Johor Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · Pasir Gudang · Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Johor Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · Pasir Gudang · Set 1
Johor Trial Pasir Gudang · Set 1 · 2026
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
13 marks
Rajah 1 di ruang jawapan menunjukkan satu garis lurus pada satah Cartes. Titik $M(0, 1)$ dan titik $N(6, 5)$ terletak pada garis lurus tersebut.
a
Tandakan koordinat titik tengah pada Rajah 1 pada ruang jawapan.
*(Tulis koordinat titik yang anda tandakan.)*
1 marks
b
Hitung kecerunan garis lurus $MN$.
2 marks
23 marks
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi fungsi $y = \frac{30}{x}$ untuk $0 \leq x \leq 6$.
| $x$ | 0.6 | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 50 | 30 | 15 | 10 | 6 | 5 |
Jadual 1
Pada ruang jawapan, lukis graf $y = \frac{30}{x}$ untuk $0 \leq x \leq 6$. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
*(Ruang jawapan ialah kertas graf dengan paksi-$x$ dari 0 hingga 6 (1 unit setiap 2 cm) dan paksi-$y$ dari 0 hingga 50 (10 unit setiap 2 cm). Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 marks
35 marks
Rajah 2 menunjukkan kod ahli eksklusif yang diterima oleh seorang pelanggan ketika membuat pembelian secara dalam talian.
> **KOD AHLI EKSKLUSIF**
>
> $314_{10}$
>
> (kod bar)
Rajah 2
a
Tukarkan kod ahli eksklusif dalam Rajah 2 kepada asas 6.
2 marks
b
Hasil tambah digit kod ahli eksklusif dalam asas 6 mewakili peratus diskaun bagi sebuah tablet berharga RM420. Hitung harga yang perlu dibayar selepas diskaun diberikan.
3 marks
44 marks
a
Lengkapkan pernyataan berikut dengan pengkuantiti 'sebilangan' atau 'semua' untuk membentuk pernyataan benar.
> .................. nombor kuasa dua sempurna ialah nombor bulat.
1 marks
b
Tulis akas bagi kontrapositif yang berikut dan tentukan sama ada akas tersebut **benar** atau **palsu**.
> Jika pentagon $ABCDE$ tidak mempunyai hasil tambah sudut pedalaman $360^\circ$, maka pentagon $ABCDE$ bukan sisi empat.
2 marks
c
Tentukan sama ada hujah yang diberi kuat atau lemah.
> Premis 1: 24 ialah gandaan 4.
>
> Premis 2: 40 ialah gandaan 4.
>
> Kesimpulan: Semua gandaan 4 ialah nombor genap.
1 marks
55 marks
a
Diberi nilai tahunan dan kadar cukai pintu rumah Azzahra pada tahun 2024 masing-masing ialah RM2 720 dan 5%. Hitung cukai pintu yang perlu dibayar oleh Azzahra pada tahun 2024.
1 marks
Khairul adalah seorang pengurus di sebuah syarikat. Gaji tahunannya pada tahun 2022 ialah RM84 400. Pada tahun tersebut, dia membayar jumlah zakat sebanyak RM1 160. Isterinya tidak mempunyai pendapatan.
Jadual 2(a) menunjukkan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh Khairul.
| Bil | Perkara | RM |
|---|---|---|
| 1. | Individu | RM9 000 |
| 2. | Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | RM4 150 |
| 3. | Gaya hidup (had RM2 500) | RM3 000 |
| 4. | Suami / isteri (pelepasan untuk suami dan isteri yang tiada pendapatan) | RM4 000 |
Jadual 2(a)
| Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 6 | 900 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 500 |
| | 20 000 berikutnya | 11 | 2 200 |
Jadual 2(b)
b(i)
Hitung pendapatan bercukai bagi Khairul.
1 marks
b(ii)
Seterusnya dengan menggunakan jadual 6, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Khairul.
3 marks
64 marks
Rajah 3 menunjukkan graf laju-masa bagi kereta yang dipandu oleh Fikri dan Liyana dari Johor Bahru ke Sedenak. Graf $OKNM$ mewakili perjalanan Fikri dan graf $JKL$ mewakili perjalanan Liyana.
a
Nyatakan laju seragam, dalam km j⁻¹, pergerakan kereta Fikri.
1 marks
b
Hitung beza jarak, dalam km, yang dilalui oleh Fikri dan Liyana bagi 72 minit yang pertama.
3 marks
74 marks
a
Farid membeli insurans hayat bagi menjamin perlindungan kewangan keluarganya. Nyatakan satu risiko yang dilindungi oleh insurans hayat.
1 marks
b
Jadual 3(a) menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans sementara boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Maju.
| Umur | Lelaki (RM) Bukan Perokok | Lelaki (RM) Perokok | Perempuan (RM) Bukan Perokok | Perempuan (RM) Perokok |
|---|---|---|---|---|
| 37 | 2.26 | 2.91 | 1.56 | 1.93 |
| 38 | 2.36 | 3.05 | 1.63 | 2.03 |
| 39 | 2.49 | 3.23 | 1.71 | 2.14 |
Jadual 3(a)
Farid berumur 38 tahun, seorang yang sihat dan tidak merokok ingin membeli satu polisi insurans hayat bernilai RM300 000. Beliau juga bercadang untuk menambah polisi penyakit kritikal. Syarikat Insurans Maju menawarkan polisi penyakit kritikal dengan perlindungan sebanyak 25% daripada nilai muka asas. Kadar premium bagi polisi tersebut ialah RM2.10 bagi setiap RM1 000 perlindungan berdasarkan umur dan status kesihatan Farid.
Hitung premium tahunan yang perlu dibayar oleh Farid kepada Syarikat Insurans Maju.
3 marks
84 marks
Semasa Hari Apresiasi Murid, sebuah gerai menyediakan hadiah misteri kepada pengunjung. Rajah 4 menunjukkan cakera A dan cakera B yang dibahagikan kepada sektor-sektor yang sama saiz. Cakera A dilabel dengan nombor hadiah, manakala cakera B dilabel dengan jenis hadiah. Seorang murid memutar cakera A sekali dan cakera B sekali untuk menentukan hadiah misteri yang akan diterimanya.
a
Senaraikan ruang sampel bagi peristiwa tersebut.
2 marks
b
Cari kebarangkalian untuk memperoleh nombor genap atau pelekat.
2 marks
95 marks
a
Pada ruang jawapan pada Rajah 5, lakarkan graf $y = \sin x + 1$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Rajah 5 di ruang jawapan: paksi-$x$ bertanda $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$, $360^\circ$; paksi-$y$ tanpa skala. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik permulaan dan akhir, nilai maksimum dan minimum serta di mana ia berlaku.)*
2 marks
b
Ketinggian seekor burung helang, $h$ meter, dari paras laut semasa ia sedang mengendap mangsanya berubah mengikut masa, $t$ saat, dan dimodelkan oleh fungsi: $h(t) = 5 \sin (3t)^\circ + 7$.
Cari nilai $t$, dalam saat, apabila ketinggian burung helang itu berada pada paras tepat 9.5 meter untuk kali pertama selepas ia mula terbang menaik.
3 marks
103 marks
Farhan ingin menyimpan wang sebanyak RM5 000 untuk tempoh 2 tahun. Dia sedang mempertimbangkan dua institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah kompaun yang berbeza yang ditunjuk di Jadual 4.
| Institusi Kewangan A | Institusi Kewangan B |
|---|---|
| Kadar faedah 3% setahun yang dikompaun setahun sekali. | Kadar faedah 2.8% setahun, pengkompaunan setiap 6 bulan. |
Jadual 4
Bantu Farhan menentukan institusi kewangan yang memberikan jumlah simpanan akhir yang lebih tinggi selepas 2 tahun.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
a(i)
Diberi set $P = \{1, 2, 4, 5, 7\}$. Nyatakan bilangan subset bagi set $P$.
1 marks
a(ii)
Rajah 6 di ruang jawapan ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan set $P$, $Q$, dan $R$, dengan keadaan set semesta $\xi = P \cup Q \cup R$. Lorekkan rantau yang mewakili $(P' \cap Q) \cup R$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
Satu tinjauan telah dilakukan kepada 300 responden tentang penggunaan jenis pengangkutan yang menjadi pilihan untuk ke tempat kerja. Terdapat tiga pilihan pengangkutan yang popular iaitu kereta ($C$), kereta api ($T$) dan motosikal ($M$). Hasil tinjauan mendapati bahawa 180 orang responden memilih kereta, 101 orang responden memilih kereta api, 29 orang responden memilih kereta api dan motosikal, 49 orang responden memilih kereta dan motosikal, 42 orang responden memilih kereta api sahaja, 48 orang responden memilih motosikal sahaja, dan 4 orang responden memilih ketiga-tiga jenis pengangkutan tersebut.
b(i)
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruang jawapan untuk menunjukkan hubungan antara set $C$, $T$ dan $M$.
*(Tulis bilangan responden dalam setiap rantau: $C$ sahaja, $C \cap M$ sahaja, $M$ sahaja, $C \cap T \cap M$, $C \cap T$ sahaja, $T \cap M$ sahaja, $T$ sahaja dan di luar ketiga-tiga set.)*
2 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung bilangan responden yang tidak memilih sebarang pengangkutan.
2 marks
b(iii)
Cari $n(C \cap T) \cap M'$.
1 marks
129 marks
a
Diberi matriks $P = \begin{pmatrix} 4 & 2 \\ 6 & x \end{pmatrix}$. Matriks $P$ tidak mempunyai songsangan. Cari nilai $x$.
2 marks
b
Sempena Hari Kantin sekolah, jawatankuasa kantin menjual kupon makanan bagi dua jenis set, iaitu Set A dan Set B. Pada hari pertama, 6 kupon Set A dan 4 kupon Set B telah terjual dengan jumlah kutipan RM132. Pada hari kedua, sebanyak 3 kupon Set A dan 7 kupon Set B telah terjual dengan jumlah kutipan RM9 lebih dari hari pertama. Diberi bahawa harga satu kupon Set B adalah lebih mahal daripada harga satu kupon Set A.
**Dengan menggunakan kaedah matriks,** tentukan harga bagi satu kupon Set A dan satu kupon Set B.
5 marks
c
Sebuah kedai menjual dua jenis buku iaitu buku latihan dan buku rujukan. Bilangan buku yang dijual pada hari Isnin dan Selasa diwakili oleh matriks $A = \begin{pmatrix} 4 & 6 \\ 2 & 5 \end{pmatrix}$. Harga bagi setiap buku pula diwakili oleh matriks $B = \begin{pmatrix} 10 \\ 15 \end{pmatrix}$.
Diberi bahawa baris mewakili hari Isnin dan Selasa, manakala lajur mewakili buku latihan dan buku rujukan.
Hitung jumlah hasil jualan bagi setiap hari menggunakan pendaraban matriks.
2 marks
139 marks
a
Jadual 5(a) menunjukkan proses pengurusan kewangan. Lengkapkan X dan Y.
- Menetapkan matlamat kewangan
- ↓
- **X**
- ↓
- Mewujudkan pelan kewangan
- ↓
- **Y**
- ↓
- Mengkaji semula dan menyemak kemajuan
Jadual 5(a)
2 marks
Jadual 13(b) menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan Faris.
| | |
|---|---|
| Pendapatan aktif | RM2 400 |
| Pendapatan pasif | RM300 |
| Perbelanjaan tetap | RM1 200 |
| Perbelanjaan tidak tetap | RM900 |
Jadual 5(b)
b(i)
Tentukan nisbah antara pendapatan aktif kepada perbelanjaan tetap Faris.
2 marks
b(ii)
Hitung aliran tunai Faris pada bulan tersebut.
2 marks
c
Faris ingin membeli sebuah komputer riba berharga RM3 600 dalam tempoh 6 bulan. Pada bulan berikutnya, pendapatan aktif Faris berkurang sebanyak 20%. Tentukan sama ada matlamat kewangan Faris dapat dicapai atau tidak. Berikan justifikasi anda.
3 marks
1410 marks
a(i)
Jadual 6(a) menunjukkan skor yang diperoleh dua orang pemanah dalam lima bidikan semasa sesi pemilihan yang dijalankan di sebuah sekolah.
| Pemanah $A$ | 4 | 10 | 5 | 10 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|
| Pemanah $B$ | 6 | 8 | 4 | 7 | 10 |
Jadual 6(a)
Jika seorang pemanah akan terpilih mewakili sekolah, pemanah yang manakah lebih sesuai dipilih? Berikan justifikasi anda.
3 marks
a(ii)
Plot kotak pada rajah 6 (b) menunjukkan markah yang diperoleh sekumpulan murid dalam ujian Matematik.
Berdasarkan plot kotak pada rajah 6(b), nyatakan nilai kuartil ketiga.
1 marks
Jadual 6(c) menunjukkan jisim, dalam kg, bagi 40 buah bakul yang mengandungi buah durian.
| Jisim (kg) | 41 – 50 | 51 – 60 | 61 – 70 | 71 – 80 | 81 – 90 | 91 – 100 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kekerapan | 4 | 8 | 9 | 7 | 4 | 3 |
Jadual 6(c)
b(i)
Berdasarkan Jadual 6(c), lengkapkan jadual di ruang jawapan.
| Jisim (kg) | Kekerapan | Titik tengah |
|---|---|---|
| 31 – 40 | 0 | |
| 41 – 50 | 4 | |
| 51 – 60 | 8 | |
| 61 – 70 | 9 | |
| 71 – 80 | 7 | |
| 81 – 90 | 4 | |
| 91 – 100 | 3 | |
| 101 – 110 | 0 | |
*(Tulis titik tengah bagi setiap kelas.)*
1 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 27. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 kg pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 bakul pada paksi mencancang, lukis poligon kekerapan bagi data 6(c).
*(Kertas graf yang disediakan sudah mempunyai paksi Kekerapan dan Jisim (kg) serta sebuah histogram. Huraikan poligon kekerapan anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot (titik tengah, kekerapan) dan cara titik-titik itu disambung.)*
3 marks
b(iii)
Berdasarkan poligon kekerapan yang dibina dan histogram yang disediakan, bina satu kesimpulan.
2 marks
159 marks
a
Rajah 7(a) menunjukkan sebuah pentagon sekata.
Tentukan peringkat simetri putaran ikut arah jam apabila kedudukan $A$ berada di kedudukan $D$.
1 marks
Rajah 7(b) menunjukkan dua buah pentagon yang dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
$PQRST$ ialah imej bagi $ABCDE$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{MN}$. Huraikan selengkapnya transformasi:
(a) $\mathbf{N}$,
(b) $\mathbf{M}$.
5 marks
b(ii)
Huraikan selengkapnya satu transformasi tunggal yang setara dengan transformasi $\mathbf{MN}$.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Nura merupakan seorang pemilik sebuah kafe. Nura mendapati bilangan cawan matcha yang terjual, $m$ berubah secara langsung dengan bilangan ulasan positif, $r$ dan berubah secara songsang dengan harga secawan matcha, $p$.
a(i)
Ungkapkan $m$ dalam sebutan $r$ dan $p$ apabila terdapat 120 ulasan positif dan sebanyak 300 cawan matcha dijual dengan harga RM12 secawan.
1 marks
a(ii)
Hitung bilangan cawan matcha terjual apabila jumlah ulasan positif ialah 180 dan harga secawan matcha kekal sama.
2 marks
Nura bercadang untuk mempromosikan kafenya dengan membeli beberapa aksesori untuk merekod video. Harga sebatang tripod, $x$ ialah RM45 dan harga sebuah lampu mini, $y$ ialah RM30.
b(i)
Nura mempunyai bajet tidak melebihi RM300 dan jumlah aksesori yang perlu dibeli selebih-lebihnya 8 aksesori. Nyatakan dua ketaksamaan linear tersebut.
2 marks
b(ii)
Tentukan sama ada Nura boleh membeli 2 batang tripod dan 4 buah lampu mini dalam bajet dia? Beri justifikasi.
2 marks
Kafe Nura terletak di Taman Seri telah menerima beberapa tempahan atas talian dari beberapa kawasan ditunjukkan dalam Jadual 7.
| Tempat | Masa perjalanan (min) |
|---|---|
| Taman Seri (A) – Bandar Putra (B) | 8 |
| Taman Seri (A) – Taman Saujana (C) | 6 |
| Taman Saujana (C) – Bandar Tengah (D) | 5 |
| Taman Saujana (C) – Kampung Melayu (E) | 7 |
| Bandar Putra (B) – Kampung Melayu (E) | 4 |
| Kampung Melayu (E) – Bandar Tengah (D) | 3 |
Jadual 7
c(i)
Lukis graf tidak terarah dan berpemberat mewakili seluruh tempat-tempat tersebut.
*(Bucu A, B, C, D dan E telah diberi di ruang jawapan. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberat pada tepi itu.)*
2 marks
c(ii)
Hitung jumlah masa terpendek bagi penghantaran tersebut, jika pemandu berhenti 3 minit di setiap rumah.
2 marks
Keuntungan seharian kafe Nura diwakili oleh satu fungsi kuadratik iaitu $P = x^2 - 33x - 70$ dimana $P$ ialah keuntungan harian dan $x$ ialah jumlah cawan matcha yang dijual.
d(i)
Hitung bilangan cawan matcha yang dijual sehari jika kafe Nura tidak mendapat keuntungan.
3 marks
d(ii)
Hitung keuntungan harian kafe jika menjual 100 cawan matcha sehari.
1 marks
1715 marks
Sebuah lapangan terbang sedang menguruskan pergerakan penumpang, penghantaran bagasi dan susun atur kemudahan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
a
Sistem penghantar bagasi bergerak pada kelajuan, $v\ \text{ms}^{-1}$. Kelajuan penghantar bagasi berubah secara langsung dengan kadar putaran motor, $r$, dan diameter penggelek, $d$, dan secara songsang dengan bilangan bagasi, $b$. Diberi bahawa penghantar bergerak pada kelajuan $12\ \text{ms}^{-1}$ apabila $r = 80$, $d = 15$ cm dan $b = 20$. Hitung kelajuan penghantar apabila $r = 100$, $d = 15$ cm dan $b = 25$.
3 marks
Pihak pengurusan lapangan terbang menyediakan dua jenis kaunter daftar masuk, iaitu Kaunter Domestik dan Kaunter Antarabangsa dan syarat-syarat berikut dikenakan:
- Jumlah kaunter yang dibuka adalah selebih-lebihnya 50.
- Bilangan Kaunter Domestik tidak melebihi 25.
- Bilangan Kaunter Antarabangsa adalah sekurang-kurangnya 15.
b(i)
Diberi $x$ ialah bilangan Kaunter Domestik dan $y$ ialah bilangan Kaunter Antarabangsa, lengkapkan satu ketaksamaan linear di ruang jawapan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi tersebut.
| Syarat | Ketaksamaan |
|---|---|
| Jumlah kaunter yang dibuka adalah selebih-lebihnya 50. | |
| Bilangan Kaunter Domestik tidak melebihi 25. | $x \leq 25$ |
| Bilangan Kaunter Antarabangsa adalah sekurang-kurangnya 15. | $y \geq 15$ |
1 marks
b(ii)
Pada graf di ruang jawapan, lukis dan lorek rantau yang memenuhi sistem ketaksamaan itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis yang anda lukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek (garis-garis sempadan dan bucunya).)*
2 marks
b(iii)
Daripada graf, tentukan bilangan maksimum Kaunter Domestik yang boleh dibuka sekiranya bilangan Kaunter Antarabangsa ialah 30.
1 marks
c
Lapangan Terbang Antarabangsa Baginda merancang laluan penghantaran bagasi antara terminal-terminalnya. Destinasi pertama penghantaran ialah Terminal A. Rajah 8(a) menunjukkan graf tak terarah dan berpemberat yang menghubungkan lima terminal di lapangan terbang tersebut. Kenderaan penghantar bagasi hanya melalui setiap terminal sekali sahaja.
Haziq dan Syafiq mempunyai pendapat berbeza tentang laluan terpendek untuk penghantaran bagasi tersebut. Haziq berpendapat bahawa penghantaran terminal kedua ialah Terminal B manakala Syafiq berpendapat bahawa penghantaran terminal kedua ialah Terminal C.
Dengan menyatakan laluan, tentukan pendapat siapakah yang lebih baik.
4 marks
d
Sebuah ruang menunggu VIP di Lapangan Terbang Baginda berbentuk segi empat tepat mempunyai panjang dan lebar dalam meter seperti rajah di 17(d). Diberi luas ruang menunggu VIP ialah 105 m², hitung panjang ruang tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open