Rajah 1 menunjukkan garis lurus $AB$ dengan persamaan $y = 2x + 6$.
Tentukan persamaan garis lurus yang selari dengan $AB$ dan melalui titik $P$.
3 marks
23 marks
Rajah 2 menunjukkan graf fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 - 4x + 5$.
Titik $K$ ialah titik maksimum graf itu. Cari koordinat titik $K$.
3 marks
34 marks
Rajah 3 menunjukkan gambar rajah Venn bagi set $P$, set $Q$ dan set $R$. Diberi bahawa set semesta, $\xi = P \cup Q \cup R$.
Senaraikan semua unsur bagi set
a(i)
$P \cap Q \cap R$
1 marks
a(ii)
$(P \cap Q) \cup R'$
2 marks
b
Tentukan $n(Q')$.
1 marks
44 marks
a
Tentukan sama ada pernyataan berikut benar atau palsu.
> Semua nombor bulat mempunyai sekurang-kurangnya dua faktor.
1 marks
b
Tulis akas, songsangan dan kontrapositif bagi implikasi di bawah.
> Jika $A \cap B = A$, maka $A \cup B = B$.
3 marks
54 marks
Hanif ingin membeli ikan dan daging untuk dijadikan makanan sejuk beku. Maklumat berikut berkaitan dengan pembelian Hanif pada minggu lepas.
- (i) Ikan yang dibeli kurang daripada 10 kilogram
- (ii) Minimum daging yang dibeli ialah 5 kilogram
a
Maklumat pembelian yang ketiga ditunjukkan oleh rantau berlorek pada graf di ruang jawapan (b). Diberi $x$ mewakili jisim ikan dan $y$ mewakili jisim daging, dalam kilogram, tulis dalam perkataan bagi ketaksamaan yang mewakili maklumat pembelian itu.
1 marks
b
Seterusnya, pada rajah di ruang jawapan, lengkapkan graf untuk mewakili ketaksamaan linear yang berkait dengan pembelian Hanif dan $x \geq 0$, $y \geq 0$. Lorekkan rantau yang memuaskan semua ketaksamaan linear itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang anda lukis (persamaannya, dan sama ada garis penuh atau garis putus-putus) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
3 marks
64 marks
Rajah 4 menunjukkan graf jarak-masa perjalanan sebuah kereta dari Kemaman ke Kuala Terengganu.
a
Nyatakan tempoh masa dalam minit, kereta itu berhenti seketika.
1 marks
b
Diberi laju purata kereta itu dari Kemaman ke Dungun ialah 60 kmj$^{-1}$, hitung nilai $d$.
3 marks
74 marks
Kelab Keluarga SMK Sultan Ahmad akan mengadakan lawatan ke Pulau Perhentian. Kebarangkalian Linda ($L$) dan Shukri ($S$) menyertai lawatan itu ialah $\frac{2}{5}$ dan $\frac{3}{8}$.
a
Lengkapkan gambarajah pokok di ruang jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
1 marks
b
Hitung kebarangkalian bahawa seorang daripada mereka menyertai lawatan itu.
3 marks
85 marks
Encik Haziq tinggal di Sandakan, Sabah dan memiliki sebuah kereta Proton Persona. Jadual 1(a) menunjukkan maklumat kereta Encik Haziq.
> Jumlah yang diinsuranskan: RM45 000
> Kapasiti Enjin: 1600 cc
> NCD: 25%
Jadual 1(a)
Jadual 1(b) menunjukkan Jadual Tarif Motor 2015.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 | 196.20 | 67.50 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
Jadual 1(b)
\*\*\* Kadar premium asas polisi komprehensif setiap RM1 000 untuk Semenanjung Malaysia ialah RM26 dan Sabah dan Sarawak ialah RM20.30.
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Haziq untuk polisi komprehensif.
5 marks
95 marks
Naim adalah seorang pekerja kilang. Gaji tahunannya pada tahun 2022 ialah RM49 500. Dia menderma sebanyak RM250 kepada sebuah organisasi yang diluluskan oleh kerajaan. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang dituntut oleh Naim ialah RM15 300.
Jadual 2 menunjukkan sebahagian daripada Kadar Cukai Individu untuk Tahun Taksiran 2022.
| Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
Jadual 2
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Naim.
5 marks
104 marks
Sebuah pelampung di laut bergerak naik dan turun mengikut ombak. Ketinggian pelampung dari permukaan laut boleh diwakili oleh fungsi $y = 1.5\,\text{kos}\,3x + 2$.
Nyatakan
a(i)
amplitud pergerakan pelampung
1 marks
a(ii)
ketinggian maksimum pelampung
1 marks
b
Pada ruang jawapan, lakar graf $y = 1.5\,\text{kos}\,3x + 2$
*(Ruang jawapan: paksi-$x$ bertanda 0, 60°, 120° dan 180°; paksi-$y$ tanpa nilai. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: nilai-nilai yang anda tanda pada paksi-$y$, nilai $y$ pada titik-titik maksimum dan minimum serta nilai $x$ di mana ia berlaku, dan bentuk graf dari 0° hingga 180°.)*
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 5.1 menunjukkan satu graf berbilang tepi dan mempunyai gelung.
a(i)
Nyatakan:
$V$ dan $n(V)$
2 marks
a(ii)
$E$ dan $n(E)$
2 marks
a(iii)
jumlah darjah
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan graf tak terarah dan berpemberat bagi kedudukan enam buah sekolah. Seorang pembekal buku teks akan menghantar stok buku teks ke semua sekolah bermula dari sekolah $A$ dan berakhir di sekolah $F$.
b(i)
Lukis graf terarah dan berpemberat yang mewakili laluan terpendek dari sekolah $A$ ke sekolah $F$ dengan keadaan semua laluan hanya dilalui sekali sahaja.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: urutan bucu dari $A$ ke $F$, arah setiap tepi dan pemberatnya.)*
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung jarak terpendek itu, dalam km.
2 marks
129 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan dengan pelan kewangan Encik Ramli.
| Pendapatan bersih | |
|---|---|
| Gaji | RM3 200 |
| Elaun | RM400 |
| Sewa diterima | RM600 |
| **Perbelanjaan** | |
| Ansuran rumah | RM700 |
| Ansuran kereta | RM450 |
| Premium insurans | RM200 |
| Makanan | RM400 |
| Petrol | RM200 |
| Bayaran tol | RM180 |
| Bil utiliti | RM300 |
Jadual 3
Hitung
a(i)
pendapatan aktif.
1 marks
a(ii)
pendapatan pasif.
1 marks
a(iii)
jumlah perbelanjaan.
1 marks
b
Hitung aliran tunai bulanan Encik Ramli.
2 marks
c
Encik Ramli ingin menyimpan RM90 000 dalam masa empat tahun dari sekarang. Hitung simpanan bulanan tambahan yang diperlukan.
4 marks
139 marks
a
Diberi matriks $P = \begin{bmatrix} 5x + 2 & -6 \\ 7 - 2y & 4x \end{bmatrix}$, $Q = \begin{bmatrix} 2x & 6 \\ 8 & 4y \end{bmatrix}$ dan $P - Q = \begin{bmatrix} 11 & -12 \\ -3 & 2z \end{bmatrix}$.
Hitung nilai $x$, nilai $y$ dan nilai $z$.
4 marks
b
Jadual 4 menunjukkan bilangan kerusi plastik dan meja plastik yang dijual secara pukal oleh sebuah kedai perabot kepada Kolej Bestari dan Kolej Unggul.
| | Bilangan kerusi plastik yang dijual | Bilangan meja plastik yang dijual |
|---|---|---|
| Kolej Bestari | 82 | 100 |
| Kolej Unggul | 95 | 86 |
Jadual 4
Jumlah jualan kerusi plastik dan meja plastik bagi Kolej Bestari dan Kolej Unggul masing-masing ialah RM14 878 dan RM13 505. Menggunakan kaedah matriks, cari harga, dalam RM, sebuah kerusi plastik dan sebuah meja plastik yang telah terjual.
5 marks
149 marks
a
Tentukan sama ada Rajah 6(a) merupakan suatu teselasi atau bukan. Berikan justifikasi.
2 marks
Rajah 6(b) menunjukkan tiga buah heksagon $ABCDEF$, $PQRSTV$ dan $GHJLMN$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
Heksagon $PQRSTV$ ialah imej bagi heksagon $ABCDEF$ di bawah suatu pantulan. Heksagon $GHJLMN$ ialah imej bagi heksagon $PQRSTV$ di bawah transformasi $\mathbf{Y}$.
Namakan garis pantulan tersebut.
1 marks
b(ii)
Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{Y}$.
3 marks
c
Diberi heksagon $ABCDEF$ mewakili kawasan yang mempunyai luas 58.4 cm$^2$. Hitung luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek itu.
3 marks
159 marks
Jadual 5 menunjukkan masa larian bagi 200 peserta marathon di Zon Cheneh sejauh 8 km pada dua bulan lepas.
| Masa larian (minit) | Kekerapan longgokan | Kekerapan | Titik tengah |
|---|---|---|---|
| 21 – 25 | 3 | | |
| 26 – 30 | 53 | | |
| 31 – 35 | 100 | | |
| 36 – 40 | 142 | | |
| 41 – 45 | 170 | | |
| 46 – 50 | 188 | | |
| 51 – 55 | 200 | | |
Jadual 5
a
Lengkapkan Jadual 5 di ruang jawapan.
*(Tulis kekerapan dan titik tengah bagi setiap selang kelas.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan graf yang disediakan di halaman 27.
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 minit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 peserta pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, nilai-nilai pada paksi mengufuk, dan tinggi setiap bar.)*
4 marks
Berdasarkan graf yang dilukis di (b),
c(i)
Nyatakan bentuk taburan bagi data tersebut,
1 marks
c(ii)
Hitung peratusan peserta yang lari melebihi 45 minit.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Faris memiliki sebuah kedai percetakan. Dia perlu mencetak sejumlah buku setiap hari. Jadual 6(a) menunjukkan bilangan mesin yang beroperasi, $X$, dan masa yang diperlukan, $T$, untuk mencetak buku-buku tersebut. Diberi $T$ berubah secara songsang dengan $X$.
| $X$ | 9 | 6 |
|---|---|---|
| $T$ | 8 | $n$ |
Jadual 6(a)
a(i)
Ungkapkan $T$ dalam sebutan $X$.
2 marks
a(ii)
Tentukan nilai $n$.
1 marks
b
Sempena cuti persekolahan, Encik Faris telah mempromosikan jualan murah di kedainya. Beliau memberi diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian buku. Diberi harga asal sebuah buku Ensiklopedia ialah RM$1\,220_4$.
Hitung harga buku tersebut selepas diskaun, dalam asas tujuh.
4 marks
c
Encik Faris ingin mengembangkan perniagaannya. Berdasarkan status kewangannya, beliau hanya mampu membayar pinjaman bank tidak melebihi RM1 400 sebulan. Beliau menghubungi dua buah bank untuk mendapatkan maklumat berkaitan pinjaman. Jadual 6(c) ialah pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank tersebut.
| | Bank P | Bank Q |
|---|---|---|
| Jumlah pinjaman | RM80 000 | RM80 000 |
| Tempoh bayaran | 8 tahun | 6 tahun |
| Kadar faedah | 4.5% | 5% |
Jadual 6(c)
Bank manakah yang sesuai dipilih oleh Encik Faris?
4 marks
d
Penyelesaian dengan kaedah matriks **tidak** dibenarkan untuk menjawab soalan ini.
Jadual 6(d) menunjukkan maklumat pembelian buku di kedai Encik Faris oleh seorang pelanggan.
| Jenis buku | Bilangan buku | Harga sebuah buku (RM) |
|---|---|---|
| Sains | $x$ | 10 |
| Matematik | $y$ | 12 |
Jadual 6(d)
Seorang pelanggan telah membeli $x$ buah buku Sains dan $y$ buah buku Matematik. Jumlah buku yang dibeli oleh pelanggan itu sebanyak 5 buah. Jumlah harga yang dibayar oleh pelanggan itu bagi semua buku ialah RM56. Hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
4 marks
1715 marks
Pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Dungun, Rajhanur telah memenangi pingat emas bagi acara lontar peluru. Graf fungsi ketinggian peluru berbanding masa diwakili oleh $y = -5x^2 + 9x + 1.5$.
a(i)
Pada ruang jawapan, lengkapkan Jadual 7 bagi persamaan $y = -5x^2 + 9x + 1.5$ untuk $0 \leq x \leq 1.8$.
| $x$ | 0 | 0.4 | 0.8 | 0.9 | 1.2 | 1.4 | 1.8 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.5 | … | 5.5 | 5.55 | 5.1 | 4.3 | … |
Jadual 7
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap petak kosong dan nyatakan nilai $x$ yang berkaitan.)*
2 marks
a(ii)
Seterusnya, lukis graf $y = -5x^2 + 9x + 1.5$ untuk $0 \leq x \leq 1.8$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (koordinat) dan bentuk lengkung yang anda lukis.)*
3 marks
Peluru yang digunakan dalam acara itu adalah berbentuk sfera dengan jejari 5.5 cm. (Guna $\pi = \frac{22}{7}$)
b(i)
Hitung isipadu peluru tersebut dalam cm³.
2 marks
b(ii)
Peluru itu akan disalut dengan cat anti-karat. Hitung luas permukaan peluru yang perlu dicat.
2 marks
c
Penyelesaian dengan kaedah matriks **tidak** dibenarkan untuk menjawab soalan ini.
Beza umur gurunya dan Rajhanur ialah 20 tahun. Umur Rajhanur didarab 2 dan ditambah 3 bersamaan dengan umur gurunya. Tanpa menggunakan kaedah matriks, hitung umur Rajhanur dan umur gurunya.
4 marks
d
Pada sesi latihan seterusnya, Rajhanur telah melakukan empat lontaran seperti Jadual 7.
| Lontaran | 1 | 2 | 3 | 4 |
|---|---|---|---|---|
| Jarak (meter) | 10.6 | 10.7 | 10.4 | 10.3 |
Jadual 7
Diberi min jarak lontaran ialah 10.5. Hitung varians bagi data tersebut.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open