Sebuah kedai runcit menjual tiga jenis keropok ikan yang berbeza . Harga kos sebungkus keropok jenis P ialah RM 3, keropok jenis Q ialah RM 4 dan keropok jenis R ialah dua ringgit lebih mahal daripada keropok jenis P. Harga pasaran keropok jenis P ialah RM 4 sebungkus manakala harga pasaran keropok jenis Q dan R ialah RM 1.50 lebih berbanding harga kos masing-masing.
Dalam tempoh sebulan, jumlah keseluruhan jualan untuk kesemua jenis keropok ialah 2100 bungkus dan peruncit telah mengeluarkan kos bulanan sebanyak RM 8600 untuk jualan yang tersebut. Jika kedai runcit itu ingin memperolehi keuntungan bulanan sebanyak RM 2 875, cari bilangan minimum bagi setiap jenis keropok yang perlu dijual.
Johor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Kota Tinggi Set 1
- Percubaan Johor Kota Tinggi Set 1 · 2026
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Satu fungsi kuadratik diberi sebagai $f(x) = 2x^2 + 12x + 22$ .
a
4 markah
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari persamaan paksi simetri dan nilai minimum bagi lengkung itu.
b
2 markah
Seterusnya, lakar graf fungsi $f(x)$ itu untuk domain $-5 \leq x \leq 2$ .
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik penting yang ditanda dan julat domain.)*
Rajah 1 menunjukkan segi tiga $AOX$ dan segi tiga $AOB$. Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = 3\underline{p}$ , $\overrightarrow{OB} = 3\underline{q}$. Titik P terletak pada AB dengan keadaan $AP = \frac{1}{3}AB$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underline{p}$ dan $\underline{q}$:
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{AB}$
a(ii)
1 markah
$\overrightarrow{OP}$
$AB$ dan $OX$ bersilang pada $P$. Diberi bahawa $\overrightarrow{OX} = k\overrightarrow{OP}$ dan $\overrightarrow{AX} = h\overrightarrow{OB}$. Ungkapkan
b(i)
1 markah
$\overrightarrow{OX}$ dalam sebutan $k$, $\underline{p}$ dan $\underline{q}$.
b(ii)
1 markah
$\overrightarrow{AX}$ dalam sebutan $h$, $\underline{p}$ dan $\underline{q}$.
c
3 markah
Seterusnya, cari nilai $h$ dan $k$.
Sebuah kilang ingin menghasilkan tin makanan berbentuk silinder seperti rajah 2(a) yang diperbuat daripada beberapa kepingan aluminium dengan isipadu $216\ \text{cm}^3$. Permukaan melengkung tin dibentuk dengan menggulungkan sekeping aluminium berbentuk segi empat tepat seperti rajah 2(b) , manakala bahagian atas dan bawah tin dibentuk dengan memotong keluar dua buah bulatan daripada dua keping aluminium berbentuk segiempat sama seperti rajah 2(c). Cari jejari tapak tin itu dalam cm supaya jumlah luas permukaan semua kepingan aluminium yang digunakan adalah minimum.
a
2 markah
Buktikan $\sin 2\theta = \frac{2\tan\theta}{1 + \tan^2\theta}$
b(i)
3 markah
Lakar graf bagi $y = -\tan x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, asimptot, titik-titik pada paksi-$x$ dan arah setiap cabang.)*
b(ii)
3 markah
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian $\frac{2x}{\pi} + \tan x = 0$.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya.)*
Rajah 3 menunjukkan sepotong kek yang dipotong seragam oleh seorang penjual kek dari sebiji kek berdiameter $12p$ cm. Panjang lengkok satu potongan kek itu ialah $3.77p$ cm.
Cari
a
4 markah
Nilai $p$ jika luas permukaan bahagian atas potongan kek tersebut adalah $45.24\ \text{cm}^2$.
b
5 markah
Seterusnya, hitung bilangan potongan kek yang diperoleh daripada sebiji kek tersebut dan hitung harga kos untuk sebiji kek jika sepotong kek dijual pada harga RM 13 dengan memperoleh keuntungan sebanyak 20 % daripada jualan kesemua potongan kek tersebut.
Hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi suatu janjang aritmetik $S_n$ diberi oleh $S_n = \frac{3n(n - 33)}{2}$. Cari
a
1 markah
Hasil tambah sepuluh sebutan pertama.
b
3 markah
Sebutan pertama dan beza sepunya.
c
2 markah
Nilai $n$, diberi bahawa sebutan ke-$n$ adalah sebutan positif pertama bagi janjang itu.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = 3x^3 + 2$ dan tangen kepada lengkung itu pada titik $A(1,5)$.
Cari
a
4 markah
persamaan normal kepada lengkung itu pada titik $A$.
b
4 markah
luas kawasan berlorek.
c
2 markah
isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung dan garis lurus $x = 1$ dikisarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$x$
Satu tinjauan tentang jantina guru-guru telah dilaksanakan di sebuah daerah di Pahang.
Didapati bahawa min guru lelaki ialah 1125 dan sisihan piawai ialah 29.047.
a(i)
3 markah
Cari peratus guru perempuan di daerah tersebut.
a(ii)
2 markah
Jika 10 orang guru dipilih secara rawak dari daerah tersebut, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya dua orang adalah guru lelaki.
Umur guru-guru dalam daerah tersebut bertabur secara normal dengan min 40 tahun dan sisihan piawai 5 tahun. Cari
b(i)
2 markah
Kebarangkalian bahawa seorang guru yang dipilih secara rawak dari daerah tersebut berusia lebih daripada 38 tahun.
b(ii)
3 markah
nilai $n$, sekiranya 20% daripada bilangan guru berusia kurang daripada $n$ tahun
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga sama kaki $RST$, dengan keadaan $RS = ST$ dan titik $M(2,0)$ ialah titik tengah bagi garis $RT$.
Diberi bahawa persamaan garis lurus $MS$ ialah $y - x + 2 = 0$, cari
a(i)
2 markah
Nilai bagi $k$
a(ii)
3 markah
Seterusnya, cari persamaan garis lurus yang serenjang dengan garis $MS$ dan melalui titik $S$.
Diberi bahawa $RT$ ialah pepenjuru bagi sisi empat selari $RSTU$.
b(i)
3 markah
Cari luas sisi empat selari $RSTU$ itu.
b(ii)
2 markah
Titik $K$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $S$ adalah 5 unit. Cari persamaan lokus $K$.
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = ha^{kx}$, dengan keadaan $h$, $a$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 2.0 | 4.0 | 5.0 | 7.0 | 8.0 | 9.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 4.37 | 7.61 | 10.04 | 17.49 | 23.08 | 30.02 |
Jadual 1
a
1 markah
Berdasarkan jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\log y$.
b
3 markah
Plot $\log y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk garis.)*
Dengan menggunakan graf daripada (b) cari,
c(i)
5 markah
nilai $h$ dan nilai $k$ jika $a = 2$,
c(ii)
1 markah
nilai $y$ apabila $x = 6.5$
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Rajah 6 menunjukkan sebuah model. Model itu terdiri daripada sebuah dinding tegak TUVW dan lantai mengufuk RSTU. TUVW ialah trapezium manakala RSTU adalah segiempat selari. Diberi TW = UV .
Hitung
a(i)
2 markah
panjang dalam m, bagi $UV$.
a(ii)
4 markah
luas, dalam $\text{m}^2$, dinding pentas itu (penggunaan rumus luas trapezium tidak dibenarkan).
b
4 markah
Sebatang tiang dengan panjang 10 m diletakkan secara condong pada bucu $S$. Sebatang rod aluminium digunakan untuk menyambungkan puncak tiang, $P$, ke bucu $W$, dengan keadaan $\angle SWP = 28^\circ$. Sudut $\angle SPW$ adalah cakah. Cari panjang minimum, dalam $m$, rod aluminium itu.
Diberi $ST$ berserenjang dengan $TW$.
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan utama dan kuantiti yang digunakan oleh Encik Ridzwan untuk membuat kuih bingka.
| Bahan | Harga per kg (RM) 2024 | Harga per kg (RM) 2025 | Indeks harga tahun 2025 berasaskan tahun 2024 | Kuantiti |
|---|---|---|---|---|
| Tepung Ubi | 4.80 | 6.00 | $x$ | 150 g |
| Santan | $y$ | 3.00 | $x - 16$ | 150 g |
| Gula Merah | 4.00 | 4.20 | 105 | 100 g |
| Tepung Gandum | 3.00 | 3.60 | 120 | $m$ |
Jadual 2
a
3 markah
Cari nilai $x$ dan $y$.
b
3 markah
Indeks gubahan kos penghasilan sekotak kuih bingka pada tahun 2025 berasaskan 2024 ialah 116, cari nilai bagi $m$.
c
4 markah
Kenaikan kos penghasilan sebiji kuih bingka pada tahun 2026 dari tahun 2025 adalah sama dengan kenaikan kos penghasilan sebiji kuih bingka dari tahun 2024 kepada 2025. Harga kos sebiji kuih bingka pada tahun 2024 ialah RM11.00, cari harga jualan kuih bingka itu jika Encik Ridzwan ingin mendapat keuntungan sebanyak 25% pada tahun 2026
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini:
Encik Mizan memperuntukkan RM3 000 untuk membeli $x$ naskhah buku rujukan kimia dan $y$ naskhah buku rujukan biologi bagi perpustakaan sekolah. Kos purata bagi senaskhah buku rujukan kimia dan senaskhah buku rujukan biologi masing-masing ialah RM 30 dan RM 25.
Bilangan buku rujukan kimia yang dibeli adalah lebih daripada 20 naskhah dan bilangan buku rujukan biologi yang dibeli adalah sekurang-kurangnya 10 naskhah lebih daripada buku rujukan kimia.
a
3 markah
Tuliskan tiga ketaksamaan linear yang memenuhi semua syarat yang diberikan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 20 naskhah buku pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua syarat yang diberikan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan, garis padu atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis mana dan di sebelah mana.)*
c
4 markah
Menggunakan graf yang dibina di 14(b), cari kos minimum bagi buku-buku tersebut.
Rajah 7 menunjukkan tiga titik tetap $O$, $P$ dan $Q$ pada satu garis lurus.
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = 8 - 2t$, dengan keadaan $t$ ialah masa selepas meninggalkan titik tetap $O$. Zarah itu berhenti seketika pada titik $Q$.
[Anggapkan gerakan ke kanan adalah positif]
Cari
a(i)
1 markah
Pecutan, dalam $\text{ms}^{-2}$, zarah itu
a(ii)
2 markah
Masa, dalam saat, apabila zarah itu berada di $Q$.
a(iii)
4 markah
Halaju, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu apabila melalui P.
b
3 markah
Hitung beza jarak di antara $PO$ dan $OQ$.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

