Tulis persamaan linear serentak berikut dalam bentuk matriks.
$x + 3y = 5$
$2x - y = -4$
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah matriks, selesaikan persamaan linear serentak tersebut.
Others Trial 2025 Mathematics Kertas 2 · SBP
- Trial SBP · 2025
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
Diberi
set semesta, $\xi = \{x : 0 \leq x \leq 15;\ x \text{ ialah integer}\}$,
set $P = \{x : x \text{ ialah nombor perdana}\}$,
set $Q = \{x : x \text{ ialah nombor genap}\}$ dan
set $R = \{x : x \text{ ialah faktor bagi } 36\}$.
a
3 marks
Senaraikan semua unsur bagi set $P$, set $Q$ dan set $R$ menggunakan tatatanda set.
b
1 marks
Nyatakan $n(Q \cup R')$.
Rajah 1 menunjukkan rantau berlorek yang memuaskan sistem ketaksamaan linear.
Nyatakan semua ketaksamaan linear yang memuaskan rantau berlorek yang diberikan.
a
2 marks
Tulis satu pernyataan majmuk dengan menggabungkan dua pernyataan berikut menggunakan perkataan 'atau'. Seterusnya, nyatakan nilai kebenaran pernyataan majmuk tersebut.
- 125 ialah nombor gandaan 5.
- 125 ialah nombor kuasa dua sempurna.
b
1 marks
Tulis songsangan bagi implikasi berikut.
> Jika $3x \leq -21$, maka $x \leq -7$.
c
1 marks
Lengkapkan premis bagi hujah berikut.
Premis 1 : Jika suatu poligon sekata mempunyai 6 sisi, maka sudut pedalaman poligon sekata itu ialah $120^\circ$.
Premis 2 : ……………
Kesimpulan : Poligon sekata $M$ tidak mempunyai 6 sisi.
Jadual 1 menunjukkan kadar cukai jalan kereta persendirian di Semenanjung Malaysia.
**Kadar Cukai Jalan Kereta Persendirian**
| Kapasiti Enjin | Kadar Asas | Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 000 cc dan ke bawah | RM20.00 | - |
| 1 001 cc – 1 200 cc | RM55.00 | - |
| 1 201 cc – 1 400 cc | RM70.00 | - |
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | - |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | + RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
| 2 001 cc – 2 500 cc | RM380.00 | + RM1.00 setiap cc melebihi 2 000 cc |
Jadual 1
a
3 marks
Encik Haikal perlu membayar cukai jalan bagi dua buah keretanya untuk kegunaan sendiri dengan kapasiti enjin 1 000 cc dan 2 400 cc.
Hitung jumlah cukai jalan bagi kedua-dua keretanya.
b
1 marks
Encik Haikal bercadang untuk membeli sebuah kereta baharu. Dia memperuntukkan RM150 untuk membayar cukai jalan bagi kereta tersebut. Berapakah kapasiti enjin maksimum yang mungkin bagi kereta baharu Encik Haikal?
**Penyelesaian menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan untuk soalan ini.**
Rajah 2 menunjukkan lakaran persimpangan jalan $PR$ dan jalan $QS$ pada suatu satah Cartes. Kolam air pancut terletak di tengah bulatan antara persimpangan jalan $PR$ dan jalan $QS$.
Diberi persamaan garis lurus jalan $PR$ dan jalan $QS$ masing-masing ialah $y = -x + 3$ dan $2y = 3x + 1$ yang bersilang pada titik $T$.
Tentukan koordinat $T$.
Rajah 3 menunjukkan graf tak terarah.
a
2 marks
Tentukan jumlah bilangan darjah bagi graf tersebut.
b
2 marks
Lukis dua subgraf bagi graf tersebut.
*(Huraikan setiap subgraf anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi (termasuk gelung, jika ada) yang dilukis.)*
Rajah 4 menunjukkan permaidani berbentuk segi empat tepat yang mempunyai panjang $(5x - 10)$ m dan lebar $(x + 5)$ m.
Diberi luas permaidani tersebut ialah 600 $\text{m}^2$, hitung nilai $x$.
Rajah 5 menunjukkan sebuah gabungan pepejal yang terbentuk daripada cantuman sebuah prisma tegak dan sebuah separuh silinder yang terletak di atas satah mengufuk. $EFG$ ialah keratan rentas seragam bagi prisma tersebut.
Diberi bahawa isi padu pepejal tersebut ialah 1 288 $\text{cm}^3$. Hitung tinggi, dalam cm, bagi $QR$.
(Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
Hafizah bekerja sebagai seorang guru. Beliau menerima gaji sebanyak RM3 580 sebulan. Selain itu, beliau turut menjalankan kelas tuisyen secara sambilan dan menerima RM820 sebulan. Sebanyak 20% daripada jumlah pendapatan bulanannya diperuntukkan sebagai simpanan tetap.
| Perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Sewa rumah | 600 |
| Ansuran kereta | 740 |
| Perbelanjaan dapur | 450 |
| Utiliti | 350 |
| Hiburan | 725 |
| Tol dan petrol | 550 |
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan perbelanjaan Hafizah bagi bulan Jun.
a
3 marks
Hitung aliran tunai Hafizah.
b
1 marks
Sekiranya aliran tunai Hafizah adalah negatif, cadangkan satu langkah yang boleh diambil untuk menguruskan kewangannya dengan lebih berkesan.
Bahagian B
Answer all 5
Rajah 6 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan sebuah bas dan sebuah kereta. Graf $OJKL$ mewakili perjalanan kereta dari Banting ke Tanjung Karang. Graf $PKQ$ mewakili perjalanan bas dari Tanjung Karang ke Banting.
a(i)
2 marks
Hitung kadar perubahan jarak bas, dalam $\text{kmj}^{-1}$, untuk 30 minit pertama.
a(ii)
2 marks
Hitung nilai $t$.
b(i)
2 marks
Hitung laju kereta, dalam $\text{kmj}^{-1}$, untuk 0.7 jam yang terakhir.
b(ii)
3 marks
Huraikan gerakan kereta dari $K$ ke $L$.
Rajah 7 menunjukkan tiga sisi empat, $EFGH$, $RSTU$ dan $KLMN$, yang dilukis pada satah Cartes.
a(i)
1 marks
Nyatakan koordinat imej bagi titik $J$ di bawah pantulan pada garis $y = 6$.
$KLMN$ ialah imej bagi $EFGH$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{PQ}$. Perihalkan selengkapnya transformasi:
a(ii)(a)
3 marks
$\mathbf{Q}$,
a(ii)(b)
3 marks
$\mathbf{P}$.
b
2 marks
Rajah 8 menunjukkan satu segi tiga, $PQR$. Diberi satu lagi segi tiga $KLM$ mempunyai bentuk dan saiz yang sama dengan segi tiga $PQR$.
Label dan nyatakan sifat kekongruenan segi tiga yang digunakan untuk menentukan kedua-dua segi tiga itu adalah kongruen sekiranya $\angle PQR = \angle KLM$, $\angle PRQ = \angle KML$, $QR = LM$.
*(Ruang jawapan menunjukkan segi tiga $PQR$ dan segi tiga $KLM$. Huraikan dalam perkataan sudut-sudut dan sisi yang anda tandakan sama pada kedua-dua segi tiga, kemudian nyatakan sifat kekongruenan.)*
Encik Han ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Nilai boleh insurans rumah itu ialah RM520 000. Polisi insurans yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 90% daripada nilai boleh insurans hartanya dengan deduktibel sebanyak RM4 000.
a
1 marks
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Han bagi rumahnya itu.
Rumah Encik Han telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM150 000. Hitung bayaran pampasan yang akan diterima Encik Han jika dia menginsuranskan rumahnya
b(i)
2 marks
pada jumlah insurans yang harus dibelinya,
b(ii)
4 marks
dengan jumlah RM400 000. Seterusnya, hitung nilai penalti ko-insurans.
c
2 marks
Rumah Encik Han telah mengalami kerugian menyeluruh. Jika dia menginsuranskan rumahnya dengan jumlah RM200 000, hitung bayaran pampasan yang diterimanya.
a
4 marks
Lengkapkan jadual di ruang jawapan dan lakar graf $y = 3\ \text{kos}\ 2x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$.
| $x$ | $0^\circ$ | $45^\circ$ | $90^\circ$ | $135^\circ$ | $180^\circ$ |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | | | | | |
*(Ruang jawapan: grid dengan paksi-x dan paksi-y tanpa skala. Tulis nilai $y$ dalam jadual, kemudian huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: label pada paksi-x dan paksi-y, titik-titik maksimum dan minimum, dan bentuk lengkung.)*
b
2 marks
Nyatakan tempoh untuk fungsi trigonometri $y = \tan 3x - 1$.
c
3 marks
Rajah 9 menunjukkan graf $y = a \sin bx + c$ untuk $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$.
Nyatakan nilai $a$, $b$ dan $c$ daripada graf itu.
Seramai 30 orang murid kelas 5 Berlian telah menduduki kuiz Matematik. Jadual 3 dalam ruang jawapan menunjukkan jadual kekerapan yang tidak lengkap bagi markah kuiz Matematik itu.
a
2 marks
Lengkapkan Jadual 3 di ruang jawapan.
| Markah | Titik tengah | Bilangan murid |
|---|---|---|
| 40 – 49 | | 3 |
| | | 5 |
| | | 6 |
| | | 9 |
| | | 5 |
| | | 2 |
Jadual 3
*(Tulis selang kelas dan titik tengah bagi setiap baris.)*
b
3 marks
Seterusnya, hitung min markah bagi murid 5 Berlian.
Rajah 11 menunjukkan ogif yang mewakili markah kuiz Matematik bagi 30 orang murid kelas 5 Berlian.
c(i)
3 marks
Berdasarkan ogif di Rajah 11, bina satu plot kotak pada Rajah 11.1 di ruang jawapan.
*(Rajah 11.1 di ruang jawapan: paksi Markah berlabel 39.5, 49.5, 59.5, 69.5, 79.5, 89.5, 99.5. Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai yang anda plot bagi nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum, serta kedudukan kotak dan misai.)*
c(ii)
1 marks
Seterusnya, daripada plot kotak yang dibina, nyatakan bentuk taburan data itu.
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
Sempena Hari STEM, pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan '*Mathematics Explorace*' bagi murid Tingkatan 5. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan di stesen berbeza dengan menggunakan pengetahuan Matematik berdasarkan situasi sebenar.
Arif ditugaskan oleh guru Matematik beliau untuk melakar pelan laluan aktiviti tersebut di dataran sekolah. Pelan tersebut dilukis di atas satah Cartes, dengan skala 1 unit mewakili 1 meter di kawasan sebenar. Titik $A(5, 2)$ mewakili pintu pagar sekolah dan titik $B(25, 18)$ mewakili kantin sekolah.
a(i)
2 marks
Tentukan koordinat lokasi titik tengah laluan antara pintu pagar dan kantin sekolah.
a(ii)
2 marks
Hitung jarak sebenar dalam meter antara kedua-dua lokasi tersebut.
Setiap kumpulan akan diberikan kad skor digital selepas menyelesaikan tugasan di setiap stesen. Markah pada kad skor tersebut ditulis dalam asas empat. Kumpulan yang mendapat sekurang-kurangnya 60 markah akan layak ke pusingan seterusnya. Kad skor kumpulan Bella menunjukkan markah $321_4$.
b(i)
2 marks
Tukarkan markah yang ditunjukkan pada kad skor kumpulan Bella, dalam asas 10.
b(ii)
1 marks
Seterusnya, tentukan sama ada kumpulan Bella layak atau tidak untuk ke pusingan seterusnya.
Di sebuah stesen, peserta dikehendaki mencabut dua keping kad secara rawak tanpa pemulangan daripada sebuah kotak yang mengandungi lapan keping kad berwarna. Setiap warna mewakili jenis tugasan yang berbeza yang perlu dilaksanakan oleh peserta. Kotak tersebut mengandungi satu kad merah, dua kad biru, tiga kad hijau dan dua kad kuning. Hitung kebarangkalian bahawa
c(i)
2 marks
kad pertama berwarna merah dan kad kedua berwarna hijau,
c(ii)
2 marks
kedua-dua kad adalah warna yang sama.
d
4 marks
Dalam pusingan akhir, dua kumpulan terbaik telah memperoleh jumlah markah keseluruhan yang sama. Oleh itu, bagi menentukan pemenang, penilaian dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil oleh setiap kumpulan untuk menyelesaikan tugasan di setiap stesen. Masa, dalam minit, yang diambil oleh setiap kumpulan adalah seperti dalam Jadual 4.
| | Masa (minit) | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kumpulan A | 15 | 17 | 15 | 16.5 | 15.5 | 17 |
| Kumpulan B | 14.5 | 14 | 17.5 | 16 | 16 | 18 |
Jadual 4
Min masa bagi kedua-dua kumpulan adalah 16 minit. Sebagai hakim pertandingan, anda dikehendaki menentukan kumpulan yang paling layak sebagai pemenang.
Jitson merupakan pemilik dan pengusaha inap desa di Kapit, Sarawak. Sebagai inisiatif meningkatkan daya tarikan inap desa beliau, Jitson merancang untuk membina sebuah kolam renang dalam kawasan inap desa itu.
a
3 marks
Rajah 12 menunjukkan lakaran sebuah kolam renang berbentuk bulatan yang dilukis oleh Jitson pada suatu satah Cartes.
$JK$ ialah diameter kolam renang yang berpusat di titik $(3, 1)$. Diberi koordinat titik $J$ ialah $(7, 4)$. Apakah koordinat titik $K$?
b
4 marks
Jitson ingin memilih antara dua kontraktor, $J$ dan $K$, untuk membina kolam renang itu. Kedua-dua kontraktor tersebut telah memberikan sebut harga masing-masing ialah RM$3827_9$ dan RM$6514_7$.
Hitung perbezaan sebut harga, dalam RM, antara dua kontraktor itu dalam asas sepuluh?
Keluarga Aizat dan keluarga Deeva ingin menyewa inap desa Jitson. Jadual 5 menunjukkan bilangan ahli keluarga Aizat dan keluarga Deeva yang akan menginap di inap desa Jitson sempena sambutan hari keluarga.
| | Keluarga Aizat | Keluarga Deeva |
|---|---|---|
| Lelaki | 13 | 14 |
| Perempuan | 9 | 6 |
Jadual 5
Dua orang telah dipilih secara rawak dari keluarga itu, untuk menyertai sukaneka. Hitung kebarangkalian bahawa:
c(i)
2 marks
seorang lelaki dan seorang perempuan dipilih.
c(ii)
2 marks
kedua-dua orang yang dipilih adalah daripada ahli keluarga yang sama.
Keluarga Aizat mempunyai 22 orang ahli dengan $x$ ialah umur bagi setiap ahli keluarga beliau. Diberi bahawa $\sum(x - \bar{x})^2 = 900$ dan $\sum x^2 = 3060$.
Hitung
d(i)
2 marks
varians,
d(ii)
2 marks
min umur.

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

