Jadual 1 menunjukkan jarak di antara lima tempat, $P$, $Q$, $R$, $S$ dan $T$.
| Pasangan bucu | Jarak (km) |
|---|---|
| $(P, Q)$ | 10 |
| $(P, R)$ | 8 |
| $(Q, S)$ | 7 |
| $(Q, T)$ | 4 |
| $(R, Q)$ | 6 |
| $(R, S)$ | 5 |
| $(T, S)$ | 9 |
Jadual 1
a
Berdasarkan jadual, lengkapkan graf berpemberat tak terarah di ruang jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: tepi-tepi yang anda tambah (pasangan bucu) dan pemberat setiap tepi.)*
2 marks
b
Lukis satu pokok dengan jumlah nilai pemberat yang minimum.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: tepi-tepi yang dipilih (pasangan bucu) dan pemberatnya.)*
2 marks
24 marks
Sebuah kotak mengandungi 5 biji bola merah ($M$) dan 2 biji bola biru ($B$). Dua biji bola dipilih secara rawak dari kotak itu satu demi satu tanpa pemulangan.
a
Wakilkan peristiwa ini dengan menggunakan gambar rajah pokok.
*(Huraikan gambar rajah pokok anda dalam perkataan: setiap cabang bagi bola pertama dan bola kedua ($M$ atau $B$) beserta kebarangkaliannya.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian bahawa bola kedua adalah berwarna biru.
2 marks
34 marks
Rajah 1 di ruang jawapan menunjukkan graf bunyi yang mengikut fungsi $y = 2\sin x$.
Apabila kenyaringan berubah, fungsi graf itu menjadi $y = 2\sin x + 1$. Pada paksi yang sama, lakarkan graf $y = 2\sin x + 1$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$ pada Rajah 1. Seterusnya, nyatakan amplitud dan nilai $x$ bagi nilai maksimum dan nilai minimum pada graf baharu.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: titik-titik utama yang dilalui graf baharu (pintasan, nilai maksimum dan minimum) dan bentuknya.)*
4 marks
44 marks
Encik Wahid mempunyai jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM52 000 pada tahun 2020. Jadual 2 menunjukkan pelepasan cukai yang hendak dituntut oleh Encik Wahid.
| Perkara | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat (had RM7 000) | 5 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 3 100 |
Jadual 2
Hitung jumlah pendapatan bercukai bagi Encik Wahid. Adakah beliau layak mendapat rebat cukai sebanyak RM400? Berikan justifikasi anda.
4 marks
54 marks
Rajah 2 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu zarah dalam tempoh 30 saat.
a
Hitung kadar perubahan laju, dalam ms$^{-2}$, zarah itu bagi 12 saat terakhir.
1 marks
b
Diberi jumlah jarak yang dilalui oleh zarah itu ialah 375 m, hitung nilai $v$.
3 marks
64 marks
Data dalam Rajah 3 menunjukkan nilai pH yang diperoleh daripada 15 jenis sabun tangan. Terdapat satu jenis sabun tangan yang nilai pH-nya tidak diketahui dan dilambangkan sebagai $x$. Min bagi kesemua nilai pH sabun tangan tersebut ialah 9.42.
| | | | | |
|---|---|---|---|---|
| 8.9 | 10.3 | 9.4 | 9.3 | 10.5 |
| 9.0 | 9.2 | $x$ | 10.0 | 9.8 |
| 8.8 | 9.0 | 9.3 | 9.5 | 9.2 |
Rajah 3
Cari nilai $x$ dan seterusnya lukis plot kotak untuk mewakili data di atas.
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang anda tanda, serta bentuk kotak dan misainya.)*
4 marks
75 marks
Rajah 4 menunjukkan garis lurus $AB$ dan garis lurus $CD$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. $AB$ adalah selari dengan $CD$.
Cari
a
persamaan garis lurus $AB$,
3 marks
b
pintasan-$x$ bagi garis lurus $AB$.
2 marks
83 marks
Rajah 5 ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan set semesta, $\xi$, set $M$, set $N$ dan set $P$.
a
Lorekkan rantau yang mewakili $(M \cap N) \cup P$ pada ruang jawapan. *(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana yang dilorek.)*
Hitung aliran tunai Encik Salleh. Jelaskan jawapan anda.
4 marks
104 marks
Rajah 6 menunjukkan sebuah gabungan pepejal yang dibentuk daripada cantuman sebuah kon dan sebuah hemisfera. Diberi isi padu gabungan pepejal itu ialah 192.5 cm³. Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung tinggi, dalam cm, kon itu.
4 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 7 menunjukkan sisi empat $EFGH$, $EJKL$ dan $EMNP$, dilukis pada suatu satah Cartes.
a
Nyatakan sama ada sisi empat $EJKL$ dan $EMNP$ adalah serupa. Berikan justifikasi anda.
1 marks
$EFGH$ ialah imej bagi $EMNP$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{RS}$. Huraikan selengkapnya, transformasi:
b(i)
$\mathbf{S}$
3 marks
b(ii)
$\mathbf{R}$
2 marks
c
Diberi bahawa $EMNP$ mewakili kawasan dengan luas 120 cm². Hitung luas, dalam cm², kawasan yang berlorek.
3 marks
129 marks
a
Cari nilai $k$ jika matriks $A$ tidak mempunyai songsangan.
$A = \begin{bmatrix} 2 & 4 \\ k & 8 \end{bmatrix}$
2 marks
b
Diberi $C = \begin{pmatrix} 2 & m \\ -3 & -5 \end{pmatrix}$ dan $D = \frac{1}{n}\begin{pmatrix} -5 & -4 \\ 3 & 2 \end{pmatrix}$. Cari nilai $m$ dan nilai $n$ jika $CD = \begin{pmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{pmatrix}$.
2 marks
c
Hasil tambah umur Siti dan ibunya, Puan Aminah ialah 86 tahun. Selepas 2 tahun, umur Siti adalah separuh daripada umur Puan Aminah. Menggunakan kaedah matriks, hitung umur mereka sekarang.
5 marks
139 marks
Puan Salmah mempunyai rumah kediaman dengan nilai boleh insurans harta sebanyak RM400 000. Polisi insurans kebakaran rumahnya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 95% daripada nilai boleh insurans harta dan deduktibel sebanyak RM5 000.
a(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Puan Salmah bagi rumahnya.
2 marks
a(ii)
Dalam suatu kejadian kebakaran rumah, Puan Salmah telah mengalami kerugian sebanyak RM235 000. Namun beliau hanya menerima jumlah pampasan sebanyak RM136 000 sahaja. Hitung jumlah nilai yang diinsuranskan oleh Puan Salmah.
3 marks
b
Jadual 4 menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi yang dikeluarkan di Sabah dan Sarawak.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1 650 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 266.50 | 93.60 |
Jadual 4
Jadual 5 menunjukkan rumus mengira premium asas polisi komprehensif.
| Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak |
|---|---|
| Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 | Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM20.30 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 |
Jadual 5
Haslizam ingin membeli polisi insurans bagi kereta baharunya yang mempunyai kapasiti enjin 2 050cc. Nilai kereta yang perlu diinsuranskan adalah RM120 000 dan beliau layak memindahkan NCD sebanyak 45% daripada kereta lamanya. Hitung premium kasar untuk polisi komprehensif bagi kereta baharunya itu.
4 marks
149 marks
Jadual 6 menunjukkan markah ujian Matematik bagi sekumpulan murid di dalam kelas 5 Alpha.
| Markah | 40 – 49 | 50 – 59 | 60 – 69 | 70 – 79 | 80 – 89 | 90 – 99 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | 4 | 8 | 12 | 10 | 9 | 7 |
Jadual 6
a
Berdasarkan Jadual 6, lengkapkan Jadual 6.1 di ruang jawapan.
| Markah | Bilangan murid | Kekerapan longgokan | Sempadan Atas |
|---|---|---|---|
| 40 – 49 | 4 | | |
| 50 – 59 | 8 | | |
| 60 – 69 | 12 | | |
| 70 – 79 | 10 | | |
| 80 – 89 | 9 | | |
| 90 – 99 | 7 | | |
Jadual 6.1
*(Tulis kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap kelas.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif pada data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c
Murid yang berada pada persentil ke-75 dan ke atas akan mendapat sebuah hadiah daripada guru. Apakah skor minimum untuk mendapat sebuah hadiah?
*(Tunjukkan jalan kerja anda dan terangkan bagaimana anda membaca nilai daripada ogif.)*
3 marks
159 marks
Alia merupakan seorang tukang jahit. Beliau menjahit dua jenis baju, baju melayu $X$ dan baju melayu $Y$. Alia menjahit $p$ helai baju melayu $X$ dan $q$ helai baju melayu $Y$ pada suatu bulan tertentu. Maklumat di bawah berkaitan dengan jahitan kedua-dua jenis baju oleh Alia pada bulan tersebut.
- Jumlah baju melayu yang dijahit selebih-lebihnya 50 helai.
- Bilangan maksimum baju melayu $X$ ialah 25 helai.
- Bilangan minimum baju melayu $Y$ ialah 20 helai.
Berdasarkan maklumat di atas,
a
tulis tiga ketaksamaan linear selain $p \geq 0$ dan $q \geq 0$ yang mewakili situasi di atas.
3 marks
b(i)
menggunakan skala 2 cm kepada 5 helai pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau sepunya yang memuaskan ketaksamaan linear yang dibina.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: pemboleh ubah pada setiap paksi dan skalanya, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
b(ii)
daripada graf, tentukan bilangan minimum dan maksimum baju melayu $Y$ yang mungkin dijahit jika bilangan baju melayu $X$ ialah 15 helai.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Seorang pengurus projek bercadang untuk membina sebuah taman yang berbentuk segi empat tepat. Dalam pelan projek tersebut, perimeter segi empat tepat ialah 62 cm. Pepenjuru dan lebar segi empat tepat itu masing-masing ialah 25 cm dan $x$ cm.
a(i)
Bentuk satu persamaan kuadratik dalam sebutan $x$. Seterusnya, hitung nilai $x$.
4 marks
b
Untuk mewujudkan suasana yang kondusif, pengurus projek itu telah memasang lampu LED berwarna di taman tersebut. Masa yang diambil, $t$ hari, untuk memasang lampu LED berubah secara langsung dengan panjang, $p$ m dan secara songsang dengan bilangan pekerja, $w$. Diberi bahawa 6 orang pekerja mengambil masa selama 7 hari untuk memasang lampu LED sepanjang 210 meter. Hitung bilangan pekerja yang diperlukan untuk memasang lampu LED yang mengelilingi keseluruhan perimeter taman sekiranya projek ini perlu disiapkan dalam masa 5 hari.
4 marks
Sepanjang pembinaan taman, pengurus projek membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85 000 dari sebuah bank dengan kadar faedah 5% setahun dan tempoh bayar balik ialah 6 tahun.
c(i)
Berapakah ansuran bulanan yang akan dibayar oleh pengurus projek?
2 marks
c(ii)
Jika pengurus projek ingin mengurangkan satu tahun daripada tempoh bayaran balik pinjaman, hitung jumlah wang yang perlu ditambah kepada ansuran bulanan yang sedia ada.
2 marks
d
Pada bulan Februari 2025, taman tersebut telah dibuka secara rasmi. Encik Yazid dan isteri bersama 3 orang anaknya yang berusia 3 hingga 7 tahun mengunjungi taman tersebut. Harga tiket bagi seorang dewasa ialah RM$110_5$ manakala harga tiket bagi seorang kanak-kanak ialah RM$14_8$. Hitung jumlah yang perlu dibayar, dalam RM, dalam asas sepuluh.
3 marks
1715 marks
a
Puan Alya bersenam di sebuah taman rekreasi yang terletak berhampiran tempat tinggalnya. Taman tersebut berbentuk segi tiga bersudut tegak, dengan panjang $4x$ m, lebar $(x + 2)$ m, dan panjang sisi condong sepanjang $(2x + 7)$ m.
Bentuk satu persamaan kuadratik dalam sebutan $x$. Seterusnya, hitung nilai $x$.
4 marks
b
Puan Alya ingin memasang jubin lantai di bilik air pangsapurinya. Dia meneliti sebut harga pemasangan jubin yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.
> Kos bahan = RM$5501_6$
>
> Kos pengangkutan = RM480
>
> Kos upah = RM$1023_4$ seorang sehari
Rajah 8
Syarikat itu telah mengupah tiga orang pekerja untuk memasang jubin di pangsapuri tersebut dalam tempoh 3 hari. Tentukan jumlah kos sebenar, dalam asas sepuluh.
3 marks
c
Masa yang digunakan, $t$ jam, untuk memasang jubin berubah secara langsung dengan bilangan jubin, $n$ keping, dan secara songsang dengan bilangan pekerja, $p$ orang. Diberi bahawa 3 orang pekerja mengambil masa 1.5 jam untuk menyusun 25 keping jubin di bilik air itu. Jika seorang daripada pekerja tersebut tidak hadir, hitung masa yang diperlukan, dalam jam dan minit, bagi memasang jubin di dua buah bilik air dengan susunan yang sama.
4 marks
Ali sedang mencari set sofa baharu untuk ruang tamunya. Setelah membuat tinjauan, dia menemui satu promosi menarik di sebuah kedai perabot. Set sofa yang diminatinya ditawarkan pada harga RM4 800 jika dibayar secara tunai.
Namun begitu, pihak kedai juga menyediakan pilihan bayaran secara ansuran. Jika Ali memilih untuk membayar secara ansuran, dia perlu membayar sebanyak RM250 sebulan selama 24 bulan.
d(i)
Cari jumlah faedah yang dikenakan jika pembelian dibuat secara ansuran.
2 marks
d(ii)
Hitung kadar faedah yang dikenakan.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open