Negeri Sembilan Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Negeri Sembilan Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · Set 1
Negeri Sembilan Trial Set 1 · 2026
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
14 marks
Sebuah akuarium mempunyai panjang $(x + 7)$ cm, lebar $x$ cm dan tinggi 60 cm. Jumlah isipadu akuarium itu ialah 48 000 $\text{cm}^3$. Akuarium itu akan diisi penuh dengan air.
Hitung nilai $x$.
4 marks
24 marks
Rajah 1 menunjukkan set semesta, $\xi = D \cup F \cup H$.
Diberi $n(D \cup F) = n(F \cup H)$.
Hitung
a
nilai $x$,
3 marks
b
$n(F)$.
1 marks
33 marks
Anuar membeli sebuah van bernilai RM70 000 secara kredit. Dia membayar bayaran pendahuluan 10% dan baki boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 5 tahun. Kadar tetap yang dikenakan oleh bank ialah 4% setahun. Hitung jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Anuar.
3 marks
45 marks
Jumlah komisen, RM$P$, hasil jualan modul SPM oleh seorang penjual buku berubah secara langsung dengan harga modul SPM yang dijual, RM$Q$ dan kuasa dua bilangan modul SPM yang dijual, $R$. Halimah memperolehi komisen sebanyak RM5 dengan menjual 10 buah modul SPM yang berharga RM15 setiap satu. Berapakah bilangan minimum modul SPM yang perlu dijual jika beliau ingin mendapat komisen melebihi RM100.
5 marks
53 marks
Helen telah bersetuju untuk membeli insurans perubatan dengan peruntukan ko-insurans. Pada suatu hari, Helen telah menjalani satu pembedahan dan perlu menanggung kos sebanyak RM6 000 daripada keseluruhan bil perubatannya yang berjumlah RM30 000. Berapa peratuskah yang akan ditanggung oleh Helen dan seterusnya nyatakan peratusan ko-insurans bagi polisi insurans tersebut?
3 marks
65 marks
Jadual berikut menunjukkan koordinat bagi beberapa titik yang terletak pada suatu lengkung.
| $x$ | −8 | −4 | −2 | −1 | 0.4 | 0.8 | 2 | 4 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −2 | −4 | −8 | −16 | 40 | 20 | 8 | 4 |
Jadual 1
a
Lukis paksi menggunakan skala yang diberi. Plot titik-titik menggunakan jadual nilai di atas dan sambungkan titik-titik tersebut.
Skala bagi paksi-$x$: 2 cm kepada 2 unit
Skala bagi paksi-$y$: 2 cm kepada 10 unit
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
b
Nyatakan bentuk graf yang dilukis di 6(a).
1 marks
74 marks
Rajah 2 menunjukkan graf jarak-masa Amir dan Ramesh yang bermula dari rumah Amir. $OP$ mewakili perjalanan Amir yang memandu kereta untuk membawa Ramesh ke stesen bas. $QR$ mewakili perjalanan bas ekspres yang membawa Ramesh ke kampung halamannya. $QS$ mewakili perjalanan Amir memandu keretanya pulang ke rumah.
a
Hitung jarak, dalam km, antara rumah Amir dan stesen bas.
1 marks
b
Nyatakan masa, dalam minit, ketika Amir rehat.
1 marks
c
Diberi laju bagi bas ekspres ialah 90 $\text{kmj}^{-1}$, cari nilai bagi $V$.
2 marks
84 marks
a
Tulis dua implikasi daripada pernyataan berikut.
> $4x = y + 2$ jika dan hanya jika $y = 4x - 2$
2 marks
Tulis kesimpulan dan premis untuk melengkapkan setiap hujah berikut.
b(i)
Premis 1: Semua segi empat tepat mempunyai dua garis simetri.
Premis 2: $y$ adalah sebuah segi empat tepat.
Kesimpulan: ……
1 marks
b(ii)
Premis 1: Jika satu nombor adalah satu faktor bagi 10, maka nombor itu adalah satu faktor bagi 45.
Premis 2: ……
Kesimpulan: 5 adalah satu faktor bagi 45.
1 marks
94 marks
Rajah 3 menunjukkan dua garis lurus $ABC$ dan $CDE$.
Diberi kecerunan garis lurus $ABC$ ialah $\frac{9}{5}$. Cari
a
pintasan-$y$ bagi garis lurus $ABC$,
2 marks
b
kecerunan bagi garis lurus $CDE$.
2 marks
104 marks
| Nama Bandar | Jarak (km) |
|---|---|
| Port Dickson (PD) – Seremban (S) | 30 |
| Seremban (S) – Kuala Klawang (KK) | 40 |
| Tampin (T) – Bandar Sri Jempol (BSJ) | 70 |
| Rembau (R) – Port Dickson (PD) | 45 |
| Rembau (R) – Kuala Pilah (KP) | 55 |
| Kuala Klawang (KK) – Bandar Sri Jempol (BSJ) | 49 |
Jadual 2
a
Lukis satu graf tak terarah dan berpemberat mewakili jalan persekutuan yang menghubungkan beberapa buah bandar seperti dalam Jadual 2 yang diberikan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap bucu, setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberat pada tepi itu.)*
2 marks
b
Adakah graf yang anda lukis merupakan pokok? Berikan justifikasi anda.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
a
Diberi matriks $R = \begin{bmatrix} -3 & 3 \\ 4 & n \end{bmatrix}$ tidak mempunyai matriks songsang, cari nilai $n$.
2 marks
b
Jumlah harga bagi $\frac{3}{4}$ kg buah rambutan dan $\frac{1}{2}$ kg buah manggis ialah RM17. Beza harga antara 3 kg buah rambutan dengan 1 kg buah manggis ialah RM20.
Dengan menggunakan **kaedah matriks**, hitung harga 1 kg buah rambutan dan 1 kg buah manggis.
6 marks
129 marks
Sebuah kotak mengandungi 46 utas reben perang dan beberapa utas reben hitam dan reben merah. Setiap utas reben mempunyai panjang yang sama. Jika seutas reben dipilih secara rawak daripada kotak itu, kebarangkalian reben itu berwarna perang ialah $\frac{23}{50}$ dan kebarangkalian reben itu berwarna hitam ialah $\frac{11}{25}$. Hitung
a
bilangan reben hitam,
4 marks
b
bilangan dan kebarangkalian bahawa reben yang dipilih secara rawak daripada kotak adalah berwarna merah.
3 marks
c
kebarangkalian bahawa reben yang dipilih secara rawak daripada kotak adalah berwarna hitam dan merah.
2 marks
138 marks
Pendapatan tahunan Ridwan bagi tahun 2025 adalah RM78 000. Dia menuntut pelepasan cukai bagi individu sebanyak RM9 000, insurans hayat dan KWSP sebanyak RM4 800, gaya hidup sebanyak RM2 500, insurans perubatan sebanyak RM1 300 dan perbelanjaan rawatan perubatan ayahnya sebanyak RM1 300. Ridwan telah mendermakan RM450 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan dan membayar zakat sebanyak RM400 pada tahun tersebut.
**Jadual 3.1: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2020**
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 – 5 000 | 5 000 pertama | 0 | 0 |
| 5 001 – 20 000 | 5 000 pertama | | 0 |
| | 15 000 berikutnya | 1 | 150 |
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
| 250 001 – 400 000 | 250 000 pertama | | 46 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24.5 | 36 750 |
| 400 001 – 600 000 | 400 000 pertama | | 83 650 |
| | 200 000 berikutnya | 25 | 50 000 |
| 600 001 – 1 000 000 | 600 000 pertama | | 133 650 |
| | 400 000 berikutnya | 26 | 104 000 |
| 1 000 001 – 2 000 000 | 1 000 000 pertama | | 237 650 |
| | 1 000 000 berikutnya | 28 | 280 000 |
| Melebihi 2 000 000 | 2 000 000 pertama | | 517 650 |
| | Setiap ringgit berikutnya | 30 | … |
a
Hitung pendapatan bercukai Ridwan.
2 marks
b
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Ridwan.
3 marks
c
Jika gaji Ridwan ditolak sebanyak RM350 untuk PCB setiap bulan, tentukan sama ada Ridwan akan menerima pulangan lebihan bayaran cukai pendapatan.
3 marks
149 marks
Jadual 4 menunjukkan pelan kewangan Celine pada Mei 2026.
| Pendapatan | RM |
|---|---|
| Gaji | 5 200 |
| Elaun tetap bulanan | 1 500 |
| Pendapatan pasif | 670 |
| Jumlah pendapatan bulanan | $Q$ |
| **Perbelanjaan** | **RM** |
| Insurans | 380 |
| Ansuran rumah | 1 000 |
| Ansuran kereta | 780 |
| Ansuran motosikal | 450 |
| Utiliti | 250 |
| Makanan | 700 |
| Tol dan petrol | 450 |
| Bil telefon | 100 |
| Jumlah perbelanjaan bulanan | $S$ |
Jadual 4
a
Nyatakan satu perbelanjaan tetap Celine.
1 marks
b
Hitung nilai $Q$ dan $S$, seterusnya tentukan aliran tunai Celine.
5 marks
c
Celine bercadang untuk membeli sebuah rumah lagi dengan membayar RM200 000 sebagai wang pendahuluan dalam tempoh 5 tahun. Bolehkah Celine mencapai matlamatnya itu? Justifikasikan jawapan anda.
3 marks
1511 marks
Rajah 4 menunjukkan sisi empat $ABCD$, $EFGH$ dan $PQGR$ yang dilukis pada satu satah Cartes.
a
Diberi $\mathbf{T} = \begin{pmatrix} -1 \\ 4 \end{pmatrix}$ dan $\mathbf{R}$ merupakan pantulan pada garis $y = -x$. Tentukan koordinat imej bagi titik $A$ bagi penjelmaan $\mathbf{TR}$.
2 marks
$EFGH$ ialah imej bagi $ABCD$ di bawah penjelmaan $\mathbf{Y}$. $PQGR$ ialah imej bagi $EFGH$ di bawah penjelmaan $\mathbf{Z}$. Huraikan selengkapnya penjelmaan:
b(i)
$\mathbf{Y}$
3 marks
b(ii)
$\mathbf{Z}$
3 marks
c
Diberi luas $ABCD$ ialah 30 $\text{cm}^2$. Hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan $PQFEHR$.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
SMK Warisan Nusantara telah menganjurkan satu festival makanan selama seminggu bagi mengumpul dana untuk projek pembinaan galeri sejarah sekolah pada tahun 2026. Pelbagai gerai makanan telah dibuka dan setiap gerai mencatat jumlah jualan yang berbeza sepanjang festival tersebut.
a
Zaiden telah menyewa satu tapak jualan dan menjual minuman berperisa, iaitu jus mangga dan jus tembikai. Jumlah jus mangga dan jus tembikai yang terjual pada hari pertama jualan, ditunjukkan dalam Jadual 5.
| Jus mangga | Jus tembikai |
|---|---|
| $330_5$ | $11110_3$ |
Jadual 5
Hitung jumlah jus mangga dan jus tembikai yang terjual pada hari pertama dalam asas 10.
3 marks
b
Sepanjang festival berlangsung, sebanyak 30 jenis gerai makanan dan minuman yang telah dibuka. Setiap lot gerai berbentuk segi empat tepat dengan ukuran panjang $2^x$ m dan lebar ialah $3^3 \div (3^4)^{\frac{1}{2}}$ m, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5. Diberi luas bagi satu lot tapak jualan ialah 12 $\text{m}^2$.
Hitung nilai $x$.
3 marks
c
Zaiden mengunjungi Gerai AZ, sebuah gerai yang terkenal dengan kebab ayam dan ayam goreng rangup. Dia telah membeli 3 biji kebab ayam dan 5 ketul ayam goreng rangup untuk di bawa pulang. Zaiden telah membayar sebanyak RM50.00 dan menerima baki RM8.00 bagi makanan yang dibelinya. Diketahui bahawa harga sebiji kebab ayam adalah RM2.00 lebih mahal daripada harga seketul ayam goreng rangup.
Tanpa menggunakan **kaedah matriks**, hitung harga seunit kebab ayam dan harga seunit ayam goreng rangup.
5 marks
d
Semasa festival makanan itu, terdapat dua kumpulan daripada Kelab STEM yang membuka gerai jualan. Guru penasihat kelab tersebut menyatakan bahawa mereka ingin menaja gerai yang mempunyai **pendapatan konsisten sepanjang festival**. Jadual 6 menunjukkan rekod jualan, dalam RM, setiap gerai bagi 5 hari berturut-turut.
| Gerai A | 660 | 1 100 | 715 | 990 | 1 045 |
|---|---|---|---|---|---|
| Gerai B | 830 | 880 | 850 | 1 010 | 940 |
Jadual 6
Diberi bahawa min jualan bagi kedua-dua gerai ialah RM902. Nyatakan gerai manakah yang berpotensi mendapat tajaan daripada guru mereka dan tunjukkan langkah pengiraan anda.
4 marks
1715 marks
Pada minggu Sains dan Matematik, pelbagai pertandingan berkaitan dengan Sains dan Matematik dianjurkan. Aiman dan Syuhada merupakan dua orang murid yang selalu bersaing antara satu sama lain dalam apa jua aktiviti.
a
Pertandingan "Kod Rahsia Digital" telah dianjurkan bawah seliaan Panitia Matematik. Setiap peserta diberikan nombor rawak dan perlu menukarkannya kepada asas tertentu untuk dijadikan kata laluan komputer.
Aiman menerima nombor 18 dalam asas 10 dan perlu menukarkannya kepada asas 2 dan Syuhada pula menerima nombor 1 000 dalam asas 10 dan perlu menukarkannya kepada asas 6.
Apakah kata laluan bagi Aiman dan Syuhada?
3 marks
b
Selepas berjaya log masuk ke dalam komputer, satu paparan soalan Matematik dipaparkan. Rajah 6 menunjukkan sebuah layang-layang dengan panjang dua pepenjuru masing-masing ialah $2^{x+1}$ m dan $2^x$ m. Diberi bahawa luas layang-layang tersebut ialah $2^{x-2}$ $\text{m}^2$.
Cari nilai $x$.
3 marks
c
Setelah menyempurnakan tugasan tadi, Aiman dan Syuhada telah menerima satu set kupon. Dalam set tersebut terdapat kupon berwarna hijau dan biru.
Aiman mempunyai 3 kupon hijau dan 2 kupon biru dengan jumlah nilai sebanyak RM50.00. Syuhada pula mempunyai 2 kupon hijau dan 3 kupon biru dengan jumlah nilai kurang RM5.00 dari Aiman.
Tanpa menggunakan **kaedah matriks**, hitung nilai seunit kupon hijau dan nilai seunit kupon biru.
5 marks
d
Dalam usaha mencari peserta terbaik sempena Minggu Sains dan Matematik, markah bagi setiap aktiviti dinilai dan direkodkan. Aiman dan Syuhada telah menyertai lima aktiviti dan jumlah markah mereka direkodkan seperti Jadual 7 berikut:
| Aiman | 17 | 18 | 18 | 18 | 20 |
|---|---|---|---|---|---|
| Syuhada | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
Jadual 7
Tentukan siapakah peserta yang terbaik. Seterusnya, berikan justifikasi anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open