Sebuah bakeri membuat tiga jenis roti dengan kos pembuatan setiap bulan ialah RM6 850 untuk 2 150 buku roti. Kos untuk membuat sebuku roti mentega ialah RM2, sebuku roti coklat ialah RM3 dan sebuku roti kelapa ialah RM4. Harga jualan bagi sebuku roti mentega, sebuku roti coklat dan sebuku roti kelapa masing-masing ialah RM3, RM4.50 dan RM5.50. Jika keuntungan yang diperoleh setiap bulan ialah RM2 975, berapakah bilangan setiap jenis roti yang dibuat?
Johor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Pasir Gudang Set A
- Percubaan Johor Pasir Gudang Set A · 2026
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - 6x + 5$.
a
2 markah
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk $f(x) = a(x + h)^2 + k$, dengan keadaan $a$, $h$ dan $k$ ialah pemalar.
Seterusnya,
b(i)
1 markah
nyatakan koordinat titik minimum,
b(ii)
1 markah
tentukan persamaan paksi simetri.
b(iii)
2 markah
lakarkan graf $y = f(x)$ bagi domain $0 \leq x \leq 6$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik yang ditanda dan hujung-hujung graf dalam domain itu.)*
Rajah 3 menunjukkan sebuah trapezium $KLMN$.
Diberi $\vec{KL} = 4\underline{x}$, $\vec{KN} = 12\underline{y}$, $\vec{KD} = \frac{3}{4}\vec{KN}$ dan $\vec{LM} = \frac{2}{3}\vec{KN}$. Titik $C$ terletak di dalam trapezium $KLMN$ dengan keadaan $\vec{DC} = \lambda\vec{KL}$ dan $\lambda$ ialah satu pemalar.
a(i)
2 markah
Ungkapkan $\vec{KM}$ dalam sebutan $\underline{x}$ dan $\underline{y}$.
a(ii)
1 markah
Ungkapkan $\vec{KC}$ dalam sebutan $\lambda$, $\underline{x}$ dan $\underline{y}$.
b(i)
4 markah
Cari nilai $\lambda$ jika titik-titik $K$, $C$ dan $M$ adalah segaris.
b(ii)
1 markah
Seterusnya, nyatakan nisbah $KC : KM$
Rajah 4 menunjukkan sebuah bekas berbentuk silinder tertutup yang diperbuat daripada kepingan logam. Bekas itu digunakan untuk mengisi minyak pelincir sebanyak 4 liter.
Diberi bahawa jejari dan tinggi bagi silinder itu masing-masing ialah $j$ cm dan $t$ cm.
a
2 markah
Ungkapkan jumlah luas permukaan, $L$ cm², bagi kepingan logam yang digunakan untuk membuat bekas itu dalam sebutan $j$.
b
4 markah
Seterusnya, cari nilai $j$ apabila luas kepingan logam yang digunakan sama ada minimum maksimum.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\frac{\tan^2 x}{1 + \tan^2 x} = \sin^2 x$
b(i)
5 markah
Lakarkan graf $y = 1 - \tan 2x$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
Seterusnya, dengan paksi yang sama, lakarkan satu garis yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\tan 2x + \frac{x}{\pi} = 0$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: paksi dan nilai yang ditanda, bentuk graf (cabang, asimptot, titik-titik yang dilalui) dan persamaan garis lurus yang dilakar serta titik-titik yang dilaluinya.)*
b(ii)
1 markah
Nyatakan bilangan penyelesaian.
Rajah 6 menunjukkan gabungan beberapa bentuk geometri yang mewakili sebahagian daripada pelan taman Syarikat Indah Jaya. Kawasan-kawasan $PQUV$ dan $RST$ mewakili dua buah kolam ikan hiasan. Kawasan berlorek ialah laluan pejalan kaki. Satu sektor major $RST$ di tengah ialah taman bunga. Titik $S$ ialah pusat bulatan bagi semua bulatan.
Diberi bahawa panjang $PQ$ = 3 m, $PS$ = 15 m, dan sudut $\angle PSV$ = 1.2 radian. Nisbah bagi $QS : QR = 3 : 1$. Kedalaman kolam adalah sekata dan isi padu air yang boleh diisi ialah 174 m³. Kos menyelenggara air ialah RM225 bagi setiap meter kedalaman air. Kos menanam bunga ialah RM5 per meter persegi, manakala kos mengecat laluan pejalan kaki ialah RM30 per meter persegi.
a
5 markah
Cari, dalam meter, kedalaman kolam ikan.
b
4 markah
Guna $\pi = 3.142$, hitung kos keseluruhan untuk menyelenggara kolam, menanam bunga, dan mengecat laluan pejalan kaki.
Diberi $S_n = 2n^2 - 5n$ adalah hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi suatu janjang aritmetik. Cari
a
3 markah
sebutan pertama dan beza sepunya.
b
3 markah
hasil tambah dari sebutan ke-4 hingga sebutan ke-8.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = 9 - x^2$.
Garis lurus $PQ$ ialah tangen kepada lengkung itu dengan kecerunan $-2$.
a
2 markah
Cari koordinat $P$.
b
4 markah
Hitung luas rantau berlorek.
c
4 markah
Apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung dan garis lurus $y = k$ dikisar pada $180^\circ$ pada paksi-$y$, isipadu yang dijanakan ialah $16\pi$ unit³. Cari nilai $k$.
Sebuah kotak mengandungi dua jenis gula-gula, $A$ dan $B$ dalam nisbah $1 : 2$. Lima biji gula-gula itu dipilih secara rawak satu demi satu dengan pengembalian.
Cari kebarangkalian bahawa
a(i)
2 markah
tepat 4 biji gula-gula jenis $B$ dipilih.
a(ii)
2 markah
lebih daripada 2 biji gula-gula jenis $A$ dipilih.
Panjang sejenis serangga bertaburan secara normal dengan min 2 cm dan varians 0.09 cm².
Cari
b(i)
3 markah
peratusan serangga itu yang mempunyai panjang lebih daripada 2.28 cm.
b(ii)
3 markah
nilai $m$, jika 15% daripada serangga itu mempunyai panjang kurang daripada $m$ cm.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 10 menunjukkan dua garis lurus. Persamaan garis lurus $RS$ ialah $y + 2x + 3 = 0$.
*(Dalam rajah, titik $S(h, -5)$ tercetak sebagai $P$.)*
Cari
a
4 markah
persamaan garis lurus $PQ$ dalam bentuk am,
b
3 markah
koordinat $Q$,
c
3 markah
nilai $h$ jika luas $\Delta PQS$ ialah 22.5 unit².
Jadual 11($a$) menunjukkan data yang menghubungkan pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{y}{h} = 10^{kx}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 0.1 | 0.2 | 0.3 | 0.4 | 0.5 | 0.6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.995 | 2.512 | 3.236 | 3.802 | 5.012 | 6.166 |
Jadual 11 ($a$)
a
1 markah
Lengkapkan jadual 11($b$).
| $x$ | 0.1 | 0.2 | 0.3 | 0.4 | 0.5 | 0.6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\log_{10} y$ | | | | | | |
Jadual 11 ($b$)
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
b
1 markah
Tuliskan $\frac{y}{h} = 10^{kx}$ dalam bentuk linear.
c
3 markah
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, dengan menggunakan 2 cm kepada 0.1 unit pada kedua-dua paksi. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Menggunakan graf di ($c$), cari
d(i)
4 markah
nilai bagi $h$ dan bagi $k$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
d(ii)
1 markah
nilai $y$ apabila $x = 0.35$.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
a
4 markah
Rajah 12.1 menunjukkan sisi empat kitaran $PQRS$.
Diberi bahawa $SR$ = 3 cm dan $SP = PQ$ = 5 cm. Cari nilai $m$ dan $n$.
Rajah 12.2 menunjukkan lakaran sebuah pentas. Diberi $ABCD$ ialah sebuah dinding tegak dengan lantai mengufuk $CDEF$. $CDEF$ ialah segi empat selari.
b(i)
2 markah
Hitung
panjang, dalam cm, bagi $DE$,
b(ii)
4 markah
luas, dalam cm², bagi $\Delta BDF$.
Jadual 13 menunjukkan maklumat tentang empat bahan yang digunakan dalam penghasilan sejenis kek.
| Bahan | Kos (RM) per kg pada tahun 2023 | Kos (RM) per kg pada tahun 2024 | Indeks harga pada tahun 2024 berasaskan tahun 2023 |
|---|---|---|---|
| $A$ | $x$ | $x + 5$ | 140 |
| $B$ | 18.00 | 21.60 | 120 |
| $C$ | $5k$ | $8k$ | $y$ |
| $D$ | 20.00 | 22.00 | 110 |
Jadual 13
a
3 markah
Cari nilai $x$ dan $y$.
b
2 markah
Diberi bahawa nisbah bahan-bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan ialah $7 : 1 : 4 : n$ dan indeks gubahan bagi kos menghasilkan sebiji kek pada tahun 2024 berasaskan tahun 2023 ialah 131. Cari nilai $n$.
Diberi bahawa kos penghasilan sebiji kek itu meningkat 15% dari tahun 2024 ke tahun 2025.
c(i)
2 markah
Cari indeks gubahan untuk kos penghasilan sebiji kek itu pada tahun 2025 dengan 2023 sebagai tahun asas.
c(ii)
1 markah
Jika harga sebiji kek itu pada tahun 2023 ialah RM 16.00, berapakah harganya yang sepadan pada tahun 2025?
c(iii)
2 markah
Cari peratus kenaikan kos bahan $A$ dari tahun 2023 ke tahun 2025 jika kos bahan lain tidak berubah dari tahun 2024 ke tahun 2025.
Sebuah Syarikat pengangkutan ingin menyewa dua jenis kenderaan, iaitu van dan lori. Penyewaan kenderaan tersebut adalah tertakluk kepada kekangan berikut:
- I Jumlah kenderaan yang disewa mestilah kurang daripada 10 buah.
- II Bilangan lori tidak boleh melebihi dua kali ganda bilangan van
- III Bilangan van adalah tidak kurang daripada 2 buah.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 1 buah pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Menggunakan graf dibina di ($b$), cari
c(i)
1 markah
Bilangan maksimum lori jika bilangan van yang disewa ialah lapan buah.
c(ii)
3 markah
Kos sewa maksimum yang perlu dibayar oleh Syarikat tersebut jika kos sewa bagi sebuah van ialah RM 200 dan sebuah lori ialah RM 300.
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dari satu titik tetap $O$. Halaju, $v$ ms⁻¹, zarah itu diberi oleh $v = t^2 - 6t + p$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas zarah itu meninggalkan $O$. Diberi halaju minimum zarah itu ialah $-25$ ms⁻¹.
Hitungkan,
a
3 markah
nilai $p$,
b
4 markah
nilai $t$ jika sesaran zarah itu dari titik tetap $O$ ialah $-16t$ m selepas $t$ saat,
c
3 markah
jarak yang di lalui oleh zarah itu dari $t = 0$ s hingga ia berhenti seketika pada $t$ s.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

