Rajah 1 menunjukkan segi tiga sama kaki $EFG$ dan garis lurus $EH$.
Diberi kecerunan garis lurus $EH$ ialah $-\frac{9}{7}$. Cari
a
**[Bonus]** nilai $k$,
1 marks
b
**[Bonus]** pintasan-$x$ bagi garis lurus $EF$.
2 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Hilman dari sebuah taman rekreasi ke rumahnya dengan basikal.
a
Hitung laju purata, dalam m/minit, perjalanan Hilman bagi tempoh 55 minit.
2 marks
b
Diberi purata laju bagi keseluruhan perjalanan ialah 66 m/minit, cari nilai $y$.
2 marks
33 marks
Hasil tambah dua nombor ialah 75. Perbezaan antara dua nombor ialah 33. Cari nilai bagi dua nombor itu.
3 marks
45 marks
Persamaan kuadratik mempunyai punca $x = 2$ dan $x = -3$. Jika persamaan tersebut berbentuk $ax^2 + bx + c = 0$, dengan pintasan-$y$ adalah $-12$, cari nilai bagi $a$, $b$ dan $c$.
5 marks
53 marks
Aaron baru sahaja bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat. Pendapatan bulanannya ialah RM2 500 sebulan. Dia merancang untuk menguruskan kewangannya dengan bijak supaya dapat menyimpan wang pendahuluan untuk membeli sebuah motosikal bagi memudahkannya pergi ke tempat kerja. Jadual 1 menunjukkan jumlah perbelanjaan bulanan Aaron.
| Jenis perbelanjaan | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Sewa bilik | 600 |
| Makanan dan minuman | 520 |
| Pengangkutan awam | 150 |
| Bil utiliti dan internet | 350 |
| Hiburan dan rekreasi | 250 |
| Bayaran pinjaman pendidikan | 200 |
Jadual 1
Jika Aaron ingin menyimpan 20% daripada pendapatannya setiap bulan untuk membayar wang pendahuluan itu, adakah dia mampu untuk berbuat demikian? Beri justifikasi anda.
3 marks
64 marks
a
Lengkapkan pernyataan di bawah dengan menggunakan pengkuantiti "semua" atau "sebilangan" untuk membentuk pernyataan benar.
> ………… nombor perdana adalah nombor ganjil.
1 marks
b
Lengkapkan premis 2 bagi hujah berikut berdasarkan kesimpulan yang diberi.
> Premis 1: Jika $7m > 28$, maka $m > 4$
>
> Premis 2: ……………………
>
> Kesimpulan: $7m \leq 28$
1 marks
c
Buat satu kesimpulan umum secara induksi bagi urutan nombor 0, 14, 52, 126, … yang mengikut pola berikut:
> $2(2) - 4 = 0$
>
> $2(9) - 4 = 14$
>
> $2(28) - 4 = 52$
>
> $2(65) - 4 = 126$
>
> $\ldots = \ldots$
2 marks
74 marks
Jadual 2 menunjukkan bacaan meter air yang digunakan oleh Aileen pada bulan Julai 2025.
| Tarikh | Bacaan Penggunaan (m³) |
|---|---|
| 2 Julai 2025 | 672 |
| 27 Julai 2025 | 753 |
Jadual 2
Bacaan-bacaan ini adalah dalam asas 9. Jika satu m³ air dalam asas 10 akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.45, berapakah bil air, dalam RM, yang perlu dibayar oleh Aileen pada bulan Julai ini?
4 marks
85 marks
Diberi bahawa $n(\xi) = 73$, $n(R) = 35$ dan $n(S) = 41$. Cari beza di antara nilai maksimum dan nilai minimum bagi $n(R \cap S)$.
5 marks
94 marks
a
Rajah 3 menunjukkan suatu graf linear.
Nyatakan hubungan $y$ terhadap $x$ dalam bentuk ubahan dengan menggunakan simbol $\propto$.
1 marks
b
Jadual 4 menunjukkan hubungan antara tiga pembolehubah $D$, $E$ dan $F$.
| $D$ | 24 | 9 |
|---|---|---|
| $E$ | $x$ | 27 |
| $F$ | 10 | 5 |
Jadual 4
$D$ berubah secara langsung dengan punca kuasa tiga $E$ dan kuasa dua $F$.
Cari nilai $x$.
3 marks
105 marks
Jadual 3 menunjukkan ketinggian layang-layang Azim dari tanah mengufuk disebuah taman permainan.
| Tinggi (m) | 22 | 33 | 22 | 11 | 22 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa (minit) | 0 | 2 | 4 | 6 | 8 |
Jadual 3
a
Daripada jadual yang diberi, lakarkan graf fungsi trigonometri yang berkaitan dengan data ini.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum serta masa ia berlaku, dan titik-titik yang dilalui graf dari permulaan hingga akhir.)*
3 marks
b
Seterusnya nyatakan persamaan trigonometri bagi graf yang telah dilakarkan di (a).
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Encik Syahmi telah menggunakan 1042 kWj elektrik pada bulan April. Diberi bahawa penggunaan yang melebihi 600 kWj dalam sebulan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8%. Jadual 5 menunjukkan bil elektrik rumah kediaman Encik Syahmi pada bulan April.
| Blok Tarif (kWj) | Blok Prorata (kWj) | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|---|
| 200 | 200 | 0.218 | 43.60 |
| 100 | 100 | 0.334 | 33.40 |
| 300 | 300 | 0.516 | $x$ |
| 300 | 300 | 0.546 | 163.80 |
| >900 | $y$ | 0.571 | $z$ |
Jadual 5
a
Hitung nilai $x$, nilai $y$ dan nilai $z$.
3 marks
b
Hitung jumlah bayaran, dalam RM, yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
2 marks
c
Hitung cukai perkhidmatan, dalam RM, yang dikenakan dalam bil elektrik bulan April.
3 marks
128 marks
a
Rajah 4 menunjukkan lima keping kad yang dilabel dengan nombor di dalam kotak $X$ dan tiga keping kad yang dilabel dengan huruf di dalam kotak $Y$.
- Kotak $X$: kad 15, 25, 38, 41, 57
- Kotak $Y$: kad I, P, Q
Rajah 4
Alea memilih sekeping kad secara rawak daripada kotak $X$ dan kemudian memilih sekeping kad secara rawak daripada kotak $Y$. Dengan menyenaraikan sampel bagi semua kesudahan peristiwa yang mungkin, cari kebarangkalian di mana sekeping kad dengan nombor genap dan sekeping kad dilabel dengan huruf I dipilih.
4 marks
Sebuah almari pakaian mengandungi sejumlah 36 helai baju dalam tiga warna, putih, merah dan biru. Jika sehelai baju dipilih secara rawak daripada almari pakaian itu, kebarangkalian memilih sehelai baju putih adalah $\frac{1}{4}$. Hitung
b(i)
bilangan baju putih,
2 marks
b(ii)
kebarangkalian memilih sehelai baju merah jika almari pakaian itu mengandungi 13 helai baju biru.
2 marks
139 marks
a
Matriks songsang bagi $\begin{pmatrix} -3 & -8 \\ 1 & 2 \end{pmatrix}$ ialah $\frac{1}{p}\begin{pmatrix} 2 & q \\ -1 & -3 \end{pmatrix}$.
Cari nilai $p$ dan $q$. Seterusnya, hitung nilai $p + q$.
3 marks
b
Seorang peniaga telah menjual dua jenis minuman segar berperisa anggur dan oren. Dia ingin memastikan setiap minuman yang dijual dengan harga yang berpatutan agar mendapat untung dan memuaskan hati pelanggannya. Jadual 6 menunjukkan bilangan botol minuman yang dibeli oleh Sew Lin dan Achmed pada minggu lepas.
| Minuman berperisa | Anggur | Oren |
|---|---|---|
| Sew Lin | 2 | 3 |
| Achmed | 4 | 5 |
Jadual 6
Achmed telah membayar sebanyak RM34 untuk bilangan botol yang telah dibelinya dan Sew Lin pula telah membayar RM16 kurang daripada Achmed. Dengan menggunakan kaedah matriks, cari harga bagi sebotol minuman berperisa anggur dan sebotol minuman berperisa oren.
6 marks
1410 marks
Berikut merupakan masa, dalam minit, yang diambil oleh 13 orang murid untuk menyiapkan satu tugasan Matematik.
Masa (minit): 37, 39, 38, 36, 37, 45, 40, 36, 38, 35, 37, 39, 37
a(i)
Pada graf di ruang jawapan, lengkapkan plot titik bagi masa, dalam minit.
*(Huraikan plot titik anda dalam perkataan: nyatakan bilangan titik yang anda plot di atas setiap nilai masa, dari 35 hingga 45 minit.)*
3 marks
a(ii)
Nyatakan median masa
1 marks
a(iii)
Hitung min masa
2 marks
b
Berdasarkan jawapan anda di (a)(i) dan (a)(ii), sukatan serakan memusat yang manakah lebih sesuai untuk digunakan bagi data masa ini? Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
c
Terdapat dua orang murid baru menyiapkan tugasan masing-masing mencatat masa menjawab 34 minit dan 43 minit. Hitung julat masa bagi data yang baru ini.
2 marks
1510 marks
a
Rajah 5.1 menunjukkan titik $F$ dan titik $G$ ditanda pada suatu satah Cartes.
Penjelmaan $\mathbf{P}$ ialah suatu translasi $\begin{pmatrix} 6 \\ -3 \end{pmatrix}$.
Penjelmaan $\mathbf{Q}$ ialah satu putaran $90^\circ$, ikut arah jam pada pusat $G$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $F$ di bawah penjelmaan $\mathbf{QP}$.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan tiga trapezium $JKLM$, $URST$, dan $UVWX$, dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)(a)
Trapezium $URST$ ialah imej bagi trapezium $JKLM$ di bawah gabungan penjelmaan $\mathbf{MN}$.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
$\mathbf{N}$,
2 marks
b(i)(b)
$\mathbf{M}$.
3 marks
b(ii)
Diberi bahawa trapezium $JKLM$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 27 m². Hitung luas, dalam m², kawasan yang berlorek.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Aqil telah menyimpan nombor pin kad kredit di dalam telefon bimbitnya untuk mengelakkan daripada terlupa. Namun tindakan ini boleh menyebabkan orang lain mengetahui nombor pin itu sekiranya telefon bimbitnya hilang atau dicuri. Oleh itu sebagai langkah keselamatan, Aqil telah menulis nombor pin itu dalam asas dua dan pin sebenarnya dalam asas 8.
| 111 | 101 | 110 | 011 | 111 | 101 |
|---|---|---|---|---|---|
Apakah nombor pin Aqil?
2 marks
b
Sempena ulang tahun perkahwinannya Aqil bercadang untuk membawa isteri bercuti ke La Bella Boutique Hotel. Aqil mempunyai dua pilihan bilik iaitu Bilik Eksekutif dan Bilik Suite. Jadual 7.1 menunjukkan kadar bayaran setiap bilik dan potongan harga di hotel itu.
| Jenis Bilik | Bilik Eksekutif | Bilik Suite |
|---|---|---|
| Kadar Bayaran (RM per hari) | 450 | 800 |
| Potongan Harga | Tiada | 25% jika menginap lebih daripada 2 hari |
Jadual 7.1
Cari nisbah kadar bayaran Bilik Eksekutif kepada Bilik Suite sekiranya Aqil bercadang untuk menginap selama 3 hari.
4 marks
c
Aqil dan isteri keluar makan malam di sebuah restoran. Mereka telah makan sepinggan kambing bakar, dua pinggan spageti karbonara dan dua cawan kopi. Jadual 7.2 menunjukkan harga makanan dan minumannya.
| Makanan dan Minuman | Harga |
|---|---|
| Kambing bakar | RM36.00 per pinggan |
| Spageti Karbonara | RM28.00 per pinggan |
| Kopi | RM19.80 per cawan |
Jadual 7.2
Diberi bahawa restoran itu mengenakan cukai perkhidmatan 6%, hitung bil Aqil.
4 marks
d
Aqil ingin membeli sebuah beg tangan buatan Amerika Syarikat secara atas talian untuk dihadiahkan kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya. Beliau melayari internet dan menjumpai promosi menarik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3.
| RM2099.00 | USD275 |
|---|---|
| Syarikat ABC di Malaysia menawarkan diskaun sebanyak 25% daripada harga asal, RM2099.00. Penghantaran adalah percuma untuk ke seluruh semenanjung Malaysia. | Syarikat DEF di United State of America menawarkan harga promosi USD275. |
Jadual 7.3
Aqil bercadang membuat pembayaran dengan kad kredit dan bank akan mengenakan caj tambahan 1% ke atas setiap transaksi daripada luar negara. Jika kadar semasa pertukaran mata wang untuk ringgit Malaysia ialah RM1 = USD0.21, tawaran manakah yang harus dipilih oleh Aqil. Beri justifikasi anda.
5 marks
1715 marks
Satu perkhemahan unit beruniform telah diadakan di sebuah kawasan hutan simpan. Seramai 248 orang murid daripada empat unit beruniform telah menyertai perkhemahan ini. Jadual 8 menunjukkan bilangan peserta yang mewakili unit beruniform.
| Unit Beruniform | Bilangan peserta |
|---|---|
| Kadet Remaja Sekolah | $70_8$ |
| Kadet Polis | 52 |
| Pengakap | $x$ |
| St John Ambulance | 65 |
Jadual 8
a
Hitung nilai $x$.
2 marks
b
Tapak perkhemahan ini dibahagikan mengikut tiga zon penempatan iaitu zon penganjur, zon A dan zon B. Rajah 6 menunjukkan kawasan penempatan itu yang terdiri daripada sebuah semi bulatan yang berjejari 28 meter dan bentuk zon A dan zon B yang kongruen.
(Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$)
Hitung luas, dalam m², zon A.
3 marks
Peserta perkhemahan ini melibatkan $x$ peserta lelaki dan $y$ peserta perempuan. Bilangan peserta lelaki adalah tidak kurang daripada separuh bilangan peserta perempuan.
c(i)
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
2 marks
c(ii)
Untuk ceraian soalan ini gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 38.
Menggunakan skala 2 cm kepada 40 orang peserta pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memenuhi sistem ketaksamaan linear di (c)(i).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
c(iii)
Berdasarkan graf pada (c)(ii), bagi 120 orang peserta perempuan tentukan julat peserta lelaki.
1 marks
d
Muzafar seorang peserta lelaki telah mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti memasang khemah. Dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dia telah dilindungi oleh polisi insurans perubatan dengan deduktibel sebanyak RM350 dan fasal penyertaan peratusan ko-insurans adalah 70/30.
Hitung kos rawatan, dalam RM, yang ditanggung oleh Muzafar dan syarikat insuran jika kos rawatan kecederaannya adalah berjumlah RM950.
Nyatakan pihak manakah yang menanggung kos rawatan yang lebih tinggi.
Berikan justifikasi anda.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open