Jadual 1 menunjukkan markah bagi 50 orang murid SMK Hebat dalam suatu ujian Matematik.
| Skor | 80 | 81 | 82 | 83 | 84 | 85 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kekerapan | 9 | 3 | 15 | 12 | 6 | 5 |
Jadual 1
Hitung mod, median dan min bagi data di atas.
4 marks
24 marks
Rajah 1 menunjukkan dua garis lurus, $OE$ dan $FG$, dilukis pada suatu satah Cartes. Garis lurus $OE$ adalah selari dengan $FG$.
Cari
a
persamaan bagi garis lurus $OE$.
2 marks
b
nilai $r$.
2 marks
33 marks
Dalam suatu acara aquathlon, Hanif telah berenang dengan kelajuan 3 kmj$^{-1}$ selama 20 minit dan berlari dengan kelajuan $x$ kmj$^{-1}$ selama $(x + 2)$ jam. Hitung jumlah jarak, dalam km, yang dilalui oleh Hanif dan nyatakan jawapan dalam bentuk ungkapan kuadratik.
3 marks
44 marks
a
Tuliskan **dua** implikasi berdasarkan pernyataan berikut:
> 40 ialah nombor genap jika dan hanya jika 40 boleh dibahagi tepat dengan 10.
2 marks
b
Rajah 2 menunjukkan empat corak pertama dalam suatu pola.
Bentuk satu kesimpulan induktif yang kuat bagi bilangan segi empat sama tersebut.
2 marks
54 marks
Jadual 2 menunjukkan pelan kewangan bulanan Encik Haikal pada bulan Ogos. Encik Haikal mempunyai pendapatan bersih bulanan sebanyak RM3 900.
| Perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Makanan dan minuman | 500 |
| Ansuran pinjaman rumah | 800 |
| Premium insurans | 250 |
| Bil-bil utiliti | 150 |
| Ansuran pinjaman kereta | 550 |
| Belanja petrol | 200 |
Jadual 2
a
Berapakah jumlah perbelanjaan tetap Encik Haikal?
1 marks
b
Encik Haikal mempunyai matlamat untuk menyimpan wang sebanyak RM8 000 bagi menampung kos pembinaan rumah kucingnya dalam tempoh 5 bulan akan datang. Adakah dia dapat mencapai matlamat kewangannya? Berikan justifikasi anda.
3 marks
64 marks
Rajah 3 menunjukkan $ACD$ ialah sebuah segi tiga bersudut tegak. $ABC$ ialah garis lurus.
a
Hitung nilai $\sin \angle CAD$.
2 marks
b
Hitung nilai $\text{kos} \angle ABD$.
2 marks
74 marks
SMK Bukit Puteh menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Destinasi pertama mereka ialah Menara Berkembar Petronas. Rajah 4 menunjukkan graf tak terarah dan berpemberat yang menghubungkan enam tempat tarikan di Kuala Lumpur. Mereka hanya melawati setiap tempat sekali sahaja.
Cikgu Helmi dan Cikgu Aqeel mempunyai pendapat berbeza tentang jarak perjalanan terpendek bagi lawatan tersebut. Cikgu Helmi berpendapat bahawa destinasi kedua ialah Menara KL manakala Cikgu Aqeel berpendapat bahawa destinasi kedua ialah Masjid Negara.
Dengan menyatakan laluan, tentukan pendapat siapa yang lebih baik? Berikan justifikasi anda.
4 marks
84 marks
Puan Irdina berhasrat memberikan sumbangan nasi kerabu untuk jamuan akhir tahun murid-murid Tingkatan 5 SMK Damai. Jumlah nasi kerabu yang hendak disumbangkan adalah selebih-lebihnya 80 set. Bilangan murid yang makan nasi kerabu ayam adalah sekurang-kurangnya dua kali bilangan murid yang makan nasi kerabu daging.
a
Pemboleh ubah $x$ mewakili nasi kerabu daging manakala pemboleh ubah $y$ mewakili nasi kerabu ayam. Tulis **dua** ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili syarat-syarat sumbangan nasi kerabu tersebut.
2 marks
b
Lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear tersebut pada Rajah 5 di ruang jawapan.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: garis-garis yang membatasinya dan di sebelah mana setiap garis.)*
1 marks
c
Seterusnya, tentukan bilangan maksimum nasi kerabu ayam yang disumbangkan jika bilangan nasi kerabu daging ialah 20 set.
1 marks
95 marks
Jadual 3 menunjukkan dua pakej susu yang ditawarkan oleh sebuah kedai.
| Pakej | Perisa Coklat (liter) | Perisa Strawberi (liter) |
|---|---|---|
| $A$ | 10 | 8 |
| $B$ | 17 | 35 |
Jadual 3
Alice membeli dua set pakej $A$ dengan membayar RM130.00 dan membeli satu set pakej $B$ dengan membayar RM206.80. Dengan menggunakan kaedah matriks, cari harga, dalam RM, seliter susu perisa coklat dan seliter susu perisa strawberi.
5 marks
104 marks
a
Ali membeli secawan kopi dengan harga RM13.25 yang termasuk cukai perkhidmatan 6%. Hitung harga asal secawan kopi tersebut.
2 marks
b
Kamala memiliki sebidang tanah berkeluasan 14 m × 21.5 m. Diberi bahawa kadar cukai tanah yang dikenakan ialah RM0.27 setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah, dalam RM, yang perlu dibayar oleh Kamala setiap tahun.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Rajah 6 menunjukkan dua buah sisi empat, $ABCD$ dan $PQRS$.
Sisi empat $PQRS$ ialah imej bagi sisi empat $ABCD$ di bawah satu pantulan. Nyatakan sudut sepadan bagi $\angle PQR$ dan sisi sepadan bagi $RS$.
2 marks
Rajah 7(a) menunjukkan dua pentagon $EFGHI$ dan $KLMNP$, dilukis pada suatu satah Cartes. Pentagon $MNPKL$ ialah imej bagi pentagon $EFGHI$ di bawah transformasi $D$.
b(i)
Diberi bahawa transformasi $C$ ialah pembesaran pada pusat $M$ dengan faktor skala 2. Lukis imej bagi pentagon $MNPKL$ di bawah transformasi $C$ pada Rajah 7(b) di ruang jawapan.
*(Rajah 7(b) di ruang jawapan ialah salinan Rajah 7(a). Huraikan lukisan anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej.)*
Diberi bahawa pentagon $EFGHI$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 30 m$^2$. Hitung luas, dalam m$^2$, kawasan imej bagi pentagon $MNPKL$.
2 marks
129 marks
Diberi bahawa set semesta, $\xi = \{x : 15 \leq x \leq 25, x$ ialah integer$\}$, set $P = \{x : x$ ialah nombor perdana$\}$, set $Q = \{x : x$ ialah gandaan 4$\}$ dan set $R = \{x : x$ ialah nombor dengan keadaan hasil tambah dua digitnya kurang daripada 7$\}$.
a(i)
Senaraikan semua unsur bagi set $P$ dan set $R$ dengan menggunakan tatatanda set.
2 marks
a(ii)
Seterusnya, lukis gambar rajah Venn untuk mewakili set semesta, set $P$, set $Q$ dan set $R$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set mana yang bertindih dan yang tidak bertindih, serta unsur-unsur dalam setiap rantau, termasuk unsur di luar set $P$, $Q$ dan $R$.)*
3 marks
Satu tinjauan telah dilakukan kepada 170 responden tentang haiwan peliharaan kegemaran. Terdapat tiga jenis haiwan yang disenaraikan, iaitu kucing, arnab dan ikan. Jadual 4 menunjukkan dapatan tinjauan itu.
| Haiwan Peliharaan | Bilangan Responden |
|---|---|
| Kucing | 114 |
| Arnab | 70 |
| Kucing dan ikan | 24 |
| Arnab dan ikan | 30 |
| Arnab sahaja | 18 |
| Ikan sahaja | 9 |
| Ketiga-tiga haiwan peliharaan | 5 |
Jadual 4
b(i)
Diberi bahawa set $K$ = {responden yang memilih kucing}, set $A$ = {responden yang memilih arnab} dan set $I$ = {responden yang memilih ikan}. Menggunakan maklumat di Jadual 4, lengkapkan gambar rajah Venn itu pada Rajah 8 di ruang jawapan.
*(Tulis bilangan responden dalam setiap rantau gambar rajah Venn dan namakan rantau itu, termasuk rantau di luar ketiga-tiga set.)*
3 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung bilangan responden yang tidak memilih sebarang haiwan peliharaan.
1 marks
139 marks
Jadual 5 menunjukkan taburan markah bagi 40 orang murid kelas 5 Usaha dalam suatu ujian Matematik.
| Markah | Kekerapan |
|---|---|
| 41 – 50 | 1 |
| 51 – 60 | 3 |
| 61 – 70 | 8 |
| 71 – 80 | 13 |
| 81 – 90 | 9 |
| 91 – 100 | 6 |
Jadual 5
a
Berdasarkan data di Jadual 5, lengkapkan Jadual 6 di ruang jawapan.
| Sempadan Atas | Kekerapan Longgokan |
|---|---|
| 40.5 | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
Jadual 6
*(Tulis sempadan atas dan kekerapan longgokan bagi setiap baris Jadual 6.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi-$y$, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c
Daripada ogif yang dibina di 13(b), hitung julat antara kuartil dan persentil ke-35.
3 marks
149 marks
Encik Aidil balik ke kampungnya, Penaga, Pulau Pinang dengan kereta.
Jadual 7 menunjukkan sebahagian maklumat perjalanan Encik Aidil. Jarak di antara Taiping dengan Penaga ialah 90 km.
| Masa | Huraian |
|---|---|
| 8.10 pagi | Bertolak dari Taiping. |
| 8.55 pagi | Berehat di Hentian Alor Pongsu selepas memandu sejauh 45 km. |
| 9.10 pagi | Bergerak dari Hentian Alor Pongsu ke Penaga. |
| 10.05 pagi | Tiba di Penaga. |
Jadual 7
a(i)
Nyatakan nilai $m$ dan $n$ pada Rajah 9 di ruang jawapan bagi menggambarkan keseluruhan perjalanan.
2 marks
a(ii)
Nyatakan masa, dalam jam, kereta tersebut berada dalam keadaan pegun.
1 marks
a(iii)
Hitung laju purata, dalam kmj$^{-1}$, keseluruhan perjalanan.
2 marks
Rajah 10 menunjukkan graf laju-masa bagi suatu zarah dalam tempoh 30 saat.
b(i)
Nyatakan laju seragam, dalam ms$^{-1}$, zarah itu.
1 marks
b(ii)
Hitung jarak perjalanan yang dilalui oleh zarah itu dalam 20 saat pertama.
3 marks
159 marks
Encik Loke ingin menginsuranskan keretanya dengan RM90 000 untuk digunakan di Semenanjung Malaysia. Kapasiti enjin dan NCD keretanya masing-masing ialah 1 800 cc dan 35%. Jadual 8 menunjukkan sebahagian pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Polisi komprehensif (RM) | Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1650 | 305.50 | 135.00 |
| 2200 | 339.10 | 151.20 |
Jadual 8
a
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Loke untuk polisi komprehensif.
4 marks
b
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Loke untuk polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
3 marks
c
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Loke untuk polisi pihak ketiga.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Rajah 11 menunjukkan kebun buah-buahan Encik Zaid yang berbentuk pentagon $ABCDE$. Dia menanam pokok mangga di kawasan yang berbentuk segi tiga $FGI$. Hitung luas, dalam m$^2$, kawasan berlorek.
2 marks
b
Jadual 9 menunjukkan hasil kutipan, dalam kg, rambutan dan mangga di kebun buah-buahan Encik Zaid bagi tempoh seminggu.
| Buah \ Hari | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Rambutan | 15 | 11 | 10 | 13 | 14 | 11 | 13 |
| Mangga | 13 | 12 | 14 | 11 | 15 | 12 | 14 |
Jadual 9
Diberi bahawa min dan varians bagi mangga masing-masing ialah 13 dan 1.71. Buat satu kesimpulan tentang hasil pengeluaran rambutan dan mangga.
4 marks
Encik Farid ingin membina sebuah taman permainan bersebelahan dengan kebun buah-buahan Encik Zaid. Taman tersebut akan dibina dalam bentuk bulatan dengan diameter 20 meter.
c(i)
Hitung panjang pagar, dalam m, yang diperlukan untuk mengelilingi taman tersebut. Berikan jawapan akhir anda dalam 2 tempat perpuluhan.
[Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
2 marks
c(ii)
Jika kos membina pagar ialah RM12 per meter, hitung kos keseluruhan pagar.
2 marks
Encik Farid dan Encik Hafiz telah menghadiri suatu majlis makan malam. Sebanyak 10 pakej percutian, 12 barangan elektrik dan 18 hamper disediakan sebagai cabutan bertuah. Encik Farid dan Encik Hafiz masing-masing memilih secara rawak cabutan bertuah pertama dan cabutan bertuah kedua. Hitung kebarangkalian bahawa
d(i)
kedua-dua mereka mendapat cabutan bertuah yang sama.
3 marks
d(ii)
sekurang-kurangnya seorang daripada mereka mendapat barangan elektrik.
2 marks
1715 marks
Puan Syafira merupakan seorang usahawan kuih-muih. Beliau mempunyai tiga buah gerai, $R$, $S$ dan $T$.
a
Berdasarkan Rajah 12, hitung jarak, dalam m, antara gerai $R$ dan gerai $T$ jika $RS$ = 60 m dan $ST$ = 45 m.
2 marks
Rajah 13 menunjukkan bilangan pek donat yang ditempah oleh pelanggan Puan Syafira.
> 10, 22, 19, 20, 15, 10
Rajah 13
b(i)
Hitung sisihan piawai bagi data tersebut.
3 marks
b(ii)
Diberi min untuk tempahan karipap ialah 16 dan sisihan piawainya ialah 5.42. Antara donat dan karipap, manakah yang dapat menjana pendapatan yang lebih stabil kepada Puan Syafira? Berikan justifikasi anda.
1 marks
Rajah 14 menunjukkan satu laluan pelanggan yang dibina berbentuk heksagon sekata.
c(i)
Berapakah nilai satu sudut pedalaman poligon tersebut?
2 marks
c(ii)
Seorang pelanggan berdiri di kawasan sudut peluaran satu bucu poligon tersebut. Hitung sudut peluaran tersebut.
2 marks
Di gerai $S$, terdapat 10 jenis kuih yang terdiri daripada 6 jenis kuih moden ($M$) dan 4 jenis kuih tradisional ($T$). Dua jenis kuih dipilih secara rawak satu persatu daripada bekas tersebut tanpa pengembalian.
d(i)
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
2 marks
d(ii)
Hitung kebarangkalian sekurang-kurangnya satu kuih tradisional dipilih.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open