Pulau Pinang Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · Latih Tubi Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Pulau Pinang Trial 2026 Mathematics Kertas 2 · Latih Tubi Set 1
Pulau Pinang Trial Latih Tubi Set 1 · 2026
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
14 marks
Jumlah keuntungan sebuah gerai minuman, RM$p$, berkadar langsung dengan bilangan cawan minuman dijual, $q$, dan berkadar songsang dengan bilangan hari berniaga, $z$. Jika dalam satu hari berniaga gerai itu menjual 150 cawan dan mendapat keuntungan RM900
a
tulis persamaan bagi $p$ dalam sebutan $q$ dan $z$.
2 marks
b
cari bilangan cawan dijual jika keuntungan RM600 diperoleh apabila tiga hari berniaga.
2 marks
23 marks
a
Lengkapkan Jadual 1 pada ruang jawapan bagi fungsi $y = 24x^{-1}$ untuk $-4 \leq x \leq 4$.
| $x$ | −4 | −3 | −2 | −1 | 1 | 2 | 3 | 4 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −6 | | −12 | −24 | | 12 | 8 | 6 |
Jadual 1
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal dalam Jadual 1.)*
1 marks
b
Pada graf di ruang jawapan, lukis graf bagi fungsi $y = 24x^{-1}$.
*(Kertas graf di ruang jawapan sudah berpaksi: paksi-$x$ dari −4 hingga 4 (1 unit setiap petak besar) dan paksi-$y$ dari −25 hingga 25 (berlabel −20 hingga 20 setiap 5 unit; 5 unit setiap petak besar). Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
2 marks
35 marks
Gabungkan pernyataan p dan q berikut dengan menggunakan perkataan "dan" atau "atau" untuk membentuk satu pernyataan majmuk yang benar.
p : Bulatan ialah sebuah poligon.
q : Segi tiga ialah sebuah poligon.
1 marks
b
Nyatakan kontrapositif bagi implikasi berikut.
Jika $77 + 77 \neq 4 \times 7$, maka $666 + 666 \neq 6 \times 6$.
1 marks
c
Berdasarkan turutan nombor berikut, buat satu kesimpulan secara induktif.
$1^0 = 1$
$2^0 = 1$
$3^0 = 1$
$4^0 = 1$
…
2 marks
44 marks
a
Nyatakan satu risiko yang dilindungi oleh insurans hayat.
1 marks
b
Jadual 2 menunjukkan kadar premium tahunan bagi RM1 000 nilai muka insurans hayat yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Jaminan Sejahtera.
| Umur | Bukan perokok – Lelaki (RM) | Bukan perokok – Perempuan (RM) | Perokok – Lelaki (RM) | Perokok – Perempuan (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 27 | 2.11 | 1.18 | 2.72 | 1.40 |
| 28 | 2.12 | 1.19 | 2.73 | 1.42 |
| 29 | 2.14 | 1.21 | 2.75 | 1.44 |
| 30 | 2.16 | 1.23 | 2.79 | 1.46 |
Jadual 2
Dengan nilai muka sebanyak RM135 000, hitung premium bulanan bagi seorang lelaki yang berumur 28 tahun yang merokok.
3 marks
55 marks
a
Menggunakan hukum indeks, hitung nilai bagi $\dfrac{32^{-\frac{3}{5}} \times \sqrt{2^8}}{16^{\frac{1}{2}}}$.
2 marks
b
Diberi $3^x \times 9^{x - 3y} = 81$, ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
3 marks
65 marks
Encik Sanjivan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Pendapatan bercukainya pada tahun 2025 ialah RM34 300. Encik Sanjivan juga membuat potongan cukai bulanan (PCB) sebanyak RM80 daripada gajinya.
Jadual 3 menunjukkan Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2025.
| Pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 5 000 – 20 000 | 5 000 pertama; 15 000 berikutnya | 1 | 0; 150 |
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama; 15 000 berikutnya | 3 | 150; 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama; 15 000 berikutnya | 8 | 600; 1 200 |
Jadual 3
a
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Sanjivan bagi tahun tersebut.
3 marks
b
Berdasarkan jawapan anda di 6(a), tentukan sama ada Encik Sanjivan perlu menambah bayaran cukai pendapatannya. Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
74 marks
Rajah 1 menunjukkan graf laju-masa pergerakan sebuah teksi dalam masa 4 jam.
a
Tentukan tempoh masa, dalam jam dan minit, teksi itu bergerak dengan kelajuan seragam.
1 marks
b
Seterusnya, tentukan nilai $v$, jika jumlah jarak yang dilalui dalam tempoh 4 jam ialah 135.25 km.
3 marks
83 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan unit.
a
Berdasarkan bulatan unit tersebut, hitung nilai $\sin \theta$.
1 marks
b
Tentukan nilai $\sin 250^\circ 31'$ berdasarkan sudut rujukan sepadannya.
2 marks
94 marks
Rajah 3 menunjukkan garis lurus $PQ$ dan garis lurus $RS$. Diberi bahawa persamaan garis lurus $PQ$ ialah $y = \frac{1}{2}x + 2$. Garis lurus $PQ$ dan $RS$ adalah selari.
a
Nyatakan pintasan-$y$ bagi garis lurus $PQ$.
1 marks
b
Nyatakan persamaan garis lurus $RS$.
3 marks
103 marks
Rajah 4 menunjukkan dua set kad berlabel nombor dalam Kotak A dan Kotak B. Sekeping kad dipilih secara rawak daripada setiap kotak itu.
- Kotak A: kad berlabel 1, 2, 3, 5
- Kotak B: kad berlabel 2, 3, 9
Rajah 4
a
Lengkapkan ruang sampel dalam Jadual 4 di ruang jawapan.
| Kotak B \ Kotak A | 1 | 2 | 3 | 5 |
|---|---|---|---|---|
| 2 | (2, 1) | (2, 2) | (2, 3) | (2, 5) |
| 3 | (3, 1) | (3, 2) | | (3, 5) |
| 9 | (9, 1) | | (9, 3) | (9, 5) |
Jadual 4
*(Tulis kesudahan yang tertinggal dalam Jadual 4.)*
1 marks
b
Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin, hitung kebarangkalian bahawa kedua-dua kad menunjukkan nombor perdana.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah graf terarah.
a(i)
Senaraikan set tepi, $E$.
1 marks
a(ii)
Lengkapkan Jadual 5 di ruang jawapan.
| | | | |
|---|---|---|---|
| $d_{in}(J)$ | 1 | $d_{out}(J)$ | 3 |
| $d_{in}(K)$ | | $d_{out}(K)$ | 2 |
| $d_{in}(N)$ | 2 | $d_{out}(N)$ | |
Jadual 5
*(Tulis nilai yang tertinggal dalam Jadual 5.)*
1 marks
Pada hari pertama, sekumpulan pelajar melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Jadual 6(a) menunjukkan tempat-tempat yang dikunjungi, manakala Jadual 6(b) menunjukkan jarak antara tempat-tempat tersebut.
| Petunjuk | Tempat |
|---|---|
| N | Taman Negara Pulau Pinang |
| D | Taman Rama-rama Entopia |
| S | Taman Herba Tropikal |
| R | Empangan Teluk Bahang |
| A | Kota Cornwallis |
Jadual 6(a)
| Pasangan bucu | Jarak (km) |
|---|---|
| (N, D) | 4 |
| (D, S) | 3 |
| (S, R) | 5 |
| (R, A) | 18 |
| (N, S) | 6 |
| (D, R) | 4 |
| (A, N) | 20 |
Jadual 6(b)
b(i)
Berdasarkan Jadual 6(b), lengkapkan graf tidak terarah dan berpemberat pada Rajah 6 di ruang jawapan.
*(Rajah 6 di ruang jawapan hanya menunjukkan bucu N, D, S, R dan A. Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi yang anda lukis dan pemberatnya.)*
3 marks
b(ii)
Lukis satu pokok dengan laluan terpendek bermula dari Taman Negara Pulau Pinang dengan keadaan setiap tempat hanya dilalui sekali sahaja.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan tepi-tepi pokok mengikut urutan laluan dan pemberatnya.)*
2 marks
b(iii)
Seterusnya, hitung jumlah jarak laluan tersebut.
1 marks
1211 marks
a
Tentukan sama ada pendaraban matriks berikut boleh dilakukan atau tidak. Jika ya, nyatakan peringkat hasil darab pasangan matriks itu.
$\begin{bmatrix} 2 & -3 \\ 4 & 1 \end{bmatrix}\begin{bmatrix} 5 \\ -3 \end{bmatrix}$
1 marks
b
Cari nilai $x$ dan $y$.
$\begin{bmatrix} 3 & y \\ 4 & -2 \end{bmatrix}\begin{bmatrix} 5 & 4 \\ -2 & x \end{bmatrix} = \begin{bmatrix} x & 19 \\ 24 & 2y \end{bmatrix}$
4 marks
Jadual 7 menunjukkan mata terkumpul oleh dua pasukan, Alpha dan Gamma dalam satu pertandingan kuiz STEM.
| Pasukan | Pusingan 1 | Pusingan 2 | Mata terkumpul |
|---|---|---|---|
| Alpha | 12 | 7 | 138 |
| Gamma | 9 | 15 | |
Jadual 7
Setiap soalan yang dijawab pada Pusingan 1 akan diberikan $x$ mata dan setiap soalan yang dijawab pada Pusingan 2 akan diberikan $y$ mata. Pasukan Gamma memperoleh 24 mata lebih dari pasukan Alpha.
c(i)
Tuliskan dua persamaan linear.
2 marks
c(ii)
Menggunakan kaedah matriks, cari nilai $x$ dan nilai $y$.
4 marks
139 marks
Jadual 8 di ruang jawapan menunjukkan markah yang diperoleh 100 orang murid terbaik dalam Kuiz Matematik peringkat Negeri Pulau Pinang.
a
Lengkapkan Jadual 8 di ruang jawapan.
| Markah | Bilangan murid | Sempadan atas | Kekerapan longgokan |
|---|---|---|---|
| 11 – 20 | 0 | | |
| 21 – 30 | 13 | | |
| 31 – 40 | 25 | | |
| 41 – 50 | 25 | | |
| 51 – 60 | 19 | | |
| 61 – 70 | 10 | | |
| 71 – 80 | 5 | | |
| 81 – 90 | 3 | | |
Jadual 8
*(Tulis sempadan atas dan kekerapan longgokan bagi setiap baris.)*
3 marks
b
**Anda mesti menggunakan pensel 2B atau BB untuk soalan ini.**
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c
Dengan menggunakan ogif pada soalan 13(b), tentukan julat antara kuartil.
2 marks
147 marks
Gambar rajah Venn dalam Rajah 7(a) dan Rajah 7(b) di ruang jawapan menunjukkan set $A$, $B$ dan $C$.
Diberi set semesta $\xi = A \cup B \cup C$. Lorekkan di ruang jawapan rantau yang mewakili
a(i)
$B' \cap C$,
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
1 marks
a(ii)
$(B \cup C)' \cup A'$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
Set semesta, $\xi$ terdiri daripada 50 orang peserta sebuah kem.
Set $P$ = {peserta yang menyertai kuiz}
Set $Q$ = {peserta yang menyertai sukaneka} dan
Set $R$ = {peserta yang menyertai nyanyian}
Diberi $n(P) = 20$, $n(Q) = 25$ dan $n(R) = 22$. Seramai 5 orang menyertai ketiga-tiga aktiviti. Diberi juga $n(P \cap Q) = 10$, $n(Q \cap R) = 8$ dan $n(P \cap R) = 7$.
b(i)
Lengkapkan gambar rajah Venn pada Rajah 8 di ruang jawapan.
*(Tulis bilangan peserta dalam setiap rantau: $P$ sahaja, $Q$ sahaja, $R$ sahaja, setiap persilangan dua set sahaja, ketiga-tiga set, dan di luar ketiga-tiga set.)*
3 marks
b(ii)
Berapakah bilangan peserta yang tidak menyertai mana-mana pertandingan?
1 marks
1510 marks
a
Rajah 9 menunjukkan dua buah segi tiga, $PQU$ dan $PRU$, yang dicantumkan pada garis $PU$.
Tunjukkan bahawa segi tiga $PQU$ dan $PRU$ adalah kongruen. Kemudian, nyatakan sifat kekongruenan segi tiga itu.
2 marks
Rajah 10 menunjukkan tiga trapezium, ABCD, EFGH dan ELKJ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
EFGH ialah imej bagi ABCD di bawah transformasi $\mathbf{M}$. ELKJ ialah imej bagi EFGH di bawah transformasi $\mathbf{N}$. Huraikan selengkapnya transformasi tersebut.
$\mathbf{M}$ :
$\mathbf{N}$ :
6 marks
b(ii)
Diberi bahawa luas kawasan berlorek ialah 120 cm². Hitung luas, dalam cm², trapezium ABCD.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Lee Chong Wah ialah seorang pemain badminton.
a
Rajah 11 menunjukkan Lee Chong Wah sedang berlatih badminton. Dia memukul bulu tangkis dan menghasilkan suatu bentuk parabola.
Diberi fungsi bagi bentuk parabola itu ialah $h(t) = -2t(t - 4) + 10$ dengan keadaan $h$ ialah tinggi bulu tangkis dan $t$ ialah masa bulu tangkis bergerak.
Hitung masa yang diambil bulu tangkis untuk sampai ke lantai.
3 marks
Lee Chong Wah juga merupakan seorang akauntan, selain dia aktif sebagai pemain badminton. Pendapatannya sebagai seorang akauntan ialah RM6 000 dan elaun yang diterima sebagai pemain badminton ialah RM1 500.
Jadual 9 menunjukkan perbelanjaan Lee Chong Wah.
| Perkara | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Barang dapur | 1 200 |
| Ansuran kereta | 500 |
| Sewa rumah | 1 800 |
| Bil utiliti | 400 |
| Peralatan badminton | 600 |
| Simpanan | 1 000 |
| Insurans | 800 |
| Hiburan | 1 050 |
Jadual 9
b(i)
Hitung aliran tunai Lee Chong Wah.
2 marks
b(ii)
Dia bercadang untuk membeli raket badminton baru yang berharga RM900 dalam tempoh 3 bulan bagi meningkatkan prestasinya dalam permainan. Tentukan sama ada dia mampu membelinya, jika tidak berikan satu cadangan supaya dia mencapai matlamatnya.
2 marks
Lee Chong Wah menyertai suatu program kecergasan untuk meningkatkan stamina sebagai pemain badminton. Dalam satu sesi latihan, dia melakukan dua jenis aktiviti iaitu larian pecut dan latihan lompat cangkung.
Jadual 10 menunjukkan situasi bagi sesi latihannya.
| Situasi | Ketaksamaan |
|---|---|
| Jumlah keseluruhan set latihan tidak melebihi 12 set. | $x + y \leq 12$ |
| Bilangan set larian pecut ialah sekurang-kurangnya 3 set. | $x \geq 3$ |
| Bilangan minimum set latihan lompat cangkung ialah 2 set. | $y \geq 2$ |
Jadual 10
c(i)
Pada graf di ruang jawapan, lukis dan lorek rantau yang memenuhi sistem ketaksamaan linear itu.
*(Graf di ruang jawapan: paksi-$x$ dari 0 hingga 12 dan paksi-$y$ dari 0 hingga 14 (2 unit setiap petak besar), dan garis $x = 3$ sudah dilukis. Huraikan dalam perkataan: garis-garis yang anda lukis (persamaan, garis padu atau putus-putus) dan rantau yang anda lorek — garis mana yang membatasinya dan di sebelah mana.)*
3 marks
c(ii)
Jika dia melakukan 5 set latihan larian pecut, berapakah bilangan maksimum set latihan lompat cangkung yang boleh dilakukan?
1 marks
d
Lee Chong Wah ingin membeli peralatan badminton baharu iaitu raket dan sekotak bulu tangkis. Harga bagi sebuah raket ialah RM$4110_6$ dan harga bagi sekotak bulu tangkis ialah RM$234_5$.
Jika dia mempunyai RM1 000, adakah dia mampu membeli kedua-dua barang? Tunjukkan langkah pengiraan anda.
4 marks
1715 marks
Rajah 12 menunjukkan sebuah kotak yang boleh memuatkan lima biji donut yang dijual oleh Encik Siva. Kesemua donut yang dihasilkan mempunyai saiz yang sama.
a
Diberi lilitan luar sebiji donut ialah 30 cm. Hitung perimeter kotak itu.
[Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
3 marks
b
Pada awal tahun 2025, Encik Siva memperoleh sejumlah keuntungan daripada perniagaannya. Dia melabur hasil keuntungannya itu dalam dua jenis pelaburan, Spark dan Nova. Dia menjual kesemua unit saham itu pada awal tahun 2026 dan memperoleh masing-masing RM10 700 dan RM11 600 bagi pelaburan Spark dan pelaburan Nova. Jadual 11 menunjukkan maklumat bagi kedua-dua pelaburan itu.
| Pelaburan | Spark | Nova |
|---|---|---|
| Harga belian seunit | RM1.20 | RM1.30 |
| Bilangan unit saham yang dibeli | 8 000 | 8 000 |
| Dividen | 2 kali (RM150.00 setiap kali) | RM250 |
| Bonus | 3.5% per tahun | 3.8% per tahun |
Jadual 11
Pelaburan manakah yang memberikan nilai pulangan pelaburan yang lebih tinggi? Tunjukkan pengiraan anda.
4 marks
Rajah 13 menunjukkan pendapatan Encik Siva, dalam RM, sebagai pembekal donut dalam tempoh 10 hari.
| 35 | 87 | 47 | 75 | 57 |
|---|---|---|---|---|
| 52 | 93 | 99 | 83 | 84 |
Rajah 13
c(i)
Hitung min bagi pendapatan Encik Siva.
1 marks
c(ii)
Cari sisihan piawai bagi pendapatan Encik Siva.
3 marks
d
Encik Siva mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM3 500. Beliau ingin menyimpan RM500 sebulan sebagai simpanan tetap untuk membeli sebuah ketuhar pembakar berharga RM4 000 dalam masa 8 bulan. Rajah 14 menunjukkan perbelanjaan bulanannya.
- Ansuran kereta : RM600
- Sewa rumah : RM700
- Bil utiliti dan petrol : RM450
- Keperluan dapur : RM800
Rajah 14
Hitung aliran tunai bulanan Encik Siva. Adakah matlamat kewangan Encik Siva untuk membeli ketuhar pembakar tersebut memenuhi konsep **SMART**? Berikan salah satu ciri dalam konsep **SMART**.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open