Lukis graf bagi $y = -x^2 + 2x + 3$ untuk $-1 \leq x \leq 4$.
*(Ruang jawapan ialah kertas graf dengan paksi-$x$ dari $-1$ hingga 4 dan paksi-$y$ dari $-5$ hingga 4 yang telah dilabel. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung yang menyambungkannya.)*
3 marks
33 marks
Rajah 1 menunjukkan garis lurus $PU$, $PR$ dan $ST$ dilukis pada satu satah Cartes. $O$ ialah asalan, titik $R$ terletak pada paksi-$x$ dan titik $P$ terletak pada paksi-$y$. Garis lurus $PU$ adalah selari dengan paksi-$x$ dan garis lurus $PR$ adalah selari dengan garis lurus $ST$. Kecerunan garis lurus $PR$ ialah $-\frac{1}{2}$.
a
Nyatakan persamaan garis lurus $PU$.
1 marks
b
Cari persamaan garis lurus $ST$.
2 marks
45 marks
a
Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
> Bilangan angka bererti bagi 0.0053406 ialah 4
1 marks
b
Tulis kontrapositif bagi implikasi yang berikut. Seterusnya, tentukan nilai kebenaran kontrapositif itu:
> Jika $x > 2$ maka $x^2 > 4$
2 marks
c
Bilangan subset bagi suatu set dengan $n$ unsur ialah $2^n$. Buat satu kesimpulan berdasarkan hujah deduktif tentang bilangan subset bagi set nombor pada sebiji dadu adil.
2 marks
54 marks
a
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set $P$, set $Q$ dan set $R$ dengan keadaan set semesta, $\xi = P \cup Q \cup R$.
Pada rajah di ruang jawapan, lorek set $(Q \cap R) \cup Q'$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
b
Rajah 2 ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan bilangan murid aliran Sains Tulen bagi tingkatan 5S1 dan 5S2. Set $A$ = {murid suka subjek Matematik} dan set $B$ = {murid suka subjek Matematik Tambahan}.
Jika bilangan murid yang suka satu subjek sahaja ialah 46 orang, hitung nilai $x$.
2 marks
65 marks
Jadual 2 menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan Cikgu Yati dan Cikgu Ho bagi bulan Mac.
| Pendapatan / Perbelanjaan | Cikgu Yati (RM) | Cikgu Ho (RM) |
|---|---|---|
| Gaji bersih | 5 300 | 5 000 |
| Sewa diterima | 500 | 1 000 |
| Ansuran pinjaman kereta | 1 800 | 1 500 |
| Ansuran pinjaman perumahan | 1 700 | 1 350 |
| Bil utiliti | 350 | 500 |
| Premium Insurans | 500 | 440 |
| Belanja petrol | 380 | 480 |
| Makanan dan minuman | 900 | 800 |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2,
a
Nyatakan satu perbelanjaan tetap.
1 marks
b
Siapakah yang mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik? Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
73 marks
Encik Hamdan ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Nilai boleh insurans bagi rumah itu ialah RM450 000 dan deduktibel sebanyak RM2 000. Polisi insurans kebakaran itu mempunyai peruntukan ko-insurans 70% daripada nilai boleh insurans rumahnya. Sekiranya Encik Hamdan menginsuranskan rumahnya sejumlah RM300 000, hitung bayaran pampasan yang akan diterima beliau jika rumahnya mengalami kebakaran dan jumlah kerugian adalah sebanyak RM47 000.
3 marks
85 marks
Aizat memandu kereta sejauh 130 km dari Marang ke Besut untuk membawa keluarganya bercuti. Jadual 3 menunjukkan maklumat perjalanannya.
| Masa | Huraian |
|---|---|
| 8.15 a.m. | Bertolak dari rumah. |
| 8.40 a.m. | Sarapan pagi di Kuala Terengganu setelah memandu sejauh 20 km. |
| 9.10 a.m. | Meneruskan perjalanan ke Besut sejauh 110 km. |
| 10.45 a.m. | Tiba di Besut Beach Resort. |
Jadual 3
Rajah 3 menunjukkan graf jarak-masa.
a(i)
Nyatakan nilai $p$ dan nilai $q$.
2 marks
a(ii)
Lengkapkan graf itu untuk menggambarkan keseluruhan perjalanan Aizat.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang disambung dan garis yang dilukis.)*
1 marks
b
Hitung purata laju, dalam $\text{kmj}^{-1}$, bagi keseluruhan perjalanan.
2 marks
94 marks
Rajah 4 ialah graf yang menunjukkan ketinggian pasang surut air laut di sebuah teluk. Situasi ini dapat dimodelkan oleh fungsi $y = a\ \text{kos}\ 15x + 4$.
a
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan amplitud, $a$, dalam m, bagi graf fungsi tersebut.
1 marks
b
Menggunakan persamaan fungsi $y = a\ \text{kos}\ 15x + 4$, hitung tinggi pasang surut air pada jam ke-4.
2 marks
c
Akibat fasa bulan tertentu, keseluruhan graf pasang surut air tersebut telah menurun sebanyak 1 meter dari kedudukan asalnya. Tulis kembali persamaan fungsi graf yang baharu.
1 marks
104 marks
Rajah 5 menunjukkan dua buah kotak. Kotak $A$ mengandungi tiga keping kad bernombor dan kotak $B$ mengandungi empat keping kad bernombor.
- Kotak $A$: kad bernombor 4, 6, 9
- Kotak $B$: kad bernombor 1, 5, 6, 9
Rajah 5
Sekeping kad dikeluarkan secara rawak daripada setiap kotak bagi membentuk satu kod nombor dua digit. Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi peristiwa itu, cari kebarangkalian bahawa
a
kod tersebut adalah nombor genap,
2 marks
b
hasil tambah digit-digit kod tersebut adalah nombor perdana.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 6 menunjukkan satu graf mempunyai gelung dan berbilang tepi.
a(i)
Senaraikan set bucu.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bilangan darjah pada $R$.
1 marks
a(iii)
Lukis dua subgraf.
*(Huraikan setiap subgraf dalam perkataan: senaraikan bucu dan tepi (dua bucu yang disambung) bagi setiap subgraf.)*
2 marks
Rajah 7 menunjukkan satu graf tak terarah dan berpemberat yang menunjukkan jarak, dalam meter, antara beberapa buah rumah di Kampung Binjai.
b(i)
Tentukan bilangan tepi yang perlu dikeluarkan daripada graf itu untuk membentuk satu pokok.
1 marks
b(ii)
Seterusnya, pada ruang jawapan, lukis satu pokok dengan jumlah nilai pemberat yang minimum. Hitung jumlah pemberat minimum itu.
*(Ruang jawapan menunjukkan bucu U, P, Q, R, S, T dan V sahaja. Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
4 marks
129 marks
Rajah 8 menunjukkan histogram longgokan yang mewakili taburan umur bagi 40 orang pengunjung ke pusat khidmat masyarakat pada satu hari tertentu.
a
Menggunakan data dalam Rajah 8, lengkapkan Jadual 4 pada ruang jawapan.
| Umur (tahun) | Titik tengah | Kekerapan longgokan | Kekerapan |
|---|---|---|---|
| 25 – 29 | 27 | 0 | 0 |
| 30 – 34 | | | |
| 35 – 39 | | | |
| 40 – 44 | | | |
| 45 – 49 | | | |
| 50 – 54 | | | |
| 55 – 59 | | | |
| 60 – 64 | 62 | 40 | 2 |
Jadual 4
*(Tulis titik tengah, kekerapan longgokan dan kekerapan bagi setiap baris yang kosong.)*
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 22. Menggunakan skala 2 cm kepada 5 tahun pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada seorang pengunjung pada paksi mencancang, lukis satu poligon kekerapan bagi data tersebut.
*(Huraikan poligon kekerapan anda dalam perkataan: skala dan julat paksi, titik-titik yang diplot dan cara titik-titik itu disambung.)*
4 marks
c
Seterusnya, hitung min umur seorang pengunjung.
2 marks
139 marks
a(i)
Diberi $A$ ialah matriks $2 \times 2$ dengan keadaan $A\begin{bmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{bmatrix} = \begin{bmatrix} 2 & 3 \\ -3 & -1 \end{bmatrix}$. Tentukan matriks $A$.
1 marks
a(ii)
Diberi matriks $B = \begin{bmatrix} 8 & -4 \\ 4 & -2 \end{bmatrix}$, tentukan sama ada matriks $B$ mempunyai matriks songsang atau tidak. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
b
Jadual 5 menunjukkan harga bagi beras perang dan beras putih tempatan.
| Barang | Beras perang | Beras putih tempatan |
|---|---|---|
| Harga (1 kg) | RM4.30 | RM3.50 |
Jadual 5
Puan Zafirah membeli $x$ kg beras perang dan $y$ kg beras putih tempatan dengan jumlah jisim 12 kg. Jumlah perbelanjaannya ialah RM44.40. Menggunakan kaedah matriks, tentukan jisim, dalam kg, bagi setiap jenis beras yang dibeli.
5 marks
c
Seterusnya, tentukan nisbah jisim beras perang kepada jisim beras putih tempatan.
1 marks
149 marks
Jadual 6 menunjukkan pengecualian dan pelepasan cukai Puan Farhana pada tahun 2025.
| Pengecualian dan Pelepasan Cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Sumbangan kepada badan kebajikan | 300 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 7 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 1 200 |
| Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa (had RM5 000) | 2 800 |
Jadual 6
a
Hitung jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh Puan Farhana pada tahun itu.
2 marks
b
Pendapatan tahunan Puan Farhana pada tahun 2025 ialah RM84 400. Diberi bahawa potongan cukai bulanan (PCB) dalam slip gajinya pada setiap bulan ialah sebanyak RM450. Puan Farhana juga telah membuat bayaran zakat berjumlah RM600 pada tahun tersebut.
Hitung pendapatan bercukai Puan Farhana bagi tahun 2025.
2 marks
c
Seterusnya, dengan merujuk Jadual 7: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2025, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Puan Farhana bagi tahun tersebut.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 500 |
| | 20 000 berikutnya | 11 | 2 200 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 3 700 |
| | 30 000 berikutnya | 19 | 5 700 |
Jadual 7
3 marks
d
Berdasarkan jawapan anda di 14(c), adakah Puan Farhana perlu membuat bayaran tambahan cukai pendapatan? Berikan justifikasi anda dan sertakan nilai berangka untuk menyokong penjelasan anda.
2 marks
159 marks
Rajah 9 menunjukkan titik $Q$ pada satu satah Cartes.
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} 3 \\ -4 \end{pmatrix}$. Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu pantulan pada garis $x = 8$. Nyatakan koordinat imej bagi titik $Q$ di bawah transformasi berikut:
a(i)
$\mathbf{T}$,
1 marks
a(ii)
$\mathbf{R}$.
1 marks
Rajah 10 menunjukkan tiga pentagon $ABCDE$, $FGHIJ$ dan $KLMIN$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
Pentagon $FGHIJ$ ialah imej bagi pentagon $ABCDE$ di bawah satu putaran. Nyatakan sudut dan pusat putaran itu.
2 marks
b(ii)
Pentagon $KLMIN$ ialah imej bagi pentagon $FGHIJ$ di bawah satu transformasi. Huraikan selengkapnya transformasi itu.
3 marks
c
Rajah 11 menunjukkan suatu gabungan beberapa bentuk.
Tentukan sama ada Rajah 11 adalah teselasi ataupun tidak. Berikan justifikasi anda.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah, Farhan dan Ravi telah membuka sebuah gerai minuman yang dinamakan "Segar Haus". Mereka menjual dua jenis minuman kegemaran ramai iaitu jus mangga dan jus tembikai.
Bagi tujuan promosi, Farhan menjalankan kaji selidik terhadap 40 orang pelanggan tentang pilihan *topping* tambahan bagi jus mereka, iaitu biji selasih ($S$) atau ketul jeli ($J$). Keputusan kaji selidik adalah seperti berikut:
- 25 orang memilih biji selasih.
- 18 orang memilih ketul jeli.
- 8 orang memilih kedua-dua *topping* tersebut.
a(i)
Pada ruang jawapan, lukis sebuah gambar rajah Venn yang lengkap untuk mewakili set semesta, set $S$ dan set $J$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set-set yang dilukis, bagaimana set-set itu bertindih dan bilangan unsur dalam setiap rantau.)*
2 marks
a(ii)
Hitung bilangan pelanggan yang tidak memilih mana-mana *topping* tambahan tersebut.
1 marks
Pihak sekolah memperuntukkan satu tapak gerai yang berbentuk segi empat tepat untuk "Segar Haus". Ravi ingin memasang alas lantai (kanvas) mengikut keluasan tapak tersebut iaitu 24 $\text{m}^2$. Panjang tapak gerai itu ialah $(x + 2)$ m, manakala lebarnya ialah $(x - 3)$ m.
b(i)
Ungkapkan situasi di atas dalam bentuk am persamaan kuadratik $ax^2 + bx + c = 0$.
2 marks
b(ii)
Hitung panjang kanvas yang diperlukan untuk tapak gerai tersebut.
2 marks
c
Jadual 8 menunjukkan bilangan botol jus yang terjual oleh Farhan kepada sekumpulan murid.
| Bilangan botol jus | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | 3 | 5 | 8 | 2 | 4 |
Jadual 8
Hitung min dan sisihan piawai bagi bilangan botol jus yang terjual.
4 marks
Farhan dan Ravi ingin menetapkan sasaran jualan bagi menampung modal pusingan. Sebotol jus mangga, $x$ dijual pada harga RM3 sebotol manakala jus tembikai, $y$ pula RM2 sebotol. Jumlah kutipan jualan mestilah selebih-lebihnya RM120. Bilangan botol jus mangga, $x$ yang dijual mestilah tidak melebihi dua kali bilangan botol jus tembikai, $y$.
d(i)
Tuliskan dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili situasi tersebut.
2 marks
d(ii)
Lukis dan lorek rantau yang memuaskan ketaksamaan di (d)(i).
*(Rajah di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ dengan 10 unit setiap petak; garis $2y = x$ telah dilukis. Huraikan graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
2 marks
1715 marks
Sempena Karnival Keusahawanan di SMK Langkap, Setiu, Kelab Kerjaya bercadang untuk menjual dua jenis makanan iaitu nasi lemak dan mee goreng bagi mengumpul dana tabung kebajikan murid.
Pihak kelab telah menetapkan bajet bagi penyediaan bahan mentah.
a(i)
Nisbah kos bagi membekalkan nasi lemak kepada kos membekalkan mee goreng ialah 5:2. Jika kos bagi membekalkan nasi lemak ialah RM200, hitung kos bagi membekalkan mee goreng.
2 marks
a(ii)
Seorang pembantu gerai dapat membungkus 45 bungkus nasi lemak dalam masa 30 minit. Hitung kadar pembungkusan tersebut dalam bungkus per minit.
1 marks
Minuman percuma akan disediakan kepada para pengunjung semasa Karnival Keusahawanan tersebut. Rajah 12 menunjukkan bekas air berbentuk silinder yang digunakan untuk mengisi air minuman tersebut. Diberi isi padu bekas air tersebut ialah 388 080 $\text{cm}^3$.
b(i)
Hitung luas tapak, dalam $\text{cm}^2$ bekas air tersebut.
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung jejari tapak bagi bekas air itu. [Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
2 marks
Cadangan tapak untuk meletakkan meja jualan makanan semasa karnival tersebut berbentuk segi empat tepat. Panjang tapak tersebut ialah $(2x + 1)$ m dan lebarnya ialah $(x + 5)$ m. Diberi luas keseluruhan tapak tersebut ialah 110 $\text{m}^2$.
c(i)
Bentukkan satu persamaan kuadratik dalam bentuk am $ax^2 + bx + c = 0$.
2 marks
c(ii)
Seterusnya, hitung nilai $x$ dan tentukan panjang sebenar, dalam m, tapak meja jualan tersebut.
2 marks
Anggaran untuk menyediakan nasi lemak ialah 5 min per bungkus dan bagi mee goreng ialah 4 min per bungkus. Kelab Kerjaya merancang untuk menyediakan $x$ bungkus nasi lemak dan $y$ bungkus mee goreng berdasarkan syarat-syarat berikut:
| | | |
|---|---|---|
| i. | Bilangan minimum bungkus nasi lemak ialah 20 bungkus. | $x \geq 20$ |
| ii. | Jumlah bilangan bungkus makanan yang disediakan sekurang-kurangnya 40 bungkus. | $x + y \geq 40$ |
| iii. | Jumlah tempoh masa penyediaan kedua-dua makanan selebih-lebihnya 400 minit | |
d(i)
Tulis ketaksamaan linear yang mewakili syarat (iii).
1 marks
d(ii)
Seterusnya, pada rajah di ruang jawapan, lengkapkan graf untuk mewakili ketaksamaan linear yang berkait dengan anggaran penyediaan makanan dan $x \geq 0$, $y \geq 0$. Lorekkan rantau yang memuaskan semua ketaksamaan linear itu.
*(Rajah di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ dengan 10 unit setiap petak; garis $x = 20$ dan $x + y = 40$ telah dilukis. Huraikan graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
2 marks
d(iii)
Diberi keuntungan bagi sebungkus nasi lemak ialah RM4 dan sebungkus mee goreng ialah RM3. Berdasarkan rantau berlorek, di (d)(ii), hitung keuntungan maksimum yang boleh diperoleh jika pihak kelab menjual 40 bungkus nasi lemak.
1 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open