Tuliskan penafian bagi kenyataan berikut, seterusnya nyatakan nilai kebenarannya.
> 12 ialah faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi 28 dan 42.
Rajah 1
2 marks
b
Tentukan sama ada hujah berikut adalah sah dan munasabah. Justifikasikan jawapan anda.
| | |
|---|---|
| Premis 1 | Semua gandaan 2 ialah gandaan 4. |
| Premis 2 | 22 ialah gandaan 2. |
| Kesimpulan | 22 ialah gandaan 4. |
Rajah 2
2 marks
24 marks
Rajah 3 ialah carta pai yang menunjukkan bilangan buah manggis yang dimakan oleh 4 orang murid.
Rajah 3
Hitung
a
min bilangan buah manggis yang dimakan oleh seorang murid.
2 marks
b
sudut sektor yang mewakili Kenny.
2 marks
34 marks
Dalam Rajah 4, $O$ ialah pusat bulatan dengan jejari 3 cm dan $ROS$ ialah garis lurus. Diberi bahawa $\angle ORP = 25^\circ$ dan $PS$ ialah tangen kepada bulatan.
Rajah 4
Cari
a
$x^\circ$.
1 marks
b
panjang $RS$.
3 marks
45 marks
a
Jimmy mempunyai sebuah kereta Axia untuk kegunaan sendiri di Sabah. Keretanya tidak pernah membuat tuntutan daripada pihak insurans. Diberi maklumat kereta adalah seperti berikut:
| | |
|---|---|
| Umur kereta | 3 tahun |
| Kapasiti enjin | 1 500 cc |
| NCD | 30% |
| Jumlah yang ingin diinsuranskan | RM45 000 |
Rajah 5
Hitung premium kasar bagi kereta Jimmy di bawah polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian jika premium asas bagi polisi komprehensif kereta tersebut ialah RM1 113.20.
3 marks
b
> Kereta Yusri telah melanggar sebuah kereta lain dalam satu kemalangan dan dia didapati bersalah. Akibat kemalangan itu, kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk dan pemandu kereta yang dilanggar Yusri mengalami kecederaan patah kaki. Yusri ingin membuat tuntutan kerosakan bagi kedua-dua buah kereta serta kos rawatan kecederaan pemandu tersebut.
Rajah 6
Berdasarkan senario di atas, nyatakan tuntutan yang boleh dibuat oleh Yusri kepada syarikat insurannya jika dia menginsuranskan keretanya di bawah polisi pihak ketiga.
2 marks
54 marks
Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada graf bagi fungsi kuadratik $f(x) = -a(x - m)(x - n)$ dengan keadaan $m < n$.
Rajah 7
Hitung nilai
a(i)
$m$,
1 marks
a(ii)
$n$,
1 marks
a(iii)
$a$.
1 marks
b
Nyatakan persamaan paksi simetri.
1 marks
64 marks
Lengkapkan Jadual 1 bagi nilai $x = -1$ yang memuaskan persamaan $y = x^3 - 11x + 2$. Seterusnya, lukiskan graf $y = x^3 - 11x + 2$ bagi $-3 \leq x \leq 4$.
| $x$ | −3 | −2 | −1 | 0 | 1 | 2 | 3 | 3.5 | 4 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 8 | 16 | | 2 | −8 | −12 | −4 | 6.4 | 22 |
Jadual 1
*(Ruang jawapan: kertas graf dengan paksi-$x$ berlabel −2 hingga 4 (2 cm kepada 1 unit) dan paksi-$y$ berlabel −10 hingga 20 (2 cm kepada 5 unit). Tulis nilai $y$ yang tertinggal, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
73 marks
Lukis satu graf terarah mewakili jalan yang menghubungkan beberapa buah bandar seperti maklumat berikut. Seterusnya, tentukan bilangan darjah graf tersebut.
$E = \{(K, L), (L, M), (M, N), (M, O), (N, P), (P, Q)\}$
Rajah 8
*(Bucu K, L, M, N, O, P dan Q telah diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan arah anak panahnya, kemudian nyatakan bilangan darjah.)*
3 marks
85 marks
Rajah 9 menunjukkan gambar rajah pokok yang tidak lengkap mewakili jam tangan yang dihasilkan oleh kilang Rolax. Dua buah jam tangan dipilih secara rawak. Diberi kebarangkalian sebuah jam tangan yang tidak berfungsi, $J$ ialah $\frac{3}{14}$.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok pada Rajah 9 di ruang jawapan.
Rajah 9
*(Tulis kebarangkalian bagi petak kosong pada cabang pertama $J'$ dan kesudahan bagi dua petak kosong dalam lajur Kesudahan.)*
2 marks
Hitung kebarangkalian,
b(i)
sekurang-kurangnya sebuah jam tangan tidak berfungsi.
2 marks
b(ii)
kedua-dua jam tangan berfungsi.
1 marks
94 marks
Rajah 10 menunjukkan graf jarak-masa dalam km/min, bagi sebuah kereta.
Rajah 10
Diberi $OABC$ menunjukkan pergerakan kereta itu dari rumah di Pulau Pinang ke Ipoh, Perak. $CD$ ialah pergerakan kereta itu pulang semula ke rumah.
a
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, kereta itu berhenti rehat di Kawasan Rehat dan Rawat.
1 marks
b
Hitung purata laju, dalam $\text{kmj}^{-1}$, bagi keseluruhan perjalanannya. Seterusnya, huraikan pergerakan kereta itu.
3 marks
103 marks
Rajah 11 menunjukkan enam guli berbentuk sfera disusun secara mengufuk pada satu garis lurus.
Rajah 11
Diberi isi padu bagi setiap guli itu ialah $179\frac{2}{3}\ \text{cm}^3$. Hitung panjang mengufuk, dalam cm, enam guli itu. (Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
1111 marks
Rajah 12 menunjukkan titik $S$ pada satah Cartes.
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} -4 \\ 2 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu pantulan pada garis $y = 4$.
Transformasi $\mathbf{P}$ ialah putaran $90^\circ$ ikut arah jam pada pusat $(6, 3)$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $S$ di bawah transformasi berikut:
a(i)
$\mathbf{R}$,
1 marks
a(ii)
$\mathbf{PT}$.
2 marks
Rajah 13 menunjukkan tiga pentagon $ABCDE$, $APQRS$ dan $GHIJK$, dilukis pada satah Cartes.
(i) Pentagon $GHIJK$ ialah imej bagi pentagon $ABCDE$ di bawah suatu gabungan penjelmaan $\mathbf{ST}$. Huraikan selengkapnya penjelmaan
b(i)(a)
$\mathbf{T}$,
*(Huraikan selengkapnya: jenis penjelmaan dan semua butirannya.)*
3 marks
b(i)(b)
$\mathbf{S}$.
*(Huraikan selengkapnya: jenis penjelmaan dan semua butirannya.)*
2 marks
b(ii)
Diberi bahawa pentagon $ABCDE$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas $290\ \text{m}^2$. Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan yang berlorek.
3 marks
127 marks
a
Puan Hannah memiliki sebidang tanah berkeluasan 11 m × 23.5 m. Kadar cukai tanah yang dikenakan ialah RM0.40 setiap meter persegi. Hitung cukai tanah yang perlu dibayar oleh Puan Hannah setiap tahun.
2 marks
b
Nilai tahunan rumah Puan Hannah ialah RM30 000 pada tahun 2024. Kadar cukai pintu pada tahun itu ialah 6%. Hitung cukai pintu yang perlu dibayar oleh Puan Hannah.
2 marks
Puan Hannah telah menggunakan 750 kWj elektrik di rumahnya sepanjang bulan Disember. Diberikan bahawa penggunaan melebihi 600 kWj sebulan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Jadual 2 menunjukkan butiran bil elektrik Puan Hannah.
| Blok Tarif (kWj) | Blok Prorata (kWj) | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|---|
| 200 | 200 | 0.218 | 43.60 |
| 100 | 100 | 0.334 | 33.40 |
| 300 | 300 | 0.516 | 154.80 |
| 300 | 150 | 0.546 | $x$ |
Jadual 2
c(i)
Hitung nilai $x$.
1 marks
c(ii)
Hitung jumlah bayaran yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
1 marks
c(iii)
Hitung cukai perkhidmatan yang dikenakan dalam bil elektrik bulan Disember.
1 marks
139 marks
Rajah 14 menunjukkan sebuah ogif tentang taburan jisim, dalam kg, bagi 80 orang murid dalam kelas 5 Walid.
Rajah 14
Berdasarkan ogif tersebut, cari
a(i)
persentil ke-15, $P_{15}$.
1 marks
a(ii)
kuartil ketiga.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 14, lengkapkan Jadual 3 di ruang jawapan.
| Jisim (kg) | Sempadan Atas | Titik tengah | Kekerapan |
|---|---|---|---|
| 30 – 39 | 39.5 | | |
| 40 – 49 | 49.5 | | |
| 50 – 59 | 59.5 | | |
| 60 – 69 | 69.5 | | |
| 70 – 79 | 79.5 | | |
| 80 – 89 | 89.5 | | |
Jadual 3
*(Tulis titik tengah dan kekerapan bagi setiap kelas.)*
2 marks
c(i)
**Anda mesti menggunakan pensel 2B atau BB untuk soalan ini.**
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 kg pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram berdasarkan maklumat dalam Jadual 3.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan label kedua-dua paksi, serta kedudukan dan tinggi setiap palang.)*
4 marks
c(ii)
Nyatakan bentuk taburan bagi histogram tersebut.
1 marks
147 marks
Pada Hari Koperasi, Kelab STEM menjual $x$ cenderamata A dan $y$ cenderamata B. Keuntungan sebanyak RM4 dan RM5 masing-masing diperoleh daripada jualan setiap cenderamata A dan B. Bilangan cenderamata A yang dijual sekurang-kurangnya sama dengan bilangan cenderamata B yang dijual. Jumlah bilangan cenderamata A dan B yang dijual selebih-lebihnya 15. Kelab STEM ingin memperolehi keuntungan minimum RM40.
| | Syarat | Ketaksamaan linear |
|---|---|---|
| (i) | Bilangan cenderamata A yang dijual sekurang-kurangnya sama dengan bilangan cenderamata B yang dijual | $x \geq y$ |
| (ii) | | $x + y \leq 15$ |
| (iii) | Keuntungan minimum ialah RM40. | |
Jadual 4
a(i)
Tulis satu syarat yang mewakili ketaksamaan linear (ii).
1 marks
a(ii)
Tulis satu ketaksamaan linear yang mewakili syarat (iii).
1 marks
b
Seterusnya, pada Rajah 15 di ruang jawapan, lengkapkan graf yang mewakili ketaksamaan linear yang berkait dengan jualan cenderamata kelab STEM. Lorek rantau yang memuaskan ketaksamaan itu.
Rajah 15
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis (titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau yang dilorek.)*
2 marks
c
Daripada graf di 14(b), tentukan bilangan minimum cenderamata A yang dapat dijual jika 6 cenderamata B telah dijual.
1 marks
d
Jika Kelab STEM berjaya menjual 5 cenderamata A, hitung keuntungan maksimum yang diperoleh Kelab STEM daripada jualan cenderamata itu.
2 marks
1511 marks
Suatu kajian dijalankan terhadap 100 buah ladang di sebuah daerah bagi mengkaji tentang jenis tanaman yang ditanam di daerah itu. Dapatan kajian tersebut ditunjukkan seperti dalam Rajah 16. Diberi bahawa set semesta, $\xi = \{G \cup N \cup S\}$, set $G$ = {ladang getah}, set $N$ = {ladang nanas} dan set $S$ = {ladang sawit}.
a(i)
Diberi bahawa ladang yang hanya ditanam dengan nanas akan diberi baucar untuk membeli baja secara percuma pada Hari Peladang. Pada gambar rajah Venn di ruang jawapan, lorekkan kawasan yang mewakili ladang tersebut.
*(Ruang jawapan (Rajah 17) menunjukkan gambar rajah Venn yang sama tanpa nombor. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan dalam sebutan $x$, bilangan ladang yang menanam sawit dan getah.
1 marks
a(iii)
Hitung nilai $x$ dan seterusnya, tentukan bilangan ladang yang tidak menanam nanas.
4 marks
Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang set $X$, $Y$ dan $Z$ serta kad nombor yang terdapat di dalam set tersebut.
| Set | Kad-kad nombor |
|---|---|
| $X$ | Nombor perdana kurang daripada 15 |
| $Y$ | Gandaan bagi 2 kurang daripada 11 |
| $Z$ | Faktor bagi 15 |
Jadual 5
b(i)
Senaraikan semua set $X$, $Y$ dan $Z$ dengan menggunakan tatatanda set.
3 marks
b(ii)
Seterusnya, tentukan bilangan subset bagi set $Z$.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Azrul merupakan guru penasihat Kelab Fotografi di SMK Murni Indah. Jadual 6 menunjukkan maklumat ahli Kelab Fotografi.
| Tingkatan | Murid lelaki | Murid perempuan |
|---|---|---|
| Tiga | 10 | 10 |
| Empat | 12 | 8 |
| Lima | 5 | 15 |
Jadual 6
a(i)
Nyatakan nisbah bilangan murid lelaki kepada bilangan murid perempuan.
1 marks
a(ii)
Seorang murid dipilih secara rawak dari kumpulan murid lelaki untuk menjadi jurugambar program sekolah. Cari kebarangkalian bahawa murid yang dipilih itu ialah murid lelaki Tingkatan 5.
1 marks
Encik Azrul ialah guru matematik kelas 1 Mawar. Beliau telah menganjurkan satu Kuiz Matematik bagi semua murid kelas 1 Mawar. Jadual 7 menunjukkan taburan kekerapan markah yang diperoleh oleh semua murid kelas 1 Mawar dalam Kuiz Matematik tersebut.
| Markah | Bilangan murid |
|---|---|
| 40 – 44 | 3 |
| 45 – 49 | 6 |
| 50 – 54 | $m$ |
| 55 – 59 | 16 |
| 60 – 64 | 10 |
| 65 – 69 | 4 |
Jadual 7
b(i)
Diberi bahawa markah min ialah 55.6, cari nilai $m$.
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung varians dan sisihan piawai bagi taburan tersebut.
3 marks
c
Amir dan Priya telah mengambil bahagian dalam Kuiz Matematik tersebut. Kuiz itu mengandungi 25 soalan. Untuk mengira jumlah markah, setiap jawapan betul diberi $x$ markah, sementara setiap jawapan yang salah ditolak $y$ markah. Jadual 8 menunjukkan bilangan jawapan betul dan bilangan jawapan salah yang diperoleh oleh mereka.
| | Bilangan jawapan betul | Bilangan jawapan salah | Jumlah markah |
|---|---|---|---|
| Amir | 21 | 4 | 198 |
| Priya | 18 | 7 | 159 |
Jadual 8
Bina dua persamaan linear serentak berdasarkan maklumat di atas dan seterusnya, hitung nilai $x$ dan $y$ dengan menggunakan kaedah matriks.
5 marks
d
Encik Azrul ingin menghadiahkan beg sekolah kepada tiga orang pemenang Kuiz Matematik tersebut. Rajah 18 menunjukkan harga bagi satu beg sekolah yang berlainan jenama dalam asas nombor yang berbeza.
Rajah 18
Belanjawan maksimum yang diperuntukkan untuk membeli tiga buah beg sekolah ialah RM345. Tentukan beg sekolah yang boleh dibeli oleh Encik Azrul. Justifikasikan.
3 marks
1715 marks
Encik Aiman bekerja sebagai seorang pengurus di Syarikat Maju Bersama Sdn Bhd dengan pendapatan bulanannya sebanyak RM4 100. Encik Aiman membuat simpanan sebanyak 10% daripada pendapatan bulanannya dan RM200 sebagai simpanan untuk dana kecemasan. Jadual 9 menunjukkan perbelanjaan tetap dan tidak tetap setiap bulan bagi Encik Aiman.
| | |
|---|---|
| Pinjaman perumahan | RM1 200 |
| Ansuran kereta | RM650 |
| Bil Utiliti | RM400 |
| Insurans | RM300 |
| Barangan dapur | RM700 |
Jadual 9
a
Encik Aiman mempunyai matlamat untuk mendapat aliran tunai positif sebanyak RM300 sebulan. Adakah matlamatnya tercapai dan berikan justifikasi. Berikan cadangan yang sesuai sekiranya matlamat Encik Aiman tidak tercapai.
2 marks
Jadual 10 menunjukkan penyata pendapatan tahunan 2023 bagi Encik Aiman. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, Encik Aiman membayar cukai pendapatan dan beliau telah mendapat pelepasan sebanyak RM9 000 untuk perbelanjaan individu dan RM3 600 bagi anaknya. Berikut merupakan penyata pendapatan Encik Aiman bagi tahun 2023. Pada setiap hujung tahun, pihak syarikat akan memberi bonus sebanyak RM500 kepada pekerjanya. Pada tahun ini juga Encik Aiman telah menyumbang sebanyak RM200 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.
**Syarikat Maju Bersama Sdn Bhd** — Nama: Aiman bin Abdul Samad; Tahun: 2023; Nombor pekerja: 20071409
| Pendapatan | Jumlah (RM) | Potongan (RM) | Jumlah (RM) |
|---|---|---|---|
| Gaji asas | 49 200.00 | KWSP | 672.00 |
| Elaun | | Insurans | 4 200.00 |
| (a) Kehadiran | 1 200.00 | Zakat | 360.00 |
| (b) Perubatan | 3 000.00 | | |
| (c) Petrol | 1 800.00 | | |
| Jumlah pendapatan | **55 200.00** | Jumlah potongan | **5 232.00** |
| | | Gaji Bersih | **49 968.00** |
Jadual 10
Kadar Cukai Pendapatan Individu Taksiran 2023
| Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 – 5 000 | 5 000 pertama | 0 | 0 |
| 5 001 – 20 000 | 5 000 pertama | | 0 |
| | 15 000 berikutnya | 1 | 150 |
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 15 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
Jadual 11
Dengan merujuk kepada Jadual Kadar Cukai Pendapatan Individu Taksiran 2023.
b(i)
Hitung pendapatan bercukai Encik Aiman bagi tahun taksiran 2023.
2 marks
b(ii)
Adakah Encik Aiman layak menerima rebat? Berikan justifikasi.
1 marks
b(iii)
Hitung cukai pendapatan Encik Aiman bagi tahun taksiran 2023.
3 marks
c
**Penyelesaian menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan untuk soalan ini.**
Encik Aiman telah mengusahakan satu kebun untuk menanam pokok jagung dan tebu. Jumlah penanaman pokok jagung dan tebu yang ditanam di kebun Encik Aiman ialah 2 080, manakala nisbah bilangan pokok jagung kepada bilangan pokok tebu ialah 3 : 5. Hitung bilangan pokok jagung dan pokok tebu.
4 marks
d
Encik Aiman mahu membeli sebuah kereta Perodua Axia untuk anaknya, Kamilia bagi berulang alik ke kolej yang berhampiran rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Rajah 19 menunjukkan satu iklan yang ditawarkan oleh Bank Berjaya.
> **BANK BERJAYA**
>
> Pembiayaan sehingga 90%
>
> Kadar faedah 4.25% setahun
Rajah 19
Harga sebuah kereta Perodua Axia adalah RM39 900. Hitung bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayarnya jika tempoh bayaran balik pinjaman yang dipilih adalah tujuh tahun.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open