabahasa adalah sebanyak 10 kotak dan 15 kotak adalah Buku Karangan. Manakala bilangan Buku Komsas yang diterima adalah 3 kali bilangan Buku Tatabahasa. Diberi bahawa harga Buku Komsas dan harga Buku Tatabahasa adalah sama. Jumlah harga dua buah Buku Komsas dan Buku Tatabahasa adalah RM3 lebih berbanding dengan harga sebuah Buku Karangan. Jumlah pembelian pula adalah sebanyak RM5040. Dengan menggunakan kaedah persamaan serentak, hitung harga sebuah Buku Tatabahasa dan Buku Karangan.
1 kotak = 24 buah buku
4 marks
d
Sempena Hari Guru, kelas 3 Mawar ingin menghadiahkan Guru Bahasa Melayunya, Cikgu Rahim seutas jam tangan berjenama A. Harga seutas jam tersebut ialah RM $518_9$. Jika mereka berjaya mengumpulkan wang sebanyak $654_7$ untuk membeli jam tersebut, adakah wang yang dikumpulkan mencukupi atau tidak?
2 marks
1715 marks
Zara mempunyai sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis kek.
Zara mengambil bahagian dalam satu festival makanan. Rajah 13 menunjukkan satu graf tak terarah yang mewakili enam rumah pelanggan Zara dan Jadual 6 menunjukkan jarak di antara dua rumah. Seorang pekerja ditugaskan untuk menghantar tempahan kepada pelanggan bermula dari rumah A dan berakhir ke rumah F.
a(i)
| Pasangan bucu | Jarak (km) |
|---|---|
| (A, B) | 7.7 |
| (A, C) | 3.5 |
| (A, D) | 8.5 |
| (B, C) | 5 |
| (C, D) | 8 |
| (C, E) | 6 |
| (E, B) | 5.1 |
| (D, E) | 4 |
| (F, D) | 5.3 |
| (E, F) | 9 |
Jadual 6
Lukis satu graf terarah yang mewakili jarak terpendek dari rumah A ke rumah F dengan syarat pekerja itu melalui setiap laluan sekali sahaja.
*(Huraikan graf terarah anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi mengikut arahnya, contohnya X → Y.)*
2 marks
a(ii)
Berdasarkan jawapan di 16 a(i), hitung jarak terpendek, dalam km.
2 marks
b
Jadual 7 menunjukkan bilangan kek yang dijual bagi tempoh enam bulan di kedai Zara.
| Jenis kek | Bilangan kek |
|---|---|
| Kek coklat | $122300_4$ |
| Kek tiramisu | $3554_7$ |
Jadual 7
Hitung beza antara bilangan kek dalam asas sepuluh.
3 marks
c
Zara membeli sebuah van bernilai RM124 200 untuk kegunaan kedainya. Dia membayar RM10 000 sebagai wang pendahuluan dan mendapat pinjaman bagi bakinya daripada sebuah bank untuk tempoh 9 tahun dengan kadar faedah 2.24% setahun. Hitung bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Zara.
4 marks
d
Zara memperoleh pendapatan sebanyak RM90 200 daripada operasi kedainya pada tahun ini. Dalam sepanjang tahun, dia telah membayar zakat sebanyak RM405. Jadual 8 menunjukkan pelepasan yang dituntut oleh Zara.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat (had RM7 000) | 8 240 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 2 200 |
| Perbelanjaan perubatan (had RM5 000) | 1 250 |
| Anak yang belum berkahwin dan berumur 16 tahun | 2 000 |
Jadual 8
Dengan menggunakan Jadual 9: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2021, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Zara bagi tahun tersebut.
| Pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
Jadual 9
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open