Diberi,
Set $\xi = \{x : 30 \leq x \leq 45, x \text{ ialah integer}\}$
Set $L = \{x : x \text{ ialah nombor yang hasil tambah digitnya adalah nombor genap}\}$
Set $M = \{x : x \text{ ialah nombor perdana}\}$
a
Senaraikan unsur bagi set $L$.
1 marks
b
Nyatakan $n(L \cap M)$.
2 marks
24 marks
Rajah 1 menunjukkan dua bulatan $ABE$ dan $CDG$ yang berpusat di $O$.
Diberi jejari bulatan $ABE$ dan bulatan $CDG$, masing-masing ialah $7\frac{3}{4}$ cm dan $2\frac{1}{2}$ cm. Titik $A$, $G$, $O$, $D$ dan $E$ adalah segaris.
a
Hitung jarak $DE$, dalam cm.
1 marks
b
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung luas sektor minor $AOB$, dalam $\text{cm}^2$.
3 marks
35 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah hemisfera berpusat $O$ dengan isipadu $7\frac{1}{14}\ \text{cm}^3$.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
a
jejari, dalam cm, hemisfera itu.
2 marks
b
luas permukaan, dalam $\text{cm}^2$, kawasan tidak berlorek yang berwarna hijau.
3 marks
44 marks
Rajah 3 menunjukkan dua garis lurus, $PQ$ dan $RS$ yang berada pada suatu satah Cartes. $O$ ialah asalan.
a
Nyatakan julat bagi nilai $m$.
1 marks
b
Garis lurus $RS$ dipantulkan pada paksi-$y$ dan bersilang dengan garis lurus $y = \frac{1}{2}x + 2$. Tentukan titik persilangan bagi dua garis lurus tersebut.
3 marks
53 marks
Rajah 4 menunjukkan kod bagi tiga bentuk kunci.
| Kod kunci $A$ | Kod kunci $B$ | Kod kunci $C$ |
|---|---|---|
| $11011_2$ | $132_8$ | $35_{10}$ |
Rajah 4
a
Nyatakan nilai digit 3 dalam kod kunci $B$.
1 marks
b
Hasil tambah bagi ketiga-tiga kod tersebut ialah kata laluan bagi membuka sebuah peti harta karun. Tentukan kata laluan tersebut, dalam asas empat.
2 marks
64 marks
Tentukan sama ada setiap hujah di bawah ialah hujah induktif atau hujah deduktif.
a(i)
Semua burung mempunyai sayap. Burung pipit adalah sejenis burung. Maka, burung pipit mempunyai sayap.
1 marks
a(ii)
Aluminium mengembang apabila dipanaskan. Tembaga mengembang apabila dipanaskan. Maka, semua logam akan mengembang apabila dipanaskan.
1 marks
b
Tuliskan dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut:
> $n^3 = -125$ jika dan hanya jika $n = -5$.
2 marks
74 marks
Hairil menjual $x$ cawan teh ais dan $y$ cawan kopi panas setiap hari. Maklumat jualan teh ais dan kopi panas dinyatakan dalam tiga ketaksamaan linear seperti berikut:
$x + y \leq 100$, $x - y \geq 0$ dan $y > 30$
a
Pada graf di ruang jawapan, lorek rantau yang memuaskan semua ketaksamaan linear di atas.
*(Graf di ruang jawapan: paksi-$x$ dan paksi-$y$ dari 0 hingga 100, 10 unit setiap petak; garis $x + y = 100$ telah dilukis. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis yang anda lukis (titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek (bucu-bucunya).)*
3 marks
b
Hairil menetapkan sasaran untuk menjual 80 cawan teh ais dan 20 cawan kopi panas sehari. Tentukan sama ada sasaran beliau akan tercapai atau tidak. Berikan justifikasi jawapan anda.
1 marks
84 marks
Jadual 1 menunjukkan perbelanjaan bulanan bagi keluarga Danish.
| Perbelanjaan Bulanan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Sewa rumah | 1 800 |
| Ansuran kereta | 780 |
| Keperluan anak-anak | 850 |
| Bil-bil utiliti | 910 |
| Perbelanjaan dapur | 1 220 |
| Belanja petrol dan tol | 530 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 600 |
| Simpanan tetap | 1 000 |
Jadual 1
Diberi gaji bersih Danish dan isterinya masing-masing ialah RM6 600 dan RM3 800.
a
Tentukan sama ada aliran tunai keluarga Danish adalah positif atau negatif.
2 marks
b
Danish dan isterinya ingin membeli sebuah rumah dengan harga RM750 000. Dia bercadang untuk membayar wang pendahuluan sebanyak 10% daripada harga rumah. Adakah Danish dan isterinya mampu mencapai matlamat mereka dalam tempoh $1\frac{1}{2}$ tahun? Berikan justifikasi anda.
2 marks
95 marks
Pendapatan bulanan Ramli dan isterinya masing-masing ialah RM7 500 dan RM6 000. Dia dan isterinya masing-masing mendermakan RM50 dan RM100 setiap bulan kepada sebuah badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan.
Jadual 2.1 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh mereka.
| Pelepasan cukai | Ramli (RM) | Isteri (RM) |
|---|---|---|
| Individu | 9 000 | 9 000 |
| Suami / Isteri (had RM4 000) | 4 000 (untuk taksiran cukai bersama) | |
| Insuran hayat dan KWSP (had RM7 000) | 1 300 | 1 500 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 3 100 | 2 000 |
Jadual 2.1
a
Nyatakan salah satu syarat taksiran cukai bersama.
1 marks
b
Jadual 2.2 menunjukkan sebahagian daripada Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2024.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 500 |
| | 20 000 berikutnya | 11 | 2 200 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 3 700 |
| | 30 000 berikutnya | 19 | 5 700 |
| 100 001 – 400 000 | 100 000 pertama | | 9 400 |
| | 300 000 berikutnya | 25 | 75 000 |
Jadual 2.2
Berdasarkan Jadual 2.2, hitung jumlah cukai pendapatan bagi Ramli dan isterinya menggunakan taksiran cukai bersama.
4 marks
104 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi empat tepat $JKLM$. $JP$ dan $NP$ ialah garis lurus.
Diberi bahawa $N$ ialah titik tengah $KL$, $\sin x = \frac{7}{25}$ dan $PL = 5MP$.
Hitung nilai
a
$\tan x$,
1 marks
b
$\text{kos}\ y$.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
a
Fadzil menunggang motosikal dengan kelajuan $6x$ km/j, dalam masa $(x - 6)$ jam. Hitung nilai $x$, jika jarak yang dilaluinya ialah 240 km.
4 marks
Fikri melancarkan roket mainan dan ketinggian roket itu dari tanah semasa ia bergerak secara mengufuk diberikan oleh fungsi $h(x) = x - \frac{x^2}{12}$. Diberi $x$ mewakili jarak mengufuk dari tapak pelancaran, dalam m.
b(i)
Lakar graf yang menunjukkan pergerakan roket mainan.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik di mana graf memotong paksi-$x$.)*
2 marks
b(ii)
Hitung ketinggian maksimum, dalam m, roket mainan tersebut.
2 marks
129 marks
Rajah 6 ialah graf tak terarah dan berpemberat yang menunjukkan jarak bagi empat tempat yang akan dilalui Ammar ke taman rekreasi.
Tentukan
a(i)
$n(V)$,
1 marks
a(ii)
$n(E)$,
1 marks
a(iii)
bilangan darjah.
1 marks
b
Lukis suatu graf terarah yang mewakili jarak terpendek dari taman rekreasi ke rumah Ammar dengan syarat semua laluan perlu dilalui sekali sahaja. Seterusnya, hitung jarak terpendek, dalam km.
*(Huraikan graf terarah anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi berarah mengikut susunan, dari bucu mana ke bucu mana.)*
4 marks
c
Pada hari berikutnya, laluan di antara rumah Ammar dan masjid ditutup. Diberi laju purata perjalanan Ammar ialah 0.1 km/minit. Hitung jumlah masa perjalanannya, dalam minit, dengan syarat semua laluan hanya dilalui sekali sahaja.
2 marks
139 marks
a
Rajah 7.1 menunjukkan dua segi tiga $KLM$ dan $RST$. Nyatakan sifat kekongruenan segi tiga untuk menentukan kedua-dua segi tiga tersebut adalah kongruen.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan trapezium $PQRS$, $KLMN$ dan $ABMC$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. $KLMN$ ialah imej $PQRS$ di bawah transformasi $\mathbf{T}$. $ABMC$ ialah imej $KLMN$ di bawah transformasi $\mathbf{U}$. Huraikan selengkapnya transformasi
b(i)
$\mathbf{T}$,
3 marks
b(ii)
$\mathbf{U}$.
3 marks
c
Diberi luas $PQRS$ ialah $6\ \text{cm}^2$. Hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan $ABLKNC$.
2 marks
1410 marks
(a) Rajah 8 menunjukkan lima keping kad di dalam kotak $P$ dan empat biji bola di dalam kotak $Q$ masing-masing dilabel dengan nombor.
Sekeping kad dan sebiji bola dipilih secara rawak masing-masing dari kotak $P$ dan kotak $Q$.
a(i)
$W$ ialah peristiwa mendapat sekeping kad berlabel nombor ganjil dan sebiji bola berlabel nombor yang merupakan faktor bagi 72. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi $W$ dan nyatakan $n(W)$.
2 marks
a(ii)
Hitung kebarangkalian memilih sekeping kad berlabel nombor ganjil atau sebiji bola berlabel nombor perdana.
3 marks
Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan bagi markah yang diperoleh 30 orang murid kelas 5 Bestari. Amir ialah murid kelas 5 Bestari. Selepas semakan semula, didapati terdapat penambahan 2 markah untuk Amir yang asalnya memperoleh 49 markah.
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada seorang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data baharu tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat kedua-dua paksi, sempadan kelas setiap palang dan tinggi setiap palang.)*
4 marks
159 marks
Nadia ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Pihak insurans memaklumkan bahawa nilai boleh insurans rumahnya ialah RM600 000. Namun polisi insurans yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 90% daripada nilai boleh insurans dengan deduktibel sebanyak RM15 000. Nadia hanya menginsuranskan rumahnya dengan jumlah RM450 000 sahaja.
a(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Nadia bagi rumahnya.
1 marks
a(ii)
Rumah Nadia telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM250 000. Hitung nilai penalti ko-insurans.
3 marks
a(iii)
Jika rumah Nadia mengalami kerugian menyeluruh, hitung pampasan yang akan diterimanya.
2 marks
Jadual 4 menunjukkan kadar premium tahunan per RM1 000 nilai muka insurans sementara boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Abadi.
| Umur | Lelaki: Bukan perokok (RM) | Lelaki: Perokok (RM) | Perempuan: Bukan perokok (RM) | Perempuan: Perokok (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 36 | 2.18 | 2.80 | 1.50 | 1.84 |
| 37 | 2.26 | 2.91 | 1.56 | 1.93 |
| 38 | 2.36 | 3.05 | 1.63 | 2.03 |
Jadual 4
b(i)
Nyatakan satu faktor yang menentukan kadar premium insurans itu.
1 marks
b(ii)
Nadia ingin membeli polisi insurans bernilai RM200 000. Dia berumur 37 tahun dan seorang yang tidak merokok. Berdasarkan Jadual 4, hitung jumlah premium tahunan yang perlu dibayar olehnya.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Shah ialah seorang pengusaha perkhidmatan bas di sebuah bandar. Diberi tambang bas, $F$ berubah secara langsung dengan bilangan bas, $B$ dan secara songsang dengan dua kali bilangan tempat duduk, $S$ bagi sebuah bas. Tambang bas adalah RM31.25 bagi 5 buah bas dan 40 tempat duduk.
a(i)
Hitung tambang bas bagi 3 buah bas dengan bilangan tempat duduk yang sama.
3 marks
a(ii)
Jika 7 buah bas digunakan, tambang bas ialah RM50.00. Hitung bilangan tempat duduk bagi setiap bas.
2 marks
Shah ingin membawa keluarganya untuk pulang ke kampung di Batu Pahat menaiki sebuah bas ekspres dengan kapasiti 44 tempat duduk. Perjalanan dari Bandar Melaka ke Batu Pahat terdiri daripada 30 orang dewasa dan 14 orang kanak-kanak dengan jumlah tambang RM458. Bagi perjalanan bas dari Batu Pahat ke Bandar Melaka pula membawa 36 penumpang dengan $\frac{1}{4}$ daripadanya ialah kanak-kanak dan jumlah tambang perjalanan RM387.
b(i)
Tuliskan dua persamaan linear bagi mewakili maklumat di atas.
1 marks
b(ii)
Seterusnya, menggunakan kaedah matriks, hitung kadar tambang bas bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak yang menaiki bas ekspres itu.
4 marks
c
Setelah menjalankan perniagaan perkhidmatan bas selama lima tahun, Shah mendepositkan RM25 000 ke dalam akaun simpanan tetap dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun. Hitung jumlah simpanan beliau selepas 3 tahun.
3 marks
d
Jadual 5 menunjukkan jumlah bilangan penumpang mengikut hari dalam minggu pertama bulan Mac.
| Hari | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan penumpang | 73 | 75 | 89 | $x$ | 135 | 124 | 130 |
Jadual 5
Diberi min bilangan penumpang pada minggu tersebut ialah 109, hitung nilai $x$.
2 marks
1715 marks
a
Kevin menjadi sukarelawan di sebuah sekolah. Beliau dan 3 orang sukarelawan yang lain ditugaskan untuk melukis mural pada dinding sekolah. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja itu ialah 5 hari. Diberi masa, $t$ berubah secara songsang dengan bilangan sukarelawan, $v$. Hitung masa, dalam hari, yang diperlukan jika 10 orang sukarelawan melakukan kerja itu.
3 marks
b
Kevin dan rakan-rakannya menginap di sebuah hotel yang menawarkan dua set hidangan iaitu set A dan set B untuk makan malam. Mereka telah memesan 1 set A dan 1 set B. Jumlah bayaran untuk kedua-dua set tersebut ialah RM78.90. Harga Set A adalah RM42 kurang daripada 2 kali harga set B.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, set A dan set B.
5 marks
Kevin ingin melaburkan RM15 000 ke dalam akaun simpanan tetap. Jadual 6.1 menunjukkan kadar faedah yang ditawarkan oleh Bank P dan Bank Q.
| Bank | Kadar faedah setahun |
|---|---|
| P | 3.8% |
| Q | 4.2% |
Jadual 6.1
c(i)
Hitung faedah yang akan diterima oleh Kevin selepas 2 tahun sekiranya dia menyimpan di Bank P.
2 marks
c(ii)
Jika Kevin menyimpan di Bank Q dengan faedah dikompaunkan 3 bulan sekali, hitung jumlah simpanan Kevin selepas 5 tahun.
2 marks
d
Kevin menguruskan satu sesi latihan intensif bagi acara 50 m gaya bebas sukan renang untuk memilih atlet terbaik sekolah. Jadual 6.2 menunjukkan empat masa yang diambil bagi setiap atlet renang.
| Atlet | Tempoh masa (s): 1 | Tempoh masa (s): 2 | Tempoh masa (s): 3 | Tempoh masa (s): 4 |
|---|---|---|---|---|
| A | 32.06 | 35.08 | 30.01 | 31.53 |
| B | 33.61 | 35.03 | 34.97 | 35.48 |
| C | 30.06 | 35.05 | 30.07 | 32.11 |
Jadual 6.2
Atlet manakah yang akan terpilih? Justifikasikan jawapan anda.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open