Rajah 1 menunjukkan plot titik bagi markah yang diperoleh oleh murid 5 Murni.
a
Nyatakan mod.
1 marks
b
Hitung min.
2 marks
23 marks
Rajah 2 menunjukkan graf fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + 6x - k$.
Berdasarkan Rajah 2,
a
nyatakan nilai $k$.
1 marks
b
tentukan nilai-nilai pintasan-$x$.
2 marks
33 marks
a
Nyatakan bilangan paksi simetri untuk sebuah pentagon sekata.
1 marks
b
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada sebuah poligon sekata.
Cari bilangan sisi poligon itu.
2 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan garis lurus $AC$ yang berada pada suatu satah Cartes.
a
Cari koordinat titik $B$.
2 marks
b
Seterusnya, nyatakan pintasan-$x$ bagi garis lurus $AC$.
3 marks
55 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah bulatan yang berpusat di $O$. $OAC$ ialah segi tiga sama sisi dan panjang lengkok $ABC$ ialah 11 cm.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, cari
a
jejari, dalam cm, bulatan itu.
2 marks
b
luas, dalam cm², kawasan berlorek.
3 marks
64 marks
a
Nyatakan sama ada pernyataan majmuk dalam Rajah 6 adalah benar atau palsu.
> $3^0 = 3$ dan 3 ialah faktor bagi 72.
Rajah 6
1 marks
b
Tulis satu songsangan bagi implikasi dalam Rajah 7.
> Jika $x$ ialah faktor bagi 8 dan 16, maka 8 dan 16 boleh dibahagi tepat dengan $x$.
Rajah 7
1 marks
c
Buat satu kesimpulan umum secara induktif bagi urutan nombor 3, 5, 7, 9, ... yang mengikuti pola berikut:
$3 = 2(1) + 1$
$5 = 2(2) + 1$
$7 = 2(3) + 1$
$9 = 2(4) + 1$
$\vdots$
2 marks
75 marks
Rajah 8 menunjukkan suatu graf yang mempunyai gelung dan berbilang tepi.
a(i)
Nyatakan
$n(E)$.
1 marks
a(ii)
bilangan darjah bagi graf tersebut.
1 marks
Rajah 9 menunjukkan suatu graf tak terarah dan berpemberat.
b(i)
Lukis satu pokok dengan jumlah pemberat yang maksimum.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: tepi-tepi yang dipilih (pasangan bucu) dan pemberat setiap tepi.)*
2 marks
b(ii)
Seterusnya, nyatakan jumlah pemberat maksimum.
1 marks
84 marks
Rajah 10 menunjukkan satu sistem ketaksamaan linear pada satah Cartes.
a
Tentukan sama ada titik (6, 6) memuaskan rantau berlorek atau tidak.
1 marks
b
Tuliskan tiga ketaksamaan linear selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memuaskan rantau berlorek itu.
3 marks
94 marks
a
Nadhirah bersama-sama keluarganya telah pergi melancong ke negeri Selangor. Mereka menginap di sebuah hotel selama tiga hari dua malam dengan harga RM300.00 semalam. Untuk penginapan ini, dia telah membayar sebanyak RM636.00 termasuk cukai perkhidmatan yang telah dikenakan oleh pihak hotel.
Hitung kadar cukai perkhidmatan yang telah dikenakan oleh pihak hotel.
2 marks
b
Nadhirah juga mempunyai sebuah kereta dengan kapasiti enjin 1 798 cc. Dia ingin memperbaharui cukai jalan untuk keretanya itu.
| Kapasiti Enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | - |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | +RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | +RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
| 2 001 cc – 2 500 cc | RM380.00 | +RM1.00 setiap cc melebihi 2 000 cc |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, hitung cukai jalan yang perlu dibayar oleh Nadhirah.
2 marks
104 marks
Kadar tindak balas, $R$, berubah secara langsung dengan suhu larutan, $T$, dan secara songsang dengan masa tindak balas, $M$. Diberi bahawa kadar tindak balas ialah 12°C s$^{-1}$ apabila suhu larutan ialah 60°C dan masa tindak balas ialah 100 s.
a
Ungkapkan $R$ dalam sebutan $T$ dan $M$.
2 marks
b
Hitung masa tindak balas, dalam s, jika kadar tindak balas ialah 16°C s$^{-1}$ dan suhu larutan ialah 40°C.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Puan Hajar telah membeli sebuah rumah di Petaling Jaya. Rumah tersebut diinsuranskan dengan insurans kebakaran yang mempunyai peruntukan ko-insurans 80% daripada nilai boleh insurans rumahnya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumah tersebut ialah RM700 000 dan deduktibel sebanyak RM9 500.
a(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Puan Hajar bagi rumah tersebut.
1 marks
a(ii)
Jika Puan Hajar telah menginsuranskan rumahnya sebanyak RM475 000, hitung bayaran pampasan yang akan diterimanya jika rumah beliau mengalami kebakaran dan kerugian sebanyak RM70 000.
2 marks
a(iii)
Dua tahun kemudian, rumah Puan Hajar hangus terbakar.
Hitung jumlah pampasan yang akan diterima sekiranya Puan Hajar menginsuranskan rumahnya dengan jumlah seperti di (a)(ii).
2 marks
b
Encik Wafiq bekerja sebagai seorang perunding pelaburan di sebuah firma kewangan di ibu kota. Dia mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM9 500. Perbelanjaan tetap dan perbelanjaan tidak tetap bulanannya masing-masing ialah RM4 250 dan RM3 120. Encik Wafiq telah menetapkan 15% daripada gajinya sebagai simpanan tetap bulanan.
Hitung aliran tunai beliau.
3 marks
129 marks
Jadual 2 menunjukkan sebahagian maklumat perjalanan bas bagi lawatan yang melibatkan sekumpulan murid dari SMK Ungku Omar.
| Masa | Huraian |
|---|---|
| 10:30 a.m. | Bertolak dari SMK Ungku Omar |
| 11:15 a.m. | Berhenti rehat di hentian rehat Tapah untuk makan tengah hari |
| 12:00 p.m. | Bertolak ke Cameron Highlands, Pahang |
| 1:30 p.m. | Tiba di Cameron Highlands, Pahang |
Jadual 2
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 2, graf laju-masa bagi pergerakan bas itu dilukis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.
a(i)
Hitung jarak, dalam km, bas itu bagi 45 minit pertama.
2 marks
a(ii)
Seterusnya, huraikan pergerakan bas itu bagi 45 minit pertama.
1 marks
b
Rajah 12 pada ruang jawapan menunjukkan graf jarak-masa yang tidak lengkap. Dengan merujuk pada Rajah 11, lengkapkan graf jarak-masa itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai jarak yang anda labelkan pada paksi jarak dan titik-titik (masa, jarak) yang disambungkan oleh garis.)*
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 12 yang dilukis di 12(b), hitung laju purata, dalam km/j, bas tersebut.
2 marks
d
Kos petrol bagi perjalanan pergi dan balik ke Cameron Highlands, Pahang ditanggung oleh PIBG SMK Ungku Omar. Kadar peruntukan kos petrol ialah RM1.50 bagi setiap kilometer, dengan jumlah keseluruhan yang diluluskan sebanyak RM250 untuk perjalanan tersebut.
Adakah RM250 mencukupi untuk perjalanan tersebut? Justifikasi jawapan anda dengan pengiraan.
2 marks
1310 marks
a
Diberi $\begin{pmatrix} 2 & -6 \\ 1 & -2 \end{pmatrix}\begin{pmatrix} -1 & 3 \\ m & 1 \end{pmatrix} = I$.
Hitung nilai $m$.
2 marks
Café Mus terkenal dengan kopi dan kek coklat.
b(i)
Zayn membayar RM65.50 untuk 7 cawan kopi dan 4 potong kek coklat. Danish pula membayar RM47.50 untuk 5 cawan kopi dan 3 potong kek coklat.
Tulis dua persamaan linear untuk mewakili situasi di atas. Seterusnya, dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga secawan kopi dan sepotong kek coklat.
5 marks
b(ii)
Rajah 13 menunjukkan wang di dalam dompet Suzi.
Dia ingin membeli 2 cawan kopi dan 3 potong kek coklat.
Adakah Suzi mempunyai wang yang mencukupi? Justifikasikan jawapan anda dengan menggunakan pendaraban matriks.
3 marks
149 marks
Rajah 14 menunjukkan tiga sisi empat $EFGH$, $JKLM$ dan $PQRS$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Sisi empat $EFGH$ ialah imej bagi sisi empat $PQRS$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{TP}$.
Huraikan selengkapnya transformasi:
a(i)
$\mathbf{P}$.
3 marks
a(ii)
$\mathbf{T}$.
3 marks
b
Diberi luas sisi empat $EFGH$ ialah 108 cm².
Hitung luas, dalam cm², sisi empat $PQRS$.
Tentukan saiz selang kelas. Seterusnya, lengkapkan Jadual 3 di ruang jawapan.
| Bilangan barang yang dibeli | Bilangan pelanggan |
|---|---|
| | 2 |
| | 3 |
| | 8 |
| | 12 |
| | 18 |
| | 7 |
Jadual 3
*(Tulis saiz selang kelas, kemudian selang kelas bagi setiap baris Jadual 3.)*
2 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, hitung min anggaran bilangan barang yang dibeli oleh pelanggan.
3 marks
Rajah 16 menunjukkan ogif yang mewakili bilangan barang yang dibeli oleh 50 orang pelanggan di Pasar Raya Mega.
c(i)
Berdasarkan ogif di Rajah 16, bina satu plot kotak pada rajah yang disediakan di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan: garis nombor Bilangan barang bertanda 0.5, 5.5, 10.5, 15.5, 20.5, 25.5, 30.5. Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang anda plot.)*
3 marks
c(ii)
Daripada plot kotak yang dibina di 15(c)(i), nyatakan bentuk taburan data itu.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Diana ialah seorang pengusaha kedai kek yang telah membuka dua cawangan, iaitu Kedai Kek A dan Kedai Kek B. Bagi mengetahui jumlah hasil jualan kek di kedua-dua cawangan, Diana telah menjalankan satu tinjauan. Rajah 17 menunjukkan plot batang-dan-daun yang merekodkan hasil tinjauan di Kedai Kek A.
**Hasil jualan kek di Kedai Kek A**
| Batang | Daun |
|---|---|
| 55 | 3 3 5 9 |
| 60 | 1 3 5 7 8 |
| 65 | 1 2 2 2 6 |
| 70 | 3 6 |
| 75 | 2 5 |
Kekunci: 55 \| 3 bermaksud RM553
Rajah 17
a(i)
Tentukan jumlah bilangan hari yang ditinjau oleh Diana di Kedai Kek A.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat berdasarkan data dalam plot batang-dan-daun itu.
1 marks
Diana telah menjalankan satu tinjauan mengenai perisa kek kegemaran dalam kalangan pelanggan di Kedai Kek A. Rajah 18 menunjukkan gambar rajah Venn yang merekodkan hasil tinjauannya dengan set semesta, $\xi = P \cup Q \cup R$. Diberi bahawa:
- Set $P$ = {pelanggan yang menggemari perisa coklat}
- Set $Q$ = {pelanggan yang menggemari perisa pandan}
- Set $R$ = {pelanggan yang menggemari perisa vanila}
b(i)
Diberi $n(P) = 24$, hitung nilai $x$.
1 marks
b(ii)
Jika 25 orang pelanggan menggemari sekurang-kurangnya dua perisa, hitung nilai $y$.
2 marks
Jadual 4 menunjukkan hasil jualan kek perisa coklat dan kek perisa pandan di Kedai Kek A pada hari tertentu.
| Sesi | Bilangan kek: Perisa coklat | Bilangan kek: Perisa pandan |
|---|---|---|
| Pagi | 6 | 9 |
| Petang | 10 | 15 |
Jadual 4
Dua kek dijual secara rawak
c(i)
daripada sesi pagi, hitung kebarangkalian bahawa kedua-dua kek yang dijual ialah kek perisa coklat.
2 marks
c(ii)
daripada jualan sesi petang, hitung kebarangkalian bahawa kedua-dua kek yang dijual mempunyai perisa yang berlainan.
2 marks
Selain menjual kek, Diana juga menjual donat. Jadual 5 menunjukkan maklumat yang diperoleh daripada hasil jualan donat di kedua-dua cawangan pada 16 Mei 2024.
| Kedai Kek A | Kedai Kek B |
|---|---|
| 10 orang pelanggan | Min = 89 |
| Min = 89 | $\sum x = 890$ |
| Sisihan piawai = 4 | $\sum x^2 = 80\,120$ |
Jadual 5
d(i)
Hitung hasil tambah dan hasil tambah kuasa dua bagi sampel data yang diambil dari Kedai Kek A.
3 marks
d(ii)
Hitung sisihan piawai bagi jualan donat di Kedai Kek B.
Seterusnya, tentukan kedai kek yang manakah mempunyai hasil jualan yang lebih konsisten. Berikan justifikasi anda.
3 marks
1715 marks
Encik Izat membeli sebuah kereta bernilai RM96 000 secara kredit. Dia membayar wang pendahuluan sebanyak 10% dan bakinya dibayar secara ansuran selama 7 tahun. Kadar faedah sama rata yang dikenakan oleh pihak bank ialah 4.1% setahun.
a(i)
Encik Izat mengira faedah pinjaman bank dengan mendarabkan harga kereta dengan 4.1% dan 7 tahun.
Adakah langkah pengiraannya betul? Jelaskan.
1 marks
a(ii)
Hitung ansuran bulanan, dalam RM, yang perlu dibayar oleh Encik Izat.
3 marks
b
Sebulan selepas Encik Izat mendapat keretanya, dia bercadang untuk membina tempat letak kereta berbumbung. Rajah 19 menunjukkan lukisan berskala bagi pelan tempat letak kereta berbumbung yang dilukis menggunakan skala 1 : 300.
Hitung luas sebenar, dalam m², tempat letak kereta berbumbung itu.
3 marks
c
Rumah Encik Izat berada di antara pasar raya dengan masjid. Rajah 20 menunjukkan kedudukan rumah Encik Izat, pasar raya dan masjid.
Diberi jarak rumah Encik Izat ke pasar raya ialah kuasa dua jarak rumahnya ke masjid dan jarak di antara pasar raya dengan masjid ialah 90 m.
Hitung jarak, dalam m, dari rumah Encik Izat ke pasar raya.
4 marks
d
Encik Izat bercadang untuk memasang kamera keselamatan di kawasan tempat letak kereta berbumbung. Sebuah kamera keselamatan akan diletakkan di bahagian dinding rumah yang bertentangan dengan kawasan tempat letak kereta itu. Rajah 21 menunjukkan kedudukan kamera keselamatan yang hendak dipasang. Encik Izat menggunakan tangga berukuran 4 m dan disandarkan di dinding pada sudut 45° untuk memasang kamera tersebut.
Tanpa menggunakan kalkulator, hitung tinggi kamera, dalam m, dari lantai.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open