Johor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Kluang Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Johor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Kluang Set 1
Percubaan Johor Kluang Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
17 markah
Ammar, Aysar dan Amna membeli buku rujukan bagi tiga mata pelajaran di sebuah kedai buku. Jadual 1 menunjukkan bilangan buku yang dibeli oleh mereka bagi setiap subjek.
| Murid | Ekonomi | Sains | Matematik |
|---|---|---|---|
| Ammar | 4 | 1 | 3 |
| Aysar | 3 | 2 | 1 |
| Amna | 2 | 3 | 2 |
Jadual 1
Jika jumlah bayaran yang telah dibuat oleh Ammar, Aysar dan Amna masing-masing ialah RM 144.10, RM 111.20 dan RM133.80, bentukkan tiga persamaan linear. Seterusnya, cari harga bagi sebuah buku Ekonomi, RM $x$, Sains, RM $y$ dan Matematik, RM $z$.
7 markah
26 markah
Diberi fungsi kuadratik $g(x) = 5x^2 - 5x - 3$.
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, nyatakan persamaan paksi simetri bagi graf fungsi itu.
3 markah
b
Lakarkan graf $g(x) = 5x^2 - 5x - 3$ untuk $-1 \leq x \leq 3$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik minimum, titik-titik hujung dan titik-titik persilangan dengan paksi yang dilabel.)*
3 markah
38 markah
Rajah 3 menunjukkan segitiga $OAB$.
Diberi $\overrightarrow{OA} = 6\underset{\sim}{a}$ dan $\overrightarrow{OB} = 6\underset{\sim}{b}$. $P$ ialah titik pada $OA$ dengan $\overrightarrow{OP} : \overrightarrow{PA} = 1 : 2$, dan $Q$ ialah satu titik pada $\overrightarrow{OB}$ dengan keadaan $\overrightarrow{OQ} : \overrightarrow{QB} = 2 : 1$.
a
Nyatakan vektor $\overrightarrow{OP}$, $\overrightarrow{OQ}$ dan $\overrightarrow{PQ}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan/atau $\underset{\sim}{b}$.
3 markah
$M$ ialah titik tengah $\overrightarrow{PQ}$.
b(i)
Cari $\overrightarrow{OM}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari $\overrightarrow{AM}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
1 markah
c
Diberi satu titik $C$ dengan $\overrightarrow{OC} = -4\underset{\sim}{a} + 4\underset{\sim}{b}$, tunjukkan bahawa $A$, $M$ dan $C$ adalah segaris.
2 markah
46 markah
Kavin menyertai suatu bengkel membina model geometri. Dia diberi seutas dawai untuk membuat sebuah kerangka kotak berbentuk kuboid. Isipadu kotak itu ialah $648\text{ cm}^3$ dan panjang tapak kotak adalah dua kali lebar tapaknya.
a
Dengan mengambil lebar tapak kotak sebagai $x$ cm, tunjukkan bahawa panjang dawai yang digunakan ialah $P = 12x + \frac{1296}{x^2}$.
2 markah
b(i)
Cari nilai $x$, dalam cm, yang menjadikan nilai $P$ paling pendek.
2 markah
b(ii)
Tunjukkan bahawa nilai $x$ di (b)(i) akan menghasilkan nilai $P$ yang minimum.
Lakarkan graf $y = -2\tan x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, titik persilangan dengan paksi-$x$ dan kedudukan asimptot.)*
3 markah
b(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{-2\sin 2x}{\text{kos } 2x + 1} = -2$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Nyatakan persamaan garis lurus yang anda lukis.)*
2 markah
69 markah
Rajah 6 menunjukkan gabungan bentuk geometri yang mewakili sebahagian daripada pelan Taman Seri Maju.
Sektor $ADG$ mewakili sebuah kolam hiasan dan kawasan berlorek di sebelah kiri mewakili laluan pejalan kaki. Sektor major $DEF$ di tengah ialah kawasan taman bunga. Titik $D$ merupakan pusat bagi sektor tersebut. Diberi bahawa $AB = 6$m , $AD = 15$m , $\angle ADG = 120^\circ$ dan $DB : DC = 3 : 2$. Kedalaman kolam adalah sekata dan isipadu maksimum air yang boleh diisi ialah 1800 m³. Kos penyelenggaraan air ialah RM 1200 bagi setiap meter kedalaman air. Kos menanam pokok bunga ialah RM 8 semeter persegi manakala kos mengecat kawasan laluan pejalan kaki ialah RM 30 semeter persegi.
Cari kedalaman kolam, kemudian cari kos keseluruhan untuk menyelenggara air kolam, menanam pokok bunga dan mengecat laluan pejalan kaki. Sekiranya Taman Seri Maju memperolehi keuntungan sebanyak 20% daripada kos penyelenggaraan yang dikira, hitung jumlah hasil jualan tiket yang diperoleh oleh mereka.
9 markah
76 markah
Hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi suatu janjang diberi $S_n = 2n^2 + 2n$.
a
Cari sebutan pertama dan beza sepunya.
3 markah
b
Tunjukkan bahawa hasil tambah sebutan ke-5 hingga sebutan ke-8 dapat diungkapkan dalam bentuk $2^a \times p$, dengan $p$ ialah nombor perdana. Seterusnya, tentukan nilai $a$ dan $p$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8 menunjukkan lengkung $y = x^2 + 1$. Tangen kepada lengkung itu pada titik $P(2, 5)$ bersilang dengan paksi$-y$ pada titik $Q$.
Cari
a
persamaan garis normal pada titik $P$.
3 markah
b
luas rantau berlorek.
4 markah
c
isipadu janaan dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung itu, paksi$-y$ dan garis lurus $y = 5$, dikisarkan melalui $180^\circ$ pada paksi$-y$.
3 markah
910 markah
Pada suatu hari tertentu, sebuah kilang mendapati bahawa 10% daripada mentol yang dihasilkan adalah rosak.
a(i)
Jika seorang pekerja memilih $n$ biji mentol secara rawak, min bilangan mentol yang rosak ialah 20. Cari nilai $n$.
2 markah
a(ii)
Cari bilangan minimum mentol jika kebarangkalian memperoleh sekurang-kurangnya sebiji mentol yang rosak adalah lebih besar daripada 0.7.
3 markah
Sebuah kilang menghasilkan pelitup muka. Didapati bahawa jangka hayat bagi tali pelitup muka itu adalah mengikut taburan normal dengan min 180 hari dan sisihan piawai 15 hari.
b(i)
Cari kebarangkalian bahawa seutas tali pelitup muka yang dipilih secara rawak mempunyai jangka hayat antara 165 hari hingga 195 hari.
3 markah
b(ii)
Didapati bahawa 6.66 % daripada pelitup muka itu mempunyai jangka hayat kurang daripada $k$ hari. Cari nilai $k$.
2 markah
1010 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 10 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$ dengan keadaan $AB$ selari dengan $CD$ dan titik $A$ berada pada paksi-$x$. Diberi bahawa garis $CB$ selari dengan paksi-$x$ dan persamaan garis lurus $CD$ ialah $2x + y + 8 = 0$.
Cari
a
persamaan garis lurus $AD$,
3 markah
b
koordinat titik $C$ dan $D$,
4 markah
c
nilai $k$ jika luas trapezium $ABCD$ ialah 100 unit²,
3 markah
1110 markah
Sekumpulan pelajar membuat satu ujikaji untuk membuktikan dua kuantiti $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = ab^x$ dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
Jadual 11 menunjukkan nilai-nilai bagi enam pasangan kuantiti $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada ujikaji tersebut.
| $x$ | 1.0 | 1.5 | 2.0 | 2.5 | 3.0 | 3.5 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 7.54 | 12.30 | 24.78 | 40.85 | 70.81 | 115.58 |
Jadual 11
a
Berdasarkan Jadual 11, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\ln y$.
*(Tulis nilai $\ln y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\ln y$ melawan $x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.5 unit pada kedua-dua paksi. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
3 markah
Gunakan graf di 11 (b) untuk mencari nilai
c(i)
$a$,
3 markah
c(ii)
$b$,
2 markah
c(iii)
nilai $y$ apabila $x = 0.6$.
1 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12($a$) menunjukkan sebuah segi tiga $KLM$ dengan keadaan $LM = 8$ cm, $LN = 6$ cm dan $\angle KML = 31^\circ$. Titik $N$ berada pada $KM$ dengan keadaan $LN = LK$.
a(i)
Hitung
$\angle LKN$,
2 markah
a(ii)
Panjang KN.
3 markah
Rajah 12($b$) menunjukkan sebuah kuboid. $M$ ialah titik tengah $FG$.
b(i)
Hitung
luas $\Delta CME$ tanpa menggunakan sebarang sudut,
3 markah
b(ii)
$\angle CME$ .
2 markah
1310 markah
Jadual 13 menunjukkan harga dan indeks harga bagi tiga jenis bahan mentah, $P$, $Q$ dan $R$, yang digunakan dalam penghasilan sejenis minuman buah-buahan.
| Bahan | Harga (RM) per kg: 2018 | Harga (RM) per kg: 2016 | Indeks harga pada tahun 2018 berasaskan tahun 2016 | Pemberat |
|---|---|---|---|---|
| $P$ | 8.00 | 9.60 | 120 | 4 |
| $Q$ | $x$ | 6.30 | $y$ | 3 |
| $R$ | 2.50 | 3.25 | 130 | 2 |
Jadual 13
Harga bahan $Q$ meningkat sebanyak 50% dari tahun 2016 hingga 2018.
a(i)
Nyatakan nilai $y$.
1 markah
a(ii)
Cari nilai $x$.
2 markah
b
Hitung dan tafsirkan indeks gubahan bagi kos menghasilkan minuman buah-buahan pada tahun 2018 berasaskan tahun 2016.
2 markah
Diberi bahawa indeks gubahan bagi kos menghasilkan minuman buah-buahan meningkat sebanyak 56.75% dari tahun 2014 ke tahun 2018.
c(i)
Hitung indeks gubahan bagi kos menghasilkan minuman buah-buahan pada tahun 2016 berasaskan tahun 2014.
2 markah
c(ii)
Kos menghasilkan sebotol minuman buah-buahan ialah RM1.50 pada tahun 2014 . Cari bilangan maksimum botol minuman yang boleh dihasilkan menggunakan peruntukan sebanyak RM 395 pada tahun 2018.
3 markah
1410 markah
Sebuah kilang menghasilkan dua jenis beg sekolah, $P$ dan $Q$. Jadual 14 menunjukkan maklumat berkaitan beg sekolah yang dihasilkan.
| Jenis beg | Bilangan beg (unit) | Kos seunit (RM) |
|---|---|---|
| $P$ | $x$ | 15.00 |
| $Q$ | $y$ | 25.00 |
Jadual 14
Beg sekolah yang dihasilkan oleh kilang itu memenuhi kekangan yang berikut:
I Jumlah bilangan beg $P$ dan $Q$ yang dihasilkan adalah kurang daripada $m$ unit.
II Bilangan beg $P$ yang dihasilkan adalah lebih daripada $n$ unit.
III Bilangan beg $Q$ yang dihasilkan adalah sekurang-kurangnya $\frac{1}{3}$ kali bilangan beg $P$.
Graf untuk Soalan 14 (halaman 30):
a
Kekangan I dan kekangan II ditunjukkan pada graf pada halaman 30. Rantau berlorek mewakili titik-titik yang memenuhi kedua-dua kekangan itu. Nyatakan nilai $m$ dan $n$.
2 markah
b
Tuliskan satu ketaksamaan bagi kekangan III, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$. Seterusnya, pada halaman 30, bina dan lorek Rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan itu.
*(Huraikan dalam perkataan garis yang anda lukis — persamaan, jenis garis (padu/putus-putus) dan titik yang dilaluinya — serta rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Nyatakan julat bilangan beg $P$ yang dapat dihasilkan jika bilangan beg $Q$ yang dihasilkan kilang ialah 30.
1 markah
c(ii)
Diberi bahawa jumlah kos menghasilkan beg $P$ dan $Q$ ialah RM $k$.
Tulis fungsi objektif dalam sebutan $x$ dan $y$. Seterusnya lukis garis fungsi objektif dan tentukan kos maksimum.
*(Huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis dalam perkataan, cth. titik-titik yang dilaluinya.)*
4 markah
1510 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ ms⁻¹, diberi oleh $v = ht^2 - 5t - 3$, dengan keadaan $h$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui titik $O$. Pecutan zarah itu ialah 3 ms⁻² selepas 2 saat melepasi titik $O$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
Cari nilai $h$.
2 markah
b
Cari julat masa, dalam saat, apabila halaju zarah menyusut.
2 markah
c
Cari masa, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika.
2 markah
d
Hitung jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 5 saat pertama.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini