Kuala Lumpur Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Kuala Lumpur Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2
Percubaan Kuala Lumpur · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
15 markah
a
Rajah 1 menunjukkan titik $R$ pada sebuah bulatan unit.
Nyatakan nilai $\theta$.
2 markah
b
Lakar graf bagi $y = \sin x + 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, serta titik permulaan dan titik akhir graf.)*
3 markah
29 markah
Satu graf fungsi kuadratik $f(x)$ menyilang paksi-$x$ pada titik $A$ $(p, 0)$ dan titik $B$ $(q, 0)$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar. Diberi bahawa $p = 4$ dan nilai $q$ adalah tiga kali ganda nilai $p$.
a
Ungkapkan fungsi kuadratik tersebut dalam bentuk am.
3 markah
b
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan fungsi kuadratik $f(x)$ dalam bentuk $a(x + h)^2 + k$, dengan keadaan $a$, $h$ dan $k$ ialah pemalar. Nyatakan nilai minimum atau nilai maksimum bagi graf tersebut.
3 markah
c
Seterusnya, lakar graf bagi $f(x)$ untuk $0 \leq x \leq q$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik pusingan, pintasan pada paksi dan titik hujung graf.)*
3 markah
38 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah kotak berbentuk kuboid di mana tingginya adalah lebih panjang daripada sisi-sisi tapaknya.
Jika jumlah luas permukaan kotak itu ialah 352 cm$^2$ dan jumlah semua sisi dalam kotak itu ialah 112 cm, cari isi padu, dalam cm$^3$, kotak itu.
8 markah
46 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 4 menunjukkan sebuah segi tiga $KLM$. Diberi persamaan garis lurus $KM$ ialah $y = 3x + 11$. Titik $N$ terletak pada garis lurus $KM$ dengan keadaan $LN$ ialah jarak terdekat antara titik $L$ dan garis lurus $KM$.
Cari
a(i)
persamaan garis lurus $LN$.
3 markah
a(ii)
nilai $h$.
1 markah
b
Seterusnya, hitung luas, dalam unit$^2$, segi tiga $KLN$.
2 markah
59 markah
Rajah 5 menunjukkan lengkung $y = 2x^2 - 18$ dan garis lurus $PQ$ yang merupakan tangen kepada lengkung itu pada titik $A$.
a
Diberi bahawa kecerunan lengkung pada titik $A$ ialah 4. Dengan menggunakan konsep kalkulus, cari koordinat bagi titik $A$.
2 markah
b
Hitung luas rantau berlorek.
4 markah
c
Apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung, paksi-$x$ dan garis lurus $y = h$ diputarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$y$, isi padu janaan yang terhasil adalah $32.5\pi$ unit$^3$. Cari nilai $h$.
3 markah
66 markah
a
Diberi bahawa $(729r^6)^{-\frac{s}{3}} = \left(\frac{1}{r + 2}\right)^{2s}$, cari nilai $r$.
4 markah
b
Ungkapkan $(\log_{4p^2} 3)(2 + \log_p 4)$ sebagai logaritma tunggal kepada asas $p$.
2 markah
77 markah
Semasa penularan wabak virus Covid–19 pada tahun 2020 yang lalu di Bandar Metrofulus, kadar jangkitan meningkat setiap hari sebanyak 20% dari hari sebelumnya.
Diberi bahawa pada 1 Februari, bilangan kes ialah 30.
a
Cari anggaran jumlah kes pada bulan Februari.
3 markah
b
Mulai 1 Mac, pihak berkuasa tempatan telah mengambil beberapa langkah pencegahan bagi menangani wabak ini. Diberi bilangan kes baharu pada 1 Mac dan 31 Mac ialah 2284 kes dan 45464 kes.
Tentukan kadar jangkitan baharu di antara 1 Mac hingga 31 Mac. Adakah langkah-langkah yang diambil memberi kesan yang positif? Justifikasikan jawapan anda.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Diberi bahawa persamaan suatu lengkung ialah $y = x^3 - 12x^2 + 21x + 15$.
a
Cari $\frac{dy}{dx}$
1 markah
b
Cari perubahan kecil $y$ apabila $x$ menokok daripada 3 unit kepada 3.006 unit.
2 markah
c
Diberi bahawa $y$ menyusut dengan kadar 24 unit/s, cari kadar perubahan $x$ dalam unit/s apabila $x = 3$.
2 markah
d
Cari koordinat titik pusingan bagi lengkung itu,
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah lakaran tangen, tentukan sifat bagi semua titik pusingan itu.
*(Huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan: kecerunan tangen sebelum, pada dan selepas setiap titik pusingan.)*
5 markah
910 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 9 menunjukkan nilai bagi dua pembolehubah, $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $ky = x^{\frac{q}{p}}$, dengan keadaan $p$, $q$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.32 | 1.74 | 2.00 | 2.63 | 3.47 | 5.25 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.51 | 3.02 | 3.63 | 4.47 | 5.89 | 7.76 |
Jadual 9
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada kedua-dua paksi. Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$ dalam jadual, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
5 markah
Dengan menggunakan graf di 9 (a),
b(i)
ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$.
3 markah
b(ii)
cari nilai $k$.
2 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$ di mana $PQ$ adalah selari dengan $XR$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{SP} = 18\underset{\sim}{m}$, $\overrightarrow{SR} = 18\underset{\sim}{n}$, $\overrightarrow{PQ} = \frac{2}{3}\overrightarrow{XR}$ dan $PX : XS = 2 : 1$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{m}$ dan $\underset{\sim}{n}$,
a(i)
$\overrightarrow{PQ}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{SQ}$,
1 markah
Diberi $\overrightarrow{XY} = h\overrightarrow{XR}$, di mana $h$ adalah satu pemalar.
b(i)
Cari $\overrightarrow{SY}$, dalam sebutan $\underset{\sim}{h}$, $\underset{\sim}{m}$ dan $\underset{\sim}{n}$.
2 markah
b(ii)
Cari nilai $h$ jika titik $S$, $Y$ dan $Q$ adalah segaris.
4 markah
b(iii)
Seterusnya, cari nisbah $YR : XR$.
1 markah
1110 markah
Rajah 11 menunjukkan sebuah graf taburan normal piawai yang mewakili jisim sejenis kek cawan yang dihasilkan oleh sebuah kilang pemprosesan makanan.
a(i)
Jisim bagi kek cawan tersebut bertabur secara normal dengan min 102 gram dan sisihan piawai 4.8 gram.
Jika satu sampel kek cawan dipilih secara rawak, hitungkan kebarangkalian bahawa kek itu mempunyai jisim di antara 94 gram dan 105 gram.
3 markah
a(ii)
Diberi bahawa 60% daripada kek cawan itu mempunyai jisim lebih daripada $m$ gram. Pada Rajah 11, lorek kawasan yang mewakili 60% itu dan seterusnya, cari nilai $m$.
*(Huraikan kawasan yang anda lorek dalam perkataan.)*
3 markah
Didapati bahawa 55% murid dari sebuah kelas tertentu menghadiri kelas tuisyen semasa cuti sekolah. Jika 10 orang murid dipilih secara rawak dari kelas itu, cari kebarangkalian bahawa
b(i)
tepat 7 orang murid menghadiri kelas tuisyen.
2 markah
b(ii)
selebih-lebihnya 2 orang murid menghadiri kelas tuisyen.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Kilang Elektronik Teguh menghasilkan dua model telefon bimbit, Zenith dan Vista. Setiap telefon bimbit memerlukan dua jenis cip elektronik, $S$ dan $T$. Bilangan setiap cip elektronik yang diperlukan untuk membuat seunit telefon bimbit Zenith dan Vista ditunjukkan dalam jadual di bawah.
| Telefon bimbit | Bilangan cip elektronik $S$ | Bilangan cip elektronik $T$ |
|---|---|---|
| *Zenith* | 3 | 4 |
| *Vista* | 3 | 2 |
Jadual 12
Bilangan cip elektronik $S$ yang tinggal di kilang ialah 420 dan bilangan cip elektronik $T$ yang tinggal ialah 360. Diberi bahawa bilangan model Zenith yang dihasilkan tidak melebihi bilangan model Vista. Kilang tersebut menghasilkan $x$ unit model Zenith dan $y$ unit model Vista.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memuaskan semua kekangan di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 20 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (dengan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang diperoleh di (b), cari
c(i)
bilangan maksimum telefon bimbit Vista yang dihasilkan jika 50 unit telefon bimbit Zenith dihasilkan.
1 markah
c(ii)
keuntungan maksimum yang diperolehi oleh kilang tersebut jika keuntungan daripada penjualan model Zenith adalah RM600 daripada model Vista ialah RM750.
3 markah
1310 markah
Rajah 13 menunjukkan dua segi tiga, $ABC$ dan $CDE$. Kedua-dua segitiga tersebut bercantum di $C$ di mana $AE$ dan $BD$ adalah garis lurus.
Diberi bahawa $\angle CED = 50.7^\circ$, dan $AB$ adalah selari dengan $DE$.
Hitung
a(i)
$\angle ACB$
2 markah
a(ii)
panjang, dalam cm, bagi $BD$.
3 markah
Titik $F$ terletak di atas garis lurus $BD$ dengan keadaan $AC = AF$.
b(i)
Lakarkan segitiga $AFB$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan titik $F$ dan sisi-sisi segi tiga $AFB$ yang diketahui.)*
1 markah
b(ii)
Hitung luas, dalam cm$^2$, bagi segi tiga $AFB$.
4 markah
1410 markah
Sebuah kereta kawalan jauh bergerak dalam satu garis lurus dengan halaju, $v$ ms$^{-1}$, diberi oleh $v = -2t^2 + 24t - 40$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui satu titik tetap $O$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai arah positif]
a
Cari fungsi sesaran dan fungsi pecutan dalam sebutan $t$ bagi kereta kawalan jauh tersebut.
2 markah
b
Kereta tersebut akan hilang kawalan sekiranya mencapai had laju 30 ms$^{-1}$.
Tentukan sama ada kereta tersebut akan hilang kawalan dalam pergerakan di atas. Justifikasikan jawapan anda dengan pengiraan.
4 markah
c
Dalam pergerakan tersebut, kereta itu didapati berhenti sebanyak dua kali. Cari jarak, dalam m, antara kedua-dua hentian tersebut yang dilalui oleh kereta.
4 markah
1510 markah
Jadual 15 menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat bahan utama yang digunakan dalam penghasilan sepasang kasut.
| Bahan | Harga per kg pada tahun 2023 (RM) | Harga per kg pada tahun 2024 (RM) | Indeks harga tahun 2024 berasaskan tahun 2023 | Kuantiti (%) |
|---|---|---|---|---|
| $R$ | 4.00 | 6.00 | 150 | 20 |
| $S$ | $q$ | 5.00 | $p$ | 30 |
| $T$ | 0.80 | $q$ | $p$ | 10 |
| $U$ | 0.50 | 0.66 | 132 | $r$ |
Jadual 15
a
Cari nilai-nilai bagi $p$, $q$ dan $r$.
5 markah
b
Hitungkan indeks gubahan bagi kos pengeluaran sepasang kasut pada tahun 2024 berasaskan tahun 2023.
2 markah
c
Diberi bahawa indeks gubahan bagi kos pengeluaran sepasang kasut meningkat sebanyak 5% dari 2024 hingga 2026. Hitung peratus perubahan dalam kos pengeluaran sepasang kasut pada tahun 2026 berasaskan tahun 2023.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini