Pada ruang jawapan, lukis graf $y = -x^2 + 2x + 2$ untuk $-3 \leq x \leq 2$. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
*(Ruang jawapan: kertas graf dengan paksi-$x$ berlabel −3, −2, −1, O, 1, 2 dan paksi-$y$ berlabel −15, −10, −5, 5. Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 marks
23 marks
Sebuah lagu nyanyian seorang artis mendapat $4 \times 10^{4}$ tontonan dalam masa satu jam pertama selepas dimuat naik. Pada jam kedua, sebanyak $3.5 \times 10^{3}$ tontonan tambahan direkodkan, manakala pada jam ketiga, sebanyak 76 500 tontonan tambahan direkodkan.
a
Hitung jumlah tontonan dalam tempoh tiga jam pertama. Nyatakan jawapan anda dalam bentuk piawai.
1 marks
b
Seterusnya, sebanyak $2 \times 10^{2}$ daripada jumlah tontonan tersebut menerima tanda tidak suka. Jika peratusan tanda tidak suka melebihi 3%, lagu tersebut tidak layak dicalonkan dalam mana-mana kategori Anugerah Muzik Malaysia. Tentukan sama ada lagu tersebut layak dicalonkan dan berikan justifikasi bagi jawapan anda.
2 marks
34 marks
Data berikut menunjukkan masa (dalam minit) yang diambil oleh 5 orang pelajar untuk menyiapkan satu tugasan.
> 15, 18, 20, 15, 22
a
Nyatakan median bagi data tersebut.
1 marks
b
Hitung min bagi data tersebut.
2 marks
c
Seorang lagi pelajar mengambil masa 10 minit. Tentukan sama ada median baharu berubah atau tidak, dan berikan sebab.
1 marks
45 marks
Rajah 1 menunjukkan sebuah padang bola sepak yang berbentuk segi empat tepat dengan panjang dan lebar padang itu masing-masing ialah $(2x + 20)$ m dan $(x + 10)$ m. Diberi luas padang bola sepak itu ialah 800 $\text{m}^2$.
a
Bentukkan satu persamaan kuadratik bagi luas padang itu dalam sebutan $x$.
2 marks
b
Seterusnya, hitung panjang padang bola tersebut.
3 marks
54 marks
a
Tentukan sama ada pernyataan yang berikut adalah benar atau palsu.
$p^{-1} = \frac{1}{p}$ dan $\sqrt{p} = p^{\frac{1}{2}}$
1 marks
b
Lengkapkan Premis 2 dalam hujah berikut:
Premis 1: Jika hasil tambah tiga nombor ialah 15, maka min ialah 5.
Premis 2: ……………………
Kesimpulan: Hasil tambah tiga nombor itu bukan 15.
1 marks
c
Berdasarkan maklumat di bawah, buat satu kesimpulan secara deduksi bagi luas permukaan sfera dengan jejari 9 cm.
> Luas permukaan bagi suatu sfera dengan jejari $j$ cm ialah $4\pi j^2$
2 marks
64 marks
Diberi set semesta, $\xi = \{x : 32 < x < 42, x$ ialah integer$\}$.
Set $A = \{x : x$ ialah nombor gandaan 5$\}$
Set $B = \{x : x$ ialah nombor perdana$\}$
Set $C = \{x : x$ ialah nombor dua digit dengan hasil tambah digit-digitnya melebihi 7$\}$
a
Senaraikan semua unsur bagi set $C$ dengan menggunakan tatatanda set.
1 marks
b
Pada Rajah 2 di ruang jawapan, lukis gambar rajah Venn dan lengkapkan set semesta $\xi$, set $A$, set $B$ dan set $C$.
*(Rajah 2 di ruang jawapan ialah segi empat tepat kosong berlabel $\xi$. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set mana yang bersilang, dan unsur-unsur dalam setiap rantau, termasuk unsur di luar set $A$, $B$ dan $C$.)*
3 marks
74 marks
Rajah 3 menunjukkan satu graf yang menghubungkan lima titik $A$, $B$, $C$, $D$ dan $E$.
Berdasarkan graf tersebut, nyatakan
a
bilangan bucu, $n(V)$.
1 marks
b
bilangan tepi, $n(E)$.
1 marks
c
darjah bagi bucu $B$.
1 marks
d
satu bucu yang mempunyai darjah 2.
1 marks
84 marks
Puan Salmi merupakan seorang suri rumah yang menghantar anaknya ke sekolah pada setiap hari dengan menaiki kereta. Rajah 4 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Puan Salmi dari rumah ke sekolah anaknya dan kembali semula ke rumahnya.
Berdasarkan graf,
a
Hitung laju, dalam $\text{km min}^{-1}$, kereta itu bagi 10 minit yang pertama.
2 marks
b
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, kereta itu berhenti seketika.
1 marks
c
Adakah kelajuan kereta semasa perjalanan pulang lebih tinggi berbanding perjalanan pergi? Berikan alasan anda melalui pemerhatian pada kecerunan graf.
1 marks
95 marks
Encik Vijay ingin menambah pendapatan melalui kerja sambilan. Dia bercadang untuk menjual air minuman di hadapan rumahnya. Sebagai permulaan, dia menjual 300 bungkus minuman sehari. Rajah 5 menunjukkan tanda harga air minuman yang dijualnya.
Pada hari pertama, dia menjual 150 bungkus air kelapa dan 150 bungkus air jeli limau. Jumlah pendapatan bersih yang diperoleh ialah RM870 setelah menolak kos plastik pembungkus sebanyak RM30. Pada hari kedua pula, dia menjual 250 bungkus air kelapa dan 50 bungkus air jeli limau dengan jumlah pendapatan sebanyak RM860.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga jualan, dalam RM, bagi sebungkus air kelapa dan sebungkus air jeli limau.
5 marks
104 marks
Semasa bercuti, Chua telah mengalami kecederaan akibat terjatuh dan perlu menerima rawatan di sebuah hospital swasta. Kos rawatan hospital tersebut adalah sebanyak RM12 500. Chua mempunyai polisi insurans perubatan dengan peruntukan deduktibel sebanyak RM500 dan fasal ko-insurans 80/20.
a
Hitung jumlah kos yang perlu ditanggung oleh Chua bagi rawatan tersebut.
2 marks
b
Chua bercadang untuk menukar polisi insurans baharu yang mempunyai peruntukan ko-insurans 70/30. Wajarkah Chua berbuat demikian sekiranya dia kerap memerlukan rawatan hospital? Berikan ulasan anda berdasarkan konsep pengurusan risiko.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Puan Aina mempunyai pendapatan bersih RM3 800 sebulan. Dia merancang kewangan bulanannya seperti Jadual 2 berikut:
| Perkara | Jumlah |
|---|---|
| Perbelanjaan tetap | RM1 500 |
| Perbelanjaan tidak tetap | RM900 |
| Simpanan | 20% daripada pendapatan |
| Bayaran pinjaman peribadi | RM600 |
Jadual 2
a
Hitung jumlah simpanan bulanan Puan Aina.
2 marks
b
Hitung jumlah keseluruhan perbelanjaan bulanan termasuk simpanan.
2 marks
c
Hitung lebihan atau defisit pendapatan Puan Aina.
2 marks
Puan Aina ingin melabur lebihan wangnya dalam satu skim pelaburan yang memberi pulangan 5% setahun.
d(i)
Jika Puan Aina melabur RM1 200, hitung jumlah pulangan selepas setahun.
2 marks
d(ii)
Nyatakan satu kelebihan membuat simpanan sebelum berbelanja dalam pengurusan kewangan.
1 marks
129 marks
Encik Haikal ialah seorang pengurus operasi di sebuah syarikat parkir swasta di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Memandangkan jumlah pekerja yang berulang-alik ke bandar semakin meningkat, syarikatnya telah membuka sebuah tapak parkir baharu. Encik Haikal perlu merancang pembahagian petak parkir bagi $x$ buah kereta dan $y$ buah motosikal berdasarkan syarat-syarat operasi yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya seperti berikut:
| i | Jumlah keseluruhan kenderaan yang boleh dimuatkan di tapak tersebut tidak melebihi 90 buah. |
|---|---|
| ii | Bilangan motosikal adalah sekurang-kurangnya 20 buah bagi menampung keperluan pekerja penghantar makanan. |
| iii | Bilangan kereta mestilah tidak melebihi dua kali bilangan motosikal. |
a
Tuliskan **tiga** ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili syarat-syarat perancangan tapak parkir di atas.
3 marks
b
Pada graf di ruang jawapan, lukis dan lorek rantau yang memenuhi sistem ketaksamaan linear di 12(a).
*(Graf di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ masing-masing dari 0 hingga 100, berlabel setiap 10 unit. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek (garis-garis yang membatasinya dan bucu-bucunya).)*
4 marks
c
Syarikat itu menetapkan sasaran kutipan harian minimum sebanyak RM700. Berdasarkan rantau berlorek di 12(b), tentukan sama ada sasaran tersebut boleh dicapai atau tidak sekiranya kadar bayaran parkir bagi sebuah kereta ialah RM10 dan sebuah motosikal ialah RM3.
Justifikasikan jawapan anda melalui pengiraan.
2 marks
139 marks
Pada tahun 2025, Nia memperoleh pendapatan sebanyak RM5 200 termasuk elaun berjumlah RM400 sebulan yang dikecualikan cukai. Pada tahun tersebut, beliau telah menderma sebanyak RM1 200 kepada sebuah perpustakaan awam negeri. Jadual 3.1 menunjukkan beberapa pelepasan cukai yang dituntutnya bagi taksiran 2025.
| Pelepasan cukai | Amaun |
|---|---|
| Individu | RM9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM2 500 |
| Insurans hayat (had RM7 000) | RM8 000 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM5 000 |
Jadual 3.1
Jadual 3.2 menunjukkan kadar cukai pendapatan individu untuk Tahun Taksiran 2025.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
Jadual 3.2
a(i)
Adakah Nia layak menerima rebat cukai? Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
a(ii)
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Nia bagi tahun 2025.
3 marks
a(iii)
Diberi bahawa potongan cukai bulanan (PCB) dalam slip gaji Nia ialah RM35 sebulan. Adakah Nia perlu membuat bayaran tambahan cukai pendapatan? Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
149 marks
Rajah 6.1 menunjukkan segi tiga $ABC$ dan $KLM$ yang dilukis pada satah Cartes.
a
Nyatakan sifat kekongruenan bagi segi tiga $ABC$ dan $KLM$.
1 marks
b
Nyatakan sudut yang sepadan dengan sudut $\angle BAC$.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan suatu bentuk teselasi yang terdiri daripada segi tiga sama kaki yang dihasilkan dengan transformasi isometri.
c(i)
Segi tiga $VXZ$ ialah imej bagi segi tiga $UWY$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{PQ}$.
Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{Q}$.
2 marks
c(ii)
Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{P}$.
3 marks
c(iii)
Diberi sudut $XWY$ ialah $72^\circ$, cari nilai bagi sudut $VWU$.
2 marks
159 marks
Jadual 4 di ruang jawapan menunjukkan taburan berat bagi 38 bungkusan yang diterima di sebuah pejabat pos.
a
Lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan.
| Berat (kg) | Kekerapan | Kekerapan Longgokan | Sempadan Atas |
|---|---|---|---|
| 0.1 – 0.5 | 0 | 0 | 0.55 |
| 0.6 – 1.0 | 2 | | |
| | 4 | | |
| | 8 | | |
| | 13 | | |
| | 8 | | |
| | 2 | | |
| | 1 | | |
Jadual 4
*(Tulis berat (selang kelas), kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap petak yang kosong.)*
4 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Pada paksi yang telah disediakan, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Paksi yang disediakan: paksi mengufuk ($x$) berlabel 0.55, 1.05, 1.55, 2.05, 2.55, 3.05, 3.55, 4.05; paksi mencancang ($y$) berlabel 5, 10, 15, 20, 25, 30, 35, 40. Huraikan ogif anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot (koordinat) dan bentuk lengkung.)*
3 marks
Berdasarkan ogif yang dilukis di 15(b), cari
c(i)
kuartil pertama,
1 marks
c(ii)
bilangan bungkusan yang mempunyai berat kurang daripada 2.8 kg.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Seorang pengurus majlis perkahwinan sedang merancang pembelian barangan untuk suatu kenduri.
Berdasarkan perancangan tersebut, jumlah kos pembelian barangan, $C$, adalah berkadar langsung dengan bilangan tetamu, $N$ dan berkadar songsang dengan bilangan penyumbang, $S$. Diberi bahawa kos pembelian ialah RM2 400 apabila bilangan tetamu ialah 120 orang dan bilangan penyumbang ialah 6 orang.
a(i)
Ungkapkan $C$, dalam sebutan $N$ dan $S$.
2 marks
a(ii)
Jika jumlah kos pembelian ialah RM3 000 dan bilangan tetamu ialah 150 orang, hitung bilangan penyumbang yang diperlukan.
2 marks
Bagi memudahkan perjalanan ke majlis kenduri, pengurus menyediakan sebuah bas untuk mengambil tetamu dari beberapa lokasi. Laluan perjalanan bas tersebut diwakili oleh satu graf tidak berarah dalam Rajah 7 di mana setiap bucu mewakili lokasi dan setiap sisi mewakili jalan.
b(i)
Seorang pemandu bas bermula dari Rumah Aisyah dan perlu mengambil tetamu di setiap rumah sebelum menamatkan perjalanan di Dewan Kenduri.
Lukis graf terarah berpemberat yang mewakili laluan terpendek bagi bas tersebut dengan semua laluan hanya dilalui sekali sahaja.
*(Di ruang jawapan, bucu $A$, $B$, $C$, $D$, $E$ dan $F$ telah diberi. Huraikan graf terarah anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi mengikut arah (dari bucu mana ke bucu mana) dan pemberatnya.)*
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung jarak terpendek itu, dalam km.
2 marks
Semasa majlis tersebut, acara cabutan bertuah diadakan bagi menghargai 6 orang penyumbang terawal. Jadual 5 menunjukkan nama-nama penyumbang tersebut.
| Penyumbang Lelaki | Penyumbang perempuan |
|---|---|
| Daniel ($D$) | Aisyah ($A$) |
| Farid ($F$) | Emma ($E$) |
| Chong ($C$) | |
| Bakar ($B$) | |
Jadual 5
Dua orang penyumbang akan dipilih secara rawak sebagai pemenang cabutan bertuah.
c(i)
Senaraikan semua kesudahan yang mungkin dalam ruang sampel ini.
2 marks
c(ii)
Hitung kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya seorang pemenang wanita dipilih dalam cabutan tersebut.
2 marks
d
Semasa majlis tersebut, jumlah sumbangan daripada beberapa orang tetamu telah direkodkan. Jadual 6 menunjukkan jumlah sumbangan, dalam RM, yang diterima.
| Jumlah Sumbangan (RM) | Kekerapan |
|---|---|
| 100 – 199 | 4 |
| 200 – 299 | 7 |
| 300 – 399 | $x$ |
| 400 – 499 | 6 |
| 500 – 599 | 3 |
Jadual 6
Diberi bahawa min jumlah sumbangan tersebut ialah RM339.50. Cari nilai $x$.
3 marks
1715 marks
Iskandar dan Rohayu merancang percutian ulang tahun perkahwinan mereka ke sebuah chalet di tepi pantai. Mereka membuat beberapa perancangan kewangan dan pengiraan sepanjang perjalanan.
Iskandar menyimpan wang untuk percutian secara mingguan. Pada minggu pertama, dia menyimpan RM50. Jumlah simpanannya bertambah sebanyak RM20 setiap minggu.
a(i)
Tulis tiga sebutan pertama bagi jujukan tersebut.
1 marks
a(ii)
Hitung wang simpanan Iskandar, dalam RM, pada minggu ke-6.
2 marks
b
Rohayu merancang untuk membeli sebuah beg bagasi sebagai persediaan untuk percutian mereka. Jadual 7 di bawah menunjukkan harga beg bagasi di dua buah kedai yang dinyatakan dalam asas nombor yang berbeza.
| Kedai $X$ | Kedai $Y$ |
|---|---|
| RM$345_7$ | RM$554_6$ |
Jadual 7
Rohayu mempunyai peruntukan sebanyak RM200 untuk membeli sebuah beg bagasi. Berdasarkan maklumat harga beg di kedua-dua kedai tersebut, tentukan kedai manakah yang akan dipilih oleh Rohayu?
4 marks
Sebaik sahaja tiba di destinasi, Iskandar dan Rohayu mendaftar masuk ke sebuah chalet. Rajah 8 menunjukkan Iskandar berdiri di atas tanah mengufuk menghadap chalet tersebut. Dia melihat ke arah Rohayu yang berada di balkoni.
Diberi bahawa tinggi mata Iskandar dari aras tanah ialah 1.65 m dan ketinggian balkoni tersebut ialah 8 m dari tanah mengufuk.
c(i)
Namakan sudut dongakan balkoni tersebut dari kedudukan Iskandar.
1 marks
c(ii)
Diberi jarak mengufuk antara Iskandar dengan bangunan chalet ialah 15 m. Hitung nilai sudut di (c)(i).
2 marks
Iskandar dan Rohayu bersiar-siar di jeti pelabuhan pada waktu petang sambil menikmati pemandangan laut. Ketinggian air laut, $h$, dalam meter, di jeti tersebut berubah mengikut masa, $t$, dalam jam. Fenomena ini dimodelkan oleh fungsi $h(t) = 3\ \text{kos}\ 3t + 5$ untuk tempoh $0 \leq t \leq 12$.
d(i)
Hitung ketinggian air laut maksimum dan minimum yang dicapai di jeti tersebut.
2 marks
d(ii)
Sebuah kapal kecil hanya boleh merapat ke jeti jika ketinggian air sekurang-kurangnya 5 meter. Tentukan sama ada kapal tersebut boleh merapat ke jeti pada jam ke-4 atau tidak.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open