Diberi nisbah $\angle K : \angle L : \angle M = 1 : 3 : 5$.
Hitung $\angle K + \angle M$.
3 marks
24 marks
a
Nyatakan nilai digit yang bergaris bagi $\underline{4}061_7$.
2 marks
b
Tukarkan $435_{10}$ kepada suatu nombor dalam asas 5.
2 marks
34 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah tangki air berbentuk silinder.
Diberi diameter tangki air ialah 140 cm. Tangki itu diisi penuh dengan air.
(Guna $\pi = 3.142$)
a
Hitung isi padu, dalam cm³, air dalam tangki itu.
2 marks
b
Air daripada tangki itu diisi ke dalam botol yang sama saiz. Isipadu botol itu ialah 10 000 cm³. Hitung bilangan maksimum botol yang boleh diisi penuh dengan air.
2 marks
44 marks
Rajah 3 menunjukkan suatu graf fungsi kuadratik $f(x) = x^2 + 2x - 15$.
Berdasarkan graf, nyatakan
a
koordinat titik $m$,
2 marks
b
titik minimum graf itu.
2 marks
55 marks
Rajah 4 menunjukkan segi empat selari yang dilukis pada suatu satah Cartes yang mewakili kedudukan SMK Megah, SK Kantan, SMK Saga dan SK Kuin.
Cari,
a
persamaan garis lurus yang menghubungkan SK Kantan dan SK Kuin,
3 marks
b
pintasan-$x$ bagi garis lurus itu.
2 marks
64 marks
Sebuah beg mengandungi 5 kad berwarna merah dan 3 kad berwarna biru. Dua kad dipilih secara rawak satu demi satu tanpa pengembalian.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
1 marks
b
Cari kebarangkalian bahawa kedua-dua kad yang sama warna dipilih.
3 marks
74 marks
Jadual 1 menunjukkan dua pelan insurans hayat dengan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Jaya. Kadar premium tersebut adalah untuk lelaki yang sihat dan tidak merokok.
| Pelan / Umur | 35 tahun | 40 tahun | 45 tahun |
|---|---|---|---|
| Tempoh 5 tahun | RM4.24 | RM5.60 | RM6.96 |
| Boleh baharu tahunan | RM3.03 | RM3.75 | RM4.52 |
Jadual 1
a
Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi nilai kadar premium di atas.
1 marks
b
Kelvin berumur 45 tahun dan ingin membeli salah satu pelan insurans dengan nilai muka RM180 000.
Hitung beza premium antara pelan boleh baharu tahunan berbanding dengan pelan bertempoh 5 tahun.
3 marks
83 marks
Rajah 5 menunjukkan sebahagian poligon sekata $PQRS$ dengan $n$ sisi.
Hitung,
a
sudut peluaran poligon itu,
1 marks
b
bilangan sisi poligon itu.
2 marks
94 marks
Rajah 6.1 menunjukkan gambar rajah Venn yang mewakili bilangan murid yang menyertai tiga pertandingan semasa Hari Kokuria di sebuah sekolah. Diberi bahawa
- set semesta $\xi = P \cup Q \cup R$,
- set $P$ = {murid yang menyertai pertandingan STEM},
- set $Q$ = {murid yang menyertai pertandingan deklamasi sajak},
- set $R$ = {murid yang menyertai pertandingan nyanyian}.
Diberi bahawa $n(\xi) = 80$.
a
Hitung nilai $x$.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 6.2, wakilkan kawasan berlorek dengan menggunakan simbol '$\cap$' dan/atau simbol '$\cup$'.
2 marks
105 marks
a
Nyatakan sama ada pernyataan majmuk berikut benar atau palsu.
> $7 > 6$ dan $(-2)^2 = -4$
1 marks
b
Rajah 7.1 menunjukkan satu implikasi.
> $m$ boleh dibahagi tepat dengan 5 jika dan hanya jika $m$ ialah gandaan 5.
Tulis **dua** implikasi berdasarkan pernyataan berikut.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan suatu hujah deduktif yang separa lengkap.
> Premis 1: Semua segi empat mempunyai hasil tambah sudut pedalaman 360°.
>
> Premis 2: ……………………
>
> Kesimpulan: $PQRS$ mempunyai hasil tambah sudut pedalaman 360°.
Lengkapkan hujah ini dengan menulis Premis 2 yang sesuai. Seterusnya, tentukan sama ada hujah ini adalah sah dan munasabah atau tidak.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
a
Rajah 8 menunjukkan sebuah kereta yang dibeli oleh Rauf.
> Harga: RM167 900
> Kapasiti enjin: 1 993 cc
| Kapasiti enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM250.00 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | + RM0.60 setiap cc melebihi 1 800 cc |
Jadual 2.1
Jadual 2.1 menunjukkan kadar cukai jalan kereta milik persendirian. Hitung cukai jalan, dalam RM, bagi kereta itu.
3 marks
Puan Norizan mendapat gaji tahunan sebanyak RM84 480 pada tahun 2024. Dia telah menderma sebanyak RM500 kepada sebuah badan kebajikan yang diiktiraf oleh kerajaan dan membayar zakat sebanyak RM2 400. Jadual 2.2 menunjukkan pelepasan cukai yang hendak dituntut oleh Puan Norizan.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 4 970 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | 3 150 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | 2 000 |
| Tabung bersih SSPN (had RM8 000) | 1 500 |
Jadual 2.2
b(i)
Hitung pendapatan bercukai bagi Puan Norizan.
2 marks
b(ii)
Jadual 2.3 menunjukkan kadar cukai pendapatan individu untuk Tahun Taksiran 2024.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
Jadual 2.3
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Puan Norizan.
3 marks
b(iii)
Gaji Puan Norizan dipotong sebanyak RM230 untuk potongan cukai bulanan (PCB).
Adakah dia perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Berikan justifikasi anda.
2 marks
128 marks
Rajah 9.1 di ruang jawapan menunjukkan titik $M$ dan segi tiga $PQR$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
a(i)
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah pantulan pada garis $y = 2$.
Transformasi $\mathbf{U}$ ialah putaran 90° ikut arah jam pada asalan.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $M$ di bawah transformasi $\mathbf{T}$.
1 marks
a(ii)
Di ruang jawapan, lukis imej bagi segi tiga $PQR$ di bawah transformasi $\mathbf{U}$. *(Huraikan imej anda dalam perkataan: koordinat setiap bucu imej $P'$, $Q'$ dan $R'$.)*
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan tiga buah segi tiga, $J$, $K$ dan $L$, dilukis pada satah Cartes.
b(i)
Segi tiga $L$ ialah imej bagi segi tiga $J$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{VW}$. Huraikan selengkapnya transformasi:
$\mathbf{W}$,
2 marks
b(ii)
$\mathbf{V}$
3 marks
139 marks
Puan Nita mendapat tempahan $x$ bungkus nasi ayam dan $y$ bungkus nasi tomato untuk jamuan di sekolah anaknya. Syarat-syarat tempahan adalah seperti berikut:
- I: Jumlah nasi ayam dan nasi tomato yang ditempah selebih-lebihnya 120 bungkus.
- II: Bilangan minimum nasi ayam yang ditempah ialah 50 bungkus.
- III: Bilangan nasi tomato yang ditempah tidak kurang daripada 20 bungkus.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua syarat di atas.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 27.
Menggunakan skala 2 cm kepada 20 unit pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 13(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
c
Puan Nita mendapat tempahan 70 bungkus nasi ayam dan 56 bungkus nasi tomato. Adakah tempahan tersebut memenuhi sistem ketaksamaan linear yang dibina di 13(b)? Berikan justifikasi anda.
2 marks
148 marks
Jadual 3.1 menunjukkan pelan kewangan Puan Zainab.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | Amaun (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|
| **Pendapatan bersih** | | |
| Pendapatan aktif | 4 000 | |
| Pendapatan pasif | 200 | |
| Jumlah pendapatan bulanan | 4 200 | |
| Tolak simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan) | 420 | |
| Tolak simpanan untuk dana kecemasan | 100 | |
| Baki pendapatan | | 3 680 |
| **Tolak perbelanjaan tetap bulanan** | | |
| Ansuran kereta | 760 | |
| Premium insurans | 280 | |
| Jumlah perbelanjaan tetap bulanan | | 1 040 |
| **Tolak perbelanjaan tidak tetap bulanan** | | |
| Makanan dan minuman | 750 | |
| Bil utiliti | 460 | |
| Gaya hidup | 750 | |
| Pemberian kepada ibu bapa | 500 | |
| Jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan | | 2 460 |
| Pendapatan lebihan / Kurangan | | |
Jadual 3.1
a
Tentukan aliran tunai Puan Zainab.
2 marks
b
Puan Zainab ingin membeli sebuah telefon bimbit baharu yang berharga RM1 020 dalam tempoh 6 bulan. Menggunakan pendekatan SMART, lengkapkan Jadual 3.2 di ruang jawapan. Seterusnya, tentukan matlamat kewangannya boleh dicapai atau tidak?
| SMART | Jawapan |
|---|---|
| Khusus | |
| Boleh diukur | |
| Boleh dicapai | |
| Bersifat realistik | |
| Tempoh masa | |
Jadual 3.2
*(Tulis jawapan anda bagi setiap aspek: Khusus, Boleh diukur, Boleh dicapai, Bersifat realistik, Tempoh masa; kemudian keputusan anda.)*
6 marks
1510 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan suatu graf terarah.
Nyatakan $n(V)$, $n(E)$ dan $d_{out}(N)$. Seterusnya, hitung $\Sigma d(v)$.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan graf tidak terarah dan berpemberat yang menghubungkan empat buah bandar $R$, $S$, $T$ dan $U$.
b(i)
Lukis satu pokok berdasarkan graf itu. *(Huraikan pokok anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi yang dipilih beserta pemberatnya.)*
2 marks
b(ii)
Alex dan Johan memandu kereta masing-masing dari bandar $U$ ke bandar $S$. Alex menggunakan laluan terpendek, manakala Johan menggunakan laluan terpanjang ke bandar itu. Hitung beza jarak, dalam km, perjalanan mereka.
4 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Persatuan Sejarah SMK Gading bercadang mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur. Cikgu Shahril dan Cikgu Tan ditugaskan untuk menyediakan pengangkutan bagi tujuan tersebut. Mereka bercadang untuk menyewa dua buah bas. Bas pertama akan dinaiki oleh Cikgu Shahril bersama-sama 36 orang murid dan 3 orang guru, manakala bas kedua akan dinaiki oleh Cikgu Tan bersama-sama 34 orang murid dan seorang kaunselor sekolah. Jumlah tambang bagi bas pertama dan kedua masing-masing ialah RM2 150 dan RM1 875.
Menggunakan kaedah **penggantian** atau **penghapusan**, hitung tambang, dalam RM, bagi seorang guru dan seorang murid.
4 marks
b
Cikgu Mala ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi untuk semua guru dan murid. Beliau menempah burger dan nasi goreng dari sebuah restoran. Harga sebiji burger ialah RM3 manakala harga sebungkus nasi goreng ialah 2 kali ganda harga sebiji burger. Pihak restoran memberi diskaun sebanyak 10% untuk harga makanan tersebut.
Ungkapkan jumlah yang perlu dibayar oleh Cikgu Mala sekiranya beliau membeli $x$ biji burger dan $y$ bungkus nasi goreng.
2 marks
Rajah 11 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan salah sebuah bas yang dinaiki oleh mereka untuk ke Kuala Lumpur.
c(i)
Hitung,
laju bas itu, dalam kmj$^{-1}$, pada 18 minit pertama,
2 marks
c(ii)
nilai $T$, dalam jam, jika laju purata bas itu ialah 55 kmj$^{-1}$.
2 marks
Jadual 4 menunjukkan beberapa pilihan laluan yang boleh dilalui oleh mereka untuk ke beberapa lokasi semasa di Kuala Lumpur.
| Laluan | Jarak (km) |
|---|---|
| Zoo Negara (Z) – Muzium Negara (M) | 12 |
| Muzium Negara (M) – KLCC (K) | 5 |
| KLCC (K) – Sogo (S) | 3 |
| Muzium Negara (M) – Sogo (S) | 6 |
| Sogo (S) – Perpustakaan Negara (P) | 18 |
| Zoo Negara (Z) – Masjid Negara (N) | 16 |
| Masjid Negara (N) – Perpustakaan Negara (P) | 21 |
Jadual 4
d(i)
Berdasarkan Jadual 4, lukiskan satu graf terarah dan berpemberat di ruang jawapan bagi mewakili maklumat diberi. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap tepi — dari bucu mana ke bucu mana (arah) dan pemberatnya.)*
2 marks
d(ii)
Kedua-dua bas akan bertolak dari Zoo Negara ke Perpustakaan Negara. Bas pertama melalui laluan terpendek manakala bas kedua melalui KLCC terlebih dahulu. Kelajuan bas pertama dan bas kedua masing-masing ialah 70 kmj$^{-1}$ dan 80 kmj$^{-1}$.
Berdasarkan graf yang dilukis di 16(d)(i), tentukan bas manakah yang akan tiba terlebih dahulu di Perpustakaan Negara.
3 marks
1715 marks
Syarikat QT Travel menawarkan pakej percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Pangkor. Harga pakej tersebut ialah RM$x$ untuk dewasa dan RM$y$ untuk kanak-kanak.
a
Husin dan Ismail menyertai pakej percutian tersebut bersama keluarga masing-masing. Keluarga Husin terdiri daripada 8 orang dengan $\frac{1}{2}$ daripada mereka adalah kanak-kanak. Manakala keluarga Ismail terdiri daripada 10 orang dengan 60% daripada mereka adalah kanak-kanak. Jumlah harga pakej percutian untuk kedua-dua keluarga ialah sebanyak RM7 600.
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$ bagi menunjukkan kos untuk seorang kanak-kanak.
2 marks
Husin dan keluarganya perlu berkumpul di Jeti Marina Island sebelum bergerak ke Pulau Pangkor. Jarak rumah Husin ke Jeti Marina Island ialah 150 km. Mereka bertolak dari rumah pada jam 7:00 pagi dengan menaiki van. Setelah memandu selama 65 minit, mereka berhenti di R&R yang terletak 90 km dari rumahnya. Selepas 30 minit, mereka meneruskan perjalanan dengan laju purata 90 kmj$^{-1}$.
b(i)
Lengkapkan graf jarak-masa di ruang jawapan bagi perjalanan keluarga Husin.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: masa yang anda labelkan pada paksi-x dan titik-titik yang disambungkan oleh garis.)*
2 marks
b(ii)
Berdasarkan graf di 17(b)(i), hitung laju purata, dalam kmj$^{-1}$, keseluruhan perjalanan. Seterusnya, huraikan gerakan van itu.
3 marks
Pada hari kedua, mereka dibawa mengunjungi tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Jadual 5.1 menunjukkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh mereka, manakala Jadual 5.2 menunjukkan jarak di antara tempat tersebut.
| Petunjuk | |
|---|---|
| B | Pantai Teluk Belanga |
| H | Hotel |
| K | Pantai Teluk Ketapang |
| M | Masjid Terapung Pangkor |
| N | Pantai Teluk Nipah |
| P | Kampung Sungai Pinang Kecil |
| S | Kilang Sate Ikan |
Jadual 5.1
| Pasangan Bucu | Jarak (km) |
|---|---|
| (H, P) | 2 |
| (H, M) | 3 |
| (P, S) | 3 |
| (M, K) | 7 |
| (B, S) | 6 |
| (B, N) | 4 |
| (K, N) | 2 |
| (M, P) | 5 |
| (H, K) | 3 |
| (H, N) | 6 |
| (M, S) | 10 |
| (B, P) | 7 |
Jadual 5.2
c(i)
Berdasarkan Jadual 5.2, lengkapkan graf tidak terarah dan berpemberat di ruang jawapan di halaman 42. *(Ruang jawapan hanya menunjukkan bucu B, S, N, P, K, H dan M. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap tepi (pasangan bucu yang disambungkan) dan pemberatnya.)*
2 marks
c(ii)
Lukis satu pokok dengan laluan terpendek bermula dari Masjid Terapung Pangkor ke Hotel jika setiap tempat dilalui sekali sahaja. Seterusnya, hitung jumlah jarak laluan tersebut. *(Huraikan pokok anda dalam perkataan: urutan bucu dan pemberat setiap tepi.)*
2 marks
d
Seterusnya, semua peserta dibawa ke sebuah pasaraya. Isteri Husin dan isteri Ismail membeli coklat dan minyak wangi daripada jenama yang sama. Isteri Husin membeli 12 bungkus coklat dan 4 botol minyak wangi. Manakala isteri Ismail membeli kurang 3 bungkus coklat dan lebih 1 botol minyak wangi daripada isteri Husin. Kedua-dua mereka membayar jumlah yang sama iaitu RM288.
Dengan menggunakan kaedah **penggantian** atau **penghapusan**, hitung harga, dalam RM, untuk sebungkus coklat dan sebotol minyak wangi.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open