Rajah 2 menunjukkan masa yang diambil oleh sekumpulan murid untuk menjawab soalan objektif dalam suatu ujian Matematik.
a
Tentukan bilangan murid yang menjawab dalam tempoh 25 minit hingga 29 minit.
1 marks
b
Hitung jumlah murid yang menduduki ujian tersebut.
2 marks
34 marks
Izzah mengayuh basikal sejauh 12 km dengan kelajuan $(x - 3)$ kmj$^{-1}$ dalam tempoh $(x - 2)$ jam.
a
Tulis satu persamaan kuadratik dalam sebutan $x$. Berikan jawapan anda dalam bentuk $ax^2 + bx + c = 0$.
2 marks
b
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah pemfaktoran, hitung nilai $x$.
2 marks
44 marks
Rajah 4 menunjukkan sebatang tiang berbentuk silinder yang digunakan untuk memasang bendera semasa hari sukan sekolah.
Diberi tinggi dan diameter tiang itu masing-masing ialah 5 meter dan 5 cm.
Jika $\frac{1}{7}$ daripada tiang itu dimasukkan ke dalam tanah, hitung
a
luas tapak tiang tersebut, dalam cm².
1 marks
b
isipadu tiang yang berada di dalam tanah, dalam cm³.
3 marks
54 marks
a
Gabungkan dua pernyataan yang berikut untuk membentuk satu pernyataan majmuk yang benar.
> Pernyataan 1: 3 ialah gandaan 9
>
> Pernyataan 2: $(3^2)^2 = 81$
1 marks
b
Tulis satu kesimpulan bagi melengkapkan hujah berikut.
> Premis 1: Semua murid Tingkatan 5 dijemput hadir ke seminar pendidikan.
>
> Premis 2: Qilah ialah seorang murid Tingkatan 5.
>
> Kesimpulan: ……………………
1 marks
c
Bentuk satu kesimpulan induktif bagi urutan nombor 7, 13, 23, 37, … mengikut pola yang berikut.
$7 = 2(1) + 5$
$13 = 2(4) + 5$
$23 = 2(9) + 5$
$37 = 2(16) + 5$
$\ldots = \ldots$
2 marks
64 marks
Jadual 6 menunjukkan pelan kewangan Encik Harith pada suatu bulan tertentu.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Pendapatan aktif | 3 500 |
| Pendapatan pasif | 200 |
| Simpanan tetap bulanan | 300 |
| Dana kecemasan | 150 |
| Baki pendapatan | $Q$ |
| **Perbelanjaan tetap bulanan** | |
| Ansuran kereta | 500 |
| Insurans | 200 |
| Pembiayaan rumah | 600 |
| **Perbelanjaan tidak tetap** | |
| Barangan dapur | 800 |
| Petrol | 250 |
| Utiliti rumah | 500 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 300 |
| Bil telefon | 150 |
Jadual 6
a
Cari nilai $Q$.
1 marks
b
Hitung aliran tunai Encik Harith. Adakah dia mengurus kewangan dengan cekap? Beri justifikasi anda.
3 marks
74 marks
Dalam soal selidik yang dijalankan oleh Cikgu Juraidi, seramai 140 orang murid tingkatan lima SMK Bestari diberi peluang untuk merasa burger keluaran Syarikat Ashraf. Terdapat dua jenis burger yang ditawarkan iaitu burger ayam dan burger daging. Seramai 65 orang murid memilih burger ayam, 70 orang murid memilih burger daging manakala 50 orang murid memilih kedua-duanya.
Hitung,
a
jumlah murid yang memilih satu jenis burger sahaja.
2 marks
b
jumlah murid yang tidak makan burger.
2 marks
84 marks
Dua orang murid dipilih secara rawak dari lapan orang murid perempuan ($P$) dan seorang murid lelaki ($L$) dari kelas Avicenna.
a
Wakilkan situasi di atas dengan melengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan di bawah.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong, kemudian huraikan cabang-cabang murid kedua yang anda lukis beserta kebarangkalian pada setiap cabang.)*
2 marks
b
Kemudian, hitung kebarangkalian murid kedua ialah lelaki.
2 marks
95 marks
a
Titik (3, 8) ialah imej bagi titik $J$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{TP}$ dengan keadaan transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -4 \\ 5 \end{pmatrix}$ dan transformasi $\mathbf{P}$ ialah pantulan pada garis $y = 6$.
Nyatakan koordinat bagi titik $J$.
2 marks
b
Rajah 9 menunjukkan dua buah poligon $KLMNPQR$ dan $STUVWXY$ pada suatu satah Cartes.
Poligon $STUVWXY$ ialah imej kepada poligon $KLMNPQR$ di bawah suatu transformasi tunggal. Huraikan selengkapnya transformasi itu.
3 marks
105 marks
a
Pendapatan tahunan Encik Azim dan isteri masing-masing ialah RM48 450 dan RM76 050. Jadual 10.1 menunjukkan maklumat berkaitan pelepasan dan pengecualian cukai Encik Azim dan isteri pada tahun 2024.
| Perkara | Encik Azim (RM) | Isteri (RM) |
|---|---|---|
| Pelepasan cukai | 15 550 | 17 210 |
| Derma pada Perpustakaan Digital Kedah | 270 | – |
Jadual 10.1
Hitung pendapatan bercukai Encik Azim pada tahun 2024. Seterusnya, adakah Encik Azim mendapat rebat cukai? Berikan alasan anda.
3 marks
b
Pada tahun 2024, pendapatan bercukai Encik Azim dan isteri ialah RM91 470. Jadual 10.2 menunjukkan sebahagian daripada Kadar Cukai Individu untuk Tahun Taksiran 2024.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 3 700 |
| | 30 000 berikutnya | 19 | 5 700 |
| 100 001 – 400 000 | 100 000 pertama | | 9 400 |
| | 300 000 berikutnya | 25 | 75 000 |
Jadual 10.2
Pada tahun tersebut, Encik Azim dan isterinya masing-masing membayar zakat sebanyak RM1 800 dan RM2 760 kepada Majlis Agama Negeri. Hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Azim dan isterinya menggunakan taksiran cukai bersama.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Diberi bahawa matriks $A = \begin{pmatrix} 2 & 4 \\ 4 & y \end{pmatrix}$. Cari nilai $y$, jika matriks songsang bagi $A$ tidak wujud.
2 marks
b
Jadual 11 menunjukkan bilangan bungkus nasi mandy yang terjual dalam tempoh dua hari.
| | Nasi mandy ayam (bungkus) | Nasi mandy kambing (bungkus) |
|---|---|---|
| Hari pertama | 35 | 20 |
| Hari kedua | 50 | 30 |
Jadual 11
Amir mendapat hasil jualan pada hari pertama dan hari kedua masing-masing sebanyak RM1 025 dan RM1 495.
Menggunakan kaedah matriks, cari harga, dalam RM, sebungkus nasi mandy ayam dan nasi mandy kambing.
5 marks
c
Nurul membuat tempahan 25 bungkus nasi mandy ayam dan 10 bungkus nasi mandy kambing. Hitung jumlah yang perlu dibayar dengan menggunakan pendaraban matrik.
2 marks
129 marks
a
Jadual 12.1 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans sementara boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Amanjaya. Kadar premium tersebut adalah untuk lelaki yang sihat dan tidak merokok.
| Umur | Kadar (RM) |
|---|---|
| 38 | 2.36 |
| 39 | 2.49 |
| 40 | 2.66 |
| 41 | 2.79 |
Jadual 12.1
Encik Malek berumur 39 tahun dan beliau sihat serta tidak merokok. Hitung premium bulanan sekiranya beliau ingin membeli polisi insurans tersebut yang bernilai RM240 000.
3 marks
b(i)
Jadual 12.2 menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Polisi komprehensif (RM) | Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1 650 | 305.50 | 135.00 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 |
Jadual 12.2
Rajah 12 menunjukkan maklumat bagi kereta Encik Malek yang berada di Kedah.
| Kereta Encik Malek | |
|---|---|
| Jumlah yang ingin diinsuranskan | RM80 000 |
| Kapasiti enjin | 1 810 cc |
| NCD | 30% |
Rajah 12
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Malek untuk polisi komprehensif.
4 marks
b(ii)
Encik Malek telah membeli insurans motor untuk keretanya yang mempunyai peruntukan deduktibel sebanyak RM350. Jadual 12.3 menunjukkan kerugian yang dialami oleh Encik Malek dalam dua kemalangan kenderaan dalam tempoh insurans tersebut.
| Bulan | Kerugian (RM) |
|---|---|
| April | 320 |
| September | 780 |
Jadual 12.3
Tentukan sama ada Encik Malek boleh membuat tuntutan terhadap kerugian yang dialaminya atau tidak bagi setiap bulan tersebut.
Jika ya, nyatakan jumlah bayaran pampasan yang boleh dituntutnya.
Jika tidak, nyatakan justifikasi anda.
*(Jawab bagi April dan bagi September.)*
2 marks
1310 marks
Rajah 13 menunjukkan plot titik mewakili markah ujian Matematik bagi 40 orang murid kelas 5 Gemilang.
a
Berdasarkan plot titik pada Rajah 13, lengkapkan Jadual 13.1 pada ruang jawapan.
| Markah | Titik Tengah | Kekerapan |
|---|---|---|
| 20 – 24 | 22 | 3 |
| 25 – 29 | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Jadual 13.1
*(Tulis julat markah, titik tengah dan kekerapan bagi setiap baris kosong.)*
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 25.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada seorang murid pada paksi mencancang, lukiskan satu histogram bagi data itu.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, serta sempadan kelas dan tinggi (kekerapan) setiap bar.)*
4 marks
Jadual 13.2 menunjukkan maklumat tentang min dan sisihan piawai bagi kelas 5 Bestari dan 5 Gemilang untuk ujian Matematik itu.
| Kelas | Min | Sisihan Piawai |
|---|---|---|
| 5 Bestari | 36.375 | 8.401 |
| 5 Gemilang | 36.375 | $x$ |
Jadual 13.2
c(i)
Hitung nilai $x$.
2 marks
c(ii)
Seterusnya, buat kesimpulan tentang prestasi murid bagi kelas 5 Bestari dan 5 Gemilang.
1 marks
149 marks
Rajah 14.1 menunjukkan graf jarak-masa bagi kereta $Q$ dalam tempoh masa 1.6 jam.
a(i)
Nyatakan jumlah jarak, dalam km, yang dilalui oleh kereta $Q$.
1 marks
a(ii)
Hitung purata laju, dalam kmj$^{-1}$, kereta $Q$ itu.
2 marks
Rajah 14.2 menunjukkan graf laju-masa bagi kereta $R$ dalam tempoh masa $t$ jam. Diberi bahawa jumlah jarak yang dilalui kereta $R$ ialah 240 km.
b(i)
Nyatakan laju seragam, dalam kmj$^{-1}$, kereta $R$.
1 marks
b(ii)
Hitung nilai $t$ dalam jam.
3 marks
b(iii)
Hitung kadar perubahan laju, dalam kmj$^{-2}$, kereta $R$ untuk tempoh satu jam terakhir.
2 marks
158 marks
Syawal Bakeri Enterprise berhasrat mengeluarkan biskut keluaran terbarunya iaitu Nilam Sari dan Jejari Emas. Biskut-biskut itu akan diisi ke dalam bekas. Penghasilan biskut tersebut dalam sehari adalah berdasarkan kekangan berikut.
- Bilangan bekas biskut Nilam Sari kurang daripada 250 bekas.
- Jumlah bilangan bekas biskut tidak melebihi 400.
- Bilangan bekas biskut Jejari Emas melebihi bilangan bekas biskut Nilam Sari dengan selebih-lebihnya 200 bekas.
Diberi pemboleh ubah $x$ mewakili bekas biskut Nilam Sari dan pemboleh ubah $y$ mewakili bekas biskut Jejari Emas.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan berikut.
3 marks
b
Lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 15(a) pada graf yang disediakan pada ruangan jawapan.
*(Graf yang disediakan: paksi-$x$ dari 0 hingga 400 dan paksi-$y$ dari 0 hingga 450, dilabel setiap 50 unit.)*
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaannya, titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
4 marks
c
Dengan menggunakan graf pada 15(b), cari bilangan maksimum bekas biskut Jejari Emas yang dikeluarkan jika bilangan bekas biskut Nilam Sari ialah 150.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Imani merupakan seorang pemilik kedai bakeri.
a
Rajah 16.1 menunjukkan promosi donat di kedai bakeri Imani.
| DONAT PROMO | Harga Per Pek |
|---|---|
| Donat Klasik | RM 8.00 |
| Donat Redvelvet | RM 10.50 |
Rajah 16.1
Dalam 2 jam pertama promosi, Imani menjual 6 pek Donat Klasik dan 8 pek Donat Redvelvet. Hitung jumlah jualan donat tersebut, dalam RM. Seterusnya, nyatakan jawapan anda dalam asas lapan.
3 marks
b
Imani juga menjual kek cawan coklat dan kek cawan strawberi. Rajah 16.2 menunjukkan kuantiti kek cawan strawberi yang dijualnya selama 10 hari.
| Jualan kek cawan strawberi | 19 | 18 | 30 | 23 | 34 | 24 | 15 | 30 | 33 | 24 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rajah 16.2
Jika min dan sisihan piawai kek cawan coklat masing-masing ialah 34 dan 8.473, tentukan kek cawan manakah yang mempunyai jualan yang lebih konsisten? Berikan justifikasi anda.
5 marks
Rajah 16.3 menunjukkan buaian yang terdapat di padang permainan yang berdekatan dengan kedai bakeri Imani.
c(i)
Diberi $OP = OR$, $PR$ = 140 cm dan $OQ$ = 200 cm. Hitung,
panjang $OP$.
2 marks
c(ii)
nilai $\theta$.
2 marks
d
Rajah 16.4 menunjukkan kawasan di sekitar kedai bakeri Imani, yang dilukis pada satah Cartes.
Diberi bahawa garis lurus yang menghubungkan kedai bakeri Imani dan padang permainan adalah selari dengan garis lurus yang menghubungkan masjid dan stadium. Cari persamaan garis lurus yang menghubungkan masjid dan stadium.
3 marks
1715 marks
Pasar raya Naeyla baharu sahaja dibuka di Sik.
a
Sempena pembukaan pasar raya tersebut, satu peraduan "Teka dan Menang" telah diadakan. Pengunjung perlu meneka bilangan biji kacang yang terdapat di dalam sebuah balang seperti dalam Rajah 17.1.
Jumlah sebenar bilangan kacang di dalam balang itu ialah sebanyak $433_7$ biji.
Imran meneka bilangan kacang sebanyak 235 biji. Tentukan sama ada tekaannya tepat atau tidak.
2 marks
Jadual 17 menunjukkan beberapa tekaan pengunjung pada hari berikutnya.
| 200 | 205 | 210 | 228 | 225 |
|---|---|---|---|---|
| 212 | 220 | 229 | 205 | 200 |
Jadual 17
b(i)
Pada graf di ruang jawapan, lukis satu plot kotak bagi tekaan-tekaan ini.
*(Graf di ruang jawapan: paksi Tekaan dari 200 hingga 230, dilabel setiap 5.)*
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang diplot, serta kotak dan garis yang dilukis.)*
3 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung julat antara kuartil.
2 marks
Sempena pembukaan, pemilik pasar raya juga melancarkan satu replika logo pasar raya itu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17.2 di bawah.
c(i)
Diberi $P$ berada tegak di atas $R$ dengan ketinggian 3.5 m.
Seterusnya, $\angle PQS = 49.4^\circ$ dan $RS = \frac{1}{3} QR$. Hitung,
panjang $RS$.
2 marks
c(ii)
$\angle PSR$.
2 marks
Rajah 17.3 menunjukkan kedudukan empat tempat, iaitu pintu masuk ($E$), kaunter "Teka dan Menang" ($T$), kaunter hadiah ($H$) dan Replika logo Naeyla ($N$), yang dilukis pada suatu satah Cartes.
d(i)
Diberi garis lurus $HN$ adalah selari dengan garis lurus $ET$ dan garis lurus yang menghubungkan $E$ dan $H$ adalah selari dengan paksi-$y$. Cari,
persamaan garis lurus $EH$.
1 marks
d(ii)
persamaan garis lurus $ET$.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open