Selesaikan $0.000035 + 2.1 \times 10^{-6}$. Berikan jawapan dalam bentuk piawai.
Pahang Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · PINTAS Set 1
- Pahang Trial PINTAS Set 1 · 2026
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas lilin berbentuk silinder berjejari 7 cm. Sebuah kon dengan jejari dan tinggi masing-masing ialah 3 cm dan 7 cm dikeluarkan dari bahagian tengah silinder itu.
Hitung isi padu, dalam $\text{cm}^3$, bekas lilin yang tinggal. [Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
Rajah 2 menunjukkan sebuah semibulatan $JKLMNO$ yang dibahagikan kepada 4 sektor, $S$, $U$, $V$ dan $W$. Diberi diameter semibulatan itu ialah 15 cm dan $\angle LOM = \angle MON$.
Hitung
a
1 marks
nilai $\angle LOM$,
b
2 marks
luas sektor $V$, dalam $\text{cm}^2$. [Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
Anda **tidak dibenarkan** menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Rajah 3 menunjukkan gabungan kuboid dan sebuah prisma tegak dengan tapak segi empat tepat $HJKR$ yang terletak pada satah mengufuk. Sebuah semi silinder dikeluarkan daripada kuboid. $HJMNWVG$ ialah keratan rentas seragam objek itu. Titik $N$ adalah 8 cm tegak di atas titik tengah $HJ$.
Lukis dengan skala penuh, dongakan objek itu pada satah mencancang yang selari dengan $HJ$ dan $HG$ sebagaimana yang dilihat dari arah $X$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk dongakan, label setiap bucu, panjang setiap sisi, sudut pada bucu dan sama ada garis-garisnya padu atau putus-putus.)*
Satu tinjauan telah dijalankan oleh sebuah restoran tentang dua menu baharu yang disajikan di restoran itu. Kebarangkalian pelanggan memilih menu $P$ dan menu $R$ masing-masing ialah $\frac{4}{7}$ dan $\frac{8}{13}$.
a
2 marks
Lengkapkan rajah pokok di ruang jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan kesudahan bagi setiap kurungan kosong dalam rajah pokok.)*
b
3 marks
Hitung kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya satu menu dipilih.
Rajah 4 menunjukkan sebuah segi empat selari, $OPQR$. $O$ ialah asalan.
a
3 marks
Cari persamaan garis lurus $QR$.
b
2 marks
Tentukan pintasan-$x$ bagi garis lurus $QR$.
a
1 marks
Tentukan sama ada pernyataan majmuk berikut adalah benar atau palsu.
> $6 \times 6 \times 6 = 6^3$ atau $\sqrt{216} = 6$
b
2 marks
Tulis dua implikasi bagi pernyataan berikut:
> 2 ialah faktor bagi 8 jika dan hanya jika 8 boleh dibahagi tepat dengan 2.
c
2 marks
Diberi bahawa isi padu sebuah kon ialah $\frac{1}{3}\pi j^2 t$, dengan keadaan $j$ ialah jejari dan $t$ ialah tinggi. Jika sebuah kon mempunyai jejari 6 cm dan tinggi 7 cm, buat satu kesimpulan secara deduktif bagi isi padu kon tersebut.
Rajah 5 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$ dan sebuah poligon sekata yang tidak lengkap dengan $n$ sisi. $TPS$ ialah garis lurus.
a
2 marks
Hitung nilai $x$,
b
2 marks
Seterusnya, tentukan bilangan $n$ sisi poligon sekata yang tidak lengkap itu.
a
2 marks
Lorekkan kawasan yang mewakili set $P \cup (M \cap N)$ di ruang jawapan yang disediakan.
*(Ruang jawapan menunjukkan set $M$, $N$ dan $P$ seperti dalam rajah. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan.)*
b
2 marks
Sunny dan Rina bermain permainan kad nombor misteri. Jadual 1 menunjukkan senarai kad nombor misteri yang diterima oleh mereka.
| Nama | Kad nombor misteri yang diterima |
|---|---|
| Sunny ($S$) | Faktor bagi 15 |
| Rina ($R$) | Nombor kuasa dua sempurna kurang dari 18 |
Jadual 1
Lukis gambar rajah Venn untuk mewakili kedua-dua set kad nombor yang dinyatakan di Jadual 1.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: bagaimana set $S$ dan $R$ dilukis dan unsur-unsur dalam setiap rantau.)*
a
2 marks
Diberi $\sin \theta = 0.9397$ dan $0^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$. Hitung sudut $\theta$.
b
2 marks
Pada ruang jawapan, lakarkan graf bagi $y = 2 \text{ kos } x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Ruang jawapan: paksi-$x$ bertanda $0$, $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$, $360^\circ$ dan paksi-$y$ tanpa skala. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik permulaan dan titik akhir, titik maksimum dan minimum, titik persilangan dengan paksi-$x$ dan nilai yang dilabel pada paksi-$y$.)*
Bahagian B
Answer all 5
Jadual 2.1 menunjukkan kadar cukai jalan bagi kenderaan persendirian di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin | Kadar cukai jalan: Kadar asas | Kadar cukai jalan: Kadar progresif |
|---|---|---|
| 1401 cc - 1600 cc | RM90.00 | - |
| 1601 cc - 1800 cc | RM200.00 | +RM0.40 setiap cc melebihi 1600 cc |
Jadual 2.1
a(i)
2 marks
Puan Salmi ingin membayar cukai jalan bagi keretanya dengan kapasiti enjin 1 780 cc. Hitung cukai jalan bagi kereta itu.
a(ii)
3 marks
Jadual 2.2 menunjukkan sebahagian daripada Kadar Cukai Individu untuk Tahun Taksiran 2025.
| Pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 000 - 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 - 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1200 |
Jadual 2.2
Pendapatan bercukai Puan Salmi pada tahun taksiran 2025 ialah RM45 000. Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Puan Salmi bagi tahun taksiran itu.
Jadual 2.3 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka.
| Umur | Lelaki: Bukan perokok | Lelaki: Perokok | Wanita: Bukan perokok | Wanita: Perokok |
|---|---|---|---|---|
| 35 | 2.12 | 2.72 | 1.45 | 1.78 |
| 36 | 2.18 | 2.80 | 1.50 | 1.84 |
| 37 | 2.26 | 2.91 | 1.56 | 1.93 |
Jadual 2.3
Berdasarkan Jadual 2.3, hitung premium tahunan bagi setiap situasi berikut:
b(i)
2 marks
Ivan adalah seorang lelaki berusia 35 tahun dan tidak merokok. Dia bercadang untuk membeli polisi insurans bernilai RM350 000.
b(ii)
3 marks
Nina berusia 37 tahun dan bukan seorang perokok. Dia bercadang untuk membeli polisi insurans bernilai RM200 000 dan menambah polisi penyakit kritikal. Syarikat insurans menawarkan polisi penyakit kritikal dengan memberikan perlindungan sebanyak 40% nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM1 000 ialah RM1.90.
a
2 marks
Rajah 6 menunjukkan satu bentuk teselasi yang dihasilkan dengan transformasi isometri.
Huraikan selengkapnya transformasi yang terlibat untuk menghasilkan bentuk $N$ daripada bentuk $M$.
Rajah 7 menunjukkan tiga poligon, $FGHJKL$, $OMNPQR$ dan $RSTUVW$, dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
3 marks
Diberi bahawa poligon $RSTUVW$ ialah imej bagi poligon $FGHJKL$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{YZ}$. Huraikan selengkapnya, transformasi
$\mathbf{Z}$
b(ii)
3 marks
$\mathbf{Y}$
Jadual 3 di ruang jawapan menunjukkan taburan kekerapan masa larian bagi 200 peserta dalam satu ujian kecergasan.
| Masa larian (minit) | Kekerapan | Titik tengah |
|---|---|---|
| 11 – 15 | 5 | |
| | 36 | |
| | 48 | |
| | 79 | |
| | 20 | |
| | 12 | |
Jadual 3
a(i)
2 marks
Lengkapkan Jadual 3 di ruang jawapan.
*(Tulis selang kelas dan titik tengah bagi setiap baris Jadual 3.)*
a(ii)
4 marks
Untuk ceraian soalan ini, gunakan graf yang disediakan di halaman 31.
Seterusnya, menggunakan skala 2 cm kepada 5 minit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang peserta pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data itu.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: paksi dan skala yang digunakan, nilai pada paksi mengufuk (sempadan kelas atau titik tengah) dan ketinggian setiap palang.)*
b
3 marks
Hitung sisihan piawai bagi data itu.
a
3 marks
Alice bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di sebuah syarikat dengan gaji RM8 500. Dia juga menerima RM1 200 setiap bulan hasil sewa rumahnya. Perbelanjaan tetap dan perbelanjaan tidak tetap bulanannya masing-masing RM4 350 dan RM3 610. Jika Alice menetapkan 12% daripada gajinya sebagai simpanan tetap bulanan, hitung aliran tunai bulanannya.
b
5 marks
Jadual 4.1 menunjukkan pelan kewangan Aidil.
| Pendapatan | Amaun (RM) | |
|---|---|---|
| Pendapatan aktif | 5 500 | |
| Pendapatan pasif | 0 | |
| Jumlah pendapatan bulanan | 5 500 | |
| Tolak simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan) | 550 | |
| Tolak simpanan untuk dana kecemasan | 100 | |
| Baki pendapatan | | 4 850 |
| **Tolak perbelanjaan tetap bulanan** | | |
| Ansuran kereta | 760 | |
| Premium insurans | 280 | |
| Jumlah perbelanjaan tetap bulanan | | 1040 |
| **Tolak perbelanjaan tidak tetap bulanan** | | |
| Makanan dan minuman | 750 | |
| Belanja petrol | 300 | |
| Bayaran tol | 120 | |
| Bil telefon | 40 | |
| Melancong | 600 | |
| Gimnasium | 150 | |
| Pemberian kepada ibu bapa | 500 | |
| Jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan | | 2 460 |
| Pendapatan lebihan / Kurangan | | |
Jadual 4.1
Aidil ingin membeli sebuah basikal baharu yang berharga RM6 600. Dia menyimpan sebanyak RM550 sebulan dalam tempoh setahun.
Menggunakan konsep SMART, lengkapkan Jadual 4.2 di ruang jawapan. Seterusnya, tentukan adakah matlamat kewangan dapat dicapai.
| Khusus | Membeli sebuah basikal |
|---|---|
| Boleh diukur | |
| Boleh dicapai | |
| Bersifat realistik | |
| Tempoh masa | Setahun |
Jadual 4.2
*(Tulis isi bagi baris Boleh diukur, Boleh dicapai dan Bersifat realistik, kemudian nyatakan sama ada matlamat kewangan dapat dicapai berserta alasan.)*
Rajah 8 menunjukkan satu graf terarah.
a(i)
1 marks
Kenal pasti sama ada Rajah 8 merupakan graf mudah atau bukan. Berikan justifikasi.
a(ii)
3 marks
Nyatakan
a) $V$,
b) $E$, dan
c) $n(E)$.
Rajah 9 menunjukkan graf tidak terarah dan berpemberat bagi tujuh lokasi di Bandar $K$ dengan keadaan pemberat mewakili masa yang diambil, dalam minit.
b(i)
2 marks
Lokasi $Q$ dan $V$ ditutup sebagai langkah keselamatan akibat banjir.
Lukis satu subgraf jika Rafi perlu bergerak dari $P$ ke $S$.
*(Huraikan subgraf anda dalam perkataan: senaraikan bucu-bucunya dan setiap tepi beserta pemberatnya.)*
b(ii)
4 marks
Hitung jarak, dalam km, laluan terpendek yang diambil oleh Rafi, jika purata lajunya ialah 35 $\text{kmj}^{-1}$.
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
Umi merupakan seorang pengusaha kantin. Dia menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.
a
2 marks
Diberi harga sebiji donat ialah 2 kali ganda harga sekeping sandwic. Qaseh membeli 3 biji donat dan sekeping sandwic. Dia membayar RM20.00 dan menerima baki sebanyak RM6.00. Hitungkan harga, dalam RM, sebiji donat.
Setiap pagi, Umi ke pasar dengan menaiki van untuk membeli bahan mentah. Rajah 10 menunjukkan graf laju-masa pergerakan van Umi dalam tempoh 1 jam.
b(i)
1 marks
Nyatakan laju seragam, dalam $\text{kmj}^{-1}$, van itu.
b(ii)
2 marks
Hitung kadar perubahan laju, dalam $\text{kmj}^{-2}$, bagi 0.8 jam pertama.
c
5 marks
Pada setiap hari Rabu, Umi akan menyediakan dua jenis menu istimewa iaitu nasi ayam dan mi kari. Pada waktu rehat sesi pertama sebanyak 238 pinggan nasi ayam dan 170 mangkuk mi kari telah dijual. Manakala pada waktu rehat sesi kedua sebanyak 189 pinggan nasi ayam dan 210 mangkuk mi kari telah terjual. Jumlah jualan yang diperoleh pada sesi pertama dan sesi kedua masing-masing ialah sebanyak RM1 955 dan RM1 890.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, bagi sepinggan nasi ayam dan semangkuk mi kari.
Kantin Umi menjual $x$ gelas jus mangga dan $y$ gelas jus tembikai setiap hari. Maklumat jualan jus mangga dan jus tembikai dinyatakan dalam tiga ketaksamaan linear seperti berikut:
| I | $x + y \leq 450$ |
|---|---|
| II | $x - y \leq 0$ |
| III | $x > 50$ |
d(i)
3 marks
Rajah 11 di ruang jawapan, lukis graf yang mewakili ketaksamaan linear yang diberi. Seterusnya lorek rantau yang memuaskan semua ketaksamaan tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis yang anda lukis (persamaannya, titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau yang anda lorek.)*
d(ii)
2 marks
Umi menetapkan sasaran untuk menjual 200 gelas jus mangga dan 280 gelas jus tembikai setiap sehari. Tentukan sama ada sasaran Umi dapat dicapai atau tidak. Justifikasikan jawapan anda.
Aqil telah menyertai lawatan sekolah ke Taman Botani pada hujung minggu lepas.
a
1 marks
Tempat pertama yang dikunjungi ialah Taman Buah-buahan Tropika. Aqil telah membeli buah duku, rambutan dan ciku. Jadual 5.1 menunjukkan harga buah-buahan tersebut.
| Duku | Rambutan | Ciku |
|---|---|---|
| RM8.50 per kg | RM12 per kg | RM10.90 per kg |
Jadual 5.1
Dia membeli $p$ kg duku, $q$ kg rambutan dan $r$ kg ciku dengan jumlah bayaran sebanyak RM $x$. Ungkapkan $x$ dalam sebutan $p$, $q$ dan $r$.
Aqil menaiki basikal dari Taman Buah-buahan Tropika ke Kampung Idaman. Rajah 11 menunjukkan graf laju-masa pergerakan basikal Aqil.
b(i)
1 marks
Huraikan gerakan basikal Aqil dari saat ke-15 hingga saat ke-60.
b(ii)
3 marks
Hitung jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh Aqil.
c
5 marks
Setelah melawat Kampung Idaman, Aqil dan Rafiq berehat di Putters Cafe. Aqil membeli 2 gelas jus oren dan 3 keping sandwic daging dengan harga RM 64.70. Rafiq membeli segelas jus oren dan 4 keping sandwic daging dengan harga RM 7.40 lebih mahal daripada Aqil.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, segelas jus oren dan sekeping sandwic daging.
Aqil meneruskan lawatannya ke Taman Haiwan. Jadual 5.2 menunjukkan maklumat tentang burung unta, $x$, dan burung merak, $y$, yang terdapat di situ.
| Syarat | Ketaksamaan linear |
|---|---|
| (I) Jumlah bilangan burung unta dan burung merak selebih-lebihnya 25 ekor. | $x + y \leq 25$ |
| (II) Bilangan burung unta selebih-lebihnya tiga kali ganda bilangan burung merak. | |
Jadual 5.2
d(i)
1 marks
Tulis satu ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili syarat (II).
d(ii)
3 marks
Seterusnya, pada Rajah 12 di ruang jawapan, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di Jadual 5.2 dan $x \geq 0$, $y \geq 0$.
*(Rajah 12 di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ masing-masing dari 0 hingga 30, berlabel 5, 10, 15, 20, 25, 30 (5 unit bagi setiap petak). Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis yang anda lukis (persamaan dan titik yang dilaluinya) dan rantau yang anda lorek.)*
d(iii)
1 marks
Seterusnya, berdasarkan graf di d(ii), adakah terdapat 20 ekor burung unta di Taman Haiwan itu? Justifikasikan jawapan anda.

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

