Lukis graf bagi fungsi $y = \frac{18}{x}$ untuk $-6 \leq x \leq 6$.
*(Ruang jawapan: kertas graf dengan paksi-$x$ dari $-6$ hingga $6$ (2 cm kepada 2 unit) dan paksi-$y$ dari $-20$ hingga $20$ (2 cm kepada 5 unit). Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 marks
34 marks
Rajah 1 menunjukkan dua segi tiga bersudut tegak, $PQT$ dan $RTS$. Garis $QRT$ ialah garis lurus. Diberi bahawa panjang $TS = 3$ cm, $QT = 8$ cm dan $PT = 10$ cm.
Hitung,
a
panjang $PQ$.
2 marks
b
$\angle RST$.
2 marks
44 marks
SMK Bestari menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur. Sebuah bas dan sebuah van digunakan untuk lawatan ini.
Rajah 2 menunjukkan gambar rajah Venn bagi 50 orang murid daripada tiga buah organisasi yang terpilih untuk menyertai lawatan itu. Diberi bahawa set semesta, $\xi = S \cup M \cup P$, set $S$ = {Ahli Persatuan Silat}, set $M$ = {Ahli Kelab Masakan} dan set $P$ = {Pembimbing Rakan Sebaya}.
a
Diberi bahawa van dikhaskan untuk murid yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya sahaja. Pada rajah Venn di ruang jawapan, lorekkan kawasan yang mewakili murid yang menaiki van tersebut.
*(Ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn yang sama tanpa nombor. Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
1 marks
b
Nyatakan dalam sebutan $x$, bilangan Pembimbing Rakan Sebaya yang juga merupakan ahli Kelab Masakan.
1 marks
c
Seterusnya, cari bilangan Ahli Persatuan Silat dan Ahli Kelab Masakan sahaja.
2 marks
54 marks
Puan Rosmi memilih $x$ orang murid perempuan dan $y$ orang murid lelaki sekolahnya untuk menyertai suatu pertandingan koir. Jadual 2 menunjukkan maklumat penyertaan pertandingan koir tersebut.
| Syarat | Ketaksamaan linear |
|---|---|
| (i) Bilangan murid perempuan sekurang-kurangnya dua kali murid lelaki. | |
Jadual 2
a
Tulis satu ketaksamaan linear yang mewakili syarat dalam Jadual 2.
1 marks
b(i)
Syarat kedua bagi penyertaan pertandingan koir ditunjukkan oleh rantau berlorek dalam Rajah 3 di ruang jawapan b(ii). Tulis dalam perkataan bagi ketaksamaan yang mewakili syarat itu.
1 marks
b(ii)
Seterusnya, pada graf yang sama, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di (a), (b) dan $x \geq 0$, $y \geq 0$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis lurus yang anda lukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau akhir yang dilorek, termasuk bucu-bucunya.)*
2 marks
64 marks
Cikgu Zakwan menjalankan satu kajian ringkas terhadap prestasi lima orang murid beliau dalam satu kuiz Matematik. Jadual 3 menunjukkan markah kuiz Matematik lima orang murid tersebut.
| Markah | $x - 3$ | $x$ | $2x + 9$ | $x + 8$ | $2x$ |
|---|---|---|---|---|---|
Jadual 3
Didapati bahawa min markah bagi kelima-lima murid tersebut ialah 70.
a
Tentukan nilai $x$.
2 marks
b
Berdasarkan nilai $x$ yang diperoleh, hitung varians bagi set data tersebut.
2 marks
74 marks
Dua guli dipilih secara rawak daripada sebuah beg yang mengandungi 4 biji guli biru, 5 biji guli kuning dan 2 biji guli merah.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok pada ruang jawapan.
*(Gambar rajah pokok di ruang jawapan mempunyai dua kotak kosong. Tulis kebarangkalian bagi setiap kotak dan nyatakan cabang yang mana.)*
2 marks
b
Cari kebarangkalian bahawa guli biru atau kuning tidak dipilih.
2 marks
85 marks
Encik Hamdan tinggal di Kelantan. Dia mahu membeli polisi insurans motor untuk kereta miliknya. Maklumat keretanya diberikan dalam Jadual 4 di bawah.
| Jumlah yang diinsuranskan | RM95 000 |
|---|---|
| Usia kenderaan | 5 tahun |
| Kapasiti enjin | 1600cc |
| Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) | 45% |
Jadual 4
Jadual 5 menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 1400 | 273.80 | 120.60 |
| 1650 | 305.50 | 135.00 |
| 2200 | 339.10 | 151.20 |
| 3050 | 372.60 | 167.40 |
Jadual 5
a
Nyatakan premium asas bagi polisi pihak ketiga.
1 marks
b
Menggunakan rumus,
> Rumus mengira premium asas polisi komprehensif bagi Semenanjung Malaysia.
>
> Premium asas = kadar bagi RM1 000 pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000
Hitung premium asas bagi polisi komprehensif.
2 marks
c
Seterusnya, hitung premium kasar bagi polisi komprehensif.
2 marks
94 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat kewangan Encik Maniam.
| Pendapatan bulanan | RM5 000 |
|---|---|
| Pendapatan pasif | RM850 |
| Ansuran kereta | RM900 |
| Premium insurans | RM600 |
| Utiliti rumah | RM400 |
| Pemberian kepada ibu bapa | RM300 |
| Perbelanjaan dapur | RM300 |
Jadual 6
a
Encik Maniam bercadang menyimpan 10% daripada pendapatan bulanannya untuk simpanan bulanan. Hitung jumlah simpanan bulanannya selepas setahun.
2 marks
b
Seterusnya, hitung aliran tunai Encik Maniam.
2 marks
104 marks
Rajah 4 menunjukkan graf suatu fungsi trigonometri bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
a
Nyatakan fungsi trigonometri bagi graf yang ditunjukkan.
1 marks
b(i)
Rajah 5 di ruang jawapan menunjukkan graf fungsi $y = \tan x$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$. Lakar fungsi trigonometri $y = \tan 2x$ pada rajah yang sama.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: di mana lengkung memotong paksi-$x$, kedudukan asimptot (garis putus-putus) dan bentuk setiap cabang.)*
2 marks
b(ii)
Nyatakan tempoh bagi fungsi $y = \tan 2x$.
1 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 6 menunjukkan satu graf yang mempunyai gelung dan berbilang tepi.
Nyatakan
a(i)
pasangan bucu berbentuk gelung dan pasangan bucu berbentuk berbilang tepi.
1 marks
a(ii)
$n(E)$
1 marks
a(iii)
bilangan darjah.
1 marks
b
Lengkapkan graf terarah di ruang jawapan berdasarkan maklumat dalam Rajah 7.
> (i) Mempunyai satu gelung pada bucu A dan satu gelung pada bucu C.
>
> (ii) AD ialah berbilang tepi.
>
> (iii) $d_{in}(A) = 3$, $d_{out}(A) = 3$; $d_{in}(B) = 0$, $d_{out}(B) = 2$; $d_{in}(C) = 3$, $d_{out}(C) = 2$; $d_{in}(D) = 2$, $d_{out}(D) = 1$
Rajah 7
*(Ruang jawapan menunjukkan bucu A, B, C dan D sahaja. Huraikan graf terarah anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi dengan arahnya (contoh: X → Y) dan setiap gelung.)*
3 marks
c
Azim dan Rakesh akan menyertai satu pertandingan Fun Run sempena sambutan Hari Karnival STEM di sekolah mereka.
Rajah 8 menunjukkan pilihan laluan untuk mereka menjalankan latihan larian. Bucu $Q$ ialah tempat permulaan dan bucu $T$ ialah tempat terakhir sebelum mereka balik ke rumah.
Nyatakan laluan terpanjang dari $Q$ ke $T$. Seterusnya hitung jarak tersebut dalam km.
3 marks
129 marks
Jadual 7.1 menunjukkan tinggi, dalam cm, bagi 50 orang murid dalam kelas 4 Bestari.
| Tinggi (cm) | Kekerapan |
|---|---|
| 140 – 144 | 2 |
| 145 – 149 | 6 |
| 150 – 154 | 14 |
| 155 – 159 | 12 |
| 160 – 164 | 10 |
| 165 – 169 | 6 |
Jadual 7.1
a
Lengkapkan Jadual 7.2 pada ruang jawapan.
| Sempadan atas (cm) | Kekerapan Longgokan |
|---|---|
| 139.5 | 0 |
| 144.5 | |
| 149.5 | |
| 154.5 | |
| 159.5 | |
| 164.5 | |
| 169.5 | |
Jadual 7.2
*(Tulis kekerapan longgokan bagi setiap sempadan atas.)*
2 marks
b
Anda mesti menggunakan pensel 2B atau BB untuk soalan ini. Menggunakan skala 2 cm kepada 5 cm pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram longgokan berdasarkan maklumat dalam Jadual 7.2.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, serta sempadan dan ketinggian setiap palang.)*
4 marks
c(i)
Pada graf di (b), lukis satu ogif. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: titik-titik yang dilaluinya dan bentuk lengkung.)*
1 marks
c(ii)
Cari persentil ke-10.
2 marks
139 marks
a
Rajah 9.1 pada ruang jawapan menunjukkan satu teselasi. Lengkapkan teselasi itu dengan memenuhi keseluruhan ruang.
*(Huraikan teselasi anda dalam perkataan: corak yang anda lukis dan petak-petak yang diisi.)*
1 marks
Rajah 9.2 menunjukkan titik $P$ pada satu satah Cartes.
b
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} -3 \\ 3 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu putaran $90^\circ$ lawan arah jam pada pusat $(4, 4)$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $P$ di bawah transformasi $\mathbf{RT}$.
2 marks
Rajah 9.3 menunjukkan pentagon $PQRST$ ialah imej bagi pentagon $ABCD$ di bawah satu transformasi tunggal yang dilukis pada satu satah Cartes.
c(i)
Huraikan selengkapnya transformasi tersebut.
3 marks
c(ii)(a)
Nyatakan nisbah luas pentagon $ABCDE$ kepada luas pentagon $PQRST$.
1 marks
c(ii)(b)
Jumlah luas pentagon $ABCDE$ dan pentagon $PQRST$ ialah 75 unit². Hitung luas pentagon $ABCDE$.
2 marks
149 marks
Jadual 8(i) menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan pengiraan cukai pendapatan Puan Aina.
| Perkara | Jumlah amaun (RM) |
|---|---|
| Pendapatan Tahunan | 50 400 |
| Pelepasan cukai | 15 300 |
| Pengecualian cukai | 120 |
| Rebat cukai | 400 |
| Zakat | 150 |
Jadual 8(i)
Hitung cukai pendapatan yang perlu dijelaskan Puan Aina pada tahun itu.
2 marks
b(ii)
Potongan cukai bulanan (PCB) Puan Aina adalah RM22.50. Adakah dia perlu membayar baki cukai pendapatannya? Berikan justifikasi anda.
2 marks
Pendapatan bercukai Puan Aina dan suami bagi kiraan taksiran cukai bersama ialah RM69 850.
b(iii)(a)
nyatakan nilai bagi cukai dasar.
1 marks
b(iii)(b)
hitung cukai atas baki.
2 marks
159 marks
a
Diberi bahawa $\begin{bmatrix} a & b \\ c & d \\ e & f \end{bmatrix}\begin{bmatrix} g & h & i & j \\ k & l & m & n \end{bmatrix} = P$
Nyatakan peringkat matriks $P$.
Sebuah gerai menjual burger dan roti sosej. Pada satu hari tertentu, sebanyak 80 burger dan 40 roti sosej terjual dengan hasil jualan sebanyak RM600. Harga burger adalah RM1.50 lebih mahal berbanding roti sosej.
c(i)
Menggunakan kaedah matriks, hitung harga sebiji burger dan harga sebiji roti sosej.
5 marks
c(ii)
Seorang pelanggan membeli 5 biji burger dan beberapa biji roti sosej dengan harga RM59.50. Menggunakan pendaraban matriks, tentukan bilangan roti sosej yang dibeli.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
SMK Johan Pertama akan mengadakan hari Sambutan Jubli Perak 2026.
a
Cikgu Ally merupakan seorang pengurus program bagi sambutan Hari Jubli Perak. Dia ingin membentuk satu pasukan nyanyian berirama yang terdiri daripada murid perempuan dan murid lelaki bagi sambutan majlis perasmian hari tersebut. Cikgu Ally mengambil 35 orang murid dengan nisbah bilangan murid lelaki kepada bilangan murid perempuan ialah 3 : 4. Hitung bilangan murid lelaki dan bilangan murid perempuan.
2 marks
Cikgu Nopa memilih dua pasukan, pasukan A atau pasukan B untuk pembarisan pembukaan majlis perasmian tersebut. Rajah 10 menunjukkan graf jarak – masa bagi perjalanan latihan pasukan A dan pasukan B.
b(i)
Graf XY mewakili perjalanan pasukan A dan graf PQRS mewakili perjalanan Pasukan B. Kedua-dua pasukan itu bermula jam 8.45 pagi melalui laluan yang sama.
Hitung,
tempoh masa, pasukan B berehat seketika.
1 marks
b(ii)
masa, apabila kedua-dua pasukan itu bertemu selepas bergerak.
1 marks
b(iii)
beza laju purata, dalam km j$^{-1}$, kedua-dua pasukan bagi keseluruhan perjalanan.
2 marks
Sempena Sambutan Jubli Perak sekolah, Cikgu Nopa merancang untuk mengadakan Ujian Inventori Minat Kerjaya bagi semua murid Tingkatan 5. Ujian ini menggunakan Kod Holland (RIASEC) untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya murid selepas SPM 2026. Beliau memilih dua orang murid sebagai model bagi ujian personaliti tersebut.
Jadual 9 menunjukkan catatan markah yang diperoleh oleh dua orang murid tersebut dalam sesi latihan bagi lima ciri personaliti (Realistik, Penyiasatan, Artistik, Sosial dan Konvensional).
| Murid | Markah | | | | |
|---|---|---|---|---|---|
| | 1 – 5 | 6 – 10 | 11 – 15 | 16 – 20 | 21 – 25 |
| Qilla | 2 | 6 | 14 | 6 | 2 |
| Liza | 5 | 7 | 6 | 7 | 5 |
Jadual 9
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 9,
c(i)
hitung min markah ujian Qilla.
2 marks
c(ii)
Diberi bahawa min bagi kedua-dua orang murid adalah sama. Jika sisihan piawai bagi Liza ialah 6.71, siapakah yang akan dipilih sebagai model bagi ujian personaliti tersebut? Berikan justifikasi.
3 marks
Persatuan Alumni sekolah menjual dua pakej sumbangan untuk menaik taraf dewan sekolah. Ahmad ingin membeli dua pakej tersebut.
Pakej pembelian Ahmad.
- Pakej Berlian: $(x + 2)$ keping kupon bernilai RM100 setiap satu.
- Pakej Emas: $y$ keping kupon bernilai RM20 setiap satu.
d(i)
Jika jumlah yang perlu dibayar ialah RM $z$ untuk kedua-dua pakej. Tulis satu ungkapan bagi jumlah nilai sumbangan bagi satu Pakej Berlian dan Pakej Emas, $z$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
1 marks
d(ii)
Diberi bahawa bilangan kupon Pakej Emas yang dibeli oleh Ahmad ialah dua kali bilangan kupon Pakej Berlian. Ahmad membelanjakan sejumlah RM560.00 untuk kedua-dua pakej tersebut.
Hitung bilangan kupon Pakej Berlian yang dibeli oleh Ahmad.
3 marks
1715 marks
SMK Gemilang ingin menganjurkan Hari Kokurikulum yang melibatkan gerai jualan, perkhemahan dan persembahan bakat.
Rajah 11 menunjukkan sebuah carta pai bagi penyertaan 100 orang murid dalam acara pertandingan persembahan bakat mengikut unit beruniform.
Berdasarkan carta pai, hitung
a(i)
nisbah bilangan peserta unit Pengakap kepada unit Kadet Polis.
1 marks
a(ii)
jumlah peratus peserta daripada unit BSMM.
2 marks
Rajah 12 menunjukkan graf jarak-masa perjalanan sebuah bas, OKLM yang membawa pasukan Pengakap dari sekolah ke tapak perkhemahan yang terletak 90 km.
b(i)
Berdasarkan graf, nyatakan tempoh masa, dalam minit, bas tersebut berada dalam keadaan pegun.
1 marks
b(ii)
Hitung laju bas itu, dalam km j$^{-1}$, bagi 40 minit yang pertama.
2 marks
b(iii)
Huraikan gerakan bas untuk tempoh 30 minit yang terakhir.
1 marks
Rajah 13 menunjukkan plot batang daun bagi skor sekumpulan murid dalam satu pertandingan Explorace.
| Batang | Daun |
|---|---|
| 6 | 4 8 9 |
| 7 | 2 5 5 7 8 |
| 8 | 1 3 5 5 8 |
| 9 | 0 2 |
Rajah 13
c(i)
Hitung min skor bagi murid ini.
1 marks
c(ii)
Hitung sisihan piawai bagi data plot batang-daun.
2 marks
c(iii)
Jika setiap skor bertambah sebanyak 1 markah, apakah yang berlaku pada julat skor pertandingan tersebut?
1 marks
d
Sempena Hari Kokurikulum, Kelab Kerjaya ingin menjual dua jenis set makanan, **Set A** (Burger) dan **Set B** (Nasi Lemak). Maklumat jualan adalah seperti berikut:
> Pada waktu pagi, kelab tersebut menjual 30 Set A dan 20 Set B dengan jumlah kutipan RM190.
>
> Pada waktu tengah hari, harga Set A telah dikurangkan sebanyak RM1.00 sebagai promosi, manakala harga Set B kekal. Mereka berjaya menjual 40 Set A dan 10 Set B dengan jumlah kutipan RM180.
Hitung harga asal bagi satu unit Set A dan satu unit Set B.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open