Gabungkan dua pernyataan berikut untuk membentuk satu pernyataan benar.
| Pernyataan 1 | $(-7)^2 = 49$ |
|---|---|
| Pernyataan 2 | $-16 > -15$ |
1 marks
b
Buat satu kesimpulan umum secara aruhan bagi urutan nombor −2, 12, 50, 124, … yang mengikut pola berikut:
$5 = 4(1) + 1$
$12 = 4(2) + 4$
$21 = 4(3) + 9$
$32 = 4(4) + 16$
⋮
2 marks
24 marks
a
Pada ruang jawapan, lengkapkan Jadual 1 bagi persamaan $y = -2x^2 + x + 26$ untuk $-3 \leq x \leq 2.5$.
| $x$ | −3 | −2 | −1 | 0 | 1 | 1.5 | 2.5 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 5 | | 23 | 26 | 25 | | 16 |
Jadual 1
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal dalam Jadual 1.)*
2 marks
b
Lukis graf bagi $y = -2x^2 + x + 26$ untuk $-3 \leq x \leq 2.5$.
*(Kertas graf di ruang jawapan: paksi-$x$ dari −3 hingga 3 (berlabel −3, −2, −1, 0, 1, 2, 3), paksi-$y$ dari 0 hingga 30 (berlabel 5, 10, 15, 20, 25). Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
2 marks
35 marks
Gerai Encik Ali menjual buah tembikai dan buah nenas. Pada bulan Julai, dia menjual 200 kg tembikai dan 150 kg nenas. Pada bulan Ogos, dia menjual 170 kg tembikai dan 360 kg nenas. Rajah 1 menunjukkan pendapatan Encik Ali daripada jualannya itu.
| Julai | RM3 975 |
|---|---|
| Ogos | RM5 820 |
Rajah 1
Menggunakan kaedah matriks, cari harga bagi sekilogram tembikai dan harga bagi sekilogram nenas yang dijual.
5 marks
44 marks
Johari berminat untuk membeli insurans kebakaran untuk rumah baharunya di Terengganu. Nilai boleh insurans rumahnya itu ialah sebanyak RM425 000. Polisi insurans yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans dengan deduktibel sebanyak RM7 000. Johari hanya menginsuranskan rumahnya dengan jumlah RM300 000.
a
Hitung jumlah pampasan yang diterima sekiranya rumah Johari terbakar dengan kerugian sebanyak RM210 000.
3 marks
b
Seterusnya, nyatakan nilai penalti ko-insurannya.
1 marks
54 marks
a
Jadual 2.1 menunjukkan aliran kewangan Farhana pada suatu bulan tertentu.
| Pendapatan dan perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Pendapatan aktif | 6 800 |
| Pendapatan pasif | 400 |
| Simpanan tetap bulanan | 720 |
| Dana kecemasan | 300 |
| Perbelanjaan tetap bulanan: | |
| Pembiayaan perumahan | 1 100 |
| Ansuran kereta | 900 |
| Insurans | 500 |
| Perbelanjaan tidak tetap bulanan: | |
| Utiliti rumah | 550 |
| Petrol | 450 |
| Barangan dapur | 950 |
| Elaun kepada ibu bapa | 430 |
Jadual 2.1
Tentukan aliran tunai Farhana pada bulan tersebut. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
b
Farhana bercadang untuk membeli sebuah mesin basuh automatik bernilai RM3 000 bagi kegunaan keluarganya dalam tempoh 5 bulan.
Lengkapkan Jadual 2.2 pada ruang jawapan dengan mengenal pasti matlamat kewangan Farhana berdasarkan konsep SMART. Nyatakan sama ada Farhana mencapai matlamatnya.
| | |
|---|---|
| S | Beli mesin basuh automatik |
| M | Membayar RM3 000 |
| A | |
| R | |
| T | Dalam 5 bulan |
Jadual 2.2
*(Tulis maklumat bagi baris A dan R, kemudian nyatakan sama ada Farhana mencapai matlamatnya.)*
2 marks
64 marks
Rajah 2 menunjukkan graf gelombang muzik yang dihasilkan oleh sebuah gitar terhadap masa.
Jika $y$ mewakili gelombang muzik dan $x$ mewakili masa, gunakan fungsi dalam bentuk $y = a \sin bx + c$ untuk memodelkan gelombang muzik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
a
Tentukan nilai $a$ dan $b$.
2 marks
b
Seterusnya, tulis fungsi $y = a \sin bx + c$ yang memodelkan gelombang muzik tersebut.
2 marks
75 marks
Rajah 3 menunjukkan kedudukan empat hentian bas yang dilukis pada suatu satah Cartes.
a
Jalan yang menghubungkan hentian bas Taman Dahlia dan Taman Mawar adalah selari dengan jalan yang menghubungkan Taman Teratai dan Taman Orkid. Cari persamaan garis lurus yang menghubungkan hentian bas Taman Dahlia dan Taman Mawar.
3 marks
b
Seterusnya, tentukan koordinat hentian bas Taman Dahlia.
2 marks
84 marks
Rajah 4 ialah graf berpemberat yang menunjukkan jarak, dalam km, yang menghubungkan lima lokasi yang boleh dilalui pada satu-satu masa.
Berdasarkan Rajah 4,
a(i)
senaraikan set bucu,
1 marks
a(ii)
tentukan bilangan tepi.
1 marks
b
Azfian memandu dari $J$ ke $N$ dan melalui semua lokasi tanpa memandu di laluan yang sama lebih daripada sekali. Lukis satu pokok berpemberat dengan jarak yang paling minimum.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
94 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah kotak kasut berbentuk kuboid dengan isi padu 3 840 $\text{cm}^3$.
Diberi bahawa panjang kuboid itu ialah 14 cm lebih dari tingginya, $x$ cm.
a
Tunjukkan bahawa $x^2 + 14x - 240 = 0$.
2 marks
b
Seterusnya, cari panjang kuboid itu.
2 marks
103 marks
Rajah 6 menunjukkan kedudukan belon udara panas yang diikat dengan tali $RM$ dan berada tepat di atas titik $S$. Titik $R$ dan $S$ adalah dua titik di atas satah mengufuk.
a
Namakan sudut dongak $M$ dari $R$.
1 marks
b
Diberi bahawa sudut dongak $M$ dari $R$ ialah $43^\circ$, hitung jarak dari titik $S$ ke belon udara panas itu.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
Encik Farid mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM33 420 pada tahun 2024. Beliau telah membayar zakat berjumlah RM350 pada tahun tersebut.
a(i)
Berapakah jumlah rebat cukai yang layak dituntut oleh Encik Farid?
2 marks
a(ii)
Encik Farid dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM1 120. Namun, beliau telah membayar zakat dan layak mendapat rebat cukai. Hitung jumlah cukai sebenar yang masih perlu dibayar oleh Encik Farid selepas menolak rebat cukai tersebut.
2 marks
Pada Tahun Taksiran 2025, Encik Farid dan isterinya, Puan Siti, memperoleh pendapatan tahunan masing-masing sebanyak RM58 000 dan RM62 000. Bagi mengurangkan beban cukai, mereka masing-masing telah menyumbang RM400 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Kerajaan. Jadual 3.1 menunjukkan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh Encik Farid dan isterinya.
| Pelepasan Cukai dan Pengecualian Cukai | Encik Farid (RM) | Puan Siti (RM) |
|---|---|---|
| Individu | 9 000 | 9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 2 700 | 2 300 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 6 200 | 7 450 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | 1400 | 1350 |
Jadual 3.1
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 500 |
| | 20 000 berikutnya | 11 | 2 200 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 3 700 |
| | 30 000 berikutnya | 19 | 5 700 |
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 9 400 |
| | 150 000 berikutnya | 25 | 75 000 |
Jadual 3.2
b(i)
Diberi bahawa jumlah cukai yang perlu dibayar melalui taksiran berasingan bagi pasangan ini ialah RM1 827. Mereka ingin mempertimbangkan untuk melakukan taksiran bersama. Berdasarkan maklumat pada Jadual 3.1 dan 3.2, hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh mereka menggunakan taksiran bersama tersebut.
4 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), adakah wajar bagi Encik Farid dan Puan Siti memilih taksiran bersama? Jelaskan jawapan anda
2 marks
128 marks
Syarikat Bongawan Shock telah mengeluarkan produk $K$ dan produk $L$ dengan jumlah yang banyak pada suatu hari tertentu. Pengeluaran dua jenis produk itu adalah tertakluk kepada syarat berikut.
- Jumlah produk yang dikeluarkan selebih-lebihnya 240 unit.
- Bilangan produk $K$ adalah tidak lebih daripada dua kali bilangan produk $L$.
a
Menggunakan $x$ unit untuk mewakili produk $K$ dan $y$ unit untuk mewakili produk $L$, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, bagi mewakili situasi tersebut.
2 marks
b
Lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di (a) dengan $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
*(Kertas graf di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ masing-masing dari 0 hingga 240, berlabel setiap 30 unit. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
3 marks
Berdasarkan graf di 12(b), bagi 60 unit produk $K$, tentukan
c(i)
bilangan maksimum produk $L$,
1 marks
c(ii)
jumlah keuntungan minimum yang diperoleh Syarikat Bongawan Shock itu jika keuntungan bagi setiap unit produk $K$ dan produk $L$ masing-masing ialah RM45 dan RM40.
2 marks
139 marks
a
Rajah 7 menunjukkan dua buah pentagon, $PQRST$ dan $EFGHI$.
Pentagon $PQRST$ ialah imej bagi pentagon $EFGHI$ di bawah satu putaran. Nyatakan sisi yang sepadan bagi $ST$ dan sudut sepadan bagi $\angle EIH$.
2 marks
Rajah 8 menunjukkan titik $M$ pada satu satah Cartes.
b(i)
Transformasi $\mathbf{E}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} -6 \\ -2 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{F}$ ialah satu putaran $90^\circ$ lawan arah jam pada pusat $(6, 4)$.
Transformasi $\mathbf{G}$ ialah pembesaran dengan faktor skala 2 pada pusat $(10, 6)$.
Nyatakan koordinat bagi imej bagi titik $M$ di bawah transformasi berikut:
$\mathbf{G}$
1 marks
b(ii)
$\mathbf{FE}$
2 marks
c(i)
Rajah 9 menunjukkan ruang jawapan menunjukkan pentagon $ABCDE$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. Lukis imej bagi pentagon $ABCDE$ di bawah satu pembesaran dengan faktor skala $-2$ pada pusat $L$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan setiap bucu imej dari pusat $L$ — berapa unit ke kanan/kiri dan ke atas/bawah.)*
2 marks
c(ii)
Diberi bahawa luas $ABCDE$ ialah 6.25 $\text{unit}^2$. Hitung luas bagi imej, dalam $\text{unit}^2$ bagi $ABCDE$ di bawah pembesaran dengan faktor skala 3.
2 marks
1410 marks
Jadual 4.1 menunjukkan kekerapan longgokan bagi 80 orang murid Tingkatan Satu SMK Simpangan dalam satu ujian diagnostik bagi tahun 2025.
| Markah | Kekerapan Longgokan |
|---|---|
| 20 – 29 | 6 |
| 30 – 39 | 14 |
| 40 – 49 | 30 |
| 50 – 59 | 49 |
| 60 – 69 | 65 |
| 70 – 79 | 74 |
| 80 – 89 | 80 |
Jadual 4.1
Selepas semakan semula, didapati bahawa markah seorang murid telah berubah daripada 68 kepada 71. Berdasarkan perubahan data itu,
Seterusnya, menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 2 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, dan bagi setiap palang, kelas (atau titik tengah) dan tingginya.)*
3 marks
Berdasarkan graf di 14(a)(ii), pihak sekolah ingin membuat perbandingan antara prestasi murid tahun 2024 dengan tahun 2025. Jadual 4.3 menunjukkan maklumat tentang min dan sisihan piawai bagi dua tahun ujian tersebut.
| Tahun | Min | Sisihan Piawai |
|---|---|---|
| 2024 | 54.75 | 14.37 |
| 2025 | 54.88 | $x$ |
Jadual 4.3
b(i)
hitung nilai $x$.
3 marks
b(ii)
Seterusnya, buat satu kesimpulan tentang prestasi murid pada tahun 2024 dan tahun 2025.
2 marks
158 marks
Rajah 10.1 ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan makanan kegemaran tiga orang murid. Diberi bahawa
set semesta, $\xi = A \cup B \cup C$,
set $A$ = {makanan kegemaran Amir},
set $B$ = {makanan kegemaran Balqis},
set $C$ = {makanan kegemaran Chong}.
a(i)
Menggunakan tatatanda set, senaraikan
(a) makanan kegemaran Balqis,
(b) makanan kegemaran Amir sahaja,
(c) makanan kegemaran Chong tetapi **bukan** makanan kegemaran Balqis.
3 marks
a(ii)
Pada rajah di ruang jawapan, lorek set $A \cup C \cap B'$.
*(Rajah di ruang jawapan ialah gambar rajah Venn yang sama tanpa unsur. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
b
Suatu kajian dijalankan dalam kalangan 66 orang murid. Rajah 10.2 ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan bilangan murid yang meminati subjek Sains ($S$), Matematik ($M$) dan Geografi ($G$).
Diberi bahawa set semesta, $\xi = S \cup M \cup G$.
$S$ = {murid yang meminati subjek Sains}
$M$ = {murid yang meminati subjek Matematik}
$G$ = {murid yang meminati subjek Geografi}
Diberi bahawa bilangan murid yang meminati ketiga-tiga subjek adalah 25% daripada bilangan murid yang meminati subjek Matematik sahaja. Hitung $x$ dan $y$.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Pak Cik Amir merupakan seorang nelayan dari Kampung Binsuluk, Membakut. Dia memerlukan 500 liter minyak petrol dan 200 ml minyak pelincir bot untuk melakukan 150 trip perjalanan menangkap ikan. Diberi bahawa bilangan trip perjalanan yang dihasilkan, $N$, berubah secara langsung dengan isi padu petrol, $T$, dan isi padu minyak pelincir, $M$, yang digunakan.
a(i)
Ungkapkan $N$ dalam sebutan $T$ dan $M$.
2 marks
a(ii)
Pak Cik Amir membeli 700 liter minyak petrol dan 300 ml minyak pelincir bot untuk kegunaan bulan hadapan. Hitung bilangan trip perjalanan menangkap ikan, $N$, yang boleh dihasilkan dengan jumlah minyak tersebut.
2 marks
b
Pada suatu hujung minggu, Pak Cik Amir merancang untuk menyertai suatu pertandingan memancing di Kampung Pimping. Jadual 5 di bawah menunjukkan maklumat perjalanan kereta Pak Cik Amir ke lokasi pertandingan.
| Masa | Huraian |
|---|---|
| 8.30 a.m. | Bertolak dari rumah Pak Cik Amir |
| 8.50 a.m. | Berhenti di kedai umpan |
| 9.00 a.m. | Bertolak dari kedai umpan |
| 9.20 a.m. | Tiba di lokasi pertandingan |
Jadual 5
Diberi bahawa jarak antara rumah Pak Cik Amir dan kedai umpan ialah 30 km dan jarak antara kedai umpan dan Kampung Pimping ialah 40 km.
Mengandaikan kereta itu bergerak dengan laju seragam sepanjang perjalanan, lukis graf jarak-masa bagi perjalanan tersebut.
*(Ruang jawapan: paksi mencancang Jarak (km), paksi mengufuk Masa (24 jam), tanpa skala. Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai yang dilabel pada setiap paksi, dan titik-titik yang disambungkan oleh garis.)*
3 marks
c
Salah satu pemantauan yang dilakukan oleh Persatuan Nelayan Membakut ke atas ahli-ahlinya adalah mengenai hasil tangkapan harian mereka. Rajah 11 menunjukkan plot titik bagi jisim tangkapan ikan (dalam kg) yang berjaya diperoleh oleh Pak Cik Amir dalam tempoh sebulan.
Diberi bahawa Persatuan Nelayan menetapkan sasaran 32 kg hasil tangkapan secara purata oleh setiap nelayan. Pak Cik Amir mengeluarkan kenyataan berikut:
> "Hasil tangkapan saya berjaya mencapai sasaran purata yang ditetapkan oleh persatuan."
Menggunakan maklumat daripada plot titik itu, berikan satu hujah untuk menyokong atau menyangkal kenyataan Pak Cik Amir tersebut.
4 marks
d
Pada hari Rabu pagi di Tamu Membakut, Pak Cik Amir dan anaknya, Azman, membuka dua kaunter jualan yang berbeza untuk menjual ikan putih dan ikan merah. Jadual 6 menunjukkan kebarangkalian menghabiskan jualan ikan putih dan ikan merah bagi kedua-dua mereka sebelum tamu tamat.
| Penjual | Kebarangkalian Habis Jualan: Ikan Putih | Kebarangkalian Habis Jualan: Ikan merah |
|---|---|---|
| Pak Cik Amir | $\frac{3}{5}$ | $\frac{1}{4}$ |
| Azman | $\frac{1}{2}$ | $\frac{2}{7}$ |
Jadual 6
Jika kebarangkalian menghabiskan sekurang-kurangnya satu jenis ikan melebihi $\frac{2}{3}$, maka penjual tersebut akan diberikan insentif "Penjual Cemerlang Tamu Membakut". Adakah Pak Cik Amir atau Azman yang akan mendapat insentif itu? Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
1715 marks
Sebuah syarikat penghantaran tempatan, *FastBox Enterprise*, merancang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membeli sebuah van baharu dan menghasilkan kotak simpanan khas untuk pelanggan.
Untuk menghasilkan kotak simpanan, syarikat mendapati bahawa masa, $t$ minit, yang diperlukan untuk menghasilkan satu kelompok kotak berubah secara langsung dengan bilangan kotak, $n$, dan berubah secara songsang dengan bilangan mesin, $m$. Jadual 7 menunjukkan maklumat $m$, $n$, dan $t$.
| Bilangan kotak, $n$ | 120 | 160 | 120 |
|---|---|---|---|
| Bilangan mesin, $m$ | 4 | 4 | 6 |
| Masa, $t$ (minit) | 90 | 120 | 60 |
Jadual 7
a(i)
Tunjukkan bahawa $t = \frac{3n}{m}$.
2 marks
a(ii)
*FastBox Enterprise* perlu menyiapkan 200 kotak sebelum van penghantaran bertolak. Hitung masa yang diperlukan, dalam jam, untuk menghasilkan semua kotak jika 5 buah mesin digunakan.
2 marks
Sebuah van milik *FastBox Enterprise* bertolak dari gudang pada pukul 8.00 a.m. Van itu memecut secara seragam sehingga mencapai laju 90 km $\text{j}^{-1}$ dalam masa 30 minit. Van kemudian bergerak pada laju malar 90 km $\text{j}^{-1}$ selama 20 minit sebelum nyahpecut secara seragam dan berhenti di destinasi dalam masa 30 minit.
b(i)
Lakarkan satu graf laju-masa untuk mewakili perjalanan tersebut berdasarkan maklumat di atas.
*(Ruang jawapan: paksi mencancang Laju (km $\text{j}^{-1}$), paksi mengufuk Masa (24 jam), tanpa skala. Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai yang dilabel pada setiap paksi dan bentuk garis.)*
2 marks
b(ii)
Seorang pemandu ingin mengetahui sama ada perjalanan ini lebih cepat daripada laluan lain. Pemandu tersebut melalui laluan lain dengan laju purata 60 km $\text{j}^{-1}$ bagi jarak yang sama.
Adakah benar bahawa perjalanan van ini lebih cepat berbanding laluan lain tersebut? Tunjukkan pengiraan anda.
2 marks
c
*FastBox Enterprise* menggunakan sebuah tangki penyimpanan berbentuk silinder untuk menyimpan cecair khas yang digunakan dalam proses pembersihan kotak simpanan. Rajah 12 berikut menunjukkan maklumat tangki simpanan cecair dan beberapa kotak simpanan berbentuk kuboid.
Para pekerja merancang untuk memindahkan sebanyak mungkin cecair dari tangki itu ke dalam beberapa bekas kuboid.
*FastBox Enterprise* hanya mempunyai 27 bekas kuboid. Adakah semua cecair daripada tangki dapat disimpan? Justifikasi jawapan anda.
[Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$]
3 marks
d
*FastBox Enterprise* ingin melaburkan keuntungan syarikat dalam salah satu daripada dua pilihan pelaburan $A$ dan $B$. Jadual 8 menunjukkan maklumat tentang dua jenis pelaburan.
| Pelaburan $A$ | Pelaburan $B$ |
|---|---|
| Modal: RM50 000 | Modal: RM50 000 |
| Tahun pertama: menerima dividen 10% daripada modal asal | Pulangan selepas 2 tahun: RM54 000 pada tahun pertama dan tambahan 8% daripada modal asal pada tahun kedua |
| Tahun kedua: menerima bonus sebanyak 8% daripada modal asal. | |
Jadual 8
Pada pendapat anda, pelaburan manakah yang lebih menguntungkan? Justifikasikan jawapan anda dalam bentuk kiraan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open