Dalam sebutan $-5pq^3$, nyatakan pekali bagi $-p$.
1 marks
b
Rajah 1 menunjukkan segi empat tepat $PQRS$. Diberi panjang segi empat tepat adalah dua kali lebarnya.
Ungkapkan perimeter segi empat tepat $PQRS$ dalam sebutan $a$ dan $b$.
2 marks
24 marks
a
Nyatakan songsangan dan kontrapositif bagi pernyataan berikut.
> Jika $x + 3 > 9$, maka $x > 5$
2 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan pentagon yang mematuhi suatu urutan.
b(i)
Buat satu kesimpulan umum secara aruhan bagi sebutan ke-$n$.
1 marks
b(ii)
Seterusnya tentukan bilangan pentagon pada turutan ke-30.
1 marks
33 marks
Rajah 3 menunjukkan objek berbentuk hemisfera dan prisma tegak. Jumlah isipadu bagi dua hemisfera adalah sama dengan sebuah prisma tegak.
Guna $\pi = \frac{22}{7}$.
Hitung nilai $p$.
3 marks
44 marks
Cikgu Rin mempunyai kad – kad nombor yang akan diberi kepada semua ahli Kelab Robotik. Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang kad nombor yang diterima oleh ahli Kelab Robotik tersebut.
| Ahli Kelab Robotik | Kad-kad nombor yang diterima |
|---|---|
| Elina, $E$ | Nombor perdana kurang daripada 15 |
| Haziqah, $H$ | Gandaan bagi 6 kurang daripada 20 |
| Zuhairah, $Z$ | Faktor bagi 12 |
Jadual 1
a
Lengkapkan rajah Venn pada ruangan jawapan untuk menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga kad yang diterima oleh mereka dengan set semesta $\xi = E \cup H \cup Z$.
*(Tulis unsur-unsur yang anda letakkan dalam setiap rantau: $E$ sahaja, $E \cap Z$, $Z$ sahaja, $Z \cap H$ dan $H$ sahaja.)*
2 marks
b(i)
Pada rajah yang sama, lorekkan $(H \cup Z)' \cap E$.
*(Nyatakan rantau yang anda lorek dan unsur-unsur di dalamnya.)*
1 marks
b(ii)
Senaraikan unsur bagi $(E \cup H \cap Z)'$.
1 marks
54 marks
Pada suatu hujung minggu, Rasuli telah membantu ibunya menjual makanan di kedai bakeri milik keluarga mereka. Dia telah menjual $x$ keping *Sandwich Perancis* dan $y$ keping *Sandwich Latin*. Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang jualannya pada hari Sabtu.
| | Maklumat Jualan |
|---|---|
| i) | Jumlah bilangan keping *Sandwich Perancis* dan *Sandwich Latin* yang dijual lebih besar daripada 40 keping. |
| ii) | Bilangan keping *Sandwich Perancis* yang dijual selebih-lebihnya 35 keping. |
| iii) | Bilangan maksimum *Sandwich Latin* yang dijual adalah 40 keping. |
Jadual 2
a
Berdasarkan maklumat yang diberi, tulis dua ketaksamaan linear bagi mewakili maklumat (i) dan (ii).
2 marks
b
Seterusnya, lengkapkan graf untuk mewakili ketaksamaan linear tersebut pada ruangan jawapan dan lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis (persamaannya, titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
2 marks
64 marks
Jadual 3 menunjukkan skor pencapaian bagi dua orang peserta dalam 5 ujian Matematik.
| Peserta | Ujian 1 | Ujian 2 | Ujian 3 | Ujian 4 | Ujian 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| Harry | 64 | 85 | 70 | $x$ | 90 |
| Mika | 73 | 65 | 73 | 58 | 80 |
Jadual 3
a
Diberi nilai min bagi markah Harry ialah 69.8, hitung nilai $x$.
2 marks
b
Diberi nilai min bagi Mika adalah sama dengan Harry dan nilai sisihan piawai bagi Harry adalah 17.67. Adakah Mika dipilih sebagai pemenang? Berikan justifikasi anda.
2 marks
75 marks
Rajah 4 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan sebuah kereta dalam tempoh $t$ saat.
a
Hitung nyahpecutan gerakan kereta tersebut dalam ms$^{-2}$ bagi 8 saat yang pertama.
2 marks
b
Hitung nilai $t$ jika jumlah jarak yang dilalui oleh kereta itu ialah 245 m.
3 marks
84 marks
Encik Farid bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah dengan gaji bersih bulanan RM7 800. Beliau juga menjadi guru tuisyen dengan bayaran sebanyak RM1 250 sebulan dan memperolehi hasil sewa rumah kedua sebanyak RM700 sebulan. Jadual 4 menunjukkan anggaran perbelanjaan bulanan Encik Farid.
| Perbelanjaan Bulanan | RM |
|---|---|
| Bayaran ansuran pinjaman perumahan (1) | 600 |
| Bayaran ansuran pinjaman perumahan (2) | 900 |
| Perbelanjaan makanan | 700 |
| Bayaran utiliti | 350 |
| Belanja tol dan petrol | 200 |
| Langganan perkhidmatan internet | 100 |
| Makanan di restoran mewah | 400 |
| Perbelanjaan insurans | 350 |
Jadual 4
a
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan pendapatan pasif Encik Farid.
1 marks
b
Encik Farid menetapkan 10% daripada gajinya sebagai simpanan tetap bulanan untuk mencapai matlamat kewangannya.
Hitung aliran tunai bulanan Encik Farid.
3 marks
94 marks
Cari nilai berikut tanpa menggunakan kalkulator saintifik.
Pada ruangan jawapan, lakarkan graf $y = 3 \sin 2x - 1$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan bilangan kitaran, nilai-nilai yang anda tanda pada paksi-$y$, serta koordinat titik-titik maksimum dan minimum.)*
2 marks
105 marks
Encik Samer menetap di Semenanjung Malaysia. Dia ingin memperbaharui cukai jalan dengan membeli satu polisi insurans motor bagi keretanya. Jadual 5 menunjukkan maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
| Jumlah yang ingin diinsuranskan | RM89 000 |
|---|---|
| Umur kenderaan | 3 tahun |
| Kapasiti enjin | 1 800 cc |
| Klausa Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) | 30% |
Jadual 5
Jadual 6 di bawah menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 |
Jadual 6
\* Bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM1 000 pertama daripada jumlah yang diinsuranskan.
a
Menggunakan rumus,
> Rumus mengira premium asas polisi komprehensif bagi Semenanjung Malaysia.
>
> Premium asas = kadar bagi RM1 000 pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000
Hitung premium asas bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian keretanya.
3 marks
b
Seterusnya, hitung premium kasar bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian keretanya.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 5 menunjukkan suatu graf tak terarah yang mempunyai gelung dan berbilang tepi.
a(i)
Nyatakan
tepi ($E$)
1 marks
a(ii)
bilangan darjah
1 marks
b
Jadual 7 menunjukkan Kelab dan Persatuan bagi sekumpulan murid di sebuah sekolah.
| Kelab dan Persatuan | Nama Murid |
|---|---|
| Bahasa Melayu ($B$) | Shah, Mira, Kimi, Ika |
| Bahasa Inggeris ($I$) | Kimi, Chin, Amar, Fara |
| Matematik ($M$) | Shah, Ravi, Amar, Nina |
| Pelancongan ($P$) | Chin, Nina |
| Catur ($C$) | Mira, Ravi |
| Keusahawanan ($K$) | Ika, Fara |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, lukis satu graf mudah.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu dan setiap tepi (pasangan bucu yang disambungkan) beserta labelnya.)*
3 marks
Rajah 6 menunjukkan satu graf berpemberat tak terarah yang mewakili rangkaian paip antara lima lokasi iaitu A, B, C, D dan E. Panjang setiap paip dalam kilometer ditunjukkan pada sisi.
c(i)
Lukis dua pokok dengan pemberat minimum dan maksimum.
*(Huraikan kedua-dua pokok anda dalam perkataan: tepi-tepi yang dipilih beserta pemberatnya bagi pokok pemberat minimum dan bagi pokok pemberat maksimum.)*
2 marks
c(ii)
Hitung kos minimum bagi rangkaian paip jika kos semeter paip ialah RM12.70.
2 marks
129 marks
a
Rajah 7 menunjukkan beberapa poligon yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Senaraikan dua pasangan segitiga yang kongruen.
2 marks
Rajah 8 menunjukkan tiga pentagon $ABCDE$, $AFGHI$ dan $AJKLM$ dilukis pada suatu satah Cartesan.
b(i)
$AJKLM$ ialah imej bagi $ABCDE$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{PQ}$. Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{P}$ dan transformasi $\mathbf{Q}$.
5 marks
b(ii)
Diberi luas pentagon $AJKLM$ ialah 4.125 unit$^2$, hitung luas kawasan berlorek.
2 marks
139 marks
Jadual 8 menunjukkan data tekan tubi yang dilakukan oleh 80 orang murid untuk Ujian SEGAK di SMK Sri Cemerlang pada bulan Mei.
| Tekan Tubi | Kekerapan |
|---|---|
| 6 – 10 | 5 |
| 11 – 15 | 8 |
| 16 – 20 | 13 |
| 21 – 25 | 19 |
| 26 – 30 | 20 |
| 31 – 35 | 12 |
| 36 – 40 | 3 |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8,
a(i)
Nyatakan saiz selang kelas dan julat bagi data itu.
Untuk ceraian soalan ini, guna kertas graf yang disediakan pada halaman 25.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang. Lukis ogif.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c
Seterusnya, dari ogif, cari persentil ke-60.
1 marks
149 marks
a
Encik Rahman memiliki sebuah kereta kegunaan persendirian dengan kapasiti enjin 1789 di Kota Bharu.
| Kapasiti Enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | - |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | +0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | +0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
Jadual 10
Hitung cukai jalan yang perlu dibayar oleh Encik Rahman.
2 marks
Pada tahun 2024, Encik Rahman mendapat gaji tahunan sebanyak RM90 000 manakala isterinya mendapat gaji tahunan RM12 000 kurang daripada Encik Rahman. Mereka masing-masing telah mendermakan RM500 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Kerajaan. Jumlah zakat mereka berdua pada tahun itu adalah RM2 500. Jumlah pelepasan yang hendak dituntut oleh Encik Rahman dan isterinya ialah RM25 000 bagi kiraan taksiran cukai bersama. Jadual 11 menunjukkan sebahagian daripada Kadar Cukai Individu untuk tahun 2024.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 500 |
| | 20 000 berikutnya | 11 | 2 200 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 3 700 |
| | 30 000 berikutnya | 19 | 5 700 |
| 100 001 – 400 000 | 100 000 pertama | | 9 400 |
| | 300 000 berikutnya | 25 | 75 000 |
Jadual 11
Gunakan taksiran cukai bersama untuk menghitung
b(i)(a)
pendapatan bercukai dan
2 marks
b(i)(b)
cukai pendapatan Encik Rahman dan isterinya.
2 marks
b(ii)
Setiap bulan, gaji mereka masing-masing dipotong sebanyak RM650 dan RM500 untuk potongan cukai bulanan (PCB).
Adakah mereka perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Jelaskan jawapan anda.
3 marks
159 marks
Diberi bahawa matriks $M = \begin{bmatrix} 3 & x + 2 \\ 9 & -2y \end{bmatrix}$ dan matriks $N = \begin{bmatrix} 2 & 15 \\ 5z + x & 10 \end{bmatrix}$.
Diberi bahawa $M - N = \begin{bmatrix} 1 & -11 \\ 2 & -4 \end{bmatrix}$, cari nilai
a(i)
$x$
1 marks
a(ii)
$y$
1 marks
a(iii)
$z$
2 marks
b
Jadual 12 menunjukkan bilangan meja dan kerusi murid yang dibekalkan di dua buah sekolah di daerah Kota Bharu.
| Sekolah | Bilangan Meja Murid | Bilangan Kerusi Murid |
|---|---|---|
| Sekolah A | 50 | 60 |
| Sekolah B | 30 | 45 |
Jadual 12
Jumlah peruntukan harga bagi meja dan kerusi bagi sekolah A adalah RM10 850. Sekolah B menerima peruntukan RM3 575 kurang berbanding sekolah A.
Dengan menggunakan kaedah matriks hitung harga satu meja murid dan satu kerusi murid.
5 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Syarikat MyTiqnAI sedang membangunkan sistem kecerdasan buatan untuk membantu perniagaan dalam pengurusan kewangan dan pelanggan.
Seorang pelanggan Syarikat MyTiqnAI memilih satu pakej yang ditawarkan dengan harga langganan RM120 sebulan. Jumlah bil yang perlu dibayar ialah RM127.20 termasuk cukai perkhidmatan.
a(i)
Nyatakan pihak yang bertanggungjawab mengutip cukai perkhidmatan.
1 marks
a(ii)
Hitung kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan.
2 marks
b
Jadual 13 menunjukkan pakej perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat MyTiqnAI kepada pelanggannya.
| Pakej | Pakej Asas | Pakej Profesional |
|---|---|---|
| Harga Langganan per bulan | RM50 | RM120 |
Jadual 13
Jumlah pelanggan bagi kedua-dua pakej ialah 500 orang dan jumlah kutipan langganan ialah RM39 000.
Dengan menggunakan kaedah penggantian dan penghapusan, hitung bilangan pelanggan bagi pakej Asas dan bilangan pelanggan bagi pakej Profesional.
4 marks
Syarikat MyTiqnAI menyewa sebuah pusat data untuk mengendalikan sistem kecerdasan buatan mereka. Rajah 9 menunjukkan pelan lantai bagi bangunan pusat data yang berbentuk segi empat tepat, $ABCD$. Sebuah segi tiga sama kaki, $EFG$, diperuntukkan sebagai ruang interaktif pelanggan dan kawasan berlorek merupakan tempat duduk pelanggan.
Diberi titik $E$ ialah titik tengah bagi panjang $AB$ dan $AE = EB = GF$. Panjang $EH = 8$ m, $BC = (x + 5)$ m dan $CD = (2x + 4)$ m.
c(i)
Ungkapkan luas tempat duduk pelanggan, $L$ m$^2$, dalam sebutan $x$.
2 marks
c(ii)
Jika luas ruang interaktif pelanggan ialah 48 m$^2$, hitung luas, dalam m$^2$, bagi tempat duduk pelanggan.
3 marks
d
Syarikat MyTiqnAI bercadang untuk melaburkan sebahagian keuntungan dalam projek AI dengan sasaran nilai pulangan pelaburan melebihi 60%. Mereka melabur RM500 000 dalam projek AI dengan membeli saham yang berharga RM1.25 seunit. Pada akhir tahun tersebut, syarikat telah mengisytiharkan dividen sebanyak 20 sen seunit. Pada tahun berikutnya, syarikat MyTiqnAI telah menjual semua saham yang dipegang apabila harga saham meningkat kepada RM1.75 seunit. Hitung nilai pulangan pelaburan bagi syarikat MyTiqnAI. Adakah sasarannya tercapai?
3 marks
1715 marks
Sarah menjalankan perniagaan kecil menjual biskut semperit dan biskut tart semasa musim perayaan.
a
Sarah telah menggunakan 690 kWj elektrik pada bulan tersebut. Diberi bahawa penggunaan elektrik yang melebihi 600 kWj dalam sebulan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Jadual 14 menunjukkan blok purata dan kadar bayaran elektrik pada bulan tersebut.
| Blok tarif (kWj) | Blok purata (kWj) | Kadar (RM) |
|---|---|---|
| 200 | 200 | 0.218 |
| 100 | 100 | 0.334 |
| 300 | 300 | 0.516 |
| 300 | 90 | 0.546 |
Jadual 14
Hitung jumlah bil elektrik yang dikenakan pada bulan tersebut.
3 marks
b
Harga biskut per balang bagi biskut semperit dan biskut tart masing-masing ialah RM15 dan RM20. Haliza membayar RM1 000 untuk 50 balang biskut raya dan menerima baki sebanyak RM150.
Tanpa menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan balang biskut semperit dan bilangan balang biskut tart yang dibelinya.
4 marks
Sarah membeli loyang aluminium untuk digunakan sebagai acuan biskut tart. Rajah 10 menunjukkan permukaan bahagian dalam loyang tersebut.
c(i)
Panjang ialah $(2x + 10)$ cm dan lebarnya kurang 4 cm daripada panjang.
Diberi luas permukaan bahagian dalam loyang ialah 480 cm$^2$, bentuk satu persamaan kuadratik dalam sebutan $x$. Berikan jawapan anda dalam bentuk $ax^2 + bx + c = 0$.
2 marks
c(ii)
Seterusnya, hitung lebar loyang.
3 marks
d
Sarah membeli satu unit kedai dengan harga sebanyak RM270 000. Beliau telah menjelaskan 10% wang pendahuluan sebanyak RM27 000. Beliau mengharapkan pulangan sebanyak 35% dalam tempoh 20 tahun.
Setelah genap 20 tahun, Sarah menjual kedai tersebut dengan harga RM500 000.
Berikut ialah perbelanjaan-perbelanjaan lain yang terlibat:
| Perbelanjaan | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Jumlah ansuran bulanan yang dibayar | RM333 000 |
| Duti setem | RM7 500 |
| Ejen komisen | RM4 000 |
| Kos guaman | RM9 000 |
Hitung nilai pulangan pelaburan beliau. Adakah beliau mencapai hasratnya untuk mendapatkan pulangan sebanyak 35%?
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open