Dalam Rajah 1, $GHIJKL$ ialah sebuah poligon sekata.
a(i)
Namakan poligon sekata $GHIJKL$.
1 marks
a(ii)
Lukis satu pepenjuru dalam Rajah 1 pada ruang jawapan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: nyatakan dua bucu yang disambungkan oleh garis lurus yang anda lukis.)*
1 marks
b
Hitung sudut peluaran berdasarkan Rajah 1.
1 marks
23 marks
Rajah 2 pada ruang jawapan menunjukkan graf bagi fungsi $y = x^3 - 3x^2 - 1$.
a
Pada Rajah 2 di ruang jawapan, lukiskan satu garis lurus $y = -5$ sehingga bertemu graf fungsi $y = x^3 - 3x^2 - 1$.
*(Huraikan garis lurus yang anda lukis dalam perkataan: arahnya, kedudukannya pada paksi dan di mana ia bertemu graf fungsi.)*
1 marks
b
Tentukan koordinat dua titik persilangan di antara graf bagi fungsi $y = x^3 - 3x^2 - 1$ dan garis lurus $y = -5$.
2 marks
35 marks
a
Lakar graf fungsi kuadratik bagi $y = x^2 + 16$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik di mana graf itu menyilang paksi.)*
2 marks
b
Rajah 3 menunjukkan sebuah padang yang berbentuk segi empat tepat. Diberi luas padang tersebut ialah 1020 m².
Cari panjang bagi padang tersebut.
3 marks
44 marks
a
Lengkapkan pernyataan berikut dengan pengkuantiti 'sebilangan' atau 'semua' untuk membentuk pernyataan benar.
> ______ nombor perdana adalah nombor ganjil.
1 marks
b
Tentukan nilai kebenaran pernyataan majmuk yang berikut:
> 9 ialah faktor bagi 18 dan 99 ialah nombor ganjil.
1 marks
c
Tulis akas bagi kontrapositif yang berikut:
> Jika 12 tidak boleh dibahagi tepat dengan 2 maka 12 ialah bukan nombor genap.
1 marks
d
Tentukan kekuatan hujah induktif yang berikut:
> Premis 1: 36 ialah gandaan 4.
>
> Premis 2: 24 ialah gandaan 4.
>
> Kesimpulan: Semua gandaan 4 ialah nombor genap.
1 marks
55 marks
Nurin menjual biskut keju dan biskut coklat di sebuah pasar malam. Pada hari pertama, Nurin mendapat RM222 dengan menjual 6 balang biskut keju dan 7 balang biskut coklat. Pada hari kedua, Nurin mendapat RM16 lebih daripada hari pertama dengan menjual sejumlah 7 biskut keju dan 7 biskut coklat.
**Menggunakan kaedah matriks**, hitung harga sebalang biskut keju dan sebalang biskut coklat.
5 marks
64 marks
Rajah 4 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan dua buah bas persiaran di antara Pasir Gudang ke Melaka bagi jarak sejauh 200 km. Kedua-dua bas melalui jalan yang sama pada masa yang sama.
Graf $KL$ menunjukkan perjalanan bas $A$ dari Pasir Gudang ke Melaka manakala graf $OMNP$ menunjukkan perjalanan bas $B$ dari Melaka ke Pasir Gudang.
a
Hitung tempoh masa, dalam minit bas $B$ itu berhenti.
1 marks
b
Hitung beza laju purata, dalam km j⁻¹, bagi kedua-dua bas tersebut.
3 marks
74 marks
a
Nyatakan satu jenis insurans am.
1 marks
b
Ridzuan menetap di Sandakan. Dia ingin membeli satu polisi insurans motor dan berikut ialah maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
> Jumlah yang ingin diinsuranskan: RM85 000
>
> Umur kenderaan: 5 tahun
>
> Kapasiti enjin: 2495 cc
>
> NCD: 45%
Hitung premium kasar bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian kenderaan tersebut jika premium asas polisi komprehensifnya ialah RM1971.70.
3 marks
84 marks
Pada suatu bulan tertentu, Qaisara menerima pendapatan aktif sebanyak RM1 200 dan pendapatan pasif sebanyak RM360. Perbelanjaan Qaisara pada bulan tersebut seperti Jadual 1.
| Perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Sewa bilik | 450 |
| Makan dan minuman | 500 |
| Tambang e-hailing | 250 |
| Bil Utiliti | 380 |
Jadual 1
a
Nyatakan satu pendapatan aktif yang mungkin bagi Qaisara.
1 marks
b
Hitung aliran tunai Qaisara dan tentukan jenis aliran tunai itu.
3 marks
95 marks
Rajah 5 menunjukkan graf fungsi $y = 2 \text{ kos } 2x$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
a(i)
Nyatakan nilai amplitud graf tersebut.
1 marks
a(ii)
Hitung nilai tempoh bagi fungsi tersebut.
1 marks
b
Rajah 6 menunjukkan sebatang kayu dengan panjang 12 m disandar pada dinding tegak. Jarak mengufuk dari dinding ke kayu ialah 7 m.
Hitung nilai sudut $\theta$.
3 marks
103 marks
Haris membeli 900 unit saham sebuah Syarikat Teknologi Kukuh pada harga RM3.50 seunit. Pada akhir tahun, Syarikat Teknologi Kukuh membayar dividen sebanyak 30 sen seunit kepada semua pemegang saham syarikatnya. Pada tahun berikutnya, Haris telah menjual semua saham yang dipegang apabila harga saham meningkat kepada RM4.00 seunit.
Berapakah nilai pulangan pelaburan bagi Haris?
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
a(i)
Diberi set $M = \{b, e, r, i\}$ dan set $P = \{b, e, r, a, n, i\}$. Isikan tempat kosong di ruang jawapan dengan simbol set yang betul bagi menerangkan hubungan set $M$ dan set $P$.
> $M$ ☐ $P$
*(Tulis simbol set yang betul.)*
1 marks
a(ii)
Rajah 7 di bawah menunjukkan satu gambar rajah Venn. Lorekkan kawasan yang mewakili set $(J \cup L) \cap K'$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan set atau bahagian set yang dilorek.)*
2 marks
b
Sekumpulan murid Tingkatan 4 yang terlibat dalam Program Kitar Semula di sebuah sekolah telah mengumpulkan surat khabar lama ($N$), botol plastik ($B$) dan tin ($T$). Seramai 72 orang murid mengumpulkan botol plastik, 36 orang murid mengumpulkan surat khabar lama, 31 orang murid mengumpulkan tin, 20 orang murid mengumpulkan surat khabar lama dan botol plastik, 8 orang murid mengumpulkan surat khabar lama dan tin, 18 orang murid mengumpulkan botol plastik dan tin dan 7 orang murid mengumpulkan ketiga-tiga bahan tersebut.
Lukiskan gambar rajah Venn yang mewakili ketiga-tiga set $N$, $B$ dan $T$. Seterusnya, hitung jumlah murid yang terlibat dalam program ini.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: bagaimana set $N$, $B$ dan $T$ bersilang dan bilangan murid dalam setiap rantau; kemudian hitung jumlah murid.)*
5 marks
129 marks
a
Isikan petak kosong dengan simbol '<' atau '>' bagi membentuk satu pernyataan matematik yang benar.
> $(-5)^2$ ☐ $(-6)^2$
*(Tulis simbol yang betul.)*
1 marks
Sumathi perlu membeli kain langsir untuk rumah baharunya. Beliau membeli $x$ meter kain langsir berwarna hijau dan $y$ meter kain langsir bercorak abstrak. Jumlah panjang kedua-dua jenis langsir ialah tidak melebihi 70 meter. Panjang kain langsir bercorak abstrak ialah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada panjang kain langsir berwarna hijau.
b(i)
Tulis **dua** ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili syarat-syarat pembelian kain langsir oleh Sumathi.
2 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 meter pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear yang dinyatakan di 12(b)(i).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
b(iii)
Daripada graf, tentukan nilai panjang maksimum dan minimum langsir bercorak abstrak sekiranya panjang langsir berwarna hijau ialah 30 meter.
2 marks
139 marks
Gaji tahunan Megat ialah RM61 520. Dia telah mendermakan sebanyak RM400 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan. Jadual 13 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh Megat.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | RM9 000 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM2 700 |
| KWSP (had RM7 000) | RM7 000 |
| Perbelanjaan rawatan ibu (had RM8 000) | RM1 150 |
Jadual 2
Setiap bulan gajinya dipotong sebanyak RM230 untuk potongan cukai bulanan (PCB). Dia juga membayar zakat sebanyak RM350.
a
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan satu pengecualian cukai dan rebat cukai bagi Megat.
2 marks
b
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Megat dengan menggunakan Jadual 3: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2024.
| Pendapatan bercukai | Pengiraan | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 6 | 900 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 500 |
| | 20 000 berikutnya | 11 | 2 200 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 3 700 |
| | 30 000 berikutnya | 19 | 6 700 |
Jadual 3
4 marks
c
Seterusnya, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Megat atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Terangkan jawapan anda serta nilai berangka untuk menjelaskan penjelasan anda.
3 marks
1410 marks
Rajah 8 menunjukkan markah yang diperoleh sekumpulan murid dalam ujian Matematik.
| Batang | Daun |
|---|---|
| 5 | 2 3 |
| 6 | 0 0 1 4 |
| 7 | 9 |
| 8 | 4 7 |
Rajah 8
a(i)
Tentukan julat bagi data daripada plot batang-dan-daun.
1 marks
a(ii)
Hitungkan sisihan piawai bagi data daripada plot batang-dan-daun.
3 marks
Jadual 4.1 menunjukkan markah ujian Matematik bagi sekumpulan murid di dalam kelas 5 Alpha.
| Markah | 40 – 49 | 50 – 59 | 60 – 69 | 70 – 79 | 80 – 89 | 90 – 99 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | 4 | 8 | 12 | 13 | 10 | 3 |
Jadual 4.1
b(i)
Berdasarkan Jadual 4.1, lengkapkan Jadual 4.2 di ruang jawapan.
| Markah | Bilangan murid | Kekerapan longgokan | Sempadan Atas |
|---|---|---|---|
| 30 – 39 | 0 | | |
| 40 – 49 | 4 | | |
| 50 – 59 | 8 | | |
| 60 – 69 | 12 | | |
| 70 – 79 | 13 | | |
| 80 – 89 | 10 | | |
| 90 – 99 | 3 | | |
Jadual 4.2
*(Tulis kekerapan longgokan dan sempadan atas bagi setiap kelas.)*
2 marks
b(ii)
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel. Menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang pelajar pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot (koordinat) dan bentuk lengkung.)*
4 marks
159 marks
a
Berdasarkan Rajah 9, tentukan sama ada bentuk yang diberikan merupakan teselasi atau bukan teselasi. Berikan justifikasi anda.
2 marks
Rajah 10 menunjukkan tiga pentagon tak sekata $ABCDE$, $FGHIJ$ dan $KLMNJ$, dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
Pentagon tak sekata $KLMNJ$ ialah imej bagi pentagon tak sekata $ABCDE$ di bawah gabungan penjelmaan $\mathbf{UV}$. Huraikan selengkapnya penjelmaan:
(a) $\mathbf{V}$
(b) $\mathbf{U}$
5 marks
b(ii)
Diberi bahawa $ABCDE$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 24 m². Hitung luas, dalam m², kawasan yang diwakili oleh kawasan yang berlorek.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Zikri seorang guru di SMK Impian. Pada hari minggu yang lepas, dia ke pejabat pos untuk menghantar dokumen penting. Selepas itu dia singgah ke kedai alat tulis untuk membeli keperluan peralatan kelab dan persatuan. Kemudian, dia ke pusat komuniti untuk mengikuti program Cakna Minda Matematik.
a(i)
Rajah 11 menunjukkan graf terarah dari rumah Zikri di titik $P$, dan perlu ke pejabat pos di titik $T$ untuk menghantar dokumen. Diberi tepi $QT$ ialah jalan besar dan tepi $PQ$, $PR$, $RS$ dan $ST$ ialah jalan dalam kawasan perumahan.
Berikan pengiraan laluan terpendek dalam kilometer yang boleh dipilih oleh Zikri untuk ke pejabat pos dengan berjalan kaki.
2 marks
a(ii)
Jika Zikri perlu mengambil dokumen di rumah rakannya dahulu di $S$ sebelum ke pejabat pos, hitung jarak perjalanan Zikri ke pejabat pos.
2 marks
b
Selepas selesai urusan di pejabat pos, Zikri singgah ke beberapa lokasi berdekatan untuk membeli makanan dan alat tulis. Lokasi-lokasi ini ditunjukkan dalam rajah satah Cartes dalam Rajah 12.
Skala: 1 unit = 1 km
Tentukan persamaan garis lurus yang menghubungkan sekolah dan restoran.
3 marks
c
**Kaedah matriks tidak dibenarkan untuk menjawab soalan ini.**
Selepas ke restoran, Zikri singgah ke kedai buku berdekatan untuk membeli fail dan buku nota untuk kegunaan persatuan sekolah. Zikri membeli sejumlah 84 barang yang terdiri daripada fail dan buku nota. Harga sebuah fail ialah RM3.00 dan harga sebuah buku nota ialah RM5.00. Zikri mendapat pulangan wang tunai sebanyak membayar RM80.00 setelah membuat bayaran dengan wang tunai RM400. Berapakah bilangan fail dan buku nota yang telah dibeli oleh Zikri?
4 marks
Selepas membeli fail dan buku nota, Zikri terus ke pusat komuniti untuk menghadiri program Cakna Minda Matematik. Dalam program itu, pelajar perlu membuat cabutan dari Kotak M dan Kotak N untuk menentukan aktiviti kumpulan. Arahan Kotak M dan Kotak N seperti ditunjukkan Rajah 13.
| Kotak M | Kotak N |
|---|---|
| Mengandungi dua keping kad bernombor 77 dan 81, mewakili bilik aktiviti yang ditetapkan | Mengandungi tiga keping kad berhuruf R, I, dan A, mewakili jenis aktiviti; 'R' untuk Rangkaian, 'I' untuk Inequality, dan 'A' untuk Algebra |
Rajah 13
Setiap pelajar perlu mencabut satu kad dari setiap kotak untuk menentukan lokasi dan aktiviti mereka. Berdasarkan semua kesudahan yang mungkin, cari kebarangkalian bahawa:
d(i)
Kad nombor yang mempunyai hasil tambah dua digit melebihi 10 dan aktiviti kumpulan yang dipilih ialah aktiviti yang dilabel dengan huruf konsonan.
2 marks
d(ii)
Kad nombor yang mempunyai hasil tambah dua digit kurang daripada 10 atau aktiviti kumpulan yang dipilih ialah aktiviti yang dilabel huruf vokal.
2 marks
1715 marks
Halim menyertai pertandingan dron di peringkat sekolah. Semua peserta perlu menerbangkan dron masing-masing bermula dari stesen $C$ berakhir di stesen $H$ dan melalui setiap stesen seperti Rajah 14. Peserta dengan masa terpantas dikira sebagai pemenang.
a(i)
Lukiskan graf berpemberat dan terarah yang melalui setiap bucu dengan jarak minimum pada ruang jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: urutan bucu yang dilalui dari $C$ hingga $H$, serta arah dan pemberat setiap tepi.)*
2 marks
a(ii)
Hitung jarak terdekat dari stesen $C$ ke stesen $H$.
2 marks
b
Diberi jarak mengufuk antara Stesen $G$ ke $T$ ialah 48 m. Stesen $H$ berada 30 m mencancang di atas $T$. Jika dron diterbangkan secara lurus dari titik $G$ ke $H$, cari persamaan garis lurus $GH$.
3 marks
c
Halim telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan dron itu dan mendapat hadiah wang tunai RM150 dan medal. Dengan menggunakan sebahagian hadiah wang tunai itu, Halim membeli enam ketul ayam goreng dan empat mangkuk cendol berjumlah RM61 untuk ahli keluarganya. Kemudian beliau membeli lagi tiga ketul ayam goreng dan satu mangkuk cendol berjumlah RM25 untuk rakannya bagi menghargai kerjasama mereka.
**Kaedah matriks tidak dibenarkan untuk menjawab soalan ini.**
Hitung harga seketul ayam goreng dan semangkuk cendol.
4 marks
Hadiah wang tunai yang diterima oleh Halim di dalam sampul surat dalam bentuk wang kertas RM50 sebanyak dua keping, RM20 sebanyak dua keping dan RM10 sebanyak sekeping. Semasa membuat pembayaran ayam goreng dan cendol, Halim mengeluarkan dua keping wang kertas itu satu persatu tanpa pengembalian.
d(i)
Senaraikan semua ruang sampel yang mungkin.
2 marks
d(ii)
Dengan menyenaraikan kesudahan yang mungkin, hitung kebarangkalian mendapat wang kertas yang sama nilai.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open