Tulis dua implikasi berdasarkan penyataan berikut.
> "40 ialah nombor genap jika dan hanya jika 40 boleh dibahagi tepat dengan 10"
*(Tulis Implikasi 1 dan Implikasi 2.)*
2 marks
b
Tentukan antejadian dan akibat daripada implikasi di bawah.
> Jika $(m + 7)(m - 7) \neq 0$ maka $m^2 \neq 49$
2 marks
c
Tulis **Premis 2** untuk melengkapkan hujah berikut:
- **Premis 1:** Jika $r$ ialah faktor bagi 6, maka 6 boleh dibahagi tepat dengan $r$.
- **Premis 2:** ……………
- **Kesimpulan:** 2 bukan faktor bagi 6.
1 marks
23 marks
Mira dan suaminya makan tengah hari di sebuah hotel. Mereka memesan dua pinggan nasi goreng, segelas jus oren dan secawan air suam. Jadual 1 menunjukkan harga makanan dan minuman. Hotel tersebut mengenakan 6% cukai perkhidmatan.
| Makanan dan Minuman | Harga (RM) |
|---|---|
| Nasi goreng | 25.90 sepinggan |
| Jus oren | 15.70 segelas |
| Air suam | Percuma |
Jadual 1
Hitung bil Mira.
3 marks
33 marks
Rajah 1 menunjukkan seorang pemain bola keranjang berada di garisan lemparan bebas yang berjarak 4.57 m dari pusat rim bola. Rim bola dan aras mata pemain itu masing-masing berada setinggi 3.05 m dan 1.83 m di atas gelanggang mengufuk.
Rajah 1
a
Nyatakan sudut dongakan pusat rim bola daripada mata pemain bola tersebut.
1 marks
b
Seterusnya, hitung sudut dongakan tersebut.
2 marks
44 marks
Hitung nilai bagi setiap yang berikut:
a(i)
$101_2 + 110_2$
1 marks
a(ii)
$475_8 - 67_8$
1 marks
b
Tukarkan $2305_6$ kepada nombor dalam asas sepuluh.
2 marks
54 marks
Satu tinjauan telah dijalankan ke atas 20 orang murid Tingkatan 5 di sebuah sekolah tentang penggunaan aplikasi media sosial di kalangan pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan 12 orang murid menggunakan aplikasi TikTok ($T$), 10 orang murid menggunakan aplikasi Instagram ($I$) dan 3 orang murid menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut. Sebahagian murid pula tidak menggunakan mana-mana aplikasi tersebut.
a
Lukis gambar rajah Venn dengan menggunakan maklumat di atas.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set semesta, set-set yang dilukis dan bagaimana ia bertindih, serta bilangan murid dalam setiap rantau.)*
2 marks
Berdasarkan gambar rajah Venn di 5(a), tentukan
b(i)
bilangan murid yang menggunakan satu aplikasi sahaja.
1 marks
b(ii)
$n(T \cup I)'$
1 marks
64 marks
a
Lengkapkan Jadual 2 di ruang jawapan bagi fungsi $y = \frac{4}{x}$ untuk $-4 \leq x \leq 4$.
| $x$ | −4 | −2 | −1 | −0.5 | 0.5 | 1 | 2 | 4 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −1 | −2 | −4 | −8 | 8 | 4 | 2 | |
Jadual 2
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal.)*
1 marks
b
Seterusnya, menggunakan Jadual 2 lukis graf $y = \frac{4}{x}$ untuk $-4 \leq x \leq 4$.
*(Kertas graf di ruang jawapan: paksi-$x$ berlabel −4 hingga 4, paksi-$y$ berlabel −8 hingga 8. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 marks
74 marks
Jadual 3 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans boleh diperbaharui yang ditawarkan oleh sebuah syarikat insurans.
| Umur | Lelaki: Bukan perokok | Lelaki: Perokok | Perempuan: Bukan perokok | Perempuan: Perokok |
|---|---|---|---|---|
| 21 – 25 | 2.52 | 3.48 | 2.28 | 2.40 |
| 26 – 30 | 2.64 | 3.60 | 2.40 | 2.52 |
| 31 – 35 | 2.76 | 3.84 | 2.52 | 2.64 |
Jadual 3
Encik Hafiz berumur 29 tahun dan bukan perokok.
a
Hitung kadar premium bagi Encik Hafiz?
1 marks
b
Encik Hafiz bercadang ingin membeli polisi insurans hayat bernilai RM250 000 dan beliau ingin menambah perlindungan penyakit kritikal sebanyak 25% daripada nilai muka asas bagi melindungi kos rawatan penyakit jantung. Hitung jumlah premium tahunan yang perlu dibayar oleh Encik Hafiz.
[Diberi bahawa tambahan polisi penyakit kritikal dikenakan premium RM1.80 bagi setiap RM1 000 perlindungan tambahan].
3 marks
85 marks
Jadual 4 menunjukkan catatan perjalanan Rosnah ke Genting Highlands dan Rajah 8 menunjukkan graf jarak-masa perjalanannya.
| Masa | Catatan |
|---|---|
| 7:00 pagi | Perjalanan dimulakan |
| 7:30 pagi | Berehat di RnR Ayer Keroh selepas perjalanan sejauh 30 km |
| 7:45 pagi | Meneruskan perjalanan |
| 10:15 pagi | Tiba di Genting Highlands |
Jadual 4
Rajah 8
a
Nyatakan nilai $m$ dan nilai $n$.
2 marks
b
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, Rosnah berhenti.
1 marks
c
Hitung laju purata, dalam km j$^{-1}$ bagi keseluruhan perjalanan Rosnah.
2 marks
94 marks
a
Rajah 3 menunjukkan dua buah segi tiga bersudut tegak $SPQ$ dan $RPN$. $PNM$ ialah garis lurus dan $PQ = QR$.
Rajah 3
Diberi $\tan \angle QSP = \frac{3}{4}$, cari nilai bagi kos $x$.
2 marks
b
Jadual 5 menunjukkan nilai-nilai bagi fungsi $y = \text{kos}\ x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
| $x$ | $0^\circ$ | $90^\circ$ | $180^\circ$ | $270^\circ$ | $360^\circ$ |
|---|---|---|---|---|---|
| kos $x$ | 1 | 0 | −1 | 0 | 1 |
Jadual 5
Lukis graf bagi $y = \text{kos}\ x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Kertas graf di ruang jawapan: paksi-$x$ berlabel $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$, $360^\circ$; paksi-$y$ berlabel −1, 0, 1. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
2 marks
104 marks
a
Sarah dan Grace akan menghadiri majlis kenduri kahwin pada hujung minggu. Kebarangkalian bahawa Sarah dan Grace akan menghadiri majlis tersebut ialah $\frac{1}{4}$ dan $\frac{2}{7}$ masing-masing. Wakilkan kebarangkalian bahawa Sarah dan Grace menghadiri majlis kenduri kahwin dengan menggunakan gambar rajah Venn yang disediakan di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan: gambar rajah Venn dengan set $S$ dan set $G$ yang bertindih di dalam $\xi$. Tulis nilai kebarangkalian dalam setiap rantau: $S$ sahaja, $S \cap G$ dan $G$ sahaja.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian sama ada Sarah atau Grace menghadiri majlis kenduri kahwin.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Diberi matriks $P = \begin{bmatrix} q & -4 \\ 2 & -1 \end{bmatrix}$, hitung nilai $q$ jika matriks $P$ tidak mempunyai matriks songsang.
2 marks
b
Diberi $M = N$, hitung nilai $x$.
$M = \begin{bmatrix} 2 + 4x \\ 3x + 4 \end{bmatrix}$ dan $N = \begin{bmatrix} 5x \\ 6x - 2 \end{bmatrix}$
2 marks
c
Suatu kaji selidik telah dijalankan mengenai masa pembuatan dua jenis popia iaitu popia ayam dan popia daging. 25 biji popia ayam dan 20 biji popia daging dapat dibuat dalam masa 37 minit, manakala 35 biji popia ayam dan 24 biji popia daging dapat dibuat dalam masa 48 minit. Hitung masa, dalam minit, yang diperlukan untuk membuat 1 biji popia ayam dan 1 biji popia daging dengan menggunakan kaedah matriks.
5 marks
129 marks
Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji ketahanan dua jenis larutan elektrolit dalam menghasilkan tenaga elektrik. Jadual 6 menunjukkan masa ketahanan, dalam jam, direkodkan bagi enam eksperimen.
| Eksperimen | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ketahanan Larutan $X$ (jam) | 12 | 18 | 19 | 21 | 22 | 28 |
| Ketahanan Larutan $Y$ (jam) | 12 | 15 | 18 | 22 | 25 | 28 |
Jadual 6
a
Hitung sisihan piawai bagi data masa ketahanan larutan $X$ dan larutan $Y$.
5 marks
b
Berdasarkan jawapan di 12(a), larutan manakah yang mempunyai ketahanan yang lebih konsisten. Berikan justifikasi anda.
2 marks
c
Pada ruang jawapan, bina plot kotak untuk mewakili data masa ketahanan larutan $X$ dan larutan $Y$.
*(Ruang jawapan: garis nombor Masa (Jam) berlabel 10, 15, 20, 25, 30, dengan satu baris bagi Larutan $Y$ dan satu baris bagi Larutan $X$. Huraikan setiap plot kotak dalam perkataan: nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang anda tanda.)*
2 marks
138 marks
Rajah 4 menunjukkan graf terarah dan berpemberat, dalam km, kedudukan bagi empat buah stesen komuter.
Rajah 4
Berdasarkan graf,
a(i)
Senaraikan set bucu,
1 marks
a(ii)
Cari bilangan darjah,
1 marks
a(iii)
Lukis satu pokok berpemberat berdasarkan graf di atas.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
Adam menaiki komuter dari Tuah ke Lekir.
b(i)
Hitung laluan terpendek yang akan dilalui.
2 marks
b(ii)
Jadual 7 menunjukkan kadar bayaran.
| Pasangan bucu | Kadar bayaran (RM) |
|---|---|
| ($T$, $J$) | 2.20 |
| ($T$, $K$) | 1.30 |
| ($T$, $L$) | 6.30 |
| ($J$, $K$) | 5.40 |
| ($J$, $L$) | 2.70 |
| ($K$, $L$) | 2.50 |
Jadual 7
Hitung kos yang akan ditanggung oleh Adam berdasarkan laluan di 13(b)(i).
2 marks
1410 marks
Theva merancang untuk menghasilkan beg tangan kain, $x$ dan cekak rambut, $y$ sempena jualan amal di sekolahnya. Penghasilan produk tersebut adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
- **I** Jumlah produk adalah tidak melebihi 60 unit.
- **II** Bilangan cekak rambut adalah sekurang-kurangnya dua kali bilangan beg tangan kain.
a
Tulis dua ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi di atas.
2 marks
b
**Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.**
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 14(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala kedua-dua paksi, setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek (dibatasi oleh garis yang mana dan pada sebelah mana).)*
4 marks
Berdasarkan graf yang dilukis di 14(b),
c(i)
tentukan sama ada Theva boleh menghasilkan 10 unit beg tangan kain dan 30 unit cekak rambut. Berikan justifikasi anda.
2 marks
c(ii)
nyatakan bilangan maksimum dan minimum cekak rambut, jika Theva menghasilkan 10 unit beg tangan kain.
2 marks
159 marks
Rajah 5 menunjukkan titik $N$ pada suatu satah Cartes.
a(i)
Rajah 5
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -2 \\ 2 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu putaran $180^\circ$ pada titik asalan.
Transformasi $\mathbf{P}$ ialah satu pantulan pada garis $y = 1$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $N$ di bawah transformasi berikut:
$\mathbf{TP}$
2 marks
a(ii)
$\mathbf{PR}$
2 marks
Rajah 6 menunjukkan tiga buah pentagon $JKLMN$, $QRSTU$ dan $VWSYZ$ dilukis pada satu satah Cartes.
b(i)
Rajah 6
$VWSYZ$ ialah imej bagi $JKLMN$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{HG}$. Huraikan selengkapnya transformasi:
$\mathbf{G}$
2 marks
b(ii)
$\mathbf{H}$
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Rajah 7 menunjukkan sebidang tanah milik Zaidi yang berbentuk segi empat tepat. Semasa musim kemarau, separuh daripada luas tanah itu tidak dapat digunakan menyebabkan luas kawasan boleh digunakan hanyalah 256 m$^2$.
Rajah 7
Hitung perimeter kawasan yang boleh digunakan semasa musim kemarau.
4 marks
b
Bagi memastikan bekalan air adalah mencukupi semasa musim kemarau, Zaidi bercadang untuk membeli beberapa tong air. Sebuah kedai berhampiran telah menawarkan dua pakej tong air kepadanya. Jadual 8 menunjukkan pakej yang ditawarkan.
| | |
|---|---|
| A | 3 tong besar dan 2 tong kecil dapat menyimpan sebanyak 860 liter air. |
| B | 2 tong besar dan 4 tong kecil dapat menyimpan sebanyak 920 liter air. |
Jadual 8
Dengan menggunakan kaedah penggantian atau penghapusan, hitung kapasiti air bagi sebuah tong besar dan sebuah tong kecil.
4 marks
c
Zaidi mendapati air perigi di belakang rumahnya semakin kering akibat cuaca panas. Paras air di dalam perigi itu telah menurun separuh berbanding paras asal. Rajah 8 menunjukkan paras air yang tinggal di dalam perigi itu sekarang. (Guna $\pi = \frac{22}{7}$).
Rajah 8
Diberi isi padu asal air perigi itu ialah 3.96 m$^3$ dan diameter perigi itu ialah 1.5 m. Hitung nilai $t$.
3 marks
Zaidi tidak dapat keluar bertani kerana kurang sihat akibat keadaan cuaca yang terlalu panas. Dia bercadang untuk membeli saham dengan melaburkan wang simpanannya berjumlah RM16 000. Jadual 9 menunjukkan pembelian saham Zaidi untuk empat bulan berturut-turut.
| Bulan | April | Mei | Jun | Julai |
|---|---|---|---|---|
| Harga seunit (RM) | RM1.05 | RM1.03 | RM1.00 | RM1.06 |
Jadual 9
d(i)
Hitung jumlah saham yang diperolehi.
2 marks
d(ii)
Hitung kos purata seunit saham bagi pembelian sahamnya.
2 marks
1715 marks
Syarikat Megah Holding menawarkan perkhidmatan penghantaran iaitu Megah Express. Caj penghantaran, $C$, dalam RM, adalah berkadar langsung dengan berat bungkusan, $M$, dalam kg, dan jarak penghantaran, $D$, dalam km. Diberi bahawa caj penghantaran bagi bungkusan seberat 4 kg untuk jarak 10 km ialah RM20.00.
a(i)
Ungkapkan $C$ dalam sebutan $M$ dan $D$.
2 marks
a(ii)
Hitung jarak penghantaran, dalam meter, bagi bungkusan seberat 15 kg dengan caj penghantaran RM56.25.
2 marks
Selain menyediakan perkhidmatan penghantaran, Syarikat Megah Holding juga ada mengeluarkan produk minuman tenaga *Mega Boost* dalam dua saiz berbeza iaitu botol kecil (250 ml) dan botol besar (500 ml). Rajah 9 menunjukkan pakej-pakej yang disediakan.
b(i)
Rajah 9
Bentuk dua persamaan linear bagi situasi di atas.
2 marks
b(ii)
**Penyelesaian dengan kaedah matriks tidak dibenarkan.**
Cari harga bagi satu botol kecil dan satu botol besar air minuman bertenaga Mega Boost.
2 marks
c
Ogif pada Rajah 18 menunjukkan taburan kumulatif berat bungkusan yang dihantar oleh seorang penghantar bungkusan Syarikat Megah Holding dalam tempoh 30 hari.
Rajah 18
Tentukan julat antara kuartil bagi jumlah berat bungkusan yang dihantar.
3 marks
d
Syarikat Megah Holding telah membeli satu lot kedai dengan harga RM750 000 dan telah menjelaskan 10% daripada nilai belian lot kedai tersebut. Lot kedai tersebut disewakan selama 10 tahun dengan jumlah sewa sebanyak RM350 000. Setelah genap 10 tahun, lot kedai tersebut dijual pada harga RM1 450 000. Jumlah ansuran bulanan yang telah dilunaskan kepada pihak bank ialah RM525 000 dan masih mempunyai baki pinjaman RM575 000. Hitung nilai pulangan pelaburan yang diperoleh Syarikat Megah Holding.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open