Rajah 1 menunjukkan harga dua tetikus, dalam asas nombor yang berbeza.
Encik Ismail ingin membeli 3 unit tetikus $P$ dan 3 unit tetikus $Q$. Jika jumlah pembelian melebihi 5 unit, pelanggan akan mendapat diskaun sebanyak 5% daripada jumlah harga.
Hitung jumlah harga yang perlu dibayar oleh Encik Ismail dalam asas sepuluh.
3 marks
25 marks
a
Tulis satu pernyataan majmuk yang benar dengan menggabungkan dua pernyataan berikut dengan menggunakan perkataan 'atau'.
> 125 ialah gandaan 5.
>
> 125 ialah nombor kuasa dua sempurna.
1 marks
b
Tulis kontrapositif bagi implikasi berikut dan tentukan nilai kebenarannya.
> Jika 6 ialah faktor bagi 30, maka 30 boleh dibahagi tepat dengan 6.
2 marks
c
Bentukkan satu kesimpulan induktif yang kuat berdasarkan jujukan nombor 3, 8, 17, 30, …
$3 = 3(1) + 2(0)^2$
$8 = 3(2) + 2(1)^2$
$17 = 3(3) + 2(2)^2$
$30 = 3(4) + 2(3)^2$
$\vdots$
2 marks
34 marks
Diberi bahawa set semesta, $\xi = \{x : 37 \leq x < 50,\ x \text{ ialah integer}\}$, set $L = \{x : x \text{ ialah gandaan } 3\}$ dan set $M = \{x : x \text{ ialah nombor dengan keadaan hasil tambah digit-digitnya adalah lebih besar daripada } 7\}$.
a
Senaraikan unsur bagi set $L$ dengan menggunakan tatatanda set.
1 marks
b
Seterusnya, lukis satu gambar rajah Venn untuk mewakili set semesta, $\xi$, set $L$ dan set $M$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: bagaimana set $\xi$, $L$ dan $M$ dilukis, dan unsur-unsur yang ditulis dalam setiap rantau.)*
3 marks
43 marks
Rajah 4 menunjukkan empat kad nombor yang disusun mengikut satu urutan.
$\boxed{-9}\ ,\ \boxed{-6}\ ,\ \boxed{k}\ ,\ \boxed{0}$
Rajah 4
a
Nyatakan nilai $k$.
1 marks
b
Seterusnya, nyatakan sebutan ke-$n$ bagi jujukan tersebut.
2 marks
54 marks
Rajah 5 menunjukkan dua garis lurus, $MN$ dan $PQ$, dilukis pada suatu satah Cartes. Garis lurus $MN$ selari dengan garis lurus $PQ$.
a
Cari persamaan garis lurus $MN$.
2 marks
b
Cari nilai $r$.
2 marks
64 marks
Rajah 6 menunjukkan tiga garis lurus yang dilukis pada suatu satah Cartes. Rantau berlorek **R** dibatasi oleh tiga garis lurus tersebut.
a
Tulis tiga ketaksamaan yang mentakrifkan rantau berlorek **R**.
3 marks
b
Nyatakan satu titik yang terletak di dalam rantau **R**.
1 marks
74 marks
Rajah 7 menunjukkan sisi empat, $ABCD$, $CDEF$ dan $DGHI$.
a
Sisi empat $DGHI$ ialah imej bagi sisi empat $ABCD$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{WV}$. Huraikan selengkapnya transformasi $\mathbf{W}$.
3 marks
b
Nyatakan nisbah luas sisi empat $ABCD$ kepada luas sisi empat $DGHI$.
1 marks
86 marks
Encik Sean mempunyai jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM62 000 pada tahun 2025. Beliau telah menderma RM150 kepada sebuah badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan. Jadual 8.1 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntutnya. Jadual 8.2 menunjukkan sebahagian daripada kadar cukai pendapatan individu untuk Tahun Taksiran 2025.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 2 500 |
| Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun | 4 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 4 800 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | 3 200 |
Jadual 8.1
| Banjaran pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
Jadual 8.2
Setiap bulan, gaji beliau dipotong sebanyak RM145 untuk potongan cukai bulanan (PCB).
a
Hitung pendapatan bercukai Encik Sean.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 8.2, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Sean bagi tahun tersebut.
3 marks
c
Adakah Encik Sean perlu membuat bayaran cukai tambahan selepas potongan cukai bulanan? Terangkan jawapan anda.
2 marks
93 marks
Regina mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3 500. Jumlah perbelanjaan bulanannya ialah RM3 200. Dia menetapkan matlamat untuk membeli sebuah kamera dalam tempoh 12 bulan. Kamera yang ingin dibelinya adalah seperti dalam Rajah 9.
Tentukan sama ada matlamat Regina boleh dicapai. Justifikasikan jawapan anda dengan pengiraan.
3 marks
104 marks
Rajah 10 menunjukkan graf sesaran, $y$ cm, bagi sebuah pelampung laut terhadap sudut kitaran ombak, $x$.
a
Nyatakan amplitud sesaran pelampung tersebut.
1 marks
b
Bentukkan satu fungsi trigonometri dalam bentuk $y = a \sin bx + c$ bagi graf tersebut.
2 marks
c
Tentukan kedudukan pelampung apabila $x = 120^\circ$.
1 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 11 menunjukkan sebuah graf yang mempunyai gelung dan berbilang tepi.
Berdasarkan graf di Rajah 11,
a(i)
tentukan $n(V)$, $n(E)$ dan $\sum d(v)$,
3 marks
a(ii)
lukis satu pokok.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan bucu dan setiap tepi (dua bucu yang disambung).)*
1 marks
Jadual 11 menunjukkan jarak, dalam km, bagi setiap paip air yang menghubungkan lima buah tangki air P, Q, R, S dan T.
| Pasangan bagi tangki air | Jarak (km) |
|---|---|
| (P, Q) | 5.2 |
| (P, S) | 8.0 |
| (Q, R) | 4.5 |
| (Q, S) | 6.1 |
| (S, R) | 3.8 |
| (S, T) | 5.5 |
| (R, T) | 7.2 |
Jadual 11
b(i)
Berdasarkan Jadual 11, lukis satu graf terarah dan berpemberat pada ruang jawapan yang disediakan.
*(Bucu P, Q, R, S dan T telah diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi dengan arahnya (dari bucu mana ke bucu mana) dan pemberatnya.)*
3 marks
b(ii)
Seorang juruteknik ingin memeriksa saluran paip dari tangki air P ke tangki air T. Nyatakan laluan jarak minimum, dengan syarat juruteknik tersebut mesti melalui semua tangki air. Seterusnya, hitung jarak minimum tersebut, dalam km.
2 marks
129 marks
Jadual 12.1 menunjukkan taburan kekerapan bagi ketinggian, dalam cm, bagi sekumpulan 80 orang murid Tingkatan 5 di SMK Bakol.
| Ketinggian (cm) | Kekerapan |
|---|---|
| 136 – 140 | 0 |
| 141 – 145 | 6 |
| 146 – 150 | 14 |
| 151 – 155 | 25 |
| 156 – 160 | 18 |
| 161 – 165 | 12 |
| 166 – 170 | 5 |
Jadual 12.1
a
Lengkapkan Jadual 12.2 di ruang jawapan.
| Ketinggian (cm) | Kekerapan | Sempadan atas | Kekerapan longgokan |
|---|---|---|---|
| 136 – 140 | 0 | | |
| 141 – 145 | 6 | | |
| 146 – 150 | 14 | | |
| 151 – 155 | 25 | | |
| 156 – 160 | 18 | | |
| 161 – 165 | 12 | | |
| 166 – 170 | 5 | | |
Jadual 12.2
*(Tulis sempadan atas dan kekerapan longgokan bagi setiap kelas.)*
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf pada halaman 21. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 cm pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Berdasarkan ogif yang dilukis di 12(b),
c(i)
cari median bagi taburan ketinggian tersebut,
1 marks
c(ii)
Cari bilangan murid yang mempunyai ketinggian melebihi 158 cm untuk melayakkan mereka menyertai pasukan bola tampar sekolah.
1 marks
139 marks
Rajah 13.1 menunjukkan graf jarak-masa teksi untuk tempoh $t$ saat. Diberi bahawa laju purata teksi ialah 50 m s$^{-1}$.
a(i)
Hitung nilai $t$.
2 marks
a(ii)
Hitung laju teksi, dalam m s$^{-1}$, dari saat ke-40 hingga saat ke-$t$.
2 marks
a(iii)
Huraikan gerakan teksi untuk 40 saat pertama.
1 marks
Rajah 13.2 menunjukkan graf laju-masa bagi sebuah bas.
b
Diberi bahawa jumlah jarak yang dilalui oleh bas ialah 5.5 km. Hitung tempoh masa, dalam minit, bas tersebut bergerak dengan laju seragam.
4 marks
149 marks
Fahmirah tinggal di Kuala Lumpur dan ingin membeli sebuah van baharu. Van yang menarik perhatiannya adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 14.
| Van $E$ | |
|---|---|
| Kapasiti enjin | 2 500 cc |
| Harga van baharu | RM123 000 |
| Wang pendahuluan | 20% daripada harga van |
Rajah 14
a
Bank $R$ menawarkan kadar faedah 4% setahun untuk pinjaman bagi van $E$. Jika Fahmirah menjelaskan wang pendahuluan bagi van $E$ dan ingin membuat pinjaman untuk 9 tahun, berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayarnya?
4 marks
Jadual 14.1 menunjukkan kadar premium Tarif Motor bagi Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Polisi komprehensif (RM) | Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|
| 2 200 | 339.10 | 151.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 |
Jadual 14.1
Jadual 14.2 menunjukkan rumus mengira premium asas polisi komprehensif.
| Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak |
|---|---|
| Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM26 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 | Kadar bagi RM1 000 yang pertama + RM20.30 bagi setiap RM1 000 atau sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM1 000 |
Jadual 14.2
Pada tahun kedua, Fahmirah ingin memperbaharui insurans vannya dengan nilai muka RM105 000. Nilai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pada tahun itu ialah 25%. Hitung premium kasar yang akan dibayar oleh Fahmirah jika dia ingin membeli:
b(i)
polisi komprehensif,
3 marks
b(ii)
polisi pihak ketiga.
2 marks
159 marks
a
Diberi $\frac{1}{m}\begin{pmatrix} -7 & 3 \\ -3 & 2 \end{pmatrix}\begin{pmatrix} 2 & n \\ 3 & -7 \end{pmatrix} = \begin{pmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{pmatrix}$, cari nilai $m$ dan $n$.
2 marks
b(i)
Jadual 15 menunjukkan bilangan buku dan kotak pensel yang dibeli oleh Esther dan Paul di sebuah kedai alat tulis.
Esther telah membayar sebanyak RM77.00 untuk alat tulis yang telah dibelinya. Paul telah menerima baki bayaran sebanyak RM14.00 setelah dia membayar dengan duit sebanyak RM100. Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga bagi sebuah buku dan sebuah kotak pensel.
5 marks
b(ii)
Idealleon mempunyai RM100, dia ingin membeli 3 buah buku dan 5 kotak pensel. Adakah dia mempunyai wang yang cukup untuk membeli alat tulis tersebut? Justifikasikan jawapan anda dengan menggunakan pendaraban matriks.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Sirhan ialah seorang jurulatih memanah yang bertauliah dari sebuah pusat memanah.
a
Rajah 16.1 menunjukkan kedudukan tiga tiang, P, Q dan R yang dipasang untuk melatih pemanah di sebuah padang latihan.
Namakan bentuk geometri yang terbentuk daripada tiang P, Q dan R. Seterusnya, hitung panjang PR.
3 marks
b
Dalam satu pertandingan dalaman, dua orang anak murid Sirhan iaitu Zarif dan Syafi bertanding secara individu. Kebarangkalian Zarif dan Syafi layak ke pusingan kedua masing-masing ialah $\frac{2}{3}$ dan $\frac{1}{2}$. Hitung kebarangkalian bahawa Zarif atau Syafi layak ke pusingan kedua.
3 marks
c
Sirhan sedang melatih anak muridnya di sebuah padang latihan. Lintasan anak panah yang dilepaskan boleh dimodelkan oleh fungsi kuadratik, $f(x) = -x^2 + 2x + 1.7$, di mana $f(x)$ ialah ketinggian, dalam meter, anak panah dari tanah dan $x$ ialah jarak mendatar, dalam meter. Rajah 16.2 menunjukkan lintasan anak panah yang dilepaskan oleh anak murid Sirhan.
Cari tinggi maksimum, dalam m, yang dicapai oleh anak panah dari tanah.
4 marks
Rajah 16.3 menunjukkan skor Syafi dalam sesi latihan memanah.
> 6, 8, 7, 9, 5, 8, 7, 10
Rajah 16.3
d(i)
Hitung min skor dan sisihan piawai bagi Syafi.
3 marks
d(ii)
Sirhan ingin memilih salah seorang daripada Syafi dan Zarif untuk mewakili sekolah dalam pertandingan memanah peringkat daerah. Diberi min skor bagi Zarif ialah 7.65 dan sisihan piawainya ialah 0.43. Tentukan siapakah yang layak dipilih dan beri justifikasi anda.
2 marks
1715 marks
Marzuki ialah seorang murid di SMK Regalia. Semasa Karnival STEM sekolah, Marzuki telah menyertai pertandingan roket air.
Rajah 17.1 menunjukkan lintasan roket air yang dilancarkan oleh Marzuki. Diberi bahawa ketinggian pelancar roket air ialah 3 m. Lintasan roket air membentuk parabola dan diungkapkan dengan fungsi $h(x) = ax^2 + \frac{5}{2}x + 3$.
a(i)
Nyatakan julat bagi nilai $a$.
1 marks
a(ii)
Roket air itu mendarat di titik $R$. Diberi jarak mengufuk titik $R$ dari pelancar roket air ialah 6 m. Hitung ketinggian maksimum yang dicapai oleh roket air itu dari permukaan tanah.
4 marks
Seramai 30 orang murid dari SMK Regalia menyertai pertandingan roket air. Jadual 17 menunjukkan taburan kekerapan kos penghasilan roket air, dalam RM, bagi 30 orang peserta tersebut.
| Kos penghasilan roket air (RM) | Bilangan peserta |
|---|---|
| 3 – 7 | 5 |
| 8 – 12 | 10 |
| 13 – 17 | 12 |
| 18 – 22 | 3 |
Jadual 17
b
Hitung sisihan piawai kos penghasilan roket air, dalam RM.
3 marks
c
Rajah 17.2 menunjukkan rekaan roket air bagi Marzuki yang dibentuk daripada hemisfera, silinder tegak dan kon tegak.
Diberi bahawa jejari hemisfera ialah 7 cm, manakala tinggi silinder dan tinggi kon masing-masing ialah 25 cm dan 10 cm. Jika $\frac{1}{3}$ daripada isipadu roket air diisi dengan air, maka ketinggian air dalam roket tersebut ialah $h$ cm. Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung nilai $h$, dalam cm.
5 marks
d
Selepas membuat kajian, Marzuki mendapati bahawa jarak mengufuk roket air, $l$, boleh diwakili dengan rumus seperti berikut:
$$l = \frac{u^2}{g}(2 \sin \theta \ \text{kos} \ \theta)$$
di mana $u$ ialah halaju awal roket air, $g$ ialah graviti bumi dan $\theta$ ialah sudut pelancaran roket. Diberi bahawa graviti bumi ialah 10 m s$^{-2}$. Marzuki telah melancarkan roket air pada dua sudut yang berbeza, iaitu $30^\circ$ dan $45^\circ$ dengan kelajuan awal yang sama, 30 m s$^{-1}$. Nyatakan sudut pelancaran yang menghasilkan jarak maksimum. Berikan justifikasi anda.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open