Selangor Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Selangor Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · PINTAS Set 1
Selangor Trial PINTAS Set 1 · 2026
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
13 marks
**[Bonus]** *Soalan ini telah dibatalkan oleh erata skema pemarkahan dan diberi sebagai markah bonus. Sebarang percubaan yang munasabah diberi markah penuh.*
Rajah 1 menunjukkan sebuah kuboid dengan tapak mengufuk $EFGH$. Diberi bahawa titik $M$ dan $N$ masing-masing adalah titik tengah bagi $KL$ dan $GH$.
a
Namakan sudut antara garis $MF$ dengan satah $EFGH$.
1 marks
b
Hitung sudut antara garis $MF$ dengan satah $EFGH$.
2 marks
24 marks
a
Pada ruang jawapan, lengkapkan Jadual 1 bagi persamaan $y = -2x^2 + 3x + 9$ untuk $-3 \leq x \leq 3$.
| $x$ | $-3$ | $-2$ | $-1.5$ | $0$ | $1$ | $2$ | $3$ |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | $-18$ | | $0$ | $9$ | | $7$ | $0$ |
Jadual 1
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal dalam Jadual 1.)*
1 marks
b
Seterusnya, lukis graf $y = -2x^2 + 3x + 9$ untuk $-3 \leq x \leq 3$.
*(Ruang jawapan menyediakan kertas graf dengan paksi-$x$ dari $-3$ hingga $3$ dan paksi-$y$ dari $-20$ hingga $10$. Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 marks
34 marks
a
Rajah 2 menunjukkan satu pernyataan.
> Semua nombor perdana adalah nombor ganjil.
Rajah 2
Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
1 marks
b
Rajah 3 menunjukkan dua pernyataan.
> $p$: $10 \times 6 = 60$
>
> $q$: $12 + (-28) = 40$
Rajah 3
Tuliskan satu pernyataan majmuk yang **palsu** dengan menggunakan perkataan 'dan' atau 'atau'.
1 marks
Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah deduktif berikut:
c(i)
Premis 1: Semua oktagon mempunyai lapan sisi.
Premis 2: ……………………
Kesimpulan: $BCDEFGHI$ mempunyai lapan sisi.
*(Tulis Premis 2.)*
1 marks
c(ii)
Seterusnya, tentukan kesahan hujah di (c)(i).
1 marks
45 marks
a
Nyatakan satu kayu pengukur yang digunakan bagi menilai suatu kedudukan kewangan.
1 marks
Cik Sathana ingin membeli sebuah rumah dalam masa dua tahun selepas mula bekerja. Pendapatan bulanan Cik Sathana ialah RM3 400 dan jumlah perbelanjaan tetap dan tidak tetap adalah RM2 100 sebulan. Dia berhasrat membeli sebuah kondominium yang berharga RM450 000 di Shah Alam dengan wang pendahuluan sebanyak 10% daripada harga rumah tersebut.
b(i)
Hitung bayaran pendahuluan yang perlu disediakan oleh Cik Sathana.
1 marks
b(ii)
Hitung simpanan bulanan yang perlu disimpan oleh Cik Sathana bagi mencapai matlamat tersebut. Adakah Cik Sathana dapat mencapai matlamatnya? Justifikasikan jawapan anda.
3 marks
55 marks
Rajah 4 menunjukkan bilangan buku latihan dan pemadam yang dibeli oleh Reena dan Jasmin.
Diberi bahawa Reena membayar RM7 dan Jasmin membayar RM5 lebih daripada Reena.
Menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, sebuah buku latihan dan sebiji pemadam.
5 marks
64 marks
a
Rajah 5 menunjukkan sebuah bulatan unit.
Tentukan nilai bagi $\tan\theta$.
1 marks
b
Pada graf di ruang jawapan, lakarkan graf bagi $y = 3\,\text{kos}\,2x - 1$ dengan keadaan $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Ruang jawapan menunjukkan paksi-$x$ bertanda $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$ dan $360^\circ$, dan paksi-$y$ tanpa nilai. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bilangan kitaran, kedudukan titik maksimum dan minimum, dan nilai yang dilabel pada paksi-$y$.)*
3 marks
73 marks
Isi padu, $V$, gas berubah secara langsung dengan suhu, $T$, dan secara songsang dengan tekanan, $P$. Diberi $V = 230\ \text{cm}^3$ apabila $P = 20$ psi dan $T = 300$ °K.
a
Tulis hubungan dengan menggunakan simbol $\propto$ yang melibatkan $V$, $P$ dan $T$.
1 marks
b
Hitung isi padu, dalam $\text{cm}^3$, apabila suhu ialah 270 °K dan tekanan ialah 30 psi.
2 marks
84 marks
Rajah 6 menunjukkan graf laju-masa sebuah kereta kawalan jauh yang dikawal oleh Chong semasa satu ujian masa bagi tempoh 1 minit.
a
Tentukan tempoh masa kereta kawalan jauh tersebut bergerak dengan laju seragam.
1 marks
b
Hitung nilai $v$ jika jumlah jarak pergerakan kereta kawalan jauh tersebut dalam tempoh 60 saat ialah 1.72 km.
3 marks
94 marks
a
Rajah 7 ialah sebuah bulatan yang berpusat di $O$. $OPQ$ ialah sektor minor.
Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, cari panjang $OP$, dalam cm, jika luas sektor major ialah $128\ \text{cm}^2$.
2 marks
b
Rajah 8 menunjukkan sebuah piramid tegak $ABCDE$ dengan tapak $ABCD$ berbentuk segi empat sama. Diberi panjang $AB = 4$ cm.
Diberi isipadu piramid tegak $ABCDE$ ialah $16\ \text{cm}^3$. Cari tinggi, dalam cm, piramid tersebut.
2 marks
104 marks
Sara menjalankan satu aktiviti dalam satu karnival. Dia dikehendaki memilih dua keping kad daripada sebuah kotak. Kotak tersebut mengandungi 9 keping kad berwarna hijau dan 7 keping kad berwarna biru. Kad tersebut dipilih secara rawak satu demi satu tanpa pemulangan.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan bagi mewakili situasi tersebut.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong: dua petak pada cabang kad pertama (H dan B), petak pada cabang H → H dan petak pada cabang B → B.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian bahawa Sara memilih dua keping kad yang berlainan warna.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 9 menunjukkan set semesta, $\xi$, set $P$ dan set $Q$.
a(i)
Senaraikan semua unsur bagi set $P \cup Q$.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bilangan subset bagi set $P \cup Q$.
1 marks
b
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set $E$, set $F$ dan set $G$. Diberi bahawa set semesta, $\xi = E \cup F \cup G$.
Pada Rajah 10 di ruang jawapan, lorekkan set $(E' \cap G) \cup F$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
Satu tinjauan telah dijalankan ke atas 80 orang murid untuk mengetahui makanan kegemaran mereka di kantin sekolah. Terdapat tiga makanan yang paling popular iaitu nasi lemak ($L$), ayam goreng ($A$) dan pasta ($P$). Hasil tinjauan tersebut mendapati 40 orang menyukai nasi lemak, 37 orang menyukai ayam goreng, 16 orang menyukai pasta sahaja, 18 orang menyukai ayam goreng sahaja, 16 orang menyukai nasi lemak dan pasta, 13 orang menyukai nasi lemak dan ayam goreng manakala 10 orang menyukai ketiga-tiga makanan.
c(i)
Lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan.
*(Tulis bilangan murid dalam setiap rantau: $L$ sahaja, $P$ sahaja, $A$ sahaja, $L$ dan $P$ sahaja, $L$ dan $A$ sahaja, $A$ dan $P$ sahaja, dan ketiga-tiga set.)*
3 marks
c(ii)
Seterusnya, hitung bilangan murid yang mewakili $L \cup A \cap P$.
2 marks
128 marks
Syarikat Meru Perkasa menjual telur jenama $A$ dan jenama $B$. Sasaran penjualan adalah seperti berikut:
- Jumlah jualan maksimum telur jenama $B$ adalah 2 kali penjualan telur jenama $A$.
- Jumlah jualan telur jenama $A$ adalah selebih-lebihnya 50 biji.
Graf untuk Soalan 12(b)(i), (ii):
a
Menggunakan $x$ untuk mewakili bilangan telur jenama $A$ dan $y$ untuk mewakili bilangan telur jenama $B$, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, bagi mewakili situasi tersebut.
2 marks
b(i)
Sasaran penjualan telur jenama $B$ ditunjukkan oleh rantau berlorek pada graf di halaman 21. Tulis dalam perkataan bagi ketaksamaan yang mewakili sasaran itu.
1 marks
b(ii)
Seterusnya pada graf yang sama, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di (a), (b)(i), $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis yang dilukis (titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
3 marks
c
Daripada graf di (b)(ii), tentukan sama ada sasaran jualan telur tercapai jika 25 telur jenama $A$ dan 50 telur jenama $B$ dijual. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
139 marks
Gaji tahunan Encik Fitri ialah RM69 600 pada tahun 2024. Dia menuntut pelepasan dan pengecualian seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Pengecualian dan pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 5 600 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | 2 880 |
| Sumbangan kepada Majlis Kanser Negara | 600 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 3 200 |
| Derma kepada badan kebajikan | 1 200 |
Jadual 2
a
Hitung jumlah pengecualian yang boleh dituntut oleh Encik Fitri pada tahun itu.
1 marks
Pada tahun 2025, gaji tahunan Encik Fitri meningkat 5% daripada gaji tahunan 2024. Tuntutan pelepasan bagi insurans hayat dan KWSP juga meningkat sebanyak RM400. Manakala perbelanjaan gaya hidup meningkat kepada RM3 600. Amaun pengecualian dan pelepasan cukai yang lain adalah kekal seperti tuntutan pada tahun 2024. Encik Fitri membayar zakat sebanyak RM600.
b(i)
Hitung pendapatan bercukai Encik Fitri bagi tahun 2025.
3 marks
b(ii)
Jadual 3 menunjukkan sebahagian daripada Kadar Cukai Individu untuk Tahun Taksiran 2025.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Fitri pada tahun 2025.
3 marks
c
Jika Encik Fitri membuat potongan cukai bulanan (PCB) sebanyak RM160, tentukan sama ada Encik Fitri perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan. Justifikasikan jawapan anda dengan pengiraan.
Berdasarkan Rajah 11, lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan.
| Selang kelas | Kekerapan |
|---|---|
| 15 – 19 | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
Jadual 4
*(Tulis setiap baris jadual anda: selang kelas dan kekerapan.)*
3 marks
b
Berdasarkan jawapan di (a), hitung sisihan piawai bagi markah ujian bulanan tersebut jika min markah ialah 32.25.
3 marks
c
Untuk ceraian soalan ini, guna kertas graf yang disediakan di halaman 27.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, dan bagi setiap palang, sempadan kelas (atau titik tengah) serta tingginya.)*
4 marks
159 marks
a
Rajah 12 menunjukkan dua buah segi tiga yang kongruen.
Berdasarkan sifat kekongruenan, nyatakan sisi sepadan bagi $AC$ dan saiz sudut $\angle DFE$.
2 marks
Rajah 13 menunjukkan tiga buah pentagon, $DEFGH$, $JKLMN$ dan $PQRST$, dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
Poligon $DEFGH$ ialah imej bagi poligon $PQRST$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{VU}$. Perihalkan selengkapnya transformasi:
Transformasi $\mathbf{U}$.
2 marks
b(ii)
Transformasi $\mathbf{V}$.
3 marks
c
Diberi luas rantau berlorek ialah $304\ \text{cm}^2$. Hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, poligon $PQRST$.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Sebuah syarikat pelancongan marin telah merancang satu lawatan bot bagi mempromosikan keindahan pulau-pulau di sekitar kawasannya. Laluan bot pelancong direka bentuk supaya lawatan dapat dilakukan dengan cekap dan menjimatkan masa. Rajah 14.1 menunjukkan laluan bot pelancong di antara enam buah pulau. Amsyar dan rakan-rakan akan melawat ke semua pulau itu.
a(i)
Lengkapkan Rajah 14.2 di ruang jawapan dengan melukis satu pokok berpemberat minimum bermula dari pulau $D$ dengan keadaan setiap pulau hanya dilawati sekali.
*(Rajah 14.2 di ruang jawapan menunjukkan bucu $A$, $B$, $C$, $D$, $E$ dan $F$ sahaja. Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
a(ii)
Seterusnya, hitung jumlah jarak minimum yang diperoleh.
2 marks
b
Semasa di pulau $C$, pemandu bot berhenti rehat. Amsyar dan rakan-rakannya berjalan ke kawasan sekitar pulau. Selepas 10 minit, kedudukan Amsyar dan pemandu bot diwakilkan pada suatu satah Cartes seperti dalam Rajah 14.3.
Cari persamaan garis lurus yang mewakili laluan antara pemandu bot dan Amsyar.
3 marks
Bagi menguruskan pergerakan bot pelancong dengan lebih teratur, pihak pengurusan pelancongan telah membahagikan laluan perjalanan kepada laluan minimum dan laluan lain untuk mengelakkan kesesakan serta memastikan keselamatan pelancong sepanjang lawatan.
c(i)
Nisbah bilangan bot yang melalui laluan minimum kepada laluan lain ialah 3 : 5. Jumlah bot yang melalui laluan minimum dan laluan lain ialah 160 buah. Hitung bilangan bot yang melalui laluan minimum.
2 marks
c(ii)
Kos bahan api bagi bot yang menggunakan laluan minimum ialah RM55 dan kos bahan api bagi laluan lain ialah 45% lebih tinggi daripada kos bahan api laluan minimum. Hitung beza kos bahan api bagi laluan minimum dan laluan lain.
2 marks
d
Encik Darwish ingin membawa keluarganya ke satu taman laut dan perlu menaiki bot untuk sampai ke sana. Tambang bot yang dikenakan untuk dewasa ialah RM18 bagi seorang dewasa dan RM7 bagi seorang kanak-kanak. Perkhidmatan bot tersebut dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.
Hitung jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh Encik Darwish jika beliau membawa isteri, ibunya dan 4 orang anaknya.
4 marks
1715 marks
Fikri bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat J&D Express. Pada suatu hari, beliau ditugaskan untuk menghantar sebuah bungkusan dari bandar $Q$ ke bandar $S$ secepat mungkin. Daerah tersebut mempunyai beberapa buah bandar yang dihubungkan melalui rangkaian jalan raya. Setiap laluan mengambil masa yang berbeza untuk dilalui. Jadual 5 menunjukkan masa, dalam minit, yang diambil untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain.
| Pasangan bucu | Masa (minit) |
|---|---|
| $(P, Q)$ | 10 |
| $(Q, R)$ | 15 |
| $(P, T)$ | 12 |
| $(T, R)$ | 8 |
| $(R, S)$ | 20 |
Jadual 5
a(i)
Menggunakan maklumat dalam Jadual 5, lengkapkan Rajah 15 di ruang jawapan dengan melukis graf berpemberat dengan masa terpendek dari bandar $Q$ ke bandar $S$ dengan syarat semua bandar hanya dilalui sekali sahaja.
*(Rajah 15 di ruang jawapan menunjukkan bucu $P$, $Q$, $R$, $S$ dan $T$ sahaja. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
a(ii)
Seterusnya, nyatakan laluan dan masa minimum, dalam minit, dari bandar $Q$ ke bandar $S$.
2 marks
b
Pada keesokan harinya, Fikri perlu menghantar bungkusan dari bandar $X$ ke bandar $Y$ melalui beberapa bandar kecil bagi memastikan penghantaran sampai tepat pada waktunya. Diberi bahawa laluan dari bandar $X$ ke bandar $Y$ boleh diwakili oleh satu garis lurus pada satah Cartes. Bandar $X$ berada di $(1, 4)$ manakala bandar $Y$ berada di $(5, 8)$.
Cari persamaan garis lurus yang mewakili laluan daripada bandar $X$ ke bandar $Y$.
3 marks
c
Fikri berhenti di bandar $Q$ untuk bertemu rakannya, Ibrahim, dan makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera. Mereka memesan 3 ketul ayam dan 2 biji burger. Jumlah harga bagi semua makanan tersebut ialah RM60. Diberi bahawa harga 3 ketul ayam adalah RM6 lebih mahal daripada harga 2 biji burger.
Menggunakan kaedah penggantian atau penghapusan, hitung harga bagi seketul ayam dan sebiji burger.
4 marks
d
Pada awal bulan Januari, Fikri tidak dapat bekerja kerana dimasukkan ke hospital akibat demam denggi. Beliau mempunyai perlindungan insurans perubatan dengan had tahunan sebanyak RM150 000. Kos rawatan yang dikenakan ialah RM8 000. Polisi insurans perubatan Fikri mempunyai peruntukan deduktibel sebanyak RM1 200 dan fasal penyertaan peratusan ko-insurans 70/30 dalam polisinya.
Hitung bayaran kos yang ditanggung oleh Fikri.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open