Rajah 1 menunjukkan gerakan suatu zarah dari $O$ ke $R$ sejauh $D$ meter dalam tempoh $T$ saat.
a
Nyatakan garisan yang manakah pada graf menunjukkan zarah itu tidak bergerak.
1 marks
b
Huraikan gerakan zarah tersebut dari $O$ ke $R$.
2 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan satu graf tak terarah.
a
Senaraikan semua bucu dan tepi bagi graf tersebut.
2 marks
b
Kira bilangan tepi yang bersambung pada bucu $R$.
1 marks
c
Lengkapkan ruang jawapan bagi melukis satu pokok bagi Rajah 2.
*(Ruang jawapan menunjukkan bucu $P$, $Q$, $R$, $S$, $T$ dan $U$ pada kedudukan yang sama seperti Rajah 2, tanpa tepi. Huraikan pokok anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (dua bucu yang disambung).)*
1 marks
33 marks
Rajah 3 menunjukkan dua buah heksagon, $GHIJKL$ dan $GMNPQR$ dilukis di atas satah Cartes.
$GHIJKL$ ialah imej bagi $GMNPQR$ di bawah suatu pembesaran pada pusat $G$. Jika luas poligon $GMNPQR$ ialah 130 $\text{cm}^2$, hitungkan luas kawasan berlorek.
3 marks
44 marks
Aniq bekerja sebagai seorang eksekutif dan menerima gaji bersih sebanyak RM2 400 sebulan. Jadual 1 menunjukkan perbelanjaan bulanannya.
| Perkara | Amaun (RM) |
|---|---|
| Sewa rumah | 700 |
| Insurans | 150 |
| Makanan | 450 |
| Pengangkutan | 300 |
| Bil Utiliti | 230 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan satu perbelanjaan tetap Aniq.
1 marks
b
Hitung aliran tunai Aniq dan nyatakan jenis aliran tunai tersebut.
3 marks
54 marks
Puan Syuhada bercadang untuk pergi bercuti ke London dan Paris bersama keluarganya. Jadual 2.1 menunjukkan kadar premium insurans perjalanan bagi melancong ke negara-negara tersebut. Manakala Jadual 2.2 menunjukkan butiran ahli keluarga yang akan pergi melancong.
| Bilangan hari | Dewasa (RM) | Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) (RM) | Keluarga (RM) |
|---|---|---|---|
| 1 – 5 | 49 | 37 | 138 |
| 6 – 10 | 69 | 55 | 201 |
| 11 – 15 | 89 | 72 | 295 |
| 16 – 22 | 101 | 89 | 406 |
| Setiap tambahan minggu | 34 | 29 | 115 |
Jadual 2.1
**Tarikh melancong : 17 Julai 2025 hingga 13 Ogos 2025**
| Ahli keluarga Puan Syuhada | Umur (Tahun) |
|---|---|
| Suami | 45 |
| Puan Syuhada | 41 |
| Anak sulung | 17 |
| Anak kedua | 14 |
| Anak ketiga | 10 |
Jadual 2.2
Diberi bahawa pelan keluarga adalah bagi ibu, bapa dan dua orang anak yang berumur 15 tahun ke bawah. Pelan keluarga adalah terhad kepada empat orang sahaja.
a
Nyatakan bilangan hari Puan Syuhada akan pergi melancong.
1 marks
b
Hitung jumlah minimum premium insurans perjalanan yang perlu dibayar oleh Puan Syuhada dan keluarganya.
3 marks
64 marks
a
Lengkapkan Jadual 3 pada ruang jawapan bagi fungsi $y = -3x^2 - 2x + 23$.
| $x$ | −2.5 | −2 | −1 | 0 | 1 | 1.5 | 2 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 9.25 | | 22 | 23 | 18 | | 7 |
Jadual 3
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal dalam Jadual 3.)*
1 marks
b
Pada graf di ruang jawapan, lukis graf bagi fungsi $y = -3x^2 - 2x + 23$.
*(Graf di ruang jawapan: paksi-$x$ berlabel −3, −2, −1, 0, 1, 2 dan paksi-$y$ berlabel 5, 10, 15, 20, 25. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 marks
74 marks
Rajah 4 menunjukkan ramalan suhu, dalam °C, di Malaysia pada bulan April 2025.
a
Namakan jenis perwakilan data di atas.
1 marks
b
Cari min data tersebut.
2 marks
c
Jika setiap hari suhu bertambah sebanyak 1 °C, apakah yang berlaku pada julat suhu pada bulan tersebut?
1 marks
85 marks
a
Pada ruang jawapan, lengkapkan Jadual 4 bagi fungsi $y = \text{kos}\ 2x + 1$.
| $x$ | $0^\circ$ | $90^\circ$ | $180^\circ$ | $270^\circ$ | $360^\circ$ |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | | | | | |
Jadual 4
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap nilai $x$.)*
2 marks
b
Berdasarkan Jadual 4, lukis graf $y = \text{kos}\ 2x + 1$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Paksi di ruang jawapan: paksi-$x$ berlabel $0^\circ$, $90^\circ$, $180^\circ$, $270^\circ$, $360^\circ$; paksi-$y$ berlabel −2 dan 2. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
2 marks
c
Nyatakan nilai minimum bagi graf itu.
1 marks
95 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah poligon kekerapan tentang bilangan soalan yang telah dijawab dengan betul oleh sekumpulan peserta dalam suatu kuiz Sains.
a
Tentukan saiz selang kelas.
1 marks
b
Selepas semakan dibuat terhadap Rajah 5, didapati bahawa terdapat data seorang peserta yang tidak direkodkan pada poligon kekerapan tersebut. Peserta itu telah menjawab dengan betul sebanyak 28 soalan. Menggunakan skala 2 cm kepada 5 soalan pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 1 orang peserta pada paksi-$y$, lukis sebuah histogram bagi mewakili data baharu.
*(Kertas graf disediakan. Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, serta sempadan kelas dan tinggi (kekerapan) setiap palang.)*
4 marks
104 marks
Rajah 6 menunjukkan gabungan pepejal yang terdiri daripada separuh silinder dan sebuah prisma tegak. Diberi isipadu separuh silinder itu ialah 275 $\text{cm}^3$.
a(i)
Hitung nilai $t$, dalam cm.
2 marks
a(ii)
Hitung isi padu, dalam $\text{cm}^3$, gabungan pepejal tersebut.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Rajah 7.1 dan 7.2 menunjukkan set $P$, set $Q$ dan set $R$, dengan keadaan set semesta, $\xi = P \cup Q \cup R$. Wakilkan kawasan berlorek dengan menggunakan simbol-simbol operasi set.
a(i)
Rajah 7.1
2 marks
a(ii)
Rajah 7.2
2 marks
Rajah 7.3 menunjukkan gambar rajah Venn yang tidak lengkap mewakili 40 orang murid dalam sebuah kelas. Diberi bahawa set $S$ = {murid yang meminati mata pelajaran Sejarah}, set $G$ = {murid yang meminati mata pelajaran Geografi} dan set $M$ = {murid yang meminati mata pelajaran Matematik} dan $\xi = S \cup G \cup M$.
Diberi bahawa bilangan murid yang meminati mata pelajaran Geografi sahaja adalah sama dengan bilangan murid yang meminati mata pelajaran Matematik sahaja. Manakala bilangan murid yang meminati mata pelajaran Sejarah dan Matematik adalah dua kali ganda murid yang meminati mata pelajaran Geografi dan Matematik.
Nyatakan bilangan murid yang
b(i)
meminati ketiga-tiga mata pelajaran,
2 marks
b(ii)
meminati mata pelajaran Matematik.
2 marks
129 marks
Encik Syadiq dan keluarganya bercuti ke Melaka selama 3 hari 2 malam. Mereka menginap di sebuah hotel dengan kadar RM250 untuk satu malam. Hotel tersebut mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Sebelum pulang, Encik Syadiq singgah di sebuah pasar raya dan membeli barang-barang seperti di Jadual 5.
| Barangan | Kuantiti | Harga seunit (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|---|
| Baju berjenama import | 1 | 179.00 | 179.00 |
| Coklat dari Dubai | 1 | 32.90 | 32.90 |
| Baju sekolah | 1 | 25.90 | 25.90 |
| Susu formula bayi | 1 | 45.50 | 45.50 |
Jadual 5
a
Daripada barangan yang dibeli oleh Encik Syadiq di pasar raya tersebut, nyatakan satu barangan yang dikenakan cukai jualan.
1 marks
b
Hitung jumlah yang perlu dibayar oleh Encik Syadiq untuk penginapan di hotel tersebut.
3 marks
c
Jika harga baju berjenama import meningkat sebanyak 10%, hitung harga baharu baju tersebut.
2 marks
d
Encik Syadiq memperuntukkan RM900 untuk perbelanjaan penginapan dan pembelian barangan dalam Jadual 5. Hitung jumlah perbelanjaan tersebut dan tentukan sama ada wang yang diperuntukkan mencukupi atau tidak.
3 marks
139 marks
a
Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut.
> “$p$ ialah nombor perdana jika dan hanya jika $p$ boleh dibahagi tepat dengan 1 dan dirinya sendiri.”
2 marks
Tentukan nilai kebenaran bagi setiap pernyataan berikut. Sekiranya palsu, berikan satu contoh penyangkal untuk menyokong jawapan anda.
b(i)
Semua nombor perdana ialah nombor ganjil.
2 marks
b(ii)
4 dan 49 ialah kuasa dua sempurna.
1 marks
Diberi suatu pola nombor 6, 9, 14, 21, …
$6 = 1^2 + 5$
$9 = 2^2 + 5$
$14 = 3^2 + 5$
$21 = 4^2 + 5$
⋮
c(i)
Bina satu kesimpulan induktif yang kuat bagi pola nombor di atas.
2 marks
c(ii)
Tentukan sebutan mana dalam urutan nombor ialah 41. Tunjukkan pengiraan anda.
2 marks
1410 marks
Cikgu Adam ingin mengadakan kelas tuisyen bagi murid yang akan mengambil SPM pada tahun 2025. Selebih-lebihnya 20 orang murid akan didaftarkan untuk kelas tersebut. Beliau menetapkan bahawa bilangan murid lelaki yang boleh mendaftar kelas tersebut sekurang-kurangnya dua kali bilangan murid perempuan.
a
Menggunakan $x$ untuk mewakili bilangan murid lelaki dan $y$ untuk mewakili bilangan murid perempuan, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ bagi mewakili situasi yang diberi.
2 marks
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 murid pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 14(a).
*(Kertas graf disediakan. Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, setiap garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
Berdasarkan graf di 14(b),
c(i)
tentukan bilangan minimum dan bilangan maksimum murid lelaki apabila bilangan murid perempuan ialah 5 orang.
2 marks
c(ii)
tentukan sama ada syarat yang ditetapkan dipatuhi atau tidak jika 8 orang murid perempuan ingin menyertai kelas itu. Berikan justifikasi anda.
2 marks
159 marks
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = 4x^2 - 4x + 1$.
a(i)
Nyatakan persamaan paksi simetri.
1 marks
a(ii)
Tentukan koordinat titik minimum atau maksimum bagi fungsi kuadratik tersebut.
3 marks
b
Rajah 8 menunjukkan sebidang tanah berbentuk segi tiga bersudut tegak. Diberi luas tanah itu ialah 60 000 $\text{m}^2$.
Keseluruhan tanah itu akan dipagar dengan kos RM15.50 semeter. Hitung jumlah kos, dalam RM, pagar yang digunakan.
5 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Negeri Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Hari Pelancongan Sedunia dan Persidangan Pelancongan Sedunia. Pelbagai acara dirancang bagi menarik pelancong antarabangsa, di samping pelaksanaan strategi promosi berskala besar yang melibatkan kain rentang dan iklan media sosial.
Bilangan pelancong antarabangsa, $T$ yang melawat Melaka adalah berubah secara langsung dengan bilangan acara pelancongan, $E$ dan secara songsang dengan purata kos setiap acara, $C$. Pada tahun 2025, terdapat 64 acara pelancongan, dan purata kos setiap acara ialah RM50 000. Hasilnya, Melaka menerima sebanyak 320 000 pelancong antarabangsa.
a(i)
Tuliskan hubungan antara $T$, $E$ dan $C$.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bilangan pelancong antarabangsa jika bilangan acara ditingkatkan kepada 80 dan purata kos setiap acara dikurangkan kepada RM40 000.
2 marks
b
Bagi menyokong kempen pelancongan yang dirancang di 16(a), pihak berkuasa pelancongan ingin melaksanakan dua jenis pakej promosi seperti dalam Jadual 6.
| Pakej | Kain rentang | Iklan media sosial |
|---|---|---|
| A | 3 | 2 |
| B | 2 | 4 |
Jadual 6
Kerajaan negeri bercadang menghasilkan 77 kain rentang dan 86 iklan media sosial. Menggunakan kaedah matriks, tentukan bilangan setiap pakej yang dipilih.
4 marks
Rajah 9 menunjukkan plot batang-dan-daun bagi bilangan pelancong yang melawat Muzium Samudera Melaka selama 15 hari berturut-turut.
| Batang | Daun |
|---|---|
| 12 | 0 4 6 9 |
| 13 | 0 3 5 5 8 |
| 14 | 1 2 4 |
| 15 | 0 3 |
| 16 | 1 |
Kekunci : 16 \| 1 bermaksud 161 pelancong
Rajah 9
c(i)
Nyatakan bilangan hari yang mencatatkan lebih daripada 140 pelancong.
1 marks
c(ii)
Hitung purata bilangan pelancong harian sepanjang 15 hari.
2 marks
c(iii)
Jika purata pelancong kurang daripada 140, promosi akan dijalankan. Adakah promosi perlu dilakukan? Jelaskan.
2 marks
Kerajaan negeri Melaka menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM12 000 kepada pihak pengurusan pelancongan. Syarikat Pelancongan Ain menyimpan wang tersebut di sebuah bank selama 3 tahun sebelum digunakan untuk naik taraf. Bank tersebut memberikan kadar faedah 4% setahun dan dikompaun setiap suku tahun.
d(i)
Hitung jumlah wang terkumpul selepas 3 tahun.
2 marks
d(ii)
Jika bilangan pengkompaunan ditukar 6 kali setahun, nyatakan kesan kepada jumlah pulangan terkumpul?
1 marks
1715 marks
Pada 16 Mei yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahkota mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sebelum sambutan Hari Guru, 6 orang pengawas telah ditugaskan untuk menghias pentas. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan mereka adalah 1 jam 45 minit. Diberi masa, $t$, berubah secara songsang dengan bilangan tenaga kerja, $y$.
a(i)
Tuliskan hubungan antara $t$ dan $y$.
1 marks
a(ii)
Ungkapkan $t$ dalam sebutan $y$.
2 marks
b
Biro Pengawas Sekolah bercadang menghadiahkan cenderamata berbentuk jambangan coklat dan bunga kepada semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Jadual 7 menunjukkan bilangan set cenderamata bagi semua guru dan AKP bagi sekolah tersebut.
| Kakitangan sekolah | Jambangan bunga | Jambangan coklat |
|---|---|---|
| Guru | 70 | 45 |
| Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) | 10 | 5 |
Jadual 7
Kos penyediaan jambangan bunga dan coklat adalah RM10 dan RM15 masing-masing. Dengan menggunakan pendaraban matriks, hitung jumlah kos yang perlu ditanggung oleh Biro Pengawas Sekolah bagi menyediakan jambangan tersebut.
4 marks
Jambangan bunga yang hendak dihadiahkan kepada semua guru dan AKP terdiri daripada empat jenis warna iaitu merah, biru, kuning dan oren seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.
| Warna bunga | Merah | Biru | Kuning | Oren |
|---|---|---|---|---|
| Bilangan jambangan | 12 | 24 | 8 | 36 |
Jadual 8
c(i)
Hitung sudut sektor bagi setiap jenis warna tersebut.
2 marks
c(ii)
Seterusnya, lengkapkan carta pai pada rajah 10 di ruang jawapan untuk mewakili data tersebut dan berikan justifikasi kepada kesesuaian perwakilan data ini.
*(Rajah 10 di ruang jawapan: sebuah bulatan dengan sektor Merah $54^\circ$ sudah dilukis. Huraikan carta pai anda dalam perkataan: sudut dan label setiap sektor yang dilukis; kemudian tulis justifikasi anda.)*
3 marks
d
Biro Pengawas Sekolah telah membuat pinjaman dari koperasi sekolah sebanyak RM2 000 untuk menampung kos penyediaan cenderamata hari guru tersebut. Kadar faedah bagi pinjaman tersebut ialah 1.5% setahun ke atas baki. Tempoh bayaran balik adalah selama 2 tahun manakala ansuran bulanan adalah sebanyak RM90. Hitung jumlah faedah yang perlu dibayar oleh mereka dalam masa 2 bulan.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open